Saya dah tua setahun

March 24, 2010 iPai 9 Comments


Salam

Tanggal 23 Mac 2010, umur aku dah naik setahun ... jadi saya sekarang sudah berumur 22-belas tahun ... yeay !!! Alhamdulillah .. umurku dipanjangkan sehingga kini dan semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (doa untuk diri sendiri beb, selalu orang lupa tuh) ..

Dan, seperti tahun-tahun yang lalu, aku jangkakan sambutan yang biasa-biasa ... kawan-kawan yang rapat sahaja tahu dengan aku yang akan belanja kek kepada semua orang di Kafe Lembaran .. Pada tahun ini, tidak sempat nak aturkan sebab, 3 malam beturut-turut (22, 23 dan 24 Mac) ada meeting ... uhuhu .. kononnya fully booked laa ... Jadi skulmate, tiada kek tahun ni ye ..

Tetapi yang tidak dijangka adalah, sesuatu yang di luar jangka telah berlaku .. dan ia berlaku betul2 selepas waktu Test paper EKC 367, Plant Safety : Part Dr Tan pada pukul 4-5ptg di DK7.. Dengan tersalah kiranya kat test tu, Dr Tan siap bagi balik test paper suruh betulkan balik .. hahah ... Kira macam birthday present daripada Dr Tan juga laa .. Thanx Dr. Tan ..

Dan tiba-tiba Anuar, rumate memanggil untuk meeting persatuan kimia .. dalam hati, adui time2 gini plak nak buat ... dan tiba2 je, ada sum1 daripada pintu belakang DK7, memasuki DK7 dengan membawa kek ... AKU TERKEJUT TAK TERKATA sampai kek itu sampai di depan mata, choc cheese cake ... dan yang lagi terkejutnya, orang yang membawa kek tersebut ... jeng3 ... hahaha ... [tamat di situ - yang lepas tuh semuanya rahsia]



Serius, aku tak boleh berhenti senyum daripada waktu itu hingga nak kejang pipi-pipi ini ..

Special thanx to my Miss Green Apple, Cik Nor Salwa Bte Abd Wahab dan Cik Puteri Raifana aka Put (memandu sehingga 130KM/J ke kampus kejuruteraan dengan kancil - serius bahaya), Saudara Kharusani - special to Put, dan my beloved coursemate - Saufi, Anuar, Bob aka Farhan, Pak Abu, Syahmi, Raja, dan Wani - kepada yang particular kepada susunan, tiada isu nama anda di hujung. Thank u, thank u, thank u, thank u ... n it was the best suprise that I ever had in my life .. thank u .. thank u .. n thank u .. n special thanx tu MGA for the cake. Wah !!!!

Ya ALLAH, senangkanlah hati mereka-mereka ini dikala mereka duka, kerana hati senang itu akan mereka rujuk kepada Engkau. Amin3 ..

Hadiah ?? uhuhuh .. aku tak kisah sangat pasal hadiah2 ni ... kalo tak de takpe, kalo ada Alhamdulillah je laa ... jadi .. jeng3 ...


Jadi .. begitu laa kisah aku yang nak naik setahun .. dan yang lagi best ye, aku dapat sepupu baru dah .. jeng3 ... ibu call dan bagitahu, aku dapat sepupu baru yang tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir aku ... wah ... hehehehehe ... baby perempuan ... tahniah kepada Pak Teh sekeluarga .. tak sabar nak jumpa sepupu baru nanti ..

Ok sampai di sini saja ... terima kasih kepada semua yang terlibat dalam peristiwa di atas dan terima kasih juga kepada semua yang wishing2 .. terima kasih banyak2 .. Anda semua adalah terhebat ..

9 comments:

Kem budak 1st yer kimia

March 19, 2010 iPai 0 Comments

Salam ..

Minggu lepas, tengah busy2 dengan TEJA, aku dijemput untuk menjadi salah satu fasi untuk kem 1st yer kimia .. kem ni dah dibuat tahunan untuk menaikkan semangat dan kesedaran pelajar melayu untuk cemerlang di dalam akademik.. disebabkan busy yg terlampau, aku hanya dapat pergi hari Ahad sahaja iaitu pada hari interaksi bersama senior tertentu dengan junior ..

Kem pada kali ini dibuat di Mukahead, Taman Negara Pulau Pinang iaitu di tapak penyelidikan, Sains Biologi Bahagian Marin .. Disebabkan datang pada hari Ahad, kami yang pergi lewat ni kene la jalan kaki masuk hutan .. yang bersama aku ini adalah Faiq (sama kelas) dan Khozema (4th yer) .. senior lain dah pg sekali dengan budak-budak 1st yer, iaitu Nad (sama kelas), Azreen (2nd yer) dan Kak Ikin (4th yer) ... senior-senior yang pergi ini dipilih atas dasar pointer yang sekitar 3.5 (alhamdulillah setakat ni, kecuali Khozema 3.66)

Hmm, jadi sesi forum kami berjalan seperti biasa dan saya jangka semua budak2 1st yer tersebut mendapat input daripada senior ..

Tamat sesi tu, aku jumpa senior2 wanita untuk dapatkan feedback .. dan di sini bermulanya cerita ... menurut cerita Nad (kami turut serta untuk kem 1st yer tahun lepas) pelajar 1st yer tahun ni sangat 'lain' .. hehhe .. haa, apa yang 'lain' nya ?? yang part tuh rahsia - nak tau cerita kene dengar dari mulut aku sendiri laa ..

Selepas daripada cerita itu, aku dapat merasakan beban orang-orang dewasa yang selalu memikirkan tentang pembentukan generasi baru. Melalui pengalaman yang aku lalui itu, aku dapat lihat, betapa susahnya orang-orang dewasa ini ingin menyedarkan generasi muda tentang apa yang berlaku sekarang ini. dengan keadaan politik yang huru hara, kalau kita semua masih nak bersenang lenang, tunggu sahajalah masa susah yang akan mendatang nanti. (dah stat merepek dah, mesti korang tak paham) .. So, betul laa kot apa kata Tun Mahathir, 'Melayu Mudah Lupa' ... orang duk hentam dia macam2, tapi kalo pk balik ap yang dikatakan oleh dia memang betul sangat laa tuh .. susah2 ... so, cam na, ada cadangan yang nak menyedarkan orang melayu ???

(dah tersasul cerita lain je ni)

Yang nak cerita ye, part 'lain' tuh .. hemm . aku dah experience untuk kem tersebut dengan 3 bacth yang berbeza .. kem sendiri dan 2 kem batch junior ... dan daripada situ, aku dapat lihat, setiap tahun, orang-orang muda ni mempunyai patern yang tersendiri .. maka, tahun depan pelajar baru yang nak masuk pun mungkin akan jadi bertambah lain .. Lain dari segi pemikiran dan juga kelakukan .. dan di situ lah, modul-modul biasa yang orang buat seperti ceramah tidak memberi impak langsung malah menjadi ubat tidur semata-mata. hmm .. sapa2 yang adik kita yg masih bersekolah, guidelah mereka dengan cara belajar yang betul .. mungkin ada di antara adik-adik kita yang mengikut jejak langkah abang/akak yang banyak main tapi boleh masuk Universiti ... sekarang zaman dah semakin banyak persiangan .. anda tak rajin, anda yang akan ketinggalan ..

Bayangkan je la kat paper pun keluar pasal jurang keputusan SPM .. kalau ini berterusan, Malaysia tidak dapat melahirkan generasi yang bagus ..

Akhir sekali, kita yang peringkat dah nak masuk dewasa ni bersedia la .. anda semua ada tangungjawab kepada setiap generasi muda .. Mereka semua adalah pelapis anda .. bersedialah dengan method-method yang baru dan lebih kreatif berbanding cara konvensional (ceramah, spoon feed etc) ... moga-moga, sedikit jasa kita itu dapat memberikan impak yang besar di kemudian hari .. InsyaALLAH

0 comments:

Aku ada kawan yang ada iPod Touch ..

March 18, 2010 iPai 3 Comments

Salam ..

Saya ada kawan ..

Nama dia Bob aka Farhan ..

Sejak dia banyak duit ni ..

Dia mengidam benda ..

Dan benda yang dia idamkan adalah iPod Touch ..

Dan akhirnya impiannya tercapai untuk membeli iPod Touch ..


Dari kiri: Naim, Bob dan Saufi di Switch's Outlet. Bob muka duit terbang

Sedikit info yang saya dapat tahu selepas Bob membeli iPod Touch
- Bentuk serupa macam iPhone, cuma lebih nipis dan tak boleh call
- Yang lain2 semuanya sebijik sejibon macam iPhone.
- Saiz yang ada 8GB dan 32GB
- Harganya RM 1199 kot
- iPod Shuffle makin kecil
- iMac Air memang semart !!

So, lepas ni, kelas kami akan ada persaingan untuk saya paling lama tak kantoi pakai earphone dalam kelas ... Ranking terkini dipegang rumate saya ... uhuhuh

3 comments:

Tag daripada Cik Pelangi

March 18, 2010 iPai 0 Comments

Salam

Dah lama tak dapat tag daripada orang lain .. hehehe .. baru lepas jawab test lab, abes test terus wat menda ni .. aduiyai ...

Soalan satu: Nama-nama timangan oleh org tersayang...

1. Ipai - Kat umah, kampung, kat kampus (untuk beberapa orang yang biasa panggil)
2. Naufal - yang orang biasa panggil

3. Amad - adala orang yang panggil gitu

Soalan dua: Anda seorang yang...

1. Tak banyak bercakap dengan orang yang tidak dikenali
2.
Banyak sangat berfikir dengan menda2 yang kompleks, sampai orang lain akan kata, 'Naufal, ko ni kenapa?'

Iklan sat ... test dapat 92.25/100 .. Alhamdulillah ..

3. Selalu busy dengan menda2 lain, sehinggakan roomate saya mcm duduk bilik yang tiada roomate
4. Malas nak study sebananya
5. Suka apa lagi .. haaa, ada laa suka orang tuh.

Soalan tiga: Makanan favourite anda...

1. Untuk 2minggu lepas, setiap makan malam saya adalah, Nasi putih dan telur bistik .. bz sangat, sampai tak selera makan lauk lain

2. Makanan Cepat .. memang best !!!

3. Nasi Ayam kot

4. Roti dan pelabagai jenis roti

5. Masakan yang ibu saya masak kecuali lauk2 tertentu - Saya memilih makanan sikit

Soalan empat: Favourite colors...

Hitam, Coklat, Biru dan warna yang nampak cantik

Soalan lima: Favourite songs (currently listening to)...

Dah lama tak dengar lagu .. tak tau laa lagu apa dah ... uhuhu

Soalan enam: Sikap yg membuatkan anda stress...

1. Membuatkan saya menunggu dengan agak lama

2. Suka komplen tapi tak bagi cadangan untuk selesaikannya

3. bergurau lebih-lebihan


Soalan tujuh: 3 benda yg mesti ade dalam bag/handbag anda...

1. duit

2. pen
3. earphone


Soalan lapan: Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
er .. tak ingat kot .. maybe time tensen dengan kerja projek kampus kot .. tense n super tense ..

Saye nak tag ..

-my rumate ..

0 comments:

Tido ..

March 17, 2010 iPai 1 Comments

Salam

Nape laa saya kuat tido ... hmmm

Kalau pukul 12 tengah malam je, mesti rasa nak tido ... tak leh nak extent lama sket pon ...

Lepas Subuh pun tido balek ... haish .. kalau tak tido lepas subuh, aku dah jadi jutawan kot ..

lepas tuh, dah bangun, mandi dan pergi kelas .. datang kelas ... dengar lecture 30 minute, tido dalam kelas plak tuh ... adui ...

Nape ntah banyak tido ... haa, tapi saya tak suka tido petang ..

Maka, tido saje !!!

1 comments:

Lama dah tak post

March 17, 2010 iPai 1 Comments

Salam

Lama dah tak post blog .. banyak menda nak cite dalam blog, tapi banyak sangat sampai tak tau nak cite yang mana satu dulu ... hee, sebab masih busy tahap sederhana.. kalo tahap dewa, semua facebook, blog dan bahkan laptop pun jarang sentuh ..

Bini saya no. 3 PSPeah, dah lama tak bermanja .. agaknya dah lebih 3 bulan dah .. dia leh mintak fasakh dah kot .. ops ..

Jadi, kiranya busy sangat laa .. macam2 laa dapat pengalaman .. manis dan buruk2 pun ade .. yang bersalah gile2 pon ade ... yang sampai ke tahap memang tak boleh buat apa pun sebab saya sorang je kan .. tak de org nak tolong .. uhuhu .. so macam2 laa .. uhuh

Alamak kul satu .. msg masih bunyi .. nak layan bini no. 2, HPiah plak .. tata

1 comments: