Kuala Lumpur - Bahrain - Dammam

September 30, 2011 iPai 29 Comments

Salam

Malaysia: 10.46 AM
Jubail: 5.46 AM (Dah Syuruk)

Gulf Air di Bahrain 

Perjalanan aku ke Jubail adalah melalui Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Dammam dan transit di Bahrain selama 4 jam. Perjalanan selama 7 jam tidak begitu penat sebab layanan Gulf Air ni sebaik MAS di Malaysia. Dalam kapal terbang yang sama tersempak juga dengan student Malaysia yang nak ke Mesir untuk Medic.

 McD kat Bahrain

Di Bahrain, aku sangat terkejut yang mata wang Bahrain Dinnar (BD)  adalah lebih tinggi daripada US Dollar. Aku ternampak handphone nokia X1 yang di Malaysia harganya RM 150 dan di Bahrain BD 15 sahaja. 


Dammam waktu malam 

Sampai sahaja di Dammam, Saudi Arabia aku dikejutkan dengan senario perangai pegawai imigresen yang sangat teruk dengan etika kerja. Yang aku perhatikan dan diberitahu oleh orang sini, orang Saudi Arabia sangat tidak menyukai bangsa asing, sama seperti kita, orang Malaysia tidak beberapa gemar dengan bangsa asing. Sambil-sambil pegawai ni cek passport, mereka melambatkan kerja mereka dengan berborak dengan rakan-rakan, melayan telefon dengan nak main sms dan pergi berehat di kawasan bilik.  

Aku dan kawan aku tersekat dalam barisan beratur, bediri tegak selama 8 jam. Kami sampai pukul 6 petang waktu tempatan dan keluar dari kawasan imigresen pukul 2.30 pagi. Pengalaman yang paling dasat untuk aku dan daripada staf syarikat aku. 

Tips berada di sini, ringankan memberi salam kepada orang arab. Kerana pada orang arab mereka amat suka bila dapat tahu kita daripada Malaysia (kiranya boleh jadi double standard antara orang Malaysia dengan bangsa yang lain). Seperti bangganya mereka bila dapat kenalan daripada Malaysia. Tetapi kalau untuk 1st impression mereka anggap kita seperti orang Nepal yang lain.


P/S: 
- Masih menyusun jadual aktiviti dan waktu tidur. 
- Hari ni Jumaat, hari cuti !! 
- Terima kasih kepada Cik Atirah atas hadiah pilihan kek harijadi yang aku buat hari tuh. Doodle ni lawa !!!
Thank you Athirah !!!


29 comments:

Selamat tinggal Malaysia

September 27, 2011 iPai 35 Comments

Salam

Hampir 6 bulan aku duduk rumah. Jadi tiba masanya aku bergerak ke fasa hidup aku yang seterusnya, mula bekerja. Ramai rakan-rakan dah mula bekerja, dan sekarang rezeki aku pula sudah tiba untuk bekerja. 

Kepada rakan blogger, minta maaf sangat tak dapat nak balas kunjungan korang. Nanti aku dapat masa, aku cuba balas balik ye. Kepada yang tag, minta maaf tak dapat nak sempurnakan. Kepada yang bagi hadiah, harapnya dapat tunggu aku buat entri penghargaan kat korang k.

Terima kasih kerana menerima aku semasa aku berada dalam fasa blogger tegar !! Korang memang best !! 

 Kawasan yang aku akan duduk

35 comments:

Majlis Konvokesyen USM 2011 - Sidang Ke-8 Sarjana Muda Kejuruteraan

September 26, 2011 iPai 29 Comments

Salam

Sekarang rasa serabut, dan banyak benda yang kena buat. Maaf sangat-sangat sebab tak boleh membalas kunjungan kepada korang semua. Jadi hari ini hanya sajikan gambar-gambar konvokesyen aku di USM.

Kepada yang turut berkonvo, TAHNIAH !!!

Kepada yang akan berkonvo, SELAMAT BERKONVO !!!

Kepada yang wish konvo dalam entri yang lepas, TERIMA KASIH !!!

Kepada yang masih belajar, GO GO GO !!! Sikit lagi nak konvo !!! 


 Kalau konvo, tak sah kalau tak baling topi k



 Yang pakai stripe merah tuh dekan aku yang sempoi. Hahah



Dah macam-macam gaya plak 



Dengan lecturer plak 







P/S:
- Gambar sorang, malu nak upload. Haha. Tak reti possing =P
- Credit to adik, untuk semua gambar yang diambil ni.

29 comments:

iPai seorang Lecturer Sporting

September 23, 2011 iPai 28 Comments

Salam

Haa, sejak bila aku jadi lecturer ni. Aku baru je habis degree, boleh plak tiba-tiba jadi lecturer. Sekarang ni kelayakan minimum untuk menajdi lecturer pun mesti ada Master, baru boleh mengajar sebagai lecturer. Hee, yang sebenarnya aku dapat award

Lecturer Sporting July 2011



Terima kasih kepada Aimi atas hadiah yang menarik dan cantik ni =)

P/S;
- Nisa Kay mention aku dalam post dia la. Adeh malu aku, dah laa aku terngumpat dia kat post tuh 


- Gigih Syaza cari baiki RSS feed yang problem. Aku sendiri pun tak jumpa solution sampai skrang


- Thanx Abg Stalker nak kasi hadiah cenderamata !!!  Tengah tunggu hadiah sampai umah

 - Entri autopost. Tengah on the way ke Penang. Nak KONVO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hee


28 comments:

Bab 6 Lelaki seperti 'Gelung Getah' | Men are from Mars, Women are from Venus

September 22, 2011 iPai 11 Comments

Salam

*Lama dah tak sambung pasal ni. Macam tak sempat khatamkan je. Baca jauh dah, tapi tulis kat dalam blog je sikit. Hee.


Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray

Dalam bab ni, perempuan akan tahu bahawa lelaki mempunyai 'rentak kesayangan' dia, di mana seseorang lelaki ada fasa menjauhkan/mengasingkan diri daripada orang yang dia sayang kemudiannya dia akan sayang.


Sebab itu, lelaki diibaratkan seperti gelung getah. Apabila ia ditarik, maksudnya lelaki tersebut semakin menjauhi daripada kekasih dia, tetapi bila gelung getah itu dilepaskan, ia akan kembali kepada asal seperti juga seseorang lelaki itu kembali memadu kasihnya. Semakin jauh kita tarik gelung getah, semakin kuat sakit latunan getah mengenai tangan kita, dan seperti itulah kekuatan kasih sayang lelaki bila ia kembali berdasarkan betapa jauhnya dia pada fasa sebelum itu.


Lelaki menyendiri dan mengasingkan diri adalah kerana memang sifat berdikarinya. Lelaki ingin merasai yang dia boleh melakukan sesuatu dengan usaha dia sendiri. Dan apabila ia tercapai, dia bermula fasa keperluan perhatian daripada pihak kekasihnya. Jadi, wanita jangan sesekali salah anggap kalau korang jumpa fasa lelaki macam ni dan beranggapan yang lelaki seperti ini tak sayangkan korang. Ini merupakan keperluan lelaki. 


Bila wanita beri peluang sebaiknya kepada lelaki, lelaki sendiri akan sedar mengenai fasa ini dan akan berubah mengikut rentak wanita. Tempoh masa adalah berbeza mengikut pasangan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Di mana, pada saat itu nanti, lelaki itu sendiri akan pandai menyusun masa keperluannya dengan masa yang hendak digunakan bersama kekasihnya. 




Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray

11 comments: