Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Wednesday, February 27, 2013

Jom Sharing: Kerjaya dalam Oil Industry

Salam

Jumaat yang lepas diadakan satu program yang dianjurkan oleh KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) untuk anak muda dalam kerjaya. Secara langsungnya kami yang muda-muda ni la sasaran program ini.

Secara peribadinya, aku sangat lega dapat join sharing ni kerana dapat menjawab persoalan kerjaya yang mengahntui diri dan menyelesaikan dilema kerjaya yang aku rasa. Ia mungkin sangat terkesan di hati kerana speaker yang datang untuk sharing ini sangat menghampiri kepada dilema aku.

Wakil dari kami sebagai MC

 
 Speaker pertama Che Lah. Chemical Eng.

Speaker kedua Haji Ridzuan. Chemical Eng juga

Hj Fadly. Mechanical Eng. RBI engineer

 Sesi soal jawab

Apa yang aku lega sangat tu adalah; aku dapat contoh yang dekat dengan aku. Dua speaker pertama adalah chemical engineer. Speaker pertama mempunyai jalan kareer yang berbeza dengan speaker kedua walaupun keduanya graduan chemical engineering. Secara ringkasnya, speaker kedua berkongsi cerita kareer bagi typical chemical engineering (process engineering), dan sharing daripada speaker pertama banyak kepada pembabitan dalam projek yang pelbagai. Namun keduanya berjaya.

Tips yang dikongsikan daripada speaker pertama;
  1. Rebut peluang yang ada, walaupun peluang itu tidak sama dengan yang diharapkan. Contoh yang speaker pertama lalui, mengambil jawatan Instrument Eng. walaupun tidak ada kaitan dengan chemical engineering.
  2. Sentiasa berusaha keras dan mendalami segala aspek pengetahuan dalam kerja yang dipraktikan. Dengan erti kata mudah, belajar untuk jadi pakar.
Peringatan daripada speaker kedua;
  •  Kareer yang kita hendakkan tidak semudah pada zaman dahulu, di mana jawatan engineer banyak untuk di isi. Dan kini, kita bersaing untuk mendapat tempat. Maka, memilih bukanlah cara yang selamat untuk zaman kini.

Moga dapat dimanfaatkan kepada yang lain. Harap ada lagi program macam ni.

Friday, February 22, 2013

Umrah lagi

Assalamualaikum

Mengagahkan diri mencoretkan sesuatu yang baru di dalam blog ini. Setelah sekian lama aku tidak karang, aku bertekad pada malam ini ada coretan baru.

Ziarah sekali lagi .. Dalam pada masa yang sama, mengubat rindu ibu, ayah dan adik datang ke Mekah (tiada gambar, barangkali kemudian)

Dapat membawa 2 orang rakan yang pertama kali mengerjakan umrah

  Background, Masjidil Haram dengan major modification

 Kalau sebelum ini ke Jabal Nur, kali ini ke Jabal Rahmah
Tempatnya di mana Adam dan hawa bertemu
Orang kata, boleh baca doa bertemu jodoh
Nak doa panjang jodoh pun boleh
Nak doa, jodoh no.2, 3 dan 4 pun boleh diusahakan .. Haha

Atas puncak Jabal Rahmah

Kredit gambar kepada: KIW

Sunday, February 3, 2013

Kawan aku

Aku ada sorang kawan ni

Kawan yang rapat pada ketika akhir tahun

Ketika ini dia menghadapi dugaan yang besar dalam kerjaya

Kali terakhir yang aku dapat berhubung dengan dia, dia masih percaya pada rezeki

Harapnya dia benar-benar seperti yang ditonjolkan

....

Harap kau bersabar

Ya Allah kuatkan hati dia

close button
ShoutMix chat widget