Aku tolong pon aku yg salah ??!!

January 29, 2010 iPai 4 Comments


Aku nak tolong, tapi aku juga yg disalahkan .. ??

So memang salah aku laa ??

Kalo aku tegur, aku balik yang kene ??

Fine .. aku salah.. aku penyebab segalanya .. !!

Terima kasih ..

4 comments:

Coret-coret, taip-taip [Fokus:Silap dan Salah]

January 21, 2010 iPai 1 Comments

Salam

Pergh .. hari ni lab abes kul 5 ... boleh yang sesi pagi tuh, silap bahan kimia .. kak Oni yang tolong masukkan .. rupanya tong bahan kimia tuh, tak dilabel dengan baik ... fuh3 ... tak pe laa kan .. kesilapan .. semua orang wat silap ..

Tapi, kalo korang laa, ape yg korang wat? marah2 ?? ngamuk2 ?? buat perangai, malas nak buat experimen ?? tinggalkan ?? uhuhuh ... setiap orang lain2 laa kot .. maka, yang kebanyakan yang bijak pandai dan waras ni akan memilih keputusan lebih tepat kepada orang yang hanya memikirkan perasaan ..

UHUhuhu ... semalam, pertandingan Chem-E-Car dah abes ...selaku, 'penasihat' pelajar, bangga laa ngan kegigihan AJK ... uhuhu .. namun di akhir program, aku ada meninggalkan sedikit nasihat yang tidak formal kepada junior-junior 2nd yer ..

"Nanti pantau2 laa bdk 1st yer yang nak buat Chem-E-Car nanti dengan lebih baik"

Dan secara best ye, dapat jawapan yang tersangat best,

"A ah. Pantau lebih baik daripada tahun ni"
"Datang meeting pun 1st meeting dengan last meeting je" Tambah beliau lagi

Fuh ... Ayat berapi seh ... hilang terus mood ... sgt berapi .. sgt tertusuk ..

HAhahahaha ... sekarang, aku tanye korang .. apa rasa2 yang korang akan buat (tanpa mengetahui hal asal usul) ..

Tapi, kalo korang laa, ape yg korang wat? marah2 ?? ngamuk2 ?? buat perangai, malas nak buat experimen ?? tinggalkan ?? uhuhuh ... setiap orang lain2 laa kot .. maka, yang kebanyakan yang bijak pandai dan waras ni akan memilih keputusan lebih tepat kepada orang yang hanya memikirkan perasaan ..

Nak tau ape yang aku wat .. aku amek kapak, aku tetak muka die ... hehehehe .. main2 je ..

Apa yang aku wat adalah aku senyap cuba tenangkan diri .. takut marah tu terlepas ... heheh

Jadi .. salah aku ke atau salah orang lain ?? panjang cerita ye ... menda yang aku nak kupas adalah bukannya nak explen pasal sape yang salah, tetpi mengenai salah silap orang ..

Setakat ni, aku susah nak marah orang n kalo marah pon kejap je .. itu pun atas sebab-sebab tertentu .. lepas tuh trus ilang .. bagi aku laa ... buat pe laa nak marah .. dah ade masalah, masalah tuh takkan boleh selesai jika ko marah-marah orang ... bekerjasama laa untuk mencari penyelesaian .. dah macam2 orang aku jumpa .. ada je yang garang2 ni .. sampai orang len pon takut nak jumpa, aku cool jaa [berlagak laa plak mamat ni] ..

Bila orang tegur kita wat silap, kena laa kita tgk diri balik dan perbaiki diri ...

"Yes, aku salah tak pantau Chem-E-Car [dalam hati=walaupun ade je alasan yang diperjelaskan]"

Dan ini sepatut ye membuatkan kita lebih matang dan berfikir dengan baik ... biarlah kita buat baik ngan orang, dan janganlah kita lukakan hati orang ..

Bukan nak harap, balasan baik kepada diri sendiri pada masa akan datang, cuma, kalau semua bersifat macam tuh, takde de gaduh2 dalam dunia ni .. isu tarik muka laa .. kecik ati laa ...

------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah aku laa juga ... gatai pg bedal 2 jawatan MT dalam satu masa .. kan dah gila

[Tips: Apa2 pun salah diri sendiri dulu k] [padahal ada je alasan kenapa sampai 2 jawatan tuh]

dah tu jeh ..

1 comments:

Adakah aku membuat keputusan yang SALAH ?

January 09, 2010 iPai 8 Comments

Salam .

Bangun daripada tidur ... selsema kronik semalam telah hilang .. terima kasih kepada Syukri yang bertungku lumus membantu aku dari segala keadaan ...

Penat bermesyuarat di kampus Induk belum hilang lagi .. setiap kali aktiviti sepunya USM, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan akan dijemput ke kampus induk untuk bermesyuarat .. aku kira sebagai satu kelemahan bagi pengasingan 3 kampus ini yang terletak agak jauh .. kelebihan, kampus kejuruteraan lebih tenang dengan kesesakan bandar ..

Majlis Penghuni Desasiswa ... 13 Desasiswa .. 2 kampus di kampus kejuruteraan, 2 di kampus kesihatan dan selebihnya di kampus induk ..

Dah beberapa bulan dah memegang jawatan yang agak besar dalam MPD .. pelbagai usaha dilakukan untuk perubahan-perubahan yang perlu .. pelbagai cara yang difikirkan untuk meningkatkan kebersamaan dan semangat kekitaan .. namun ia bagaikan mencurahkan air ke daun keladi ..

Inilah juga masalah yang dihadapi oleh negara kita iaitu berhadapan dengan mentaliti dan pemikiran yang terlalu besar jurangnya .. dan rasa ye, aku dapat rasakan bagaimana susah hatinya seorang pemimpin dalam memikirkan untuk memajukan rakyat jelata sedangkan rakyat jelatanya sendiri tidak mahu berusaha dan hanya goyang kaki ..

Seketika, aku lemah .. patah semangat .. inilah realiti kehidupan .. bagi anda yang tidak merasainya sekarang, sabarlah, alam pekerjaan menanti anda .. aku di sini, merasakan lebih awal supaya akan datang, aku lebih kuat menghadapinya..

Manusia, kompleks .. pemikiran jurang yang besar tetapi terhad dengan kuasa Tuhan ..

Aku mahu dikembalikan ke masa aku membuat satu keputusan besar itu ... andailah kata aku katakan 'TIDAK, saya tidak mahu jawatan itu', agaknya aku tidak berada dalam keadaan sekarang ..

Adakah aku seorang sahaja yang beriya dalam hal ini dan masing-masing tidak ambil peduli mengenai hal ini .. Kalau begitu, sia-sia saja apa yang aku buat .. Mengahabiskan boreh ajo ..

Hmm .. Terima kasih kepada rakan yang memahami dan menyokong ..

Tetapi, dalam keadaan sekrang ini, aku dapat lihat,matlamat yang aku tetapkan utk MPD, utk ahli MPD, utk organisasi MPD, AKU GAGAL.. AKU TAK PATUT MENJAWAB 'YA' ..

8 comments: