Showing posts with label kad raya. Show all posts

Kad Raya Merdeka 2011 buat pengunjung ipai-ans.blogspot.com

Salam

 Nah, korang amik la kalau sudi. Kalau ada yang backlink, bagitahu ye, nanti aku nak backlink korang balik

Sudah pasti sekarang masing-masing sudah sibuk dengan persiapan untuk raya. Dengan nak buat biskut, kuih raya, dengan mengemas, mengecat rumah dan membeli belah pada saat-saat akhir dengan keluarga yang tersayang. Aku pun lebih kurang sama, sampai tak sempat nak balas kunjungan korang yang datang menyinggah dan tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyinggah. InsyaALLAH nanti ada kelapangan aku balas yee. 

Di sini, aku siapkan satu Kad Raya Merdeka buat semua pengunjung dan rakan blogger yang datang. Maaf ya, aku tak kreatif sangat nak design-design cantik. Ini sahaja yang aku mampu, recycle koleksi gambar yang aku pernah ambil dulu. Heee ^_^

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat sekelian, tidak kira muda ataupun tua. Semoga sambutan hari raya ini meraikan kejayaan kita mengharungi puasa sebulan dalam membendung segala nafsu kita. Dan sama-samalah kita berharap agar segala amal ibadah kita takkan mati bila tiba malam raya tetapi terus istiqamah ke 11 bulan berikutnya dan dipertemukan kita sekali lagi ke Ramadhan tahun berikutnya. Berhati-hatilah di jalan raya dan lebuhraya, walaupun masing-masing pegang Senarai Lokasi Speed Trap di lebuhraya.

Khas buat blogger yang rajin datang, Selamat Hari Raya untuk korang. Terima kasih kerana mengalukan kehadiran blog aku yang tak seberapa ni. Korang memang terbaik dan dorongan bagi aku. Maaf zahir dan batin kalau aku selalu balas lambat kunjungan korang dan mungkin ada yang terlepas pandang untuk datang ke blog korang. 

Tidak dilupakan juga Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54. Hayatilah kemerdekaan tahun ini lebih baik dengan menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab: Aku Anak Malaysia Merdeka. 

 Berjumpa di alam maya pada minggu hadapan !!!


P/S:
- Terima kasih kepada Achik yang memberi ucapan khas raya kepada saya dan kawan. Heee
- Terima kasih kepada Syaza sebab memilih blog saya sebagai 6 Blog pilihan Syaza.
- Kepada blogger yang hantar kad raya, nanti tunggu saya kumpulkan dalam satu post khas ye.
- Kepada yang nak duit raya tuh, meehh datang rumah. Orang kasi makan free. Heee
- Minta maaf untuk balas kunjungan yang lambat nanti. I'm Sorry (Gaya Amir)

Yeay !!! Dapat Kad raya !!!!!!! Terima kasih Zuneta !!!!!!!!

Salam

BEST GILA DAPAT KAD RAYA !!!!!!!!!!!!! 

Happy gila ni. Happy gila ni. Tahun ni dapat juga kad raya. Wah. Wah. Waaaaahhhhhh ... Cantik sangat kad raya ni. Plus handmade !!!!!! Nak nangis tengok kad ni. Tak sangka boleh dapat. Cantik !!!!!!!!!!!! T_T.

Meh laa tengok kad raya ni;

Nampak tak yang hijau-hijau kat ketupat kad raya ni. Haa.
3D tau !!! Timbul-timbul.
Rasanya kertas yang digulung-gulung dan digamkan.
Cantik T_T 



Ehem, kat dalam kad raya ni ada special dedication ok.
Khas Buat Follower
Hehehe n_n 




 Haa, nak tau dari sapa ?
Ia daripada 


Hee, apa-apa pun terima kasih kepada 
Cik Zuneta
atas kad raya yang cantik ini !! 
Tak pasti sama ada boleh request lagi ke tak. Uhuh. Cer try terjah. Hehhe

Kad raya dan juga kad-kad lain yang Cik Zuneta buat sangat lawa ok !! Serius lawa. !!!
Haa, boleh usha blog kad homemade Zuneta ni 

P/S: Tiba-tiba rasa hype gila. Tak tau napa. Hahaha. Sebab kad raya kot.