Baru je habis tengok episode last ABDC Season 6 ni. Aku nak keluar statement ni, ni adalah the best episode yang aku penah tengok sebabnya semua juara Season 1 sampai Season 5 turun buat persembahan.
Dan gilos, semua Juara yang turun semua buat statement melalui persembahan tarian diorang yang diorang memang layak menjadi juara season diorang. Yang paling penting, Jabbawookez, juara season 1, membuat persembahan yang gilos mantap. Haish. Aku sampai tengok dua kali ulang part diorang Jabba menari sahaja.
Sepanjang season 6 ni, banyak team yang aku suka. Team yang aku paling suka tetapi bukan finalis adalah kumpulan Phunk Phenomenon. Memang gempaks diorang ni. Untuk finalis, dua-dua aku suka, namun juara ABDC bagi season 6 adalah;
Bagi korang yang nak tengok episode ni, sila laa download kat sini ekh. Mesti tengok. Memang serius gempak dan korang takkan rugi tengok. Dan aku leh confirm, sapa yang tak pernah tengok ABDC, akan follow next season. UHuh
Kali ini nak share review pasal cite ni. Aku ni bukan peminat cerita Indonesia. Takda laa sampai ke tahap benci, tapi memang tak berapa gemar. Tapi Astro Box Office bulan ni ada cerita Sang Pemimpi. Ada satu pagi tuh, aku tertengok. Boleh kata hampir full juga laa aku tengok.
5 minit pertama tengok, wah kelakar gak cite ni, so rasa nak tengok lagi. 15 minit tengok, eh sweet2 juga cite ni, so aku tengok lagi. Tahu2 je, dah nak abes. Dan aku berani rate cite ni 9/10. Dinamik cite ni tak pernah turun, dan buatkan sentiasa nak tengok lagi dan lagi.
Aku rasa d main reason cerita ni best, sebab cerita ni macam dari kisah benar yang dilalui seorang kanak-kanak di Indonesia. Jadi, korang boleh tengok macam mana keadaan di Indonesia sekitar 1980 higga 1990 kot. Dan ia sangat-sangat jujur.
Bila baca kat Wikipedia, ia adalah cerita adaptasi novel bersiri oleh penulis Indonesia, Andrea Hirata. Mengisahkan kisah hidup Arai dan Ikal mengejar impian mereka untuk belajar di Paris dan mengelilingi Eropah.
Disebabkan cuti sekolah, family mesti rancang nak cuti-cuti Malaysia punya. Minggu lepas pergi PD, kali ini pergi Melaka. Tapi tak lama, sehari saja. Disebabkan hujung minggu banyak jemputan kahwin (al-maklum laa cuti kan, maka musim cuti laa juga), maka trips kali ini diadakan pada hari Jumaat.
Ayah aku pulak stat busy minggu ni, banyak meeting sana sini, maka kena laa buat trips short macam ni. Pagi sampai petang jalan-jalan kat Jusco Bandaraya Melaka (baru bukak woo, cantik lagi woo). Rehat time solat Jumaat saje.
Lepas tuh, serang makan ikan bakar lagi. Sebelum ni, dah banyak post yang aku cerita pergi makan ikan bakar kan ? ada yang itu dan ada yang ini. Tapi kali ini, kami pergi tempat lain plak, atas saranan mak cik aku.
Kalau korang google maps 'Umbai Melaka', ni laa list yang akan keluar. Jadi korang fokus kat huruf E tuh.
Haa, kalau tengok kat peta ni, kat bulat pink tuh adalah tempat ikan bakar yang kitorg makan selalu tuh (itu dan ini) Tapi kali ni, kami pergi kat tempat yang bertanda E tuh.
Dan tetapi lagi, kami bukan makan kat tempat E tuh, tempat yang korang patut pergi tuh dekat dengan tempat E. Lepas korang parking, bayar seringgit. Korang akan nampak gerai-gerai bernombor 1 hingga 6. Dan kalau korang terus lagi, ada bangunan khas tempat makan Laksamana Ikan Bakar.
Tempat yang korang pergi adalah, kat gerai No. 5.
Memang superb. Makan nasi lemak dengan ikan bakar. Memang sedap.
Ok, antara first apps yang aku nak share dengan korang adalah apps 'gerak peta sendiri' yang korang boleh install kat iPad korang. Untuk iPad ni, tak banyak apps gerak peta sendiri ni, mungkin sebab aku sendiri tak jumpa the best, tapi setakat ni aku try boleh tahan juga laa.
Setakat yang aku paham apa yang diberitahu dalam ni, maps dia merangkumi Malaysia dan Singapore. Jadi kiranya kalau korang bawa pergi Singapore pon, takleh sesatnya.
Macam GPS yang lain, GPS ni juga ada voice navigate setakat aku guna, dia akan bagi arahan kat setiap kali korang berhentikan kereta, macam kat traffic light.
Dan aku suka tengok grafic dalam skrin dia sangat cantik dan smooth, siap ada 2D and 3D. Kiranya paling kurang pon kita leh cam jalan kat depan mata kita n jalan dekat dalam iPad tuh dengan cepat. Seperti biasa kalau kawasan yang famous-famous dan bandar besar, ada bangunan 3D.
Setiap kali korang nak pilih destinasi, boleh laa tekan kat POI iaitu place of interest yang dia dah kategorikan contoh macam stesen minyak, shopping complex dan lain-lain.
Setakat ni masalah yang aku hadapi adalah, kadang-kadang bila aku guna tiba-tiba signal kedudukan kita hilang dan lepas tuh tak gerak-gerak. Uhuuh. AKu memang tak tahu kenapa, mungkin signal kat kawasan tuh tak sampai.
Untuk keterangan lanjut, boleh tengok kat laman web sumber gambar-gambar yang aku dapat ni, diorang ada cite detail pasal benda-benda teknikal Syngic
Nak tahu macam mana nak install benda ni ? Baca kat sini dulu
Semalam petanda sakit-sakit kerongkong, bangun pagi tadi terus tak larat nak bangun. Demam ler, susah ler nak bergerak. Maka, pagi rehat sampai ke petang, sambil main design-design. Ada client baru laa katakan. Tiba-tiba dalam kul 4.30 ptg adik aku yang perempuan tuh call, bagitahu tayar kereta proton saga, yang aku bawa pergi kampus, pancit.
Maka, aku gagahkan jua bersama adik yang laki sorang lagi ke Seremban 2, untuk pergi tukar tayar.
Tengah tukar-tukar tayar tuh, teringat kat sesi prank birthday dulu. Maka terindulaa sekejap dengan mereka semua. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang ada kat rumah, ada yang nak pergi MASUM, ada yang tengah wat Master, ada yang baru je balik dari On job training, ada yang keje part time sales assistant, ada yang tengah ada kat Shah Alam interview, ada yang baru balik dari Oil and Gas Asia 2011.
Untuk korang semua, all the best untuk korang. Buat habis baik. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi k.
P/S 1 : Makan banyak gila. 2 pinggan nasi tomato untuk makan tengah hari. Makan petang 1 pinggan lagi. Malam satu pinggan lagi. N kejap lagi, rasa cam nak masak megi. Lapau =(
P/S 2: Adik aku beli pakej tiket 6 tiket wayang dengan harga RM 50. Kiranya korang bayar RM 50 dapat 6 kupon, then guna kupon ni untuk beli tiket wayang. Kalau 3D, tambah RM 5. Kira murah laa kan ? Macam beli 5, free 1. Dan sah sampai bulan Ogos. Aku pun baru tahu ni, cari kat laman web takde pon. Beli kat TGV Cinema n nama pakej ni, Movieholics
Aku nak tanya korang laa, so pinjam minda korang fikir kejap untuk difikir dalam-dalam.
Adakah benda yang korang belajar masa kecil lagi banyak yang korang boleh ingat sampai dewasa berbanding benda yang korang belajar bila dah besau-besau ?
Bagi aku laa, aku tak leh nak bilang laa mane yang lagi banyak, tapi kan benda yang aku ingat masa kecik-kecik (yang tak ingat tu, memang konfirm takleh nak recall back r) boleh ingat sampai sekarang. Jadi adakah ia sangat rugi, minda yang sebegitu baik masa kecik itu kita tak guna kan sebaik-baiknya.
Aku adalah berangan, kalau aku jaga sorang budak ni, aku nak dia tahu macam-macam. Belajar kraftangan, belajar melukis belajar mengaji, belajar bersukan, belajar berenang, belajar ice skating dan macam-macam lagi. Supaya masa dia besar dia boleh gunakan ia sebagai kelebihan.
Aku terpanggil nak buat post ni sebab nak share bagi sesiapa yang tak tahu, macam aku mula-mula nak cari link untuk buat benda ni. Step ini boleh dibuat untuk iPad, iPhone dan juga iPod. Aku fokuskan kat iPad, sebab walaupun semua application boleh di'install'kan kat iPad, iPhone dan iPod, tapi resolution application kat iPad akan jadi tak lawa, kalau application tuh, application untuk iPhone dan iPod.
Senang punya cerita, kalau nak tahu application untuk iPad ada perkataan 'HD' dalam nama application dia atau pun, 'for iPad'. Maka, tak semua application available dalam HD. Uhuh. Dulu kan, aku tak suka sangat semua iPad, iPhone dan iPod ni sebab semua application kena beli. So masak r kan, boleh miskin nak guna semua application best dia. Tapi bila ada benda ni, dan cuba install dengan macam-macam software, dah jadi jatuh cinta plak. hehehe. Tiba-tiba je nak iPhone, bila dah mampu nanti. Hak3.
Maka, sebelum nak cerita-cerita pasal application tuh, nak cerita step penting untuk segalanya. Hehe. Ia dikenali sebagai step 'Jailbreak'. Haa, senang aja kan tengok video ni je.
Haa, dah settle dah ada installous. So, sekarang ni korang search je apa software yang korang nak dalam Installous tuh. Macam-macam ada tau. Yuhuuu.
Tips tambahan;
Kalau korang ada masalah software Cydia dan Installous, macam loading terlalu lama ke, solution yang terbaik adalah restart korang ye device tuh. Caranya, tekan butang On/Off lama, sampai skrin konfirmkan orang ye shutdown. Kemudian, on balik k.
Dan, bagi pengguna iPhone, jangan guna 3G, tapi guna laa Wireless. Laju sikit.
You will laughing at the begining of the movie till the end. It is super super hilarious and you can see a very noble and matured Po at the of the movie. It so damn good. It is a must for you guys to watch it.
They got awesome plot, a very good emotion, good action, good kung fu, the more matured Po, and brand new Po's comedy. And I expect the will be Kung Fun Panda 3. huuu !!!