Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Sunday, October 30, 2011

Komunikasi adalah sangat penting

Salam

Komunikasi adalah satu benda yang sangat penting dalam apa jua urusan. Tanpa komunikasi, kita tidak dapat menghantar mesej dan menerima mesej daripada orang lain. 

Walaupun perbezaan bahasa dan kekangan bahasa yang digunakan dapat menyebabkan mesej yang ingin disampaikan menjadi terhad. Jadi, tidak kisah bahasa kita teruk, atau dia tidak dapat menagkap penggunaan bahasa tinggi, gunakanlah bahasa yang mudah dan ringkas.

Janji mesej disampaikan !!!

Masalah komunikasi memang berlaku di mana-mana. Kalau mengajurkan projek kecil di universiti pun boleh jadi serabut, apa nak di katakan dengan alam pekerjaan. Jadi sentiasalah ingat di dalam kepala, dapatkan mesej yang betul dan sampaikan mesej dengan jelas.

Baju hijau dan baju hitam tuh adalah geng company aku

Yang baju coklat tuh, wakil client Engineer daripada Gulf Farabi
(Sini kan, orang arab jadi bos je. Engineer banyak daripada India)



Thursday, October 27, 2011

Cari duit di Saudi

Salam


Ada yang bertanya, ‘Weh, kau kerja mana weh?’
Aku jawab, ‘Aku kat Jubail, Saudi Arabia.’
‘Wah, mesti dalam bidang oil and gas. Mesti banyak duit ni’

Ya, memang betul aku berada dalam industri oil and gas. Cuma yang korang kena tahu, aku adalah fresh grad dan peluang untuk masuk ke dalam bidang oil and gas ini sangat susah kerana kebanyakkan syarikat berkehendakkan orang yang berpengalaman paling minima 5 tahun.

Yang ingin aku sampaikan adalah, gaji yang aku dapat di sini, tak seperti digembar-gemburkan dan yang selalu korang dengar; ‘Gaji kerja kat Saudi mesti besar’. Gaji aku setanding dan seiring dengan bidang kareer di Malaysia. Namun bagi gaji seorang fresh grad, ia memang tinggi dan berbaloi.

Kelebihan yang ada di sini, aku tak perlu risau nak membayar duit sewa rumah dan membayar duit bulanan kereta untuk pengakutan ke tempat kerja. Tempat hiburan di sini sangatlah kurang, tiada wayang. Di situlah aku sepatutnya dapat menyimpan duit dalam pecahan yang tinggi. (Kononnya nak menyimpan le. Sekali dapat 1st gaji, keluar plak iPhone4 atau laptop baru =P.)

Apa-apa pun, kemudahan menghantar duit ke Malaysia sangat sukar. Perkhidmatan yang ada sangat terhad di mana kita kena longgokkan dan hantar ke satu akaun di Malaysia. Kemudian baru diagihkan kepada orang lain.

Dulu ibu aku pernah berpesan, hantarlah duit ke ibu bapa daripada sebahagian gaji yang kita dapat. Tak banyak pun takpe, janjinya ada. Bukan mengharapkan nilai yang banyak untuk membayar segala duit ibu bapa kita guna kepada diri kita.

Aku ada nampak Bank Al-Rahji kat sini, tapi malangnya tiada connection kewangan ke Al-Rahji di Malaysia. Namun tidak mengapa, inilah rintangan yang harus diharungi.

P/S:
- Alhamdulillah dapat rasa first gaji sendiri.
-  

Wednesday, October 26, 2011

Perihal internet yang sedang ditunggu-tunggu !!

Salam 

Apa kabar semua ? Pertamanya aku nak minta maaf sangat sebab dah lama tak update blog. Keduanya minta maaf sangat sebab tak dapat balas kunjungan. Sudah genap sebulan aku di Al-Jubail, Saudi Arabia. Kini projek pertama aku dalam syarikat ni sudah bermula sejak 2 minggu lepas. Aku dengan geng aku ditugaskan ke plant petrochemical Gulf Farabi. Dan sejak daripada itu juga la aku tidak dapat online kerana, di Gulf Farabi, tiada perhubungan internet yang disediakan kepada kami.

Gulf Farabi

Perihalnya line internet yang mahu di beli untuk penggunaan di rumah menemui jalan buntu. Kami serumah sepakat mahu membeli pakej line internet yang berkapasiti tinggi, namun setiap cawangan yang kami pergi menyatakan alat broadband untuk pakej tersebut sudah habis. Bila mahu ditempahnya alat broadband itu, mereka tidak membenarkan kerana tiada konsep tempahan sebegitu di sini.

Begitulah konsep yang dipegang oleh Customer Service di sini. Jika produk yang korang guna mempunyai masalah, korang akan membuat aduan dengan Customer Service kan ? Tetapi di sini, jika korang komplen, mereka tak begitu prihatin dengan pelanggan. Jadinya, jika ada masalah korang akan diberi pilihan oleh Customer Service sama ada nak teruskan atau berhentikan perkhidmatan. Maka terima sahajalah. Nak lawan tak boleh pulak.

Kami tengah nak pilih syarikat mana yang mempunyai liputan dan jaringan internet yang lebih bagus supaya dapat menampung kami serumah 11 orang. Pilihannya adalah antara Mobily dan STC.


Logo syarikat Mobily
Macam Celcom ek

Logo Syarikat STC
Tak tahu macam Maxis ke tak

 Inilah pakej internet yang kami tunggu sampai 2 minggu lebih sampai takde stock tuh.
Boleh menampung sehingga 42 MBps. Laju wooo T_T


Jadi kini, sudah kembali ke office asal kerana kemudahan alat eletronik adalah lebih mudah di office sendiri. Yosh !! Berusaha nak buat kerja.

P/S:
- Banyak benda nak cerita kat korang !!
- Sini cuti raya haji seminggu, tapi aku nak buat OT !!!!
- Secara seriusnya, aku rindu nak blogwalking kat blog rakan-rakan blogger tersayang aku.


Saturday, October 15, 2011

Abang Stalker nak tahu pasal wanita Arab

Salam



Hee .. Entri ini merupakan request daripada Abang stalker .. Kalau dah masuk bab ni mesti orang tanya wanita arab cantik ke tidak, cun ke tidak ?

Terus-terang aku katakan, semua wanita arab yang aku nampak di sini memakai jubah dan purdah warna hitam. Haa, cam ne nak agak diorang cantik ke tidak. Tapi kalau tengok mata je memang dah cukup cun la. Itu pun tak leh nak tenung lama-lama. Silap haribulan kena maki terus-terang di tempat awam. (Tips: Pandang jeling sekali, then lepas tuh jangan pandang lagi =P )

Wanita bukan Islam juga perlu mengenakan jubah di tempat awam. Kebanyakkannya boleh dilihat kepada wanita Filipina di sini. Dah laa muka aweks Filipina ni memang dah macam Melayu, memang macam usha awek Malaysia juga laa.

Jadi abang stalker cukup tak info pasal awek arab ? heheh

P/S:
-        - Tapikan kalau nampak ada wanita arab yang hanya pakai tudung biasa mesti ramai yang usha. Memang cun @_@ 
--



Wednesday, October 12, 2011

Entri bergambar: Penanda Jalan

Salam

Menunggu kenderaan ke tempat kerja sampai

Erk, pakai cam skema kan ? 
Macam nak pergi kelas masa zaman Universiti la plak
Tapi best laa juga kalau takyah pakai formal


Pss:
Mari kenal dengan 2 orang awek ni
Mereka adalah;
Diorang kongsi blog ni membuatkan diorang comel


Sunday, October 9, 2011

Achik suruh update, aku pun update: Satu-satunya duit syiling yang ada kat sini

Salam

Dapat satu komen daripada Achik minta updatekan blog. Aku nak minta maaf sangat kerana tak dapat nak update blog selalu. Di sini aku mempunyai kekangan internet yang sangat parah. Tambahan juga masalah masa kerana di rumah, aku tidak dapat acess internet. Dan pada hari ini plak, hari yang menabjubkan, internet di office ni jadi ok.

Jadi hari ni nak cerita pasal duit syiling yang ada kat sini. Kalau di Malaysia, kita ada syiling 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50 sen. Haa, tapi kat sini ada 0.50 riyal je.

Comel tak syiling dia ? 
Haa, nak dapatkan sekeping ni pun susah tau !!


Kat sini semua barangan yang dijual di kedai runcit semuanya digenapkan. Jadi tak main laa sen-sen ni. Semuanya Singgit dua ringgit, tapi dalam riyal laa. 

Jadinya kalau di Supermarket atau Hypermarket, yang sen-sen tuh akan diberi makanan yang lain. Contoh, kalau total barangan yang dibeli adalah 23.70 Riyal. Ada baki 0.30 Riyal kan ? Cashier tuh akan bagi chewing gum atau gula-gula yang sama harga 0.30 Riyal. Atau pun, korang kena halalkan sen-sen tuh.


So, aku rasa Malaysia memang unik dari segi matawang !!!


P/S:
- Terima kasih wish daripada Syaza atas ucapan wish tahniah untuk konvo saya !!!
- Tahniah buat Alisya sebab dapat doodle comel. Dia kata mulut aku masin. Memang masin pun sebab, ada certain pipe yang rasa air laut =P 


Monday, October 3, 2011

1 set makanan Saudi sama dengan 3 set makanan orang Malaysia

Salam

Syaza kata aku dah sombong sempat tak sempat nak blogwalking kat blog korang =P Heheh. Aku ingat kat korang k. Sibuk sahaja di sini. Masa nak taip post ni pon, taip putus-putus dan sambil-sambil curi masa daripada menunggu orang. Masih menyesuaikan waktu tidur kat sini, kerana selalunya aku akan celik dengan waktu pagi di Malaysia. Harapnya tak mengganggu waktu kerja aku nanti.

Jadi aku nak share dengan korang, kat sini satu set makanan sama dengan 3 set makanan orang Malaysia. Maknanya, orang-orang arab ni makan gedabak punya banyak.

Kalau mintak set paratha (roti canai)
3 keping dia bagi

Kalau bagi nasi dan ayam
Dia punya nasi besar 1 dulang 
sesuai 3 orang Malaysia punya makan

Kalau burger dia plak
Superb besar !!!!! 

Yang aku hairannya, selera makan aku kat sini makin meningkat. Kalau patut set nasi tuh, boleh makan 3 orang, set yang aku makan tuh, aku perlu partner sorang je sudah cukup untuk habiskan. Dan aku ye selera makan siap takleh miss untuk setiap breakfast, lunch dan dinner.  

Haa, mamat ni tak tau dia dapat set sebanyak ni
Capati tuh berlambak dia bagi
Sila percaya yang dia dapat habiskan semua
(ok tipu je, habiskan lauk tuh je) 


Nama burger ni burger zinger
Macam Burger zinger KFC tuh
Tapi besar dia, adalah sebesar 2 tapak tangan aku
Sangat besar ok !!!
Aku berjaya habiskan 3/4 burger ni 


 Haa, set nasi ye 
Makan atas plastik
Lauknya hanya ayam
Dengan sos tomato je 

P/S:
- Makan banyak pon aku tetap kurus. wakakaka =P
- Sini susah nak tangkap gambar. Pak arab sangat sensitif nampak kamera. Bila dia nampak kita tangkap gambar, dia kata kita ajen spy nak tangkap gambar.  
close button
ShoutMix chat widget