Showing posts with label Aktiviti dalam kelas. Show all posts

Kononnya WW | 1Malaysia

Salam


Walaupun Sambutan Hari Malaysia sudah lepas

Semangat 1Malaysia

Bukan sahaja boleh ditunjukkan hanya pada hari-hari tertentu

Tetapi setiap masa dan ketika

Supaya hidup di Malaysia aman dan harmoni

Walaupun berbilang kaum

Semuanya bermula bila kita membuka ruang dan peluang dalam hati kita 

 Group Final Year Plant Design aku masa 2 semester terakhir
Tengah celebrate selepas presentation Plant Design 
Group paling unik sekali sebab ada campuran ketiga-tiga kaum 

Result last semester

Salam

Alhamdulillah. Suka sangat hari ini.
Dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang hari pun, sangat best.

Alhamdulillah


Akhirnya dapat juga, walaupun last sem

Kelas tusyen #4 Lepas kelas kita main game sama-sama

Salam

Hari Sabtu hari tuh, ada beli buku untuk Ayoi. Buku latihan Sains, Geografi dan Kemahiran Hidup. Ini merupakan salah satu cara belajar ekspress di mana, study jawapan. Aku sendiri penah guna cara ni masa belajar kat sekolah dulu.

CIkgu kata, buat soalan latihan lepas tuh tanda sendiri. Untuk awalnya, jangan tulis jawapan di dalam buku tersebut, tetapi tulis jawapan di kertas lain contohnya kertas A4. Jawab dan tanda sendiri. Setiap salah yang dapat, perlu dihukum/disuruh membaca topik tersebut sampai hafal. Kemudian, jawab sekali lagi dan masih di kertas A4 yang lain pula. Proses ini berulang sehingga dapat markah 90 % betul dan ke atas.

Kemudian, apabila peperiksaan PMR akan tiba dalam tempoh sebulan, boleh laa mula membuat latihan yang sama di dalam buku tersebut sampai habis kesemuanya. Dan bandingkan markah latihan dulu dan markah latihan yang baru. Semak kelemahan dan perbaiki.

Berkesan kat aku untuk subjek Geografi aku yang selalu dapat C. Hahaha. Masa betul-betul dapat A. Alhamdulillah.

Lepas dah penat belajar, cikgu ajak laa anak murid berehatkan minda. Tapi kadang-kadang aktiviti ni juga membuatkan kelas tu tertunda dan tercancel secara tidak sengaja. Opss.

Main Patapon 3 Multiplayer. Ngeh3

Kelas tusyen #3 Cikgu harus mempunyai kesabaran yang tinggi

Salam


Hari ini dah masuk hari keempat aku ajar adik aku. Aku dah banyak tahu apa kelemahan dia. Dan ada certain menda aku agak-agak ada cara nak counter benda tuh, ada sesetengahnya tidak. Contohnya,  macam mana nak ajar Kemahiran hidup dan Geografi ? Kemahiran hidup banyaknya nak kena ada praktikal, baru laa elok kan. Aku pun, bukannya terer sangat bab bertukang ni. Kalau Geografi tuh, lagi harammm r. Form 3 dulu pun aku selalu je dapat C, tak tahu napa masa PMR leh dapat ok.

So berbalik kepada tajuk, cikgu ni memang kena ada banyak kesabaran. Ada laa juga dalam 4 hari ini, rasa geram sangat dengan adik aku. Sekali tuh, aku geram sebab dah ajar, lepas tuh dia punya tulisan kat kertas tuh, macam malas nak tulis. Lepas tuh kan, tulis meleret-leret. Ala-ala malas nak tulis. Haish. Dalam hati geram je. Nasib baik pendam je, dan tak hambur gitu je. (huhu. Kena cari berhikmah laa kononnya)

Ada sekali tuh lagi la, dah ajar tapi buat-buat tak reti. Haa, yang ni rasanya banyak cikgu pun menghadapi masalah yang sama. Dah ajar cara gitu gini, tapi tak paham juga. Tiba-tiba rasa lesu dan tak bermaya. Tak bersemangat banyaknya.

Jadi konklusinya, jadi cikgu ni kenalah banyak bersabar. Sangat-sangat banyak bersabar. Ni baru sorang. Kalau dapat satu kelas, dah pening lagi banyak. Lepas tuh, learning speed masing-masing lain plak. Kalau wat stail Universiti, konfirm tak pass budak-budak ni nanti. Mental cikgu ni memang kena kuat

Dan bagi aku, cikgu ni kena kreatif juga. Kalau satu cara ni tak dapat pahamkan budak, kena cari cara lain. Mungkin video ke, praktikal, atau pun wat demo.



Oh ye, nak tanya, cam ne nak ajar adik aku ni negative number. Selalu sangat dia wat silap laa. Aku ajar cara yang hutang dan bayar hutang, tapi tak pass. Korang ada idea tak ? Nak shikit.

Selamat Hari Guru