Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Monday, November 28, 2011

Projek yang 1st tak habis lagi, kena export ke projek baru

Salam

Projek pertama aku di sini masih tidak habis lagi, dan aku telah diimport ke projek baru. Dan yang lebih mengejutkan aku diminta menjadi Person In-charge dalam projek yang baru ini. Pada mulanya aku menolak kerana, aku baru sahaja berada di syarikat selama sebulan. Tetapi atas saranan oleh pihak atasan, aku terpaksa gagahkan jua untuk mengajar staff baru untuk projek yang baru ini.

Client bagi projek yang baru ini bukanlah calang-calang client. Client ini merupakan plant petrokimia antara yang tertua di Saudi Arabia iaitu;


Moga semuanya akan menjadi ok.


Thursday, November 24, 2011

Lelaki tak selamat di Saudi Arabia

Salam

Yang sebenarnya, lelaki asing yang hidup di bumi Saudi Arabia ni tidak selamat. Aku dah lama nak cerita kat korang, tapi hari ini baru dapat bukti gambarnya. Yang nasib baiknya, ini bukan aku ye.

Kalau di Malaysia, perempuan sentiasa berhati-hati kerana gangguan seksual berada di mana-mana. Namun di sini, perempuan akan selamat, dan yang tidak selamat adalah lelaki.

Contohnya seperti;

 Kawan aku yang ber-Tyvex (baju putih) di*****

Untuk gambar yang lain, sila lihat lokasi tangan jejaka berbaju biru itu

Believe it ? Believe it !!

P/S:
- Korang doakan aku selamat k. Aku pun ada hampir terkena dalam situasi yang lain (Kena kejar dengan lelaki di kawasan pasaraya)

Saturday, November 19, 2011

Cucur Pisang

Salam


Mataku celik. Aku dapat melihat persekitaran sekelilingku masih dalam keadaan gelap. Hari ini hari Jumaat. Hujung minggu bagi pekerja di sini. Syarikat biasanya akan cuti pada hari Khamis dan Jumaat tetapi syarikat aku hanya cuti pada hari Jumaat sahaja.

Jam menunjukkan 5.50 pagi. Jika diikutkan waktu Subuh akan tamat dalam beberapa minit lagi mengikut waktu kiraan bagi kawasan Al-Jubail.  Kalau di Malaysia, inilah waktu masuk solat Subuh. Betapa teruknya aku asik berSubuh Gajah di sini.

*** Mandi dan solat ***

Aku bergerak ke dapur untuk mendapatkan minuman. Aku lihat terdapat 3 pisang yang berada di dalam peti ais. Mataku meliar ke sekeliling menganalisis bahan lain yang ada untuk menu sarapan pagi.

“Masak cucur pisang pun sodap ni”

Sambil menyanyikan lagu iklan ‘Tepung Cucur Adabi’ aku masukkan bahan-bahan seperti pisang yang dilumatkan, sedikit gula dan juga tepung. Setelah ku gaul hingga sebati, aku masukkan ia ke dalam kuali berisi minyak hangat dengan api yang kecil.

Setelah siap masak, aku merasakan cucur tersebut.

“Hmmmm”
“Pisang terlalu sedikit dan tepung yang berlebihan. Tapi sedap !!!” Sedikit kembang sebab dapat sediakan sarapan pagi hari ni.
“Tapi kenapa cekodok ni tak bulat ek?. Mungkin akan datang boleh masukkan telur sebiji ke dalam cucur pisang ini.”

Sekarang ku mengerti mengapa ada lelaki yang begitu minat memasak. Aku merasakan seperti sedang berkarya dan hasil daripada karya itu, dapat membuatkan orang lain kenyang dan puas.

“Nanti aku dah pandai masak, boleh aku masak untuk family aku ek. Tapi segannya”

Saturday, November 12, 2011

Nama Malaysia gah di mana-mana

Salam


4 sekawan memasuki ke kawasan klinik diketuai seorang staff senior. Ia merupakan klinik utama bagi bangsa asing selain daripada bangsa arab. Mereka semua dapat memerhatikan pelbagai jenis bangsa yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor. Antara mereka terdapat warga Bangladesh, warga India, Filipina dan tidak ketinggalan juga Indonesia.

Kebisaannya staff yang baru sampai akan dibawa ke klinik ini untuk menjalani ujian jenis darah. Ujian jenis darah ini merupakan keperluan oleh pihak industri petrokimia kawasan Jubail. Berbeza di Malaysia, ujian yang diperlukan lebih terperinci seperti ujian x-ray, ujian darah dan sebagai. Namun di sini, ujian jenis darah sudah mencukupi. Aneh.

Selepas membayar di kaunter, mereka berlima bergerak ke tingkat tiga untuk ke bilik uji darah. Kelihatan seorang nurse yang lengkap berpakaian jubah dan purdah hitam sedang sibuk mengisi dokumen. Purdah yang hanya mendedahkan bahagian mata sebagai keperluan nurse itu untuk melihat. Namun keperluan melihat itu dapat dinikmati oleh 5 sekawan kerana nurse tersebut mempunyai sepasang mata yang cantik.

4 sekawan sudah bersedia untuk menjalani ujian. Antara mereka teringat dengan cerita-cerita yang didengari daripada staff lama bahawa nurse Arab ini kasar. Kasarnya mencucuk jarum untuk ujian darah seperti mahu jari tuh dirobek sebesar duit syiling.

Setelah sabar menunggu, tiba masa untuk rakan yang ketiga untuk menguji darah. 2 rakan yang terdahulu telah menjadi mangsa kekasaran nurse Arab yang merobek kasar jari hantu semata-mata hanya untuk diuji. Rakan yang ketiga bersedia dengan jari kental untuk menahan sakit.

Sedang dia bersedia menghulurkan jari hantu untuk dicucuk, tiba-tiba ..

Are you from Malaysia ?”, tanya nurse tersebut.
Terlopong seketika. “Oh yes, I am from Malaysia”.
Nurse tersebut mula mencucuk jarum ke jari.
Ouch, is it hurt ?” prihatin nurse tersebut.
No. no. It’s ok.” Mula merasa pelik mengapa tidak seperti yang diceritakan 2 rakan terdahulu tadi.

Cerita yang digembar-gemburkan itu tidak berlaku kepada rakan yang ketiga itu, kerana layanannya benar-benar lain daripada dua rakan yang terdahulu.

Pabila selesai, staff yang membawa 4 sekawan untuk ujian darah itu pun menjelaskan bahawa orang Arab sangat sukakan Malaysia. Apabila mereka mengetahui kita ini daripada Malaysia, kita akan dilayan seperti seorang artis. Bangga sungguh orang Arab ni apabila dapat berkenalan dengan warga Malaysia.

Cuma, sekali imbas rupa paras orang Malaysia memang serumpun dengan Indonesia dan Filipina. Dan dengan kerana itulah layanan itu kita tempias sama. Namun, pabila mereka mengetahui kita orang Malaysia, mereka menjadi ramah.

Tipsnya hanya mudah. Berilah salam apabila masuk ke kedai. Maka, sangkaan pertama mereka yang menyangka kita adalah daripada Filipina akan meleset.

Terima kasih kepada pemimpin Malaysia yang menjadikan nama Malaysia gah di mata dunia !!


P/S:
-Autopost. Kembali masuk ke plant petrokimia. Maaf tak dapat nak update blog selepas ini.

Wednesday, November 9, 2011

Ibu bekerjaya

Salam


Jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang. Kelihatan matahari pun sedang melabuhkan tirainya menandakan waktu solat fardhu Maghrib bagi kawasan Jubail, Kingdom of Saudi Arabia. Aku bersama 3 yang lain berada di  dalam kereta yang dipandu oleh bos pulang ke rumah. Aku yang berada di tengah-tengah seat belakang menoleh ke kanan. Kelihatan kawan ku, M merangkap chef rumah kami sedang asyik termenung keluar. Entah apa la yang dimenungkan tuh.

***** Imbas kembali di office *****

“Weh menung apa tuh? Jauh benornya menungnya”
“Aku tengah fikir resipi apa nak masak malam ni”, kata M
“So, ko nak masak apa malam ni ?”
“Aku rasa, aku nak masak kicap laa”, kata M lagi
“Hahah. Hari tuh, kau kata kau nak masak kicap, tapi yang keluarnya kari juga”
“Hahah. Hari tuh tak cukup bahan laa”, jelas M

**********

Hmm, mesti M tengah fikir nak masak apa malam ni. Tak kisah la, apa yang kau nak masak M oii. Yang kau masak tuh tetap kami sepuluh orang serumah makan. Bagi aku, M memang tahu asas dalam masakan. Selama aku membantu dia dalam memotong bahan masakan, banyak juga info yang dikongsikan dalam ilmu memasak. Resipi yang aku pelajari dan paling aku gemari adalah resipi ayam KFC. Huhu

Aku dapat merasakan beginilah pemikiran seorang ibu yang bekerjaya. Setiap hari pulang daripada kerja mereka akan memikirkan apa yang ingin di masak untuk sekeluarga. Alangkah hebatnya ibu bekerjaya ni memasak walaupun sudah seharian penat bekerja di pejabat.

Sekurang-kurangnya aku dapat merasa keadaan dan situasi mereka.



Tuesday, November 1, 2011

Fast food in Arabic ?

Salam

Besok hari rabu ek ? Kalau buat post bergambar awal 3 jam leh tak ?

 Haa, sama tak bunyi 'Ketchup' dalam arabic tuh ? 
Kat sini takde sos cili T_T


 Cuba eja 'Pizza' tanpa furuf 'Pa'
Heeehee


Haa, cam ne nak eja 'Chicken McNugget'
Gigih mengeja ok !! 





I'm lovin it !!

close button
ShoutMix chat widget