Showing posts with label teka-teki. Show all posts

Jawapan teka-teki 6 biji bola besi

Salam


Rasanya ramai yang bertungkus-lumus memikirkan jawapannya. Susah ek ? Sebenarnya soalan teka-teki ini aku dapat daripada kawan aku yang pergi interview kat Intel. Bayangkan sahaja dia sedang dup dap dup dap dalam interview, lepas tuh dapat pulak soalan macam ini. Haa, tak boleh nak fikir lama sangat kan, kena laa jawab cepat-cepat. Alhamdulillah, kawan aku dapat jawab dan sekarang pun dia dah kerja 2 bulan lebih kat Intel.


Sebenarnya soalan jenis macam ini adalah soalan yang melibatkan failure analysis. Dalam penghasilan sesuatu benda dalam suatu kilang, semua produk nampak sama sahaja dan kadang-kadang tak nampak cacat cela pun. Walaupun begitu, kita kena sentiasa cek produk yang kita hasilkan itu bukan produk yang rosak. Ini akan melibatkan daya kreativiti pemikiran kita untuk menyelesaikan masalah.


Sebab tuh kadang-kadang masa korang nak cari kerja, korang jarang rasa down dengan result korang yang tak bagus. Tapi korang tunjukkan apa yang korang boleh offer kat company tuh iaitu buah fikiran korang yang sudah tentunya hebat-hebat belaka. Malah kemahiran kreativiti setiap orang berbeza-beza. Kompeni-kompeni ni bukan nak cari pandai-pandai pun, tapi diorang nak cari pandai bekerja dengan minda kreatif (cakap macam aku dah kerja lama je kan, padahal duk melepak kat rumah je. Haha).


Maka dalam interview tuh, tonjolkan IQ korang. Tunjukkan cara pemikiran kreatif korang. Sudah pasti bos suka dengan korang punya. Pengaruhi mereka untuk mengambil korang bekerja. (Dah macam bagi nasihat kepada diri sendiri je. Hahaha T_T )


Menariknya hari ni, aku dapat jawapan yang aku tak pernah dengar. Kira mantap juga laa diorg ni dapat jawapan yang aku tak pernah fikir. Mari kita review jawapan yang diberikan;



Jawapan 1 - Daripada Wani

langkah 1: letak 3 bola setiap satu dacing, disebabkan 1 bola tu berat, maka belah yang ada bola berat tu akan lebih berat lah, hehe...

langkah 2: remove satu bola dari setiap dacing secara serentak, kalau tiba2 dacing tu bergerak dan menjadi sama berat, maka bola yang tengah diremove dari dacing yang berat itulah bola yang dicari!

taaadaaa~~!

Hee, dukacita dimaklumkan bahawa jawapan Wani ini kurang tepat. Kerana pada langkah 2, Wani memberitahu 'remove satu bola daripada setiap dacing secara serentak' itu dah satu langkah. Tapi Wani lupa nak consider pasal kalau dacing itu masih dalam keadaan di langkah satu. Jadi perlu ditambah satu lagi langkah. Ye dak ?




Jawapan 2 - Daripada Tea dah Suhazli


Tea
timbang 3 utk sebelah bhgn. timbang 3 lg utk lagi sebelah. pastu mesti ada yg berat sket kan. haa, tu pandai2 lah asingkan yg mana 1. -..- 


Suhazli
langkah 1 : amik 3 bola letak 1 side..3 bola lagi 1 side..

langkah 2 : kalau tgk tak seimbang..ubah la balik amik bola sblh side yang berat..hahaha


Hee, walaupun jawapan ni tak betul, tapi langkah 1 mereka dah betul. Sebab langkah satu ni sama juga dengan Wani. Kalau fikir dalam sikit, mesti dapat dah. Haa, siapa nak sambung jawapan ni ?




Jawapan 3 - Daripada izfa aka nje

langkah 1:

masukkan 2 biji di setiap bahagian dacing. (ada lagi 2 yang tinggal) = tengok dacing itu sama berat atau ada bahagian yg lebih berat. kalau sama, keempat2 bola sama berat.

kalau tak sama berat, satu bahagian dacing akan lebih berat dari yang satu lagi dan kita boleh nampak bahagian yang mana.

langkah 2:

kalau sama, masukkan lagi 2biji bola. so, bila salah 1 bahagian dacing lebih berat, bola terakhir yg dimasukkan di bahagian yg lbh berat adalah bola yang lebih berat itu.

kalau tak sama pula, keluarkan satu bola dari setiap bahagian dacing. means, dalam setiap bahagian dacing tinggal satu biji bola. kalau sama berat, bola yang tadi kita keluarkan dari bahagian yang lebih berat, adalah bola yang lebih berat itu. dan kalau tak sama berat, bahagian dacing yang lebih berat mengandungi bola yang lebih berat itu !


Hee, sukacita dimaklumkan bahawa jawapan izfa ni tepat. Harap yang lain boleh baca, pahamkan dan bayangkan macam mana ye.Kalau Izfa ni pergi interview Intel kira dah boleh dapat kerja dah ni.
 Mantap tuh !!. Disebabkan jawapan ini betul, kita kasi promote sikit blog izfa kat post ni ye;
Sila laa terjah say hi kat dia. Cari post kontroversi kat dalam blog ni.


Ok. Siapa nak sambung jawapan no.1 dan jawapan no.2. ataupun ada yang boleh dapat jawapan lain selain yang dinyatakan di atas ini. Meh komen kat bawah ni.

Teka teki 6 biji bola besi

Salam

Selamat hari Jumaat semua !! Apa khabar ? Semua sihat-sihat belaka tak ? Sekarang masih membalas kunjungan korang ke blog bagi yang komen-komen. Kepada silent reader, terima kasih kerana datang ek !! Korang memang best. Untuk itu, kita mulakan hari ini dengan sedikit teka-teki mencabar minda. Hari Jumaat mesti korang happy-happy sebab besok dah dikira hujung minggu. 


Bayangkan korang diberi 6 biji bola besi macam gambar bawah ni. Semua bola besi ini semuanya sama saiz dan sama berat kecuali salah SATU bola besi lebih berat daripada yang lain.


Dengan menggunakan dacing yang ada dibawah ini, ceritakan cara korang nak kenal pasti bola yang lebih berat itu dengan hanya 2 langkah sahaja

Langkah 1: ....
Langkah 2: .....


Korang cuba jawab eh !! Selamat mencuba !!!!
Aku offkan komen yang masuk automatik