Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Saturday, December 31, 2011

Hari terakhir 2011

Salam

Wah, tiba-tiba ngigau menaip blog kan. Nak conclude sikit pasal tahun 2011. Secara amnya, memang banyak laa perbezaan pada 1 Januari 2011 dengan 31 Desember 2011. Sebabnya, pada awal tahun aku masih sibuk dengan tugasan harian dan juga final year project yang dirasakan tiada berkesudahan.

Dalam banyak-banyak tahun pelajaran, tahun terakhir inilah merupakan tahun yang paling banyak mendapat ilmu teknikal dan yang aku sedang gunakan dalam kerja sekarang. Walaupun ia sekadar benda yang remeh temeh, namun, ia merupakan satu aset yang besar kini. Itulah habuan terbaik bila kita pandai menghargai ilmu.

Pada tahun ini juga aku telah membuat pelbagai keputusan-keputusan drastik untuk hidup aku. Daripada pilihan untuk sambung ke bidang master, penilaian offer kerja di WD di Thailand, atau hanya menatap ke siling rumah bertanyakan nasib sendiri. Kesabaran itu terbayar dengan harga yang lumayan dan kini aku bekerjaya.


Siapa sangka rezeki yang kita dapat. Kini, aku berada di Kingdom of Saudi Arabia untuk mendapatkan pengalaman dan rezeki. Tiba-tiba aku teringat doa-doa yang aku panjatkan semasa berada di tingkatan 5 iaitu;

Mahu melanjutkan pelajaran di luar negara

Setelah 6 tahun kemudian, doa itu telah dimakbulkan dan ya, melanjutkan dan meluaskan pelajaran sambil bekerja di luar negara. Alhamdulillah. Syukur nikmat.

Inilah yang aku dapat simpulkan selama 6 tahun;
Janganlah kita menilai benda-benda yang tiada, nescaya kita tidak berasa puas.
Nilailah apa yang dikurniakan, dan bersyukurlah terhadapnya. Kerana dengan syukur itu akan dikurniakan nikmat yang melimpah ruah.

P/S: Selamat ulang tahun Reminiscence yang pertama !!! Yeay !!!

Thursday, December 29, 2011

Ku tergoda pada wanita yang


Wah macam tajuk yang keluar dari post Abang Stalker plak kan. Ramai yang mengatakan bentuk fizikal ni takdelah penting mana, dan yang penting adalah kecantikan dalaman. Namun, mata tidak dapat menipu hati, kerana benda yang cantik akan diakui jua. Tidak kira jika penilaian itu berbeza-beza, pandangan akan tetap menilai.

Sudah menjadi lumrah lelaki melihat benda yang cantik. Dan cantik itu datang dari wanita. Kalau pergi shopping complex, bila aku nampak awek cun, aku tak tengok awek cun tuh (ok, aku tipu, aku tengok sat ja), yang aku tengok adalah lelaki di kawasan sekeliling yang akan tengok awek cun tuh. 

Jadinya, kecantikan pada wanita ini memang banyak; mata, bibir, rambut, hidung. Dan bagi aku, aku sangat tertarik dan kelemahan besar aku adalah pipi. 

So aku saja-saja nak listkan awek Holywood yang aku rasa comel di pipinya. Mereka adalah (tidak disusun mengikut yang aku suka) ;

Anne Hathway
Terjumpa masa cerita Princess Diaries 


Mary Elizabeth Winstead
Jumpa kat cerita Scott Pilgrim VS The World
Tapi patut leh jumpa kat Final Destination (Yang keberapa ntah) 


Nina Dobrev
Terjumpa kat cerita TV Series Vampire Diaries 


Jessica Biel
First time jumpa masa cerita Blade 3 kot 


Vanessa Hudgens
Terjumpa kat cerita High School Musical 


Zooey Deschanel
Terjumpa kat cerita 500 Days of Summer
Cerita Yes Man pun dia ada


 Hee. Comey tak ?



Monday, December 26, 2011

Jubail

Salam

Inilah bandar yang aku duduk sekarang. Jubail terletak sebelah timur, berhampiran perairan Persian Gulf. Bandar yang dahulunya dipanggil 'Bandar Lama Al Jubail', merupakan sebuah perkampungan nelayan hinggalah pada tahun 1975, ia membangun sebagai kawasan perindustrian.



Pada tahun 1975, Jubail telah dijadikan sebagai bandar perindustrian rasmi oleh kerjaan Saudi Arabia, dan sejak daripada itulah ia membangun dengan pesat. Bandar perindustrian baru ini kemudiannya diberni nama; 

Madīnat al Jubayl aṣ Ṣinā`īyah (Bandar Perindustrian Jubail)

Bandar Perindustrian Jubail ini merupakan kawasan industri yang TERBESAR di dunia yang mengandungi industri petrokimia, baja, besi dan pelbagai industri sampingan. Bandar ini juga terdapat kawasan tentera Saudi Arabia iaitu Royal Saudi Naval Base dan Commercial Port  and Military Air Base. Di sini juga terletaknya syarikat terbesar dari kawasan Timur Tengah dan syarikat petrokimia ke-4 terbesar seluruh dunia iaitu SABIC (Saudi Basic Industries Corporation). Jubail juga merupakan tempat letaknya pemprosesan pengnyahgaraman air laut yang terbesar di dunia (untuk bekalan air harian) iaitu, MARAFIQ. 

Wednesday, December 21, 2011

Aku yang kena kuat

Salam

Alam pekerjaan memang lain kan. Aku membayangkan suatu suasana yang seronok di mana rakan-rakan sekerja kita bersama-sama berusaha mengejar target syarikat. Sangkaan aku meleset. 

Memang dalam dunia ni mempunyai pelbagai jenis orang, namun aku tak sangka walaupun jauh daripada tanah air, sesama bangsa juga masih tidak dapat bersatu. Adakah ini yang Tuhan nak tunjukkan ? Bahawa orang sebangsa dengan aku ni orang yang cepat iri hati. Sedih aku melihat perkara kecil  yang diperbesarkan. Menyangkal hak orang lain, dan mendakwa diri sendiri lebih layak untuk semua hanya kerana pengalaman. Tidakkah mereka tahu, setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan setiap orang telah Allah janjikan rezeki yang terbaik untuk diri kita. Iri hati kepada orang lain, maksudnya tidak bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.

Mereka juga ada yang mendakwa, aku tidak layak ke mari. Hanya kerana aku tidak berpengalaman dalam bidang yang ditawarkan oleh syarikat. Tapi apa salahnya, kepakaran yang aku ada selama 4 tahun dalam ijazah dapat digunakan sebagai tambahan dalam bidang ini. Adakah orang lain tidak dapat mengembangkan bakat mereka dan mempelajari sesuatu yang baru ? Adakah salah aku masuk ke bidang yang hanya sipi-sipi dengan aku.

Aku jadi tidak duduk bila dengar kutukan dan sendaan yang dibuat. Walaupun hanya nada bergurau, ia terlalu pahit untuk didengar. Walaupun ia untuk orang lain, aku sendiri merasa percikannya. Ada banyak isu lain yang boleh dibuat gurau, tetapi bukan isu yang memperkecilkan orang lain. 

Aku pun tidak patut merungut sebegini. Dan ini harus aku jadikan sebagai satu rintangan untuk ditempuhi agar aku lebih kuat pada masa akan datang. Cuma, apa yang aku coretkan di sini supaya dapat menyampaikan mesej kepada yang membaca, agar tidak mudah iri hati kepada orang lain. Berharaplah kepada Maha Memberi agar dapat apa yang dipinta dan janganlah berharap kepada manusia, kerana ia akan dikembalikan kepada manusia juga.

P/S: Ada beberapa orang kawan pergi umrah bermula malam ni. Aku tidak berani nak pergi lagi. Merancang pada masa akan datang. InsyaALLAH.

Thursday, December 15, 2011

Seronok melihat kawan berjaya

Salam

Berusaha mencari masa dan idea untuk blog yang dirindui. Walaupun internet sudah boleh di-acess di rumah, namun tetap blog tidak ber-update. Apa bezanya bila ada internet dan bila tidak. Aku tidak lari daripada lumrah sifat normal manusia, yang hanya tahu memberi alasan dengan benda yang tidak ada. Walhal aku lupa, orang terdahulu berpunjangga; 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Kemahuan yang tiada jalan, di-komplennya, tetapi bila jalannya ada, sedikit pun kemahuan itu tidak dipenuhi. Ah, cukup saja aku membebel di situ. Alhamdulillah kerana tersedar kelemahan ini, untuk aku berusaha membaikinya.


Aku seronok melihat rakan-rakan aku sudah ke sana dan ke mari. Dahulunya kami bersama-sama mengharungi cabaran dan dugaan selama 4 tahun, kini kita semua berada di merata tempat meluaskan pengalaman dan bakat serta menyara diri sendiri dan keluarga.

Mungkin masih terlalu awal aku bayangkan, rakan-rakan yang sudah bekerja di tempat berlainan, dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Di kala itu juga, berkesempatan juga menyelit kisah-kisah silam semasa berlajar bersama di kampus.

Setiap manusia akan menempuhi berbagai dugaan. Dan setiap dugaan itu adalah ujian kepada kita untuk mematangkan diri kita. Kebiasaannya, setiap dugaan yang mendatang akan diberi 2 pilihan untuk direspon;

1. Mempersoalkan mengapa perlu bersusah payah

2. Menerima dan berusaha untuk lebih baik 

Alangkah ruginya kita bila kita memilih respon yang pertama. Kita mempersoalkan susah payah yang dilalui. Mungkin juga terlalu iri hati dengan orang lain yang boleh duduk senang lenang. Kita tidak sedar, yang orang lain dapat duduk senang lenang adalah kerana telah bersusah payah terlebih dahulu. Maka ia, akan menjadi tidak masuk akal jika kita berkehendakkan kesenangan tanpa usaha yang setimpal.


Betapa untungnya, jika respon yang kedua. Kerana setiap dugaan yang dilalui dapat menjadi pengajaran kepada diri sendiri. Walaupun ia hanya pengalaman sekecil belajar menggunakan mesin photostat. Pengalaman yang kecil dapat dikumpulkan hingga menjadi besar.


Aku doakan semua rakanku berjaya. Buat rakanku yang masih menunggu, jangan putus harapan. Teruskan usaha untuk mendapatkan yang terbaik. Dengan izinNya, ia akan tiba.

P/S: Menahan kesejukan yang teramat sangat.

Friday, December 9, 2011

Akhirnya Mobiliy penuhi permintaan kami

Salam

Sebelum ni, aku sendiri tak tahu kat KSA ada musim sejuk.
7.30 AM

Penantian kami selama sebulan lebih akhirnya terjawab jua. Kami akhirnya dapat satu pakej internet. Walaupun tidak memnuhi kriteria untuk menampung 7 orang yang menggunakannya, tapi dengan toleransi sesama sendiri, ia sepatutnya mencukupi bagi penggunaan asas internet.

At least boleh juga guna. Alhamdulillah 
Pakej 2 MBPS Unlimited
SAR 1260 selama 17 bulan
Murah siot

Dengan adanya internet ni, makin ramai plak yang duduk sahaja. Lebih melayan internet daripada tolong member masak kat dapur. Untuk beberapa hari terawal, aku pun sama, tapi bila fikir pasal member yang masak tidak ditolong, rasa bersalah plak.

Dengan adanya internet ni, harapnya aku dapat la update blog nanti. Mungkin tidak sekerap dulu, tapi cukuplaa nak berkongsi idea dan juga menyediakan ruang untuk rakan lain menumpahkan sedikit komen dalam isu dibincangkan.

Jadi aku minta maaf laa banyak-banyak sejak dulu hingga selamanya kalau jarang membalas kunjungan korang. Terima kasih atas sokongan yang diberikan, dan aku mendoakan korang juga akan sentiasa dalam keadaan baik.

Aktiviti berkelah hari tuh

Sunday, December 4, 2011

Jubah merupakan fesyen

Salam



Di Malaysia, nampak sahaja yang berjubah akan dianggap Pak Imam atau anak pak Imam. Dan kerana itu sukar, kita melihat orang kebanyakkan memakai jubah. Ini kerana risau akan dianggap sesuatu yang bukan dirinya sendiri.

Namun di sini, insan yang baik atau jahat, akan berjubah. Kerna jubah merupakan fesyen bagi masyarakat penduduk arab. Pakaian jubah juga merupakan pakaian rasmi dan formal ke pejabat. Jadi ia tidak dianggap janggal malah ia merupakan fesyen bagi lelaki.

Kalau pada musim biasa (panas) akan kelihatan penduduk arab lebih selesa dengan berpakaian jubah putih. Maka ketika itu, mata kita akan merasa jelak dengan warna yang sama.

Namun, apabila tiba musim sejuk (dah mai dah musim sejuk tuh), penduduk arab lelaki mengenakan jubah berwarna dan bercorak. Sedap sikit mata memandang dengan kepelbagaian warna


close button
ShoutMix chat widget