Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Woi Pak Cik Buntang datang !!!

Salam

Mesti korang selalu tensen pasal budak-budak suka buat bising kat surau. Tambahan pula yang main mercun. Sampaikan nak layan imam-imam muda baca taranum lenggok-lenggok asyik kena potong stim je. Susah juga nak kawal budak-budak ni. Dalam fikiran diorang, malam tarawikh ni best sebab dapat jumpa kawan-kawan sambil main mercun. Haddoi.


Pada zaman aku budak dulu, jangan haraplah nak main mercun kat area masjid/surau. Kalau nak main, lebih baik pergi main jauh-jauh daripada masjid tempat aku solat tuh. Sebab kat situ ada;

 Pak Cik Buntang

Kalau sesiapa yang bersolat Jumaat dan tarawikh di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Senawang (dekat dengan umah Tea ni) pada zaman dulu-dulu mesti kenal pakcik ni. Nak tahu kenapa nama dia cam tuh ?

Sebab dia suka buntangkan mata dia kat orang yang di nak marah !!

Sorry, ni je gambar paling terdekat untuk gambarkan mata buntang dia.


Kehadiran pak cik ni bagaikan penyelamat bagi pak cik yang nak fokus kat solat tarawikh dan Jumaat. Bila datang je pakcik Buntang ni, semua budak tak berani nak bercakap, berkata-kata malah bergerak. Hahah.

Kalau dia dapat detect budak bising/bercakap;

1. Dia akan pergi kat depan-depan budak tuh, 
2. Pandang tepat ke mata lama-lama dengan muka garang 
3. Dia angkat jari telunjuk dia yang besar
4. Tunjuk ke arah budak tuh dan buat isyarat diam. 
Haa, tuh belum dia cakap lagi tau.


Hui, aku cerita pun boleh buat aku meremang bulu roma nak membayangkannya. Aku pernah kena sekali, pasal kawan sebelah aku buat bising. Lepas tuh memang taubat nasuha tak nak nakal-nakal dalam masjid. Ha, tu belum aku sendiri yang buat bising.


Korang ada cara nak mengatasi masalah budak bising di surau/masjid tak?



Rambut sama hitam, lemak lain-lain

Salam


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger sekelian. Di harap Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Pada bulan ramadhan ini saya mungkin jarang nak online, kalau online pun mungkin membalas kunjungan kawan-kawan blogger. Jadi jarang post entri macam selalu. Untuk itu, saya juga me-repost entri yang saya sendiri suka membacanya, Rambut Sama Hitam, lemak lain-lain. Selamat beribadat kepada semua. Akan merindui kamu semua.

Huish, apa cita pasal lemak-lemak ni. Sensitif tuh. Dah laa baru habis belajar. Duduk lepak-lepak kat rumah dan buat aktiviti membesarkan perut je. Mana tak bertambah lemak tu ?
:takmaudengar:Stop !! Tak mahu dengar cerita pasal lemak lagi ok.

Bakat ?
Bagi aku, aku definasikan bakat ini sebagai satu keupayaan seseorang untuk membuat sesuatu. Contohnya, mamat A menulis cerpen, dan mamat B pun menulis cerpen. Tetapi apa yang membezakan keduanya adalah, mamat A menulis cerpen sehinggakan membuat orang menangis membacanya, berbanding mamat B. Maka Mamat A dikatakan ada bakat menulis cerpen.

:korekhidung: Mamat A kuat tipu kot, sebab tuh cerita dia bes

Bakat juga diertikan sebagai kelebihan, dan kelebihan ini selalunya digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga kebaikan bersama. Ada di antara kita, menjadikan bakat itu sebagai sumber pendapatan. Kalau korang dalam keadaan ni, korang antara yang bertuah. Kenapa aku kata bertuah ? Korang dapat bekerja dalam keadaan kemampuan maksima korang dengan bakat yang ada itu.

Manakala, ada yang menggunakannya hanya sebagai hobi dan pengisian masa lapang sahaja atau dipanggil aktiviti sambilan. Orang yang macam ni pulak tidak semestinya tidak bertuah macam aku bagitahu kat atas tadi. Dari sudut positifnya, korang yang seperti ini lebih verstail sebab korang pakar dalam dua benda. Satu dalam kerjaya, yang tidak melibatkan bakat terhebat korang dan satu lagi dalam hobi korang, dengan bakat yang korang ada itu.
:pening:Bersimpang siur ayat sampai pening dah ni

Sebelum aku nak cerita lagi pasal bakat, nak ajak korang tengok video ni dulu, tak nak tengok pun takpe. Video aimanazlan90 dalam isu yang ingin bentangkan iaitu;



:gongxi:Kredit to SweetPearl sebab tunjuk video ni kat aku. Suka tak ?
(mengharapkan korang sama terpegun macam aku terpegun)

Jadi dalam video ni, aimanazlan90 mengutarakan hujah-hujah dia pasal macam mana kita nak mengelak buruk sangka terhadap orang lain. Dengan erti kata lain, macam mana nak baik sangka dengan orang. Benda pertama yang aku terpegun , adalah penggunaan English dia.

:nangisbangga:Nak sangat aku dapat cakap English macam dia.

Dan yang kedua adalah cara dia menyusun isi-isi dia untuk disampaikan kepada orang lain, agar orang lain dapat faham dan ia akan diterima ramai. Dan pada saat aku habis tengok video ini, aku merasakan dia sebagai orang sangat berbakat dalam bidang sebegini, iaitu membuat video dan menyampaikan apa yang dia fahami. (Aku tak pasti kalau dia ada blog atau tak)

:hisaprokok:Weh tak heran laa, aku pun boleh buat juga

Mungkin antara kita, bila tengok video ni, kita jadi tak heran (segelintir sahaja, bukan semua) sebab kita merasakan, semua isi yang diutarakan dalam video itu pernah difikirkan oleh korang (dalam hati kata "common sense laa weh"). Tapi kenapa bila korang taip kat blog atau membuat video ini atau bercakap mengenainya dengan kawan-kawan korang, korang rasa tak semantap apa yang disusun macam dalam video itu. Haa nah, inilah yang dikatakan bakat itu.

Contoh lain; Korang pernah pergi blog Terfaktab tak ? Kalau sesiapa yang belum, boleh laa pergi terjah sekarang dan bacalah pada bahagian tips-tips cinta dia. Dan di saat korang baca, dalam hati korang akan kata "A Ah laa. Betullaa". Haa nah, itu laa dia bakat

Pensyarah Pusat Pengajian aku pernah kata;

"Tuhan mencipta tiap-tiap kita ni (manusia) dengan kebolehan yang berbeza-beza. Dan kebolehan tersebut hanya kita seorang sahaja tahu di dunia ini, lebih daripada pengetahuan orang lain. Tidak kisahlah orang itu sedar atau tidak tentang kebolehan itu"
*Aku tak sure ayat ini ayat Al-Quran atau ayat falsafah.


Kaitan dengan pekerjaan?
Sesetengah orang, belajar dalam engineering (contohnya) semasa di universiti tetapi keluar menjadi tauke besar produk kesihatan, menggunakan bakat public speaking dia ada sebagai sumber pendapatan, contoh Joegrimjow, rakan matrix saya yang sekarang ni dah pakai Mercedes dah. Dan ada juga sangat berbakat dalam penulisan blog tetapi dijadikan sebagai satu aktiviti sampingan di samping mempunyai kerjaya yang tidak berkaitan dengan bakatnya. Contoh senang yang aku nampak, Ben Ashaari, Fatin Liyana.

:hmm:Agak-agak mana sumber pendapatan Fatin Liyana lagi tinggi nanti, gaji doctor atau blog ?

Duit yang Abang Ben dapat dari blog lagi banyak dari gaji dia, betul ek ?


Terserah kepada kita, laluan kerjaya bagaimana yang kita nak pilih. Apa yang korang rancangkan untuk kerjaya masa depan ?

Kaitan dalam menulis blog?
Dan inilah faktor yang paling besar mempengaruhi kualiti blog kita. Bukan nak kata blog yang tak UP tuh, blogger yang tak berbakat. Bakat itu dapat diasah dengan baik. Adi Putra nak power math pun, kena belajar dahulu. Dan mungkin dengan pembacaan yang banyak dan latihan yang pelbagai, kita akan dapat meningkatkan keupayaan dan bakat kita (macam aku, yang sentiasa nak improve dalam penulisan blog). Itulah yang orang kata usaha tangga kejayaan. Satu hari nanti korang dapat jumpa kelebihan/bakat korang dalam menulis blog ini dan ketika saat itu, korang akan dikategorikan sebagai unik dengan cara tersendiri.

Pesanan terakhir...
Pengalaman mematangkan seseorang, dan apabila pengalaman itu dikongsi, pengajarannya memberi panduan kepada semua. Jangan merasakan dunia korang berakhir hanya kerana kegagalan yang korang tempuhi, kerana menurut orang hebat yang sudah berjaya;

Kejayaan besar yang dikecapi untuk mencipta lampu adalah siri 6000 kali kegagalan yang perlu ditempuhi
-Thomas Edison

Sehebat mana kita pun, sumbernya daripada tuhan yang satu. Maka gunakanlah bakat itu sebaiknya. Bak kata Too Phat, Bakat yang dikurnia jangan disalah guna. Setiap manusia hanya boleh berusaha dan tuhan yang menentukannya. Ada sesetengah perkara dapat diusahakan sebaiknya dan kita mendapat kejayaan, dan ada yang tidak.

Tidak semua yang diperhitungkan dapat dihitung, dan tidak semua yang dihitung dapat diperhitungkan
-Albert Einstein

Maksimakan diri kita dengan pelbagai bidang, dan dengan aset itu kita akan dapat bertahan di mana sahaja kita berada dengan hanya berbekalkan iman dan minda yang positif. Sekian



Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam

Salam


Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya;


Dalam dunia ni, hanya jam je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam


Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?


Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?


Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;



Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya. 
 
Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?


Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam (seperti dalam rajah), maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas. 


Mari kita lihat contoh lain;

Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun  sedang berputar mengikut arah lawan jam. 

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. 



Antara contoh lain dalam wayar elektrik;


Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.


 Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.


Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam



Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;



Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.


Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.


Bacaan tambahan :
- Keajaiban arah lawan jam, Panatia Fizik, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
- Mengapa rasa sihat di Mekah, Hanya terbaik Untuk mu

Makan, puasa dan penyakit

Salam

Sumber: anayusof.wordpress.com
 
 
Selamat Hari Jumaat. Walaupun ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan bola sepak Malaysia melawan Singapura, 6-4 namun kita terpaksa akur dengan kekalahan itu. Bagi pendapat persendirian berhad aku, aku rasa kecewa sedikit bila Malaysia tidak dapat beraksi macam kat Singapura bila ramai pasukan Singapura yang mempraktikan ilmu kelas drama atas padang dengan sangat cemerlang (in very sarcastic way!!).
Jadi balik kepada topik kita, dalam seminggu ni aku rasa pelik sangat kerana selera makan aku bertambah-tambah. Lagi nak dekat puasa ni, lagi kuat aku makan. Aku buat training puasa sunat Isnin dan Khamis supaya membantu untuk beberapa hari awal puasa nanti. Tapi yang tak best ye, bila hari yang tak puasa tuh, aku ngap tak hengat dunia. Kalau boleh perut ni nak 5 meal sehari: Sarapan pagi (nasi goreng), makan tengah hari, minum petang dengan makanan (spagetti), makan malam dan makanan 1 jam sebelum tidur (muffin ke, kuih ke).


Aku takde laa kuat makan sangat sebelum ni, tapi perut aku ni ikut musim, kadang-kadang kalau time nak makan banyak, ada juga buang tebiat buka peti ais banyak kali, walaupun kita sendiri dah hafal apa isi dalam tuh. Kalau dapur tuh ada visitor counter dan peti ais tuh kena masuk syiling doposen untuk dibuka, mahunya boleh beli satu peti ais sebiji lagi dengan duit doposen tuh kan.


Apa-apa pun, pemakanan kena jaga. Makanan antara punca penyakit-penyakit yang membunuh di Malaysia ni. Janganlah makan sebarangan. Macam aku sendiri, aku ada mengamalkan prinsip 'NO MAGGIE'. Yaa, aku tahu kesedapan maggie tuh hingga menjilat jari dan kaki, tapi memang kena kurangkanlaa. Takut kalau ada side effect daripada perencah maggie tu. Dan dalam prinsip NO MAGGIE ni, aku hanya makan maggie bila cuti sem sahaja. So takde laa nak kempunan sangat. Biasakan yang janggal, kalau tak susah nak tinggalkan.


Sumber: rickyeka.com
 
Apa-apa pun aku ingin menyampaikan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam seantero dunia, terutama pengunjung blog ini. Moga kita semua merebut peluang untuk beribadat yang dijanjikan pulangan yang berlipat kali ganda. Amin

Peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia (Entri panjang berjela)

Salam

(14 July 2011 - Isi mungkin tidak bersesuaian dengan masa akan datang)

Anda sedang membaca post Peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia yang mengisahkan senarai peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian ijazah 4 tahun dalam kejuruteraan kimia.

 Process Plant sumber beliamuda.com

Khusus kepada lepasan matrikulai yang sedang runsing dengan pilihan dan keputusan daripada Unit Penempatan Universiti atau UPU, sedikit pendedahan tentang bidang kejuruteraan kimia dan bidang kejuruteraan secara amnya. Diharap ia dapat membantu untuk membuat keputusan yang terbaik.




Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita betulkan sedikit pandangan umum atau pemahaman masyarakat luar tentang bidang kejuruteraan kimia ini. Ini merupakan pemahaman yang sama aku pegang semasa aku berada di matrikulasi yang ingin melangkah ke alam universiti. Ia merupakan konsep yang salah dan harus diperbetulkan. Ia adalah seperti berikut;

Pebetulan pertama;
Jurutera kimia (mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia)  
tidak sama dengan  
Ahli kimia (mengambil jurusan Sains Kimia)

Pembetulan yang kedua;
Kimia adalah subjek favourite saya di sekolah dan di matrikulasi
Tetapi ia tidak menjamin kecemerlangan di universiti

Ini kerana,
Subjek kimia yang dipelajari sebelum ini merupakan asas kepada kejuruteraan kimia.
99.9% yang korang akan belajar adalah bukanlah seperti subjek kimia yang dipelajari di matrikulasi.


Namun jangan bimbang dan takut. Mempelajari ilmu kejuruteraan kimia merupakan sesuatu yang sangat menarik jika anda seseorang yang sukakan cabaran. Aku telah melalui 4 tahun pengajian ini dan merasakan turun naik setiap subjek yang diajar dan pada tahun akhir dikumpulkan ke dalam satu projek yang besar.


Pernahkah soalan ini diajukan kepada anda atau anda sendiri yang bertanya soalan yang sama;

"Kejuruteraan kimia ni kerja kat mana nanti ek?

Tidak sama seperti kejuruteraan dalam bidang lain, kejuruteraan terebut senang dilihat dan aplikasinya mudah dilihat dan dikaitkan dengan benda yang kita nampak disekitar kita, contohnya;

Kejuruteraan awam - buat bangunan, pembinaan jambatan, rumah dan lain-lain
Kejuruteraan eletrik dan eletronik - barangan eletrik, komputer, laptop dan lain-lain
Kejuruteraan mekanikal - pembuatan enjin, kereta dan lain-lain


Maka di mana letaknya bidang untuk jurutera kimia ?


#1 Industri Minyak dan gas

Ramai yang mengimpikan, setelah tamat pengajian kejuruteraan kimia dapat bekerja dalam industri minyak dan gas. Nama PETRONAS (syarikat swasta kerajaan Malaysia, menerajui industri minyak dan gas di Malaysia dan beberapa negara luar) sangat sinonim di negara kita.

Kerjaya bidang kejuruteraan kimia dalam minyak dan gas banyak diaplikasikan dalam pemprosesan minyak dan gas mentah yang digali dari perut Bumi. Minyak mentah yang diperolehi perlu diproses, ditapis, dan diagihkan mengikut penggunaan jenis minyak yang diperolehi. Ini antara kerjaya kejuruteraan kimia yang agak mewah untuk pemegang ijazah srajana muda yang biasanya gaji akan bermula sekitar RM 3000/bulan. Untuk syarikat antarabangsa, seperti Schlumberger akan dibayar dalam US dolar, dan biasanya mendapat sekitar RM 4500/bulan. (Gaji yang tertera ini hanyalah anggaran. Kemungkinan ia adalah lebih daripada keadaan sebenar).

Selain kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum juga merupakan jurusan khas yang kerjayanya menuju ke arah bidang ini juga. Anda boleh Google sendiri universiti di Malaysia yang menawarkan kos ini di Malaysia. (Setakat ini adalah UTP dan UTM)



#2 Peringkat Ijazah Sarjana (Master)

Selapas mendapat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Master (Ijazah Sarjana). Kini, terdapat dua jenis program di universiti yang menawarkan peringkat Master ini;

  1. Research Mode - Mengambil masa 2 tahun. Bertumpu penuh kepada penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan. Tiada kelas yang perlu dihadiri.
  2. Mixed Mode (untuk universiti lain dipanggil coursework) - Mengambil masa setahun. Perlu mendaftar untuk kelas dan menyiapkan projek tambahan bagi setiap subjek di samping aktiviti penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan seperti reasearch mode.
Setelah anda mendapat Master, anda boleh pergi ke bahagian Research and Development (RnD) untuk syarikat besar ataupun pergi ke institusi pembelajaran untuk pengajian diploma politeknik ataupun UiTM.

Ada juga kelayakan dalam bidang pekerjaan yang memerlukan tahap pendidikan sehingga ke ijazah sarjana. Namun (kini) di Malaysia, keadaan ini masih belum sampai ke tahap kompetatif lagi. Syarikah juga masih cenderung mengambil graduan ijazah sarjana muda berbanding ijazah sarjana.

Yang terbaru, Universiti Sains Malaysia menawarkan kursus Master (Industri) yang membolehkan pengajian Master dibuat di tempat kerja masing-masing.



#3 Peringkat Kedoktoran (PhD)

Untuk menyambung ke peringkat PhD, anda perlu menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana (Master) dengan jayanya dan menyambung ke peringkat kedoktoran. Bagi peringkat PhD, ia hanya memerlukan minimum 3 tahun setengah untuk menamatkannya. PhD tidak mempunyai jenis program seperti Master dan ia adalah penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan sepenuhnya. 

Setelah mendapat PhD, title 'Dr' akan berada bersama dengan nama anda, dan anda boleh bekerja di bahagian Research and Development (RnD) syarikat besar dan kerajaan ataupun menjadi pensyarah di universiti awam ataupun swasta. Untuk pensyarah IPTA, minimum gaji yang akan diperolehi adalah sebanyak RM 7000/bulan dan untuk pensyarah IPTS, lebih tinggi.

Tambahan, pensyarah di unversiti mendapat insentif tambahan untuk setiap journal penyelidikan yang berjaya diterbitkan. Dan dalam pengetahuan saya USM memberi imbuhan tambahan bagi setiap journal yang berjaya diterbitkan. Kebiasaanya satu penyelidikan lengkap boleh menghasilkan 4 journal penyelidikan.

Sama seperti Master (Industri), ada juga untuk peringkat PhD iaitu PhD (indsutri) namun masih diperingkat awal.



#4 Industri kelapa sawit

Industri kelapa sawit adalah industri yang agak sinonim dengan kejuruteraan kimia. Kejuruteraan kimia banyak terlibat dalam pemprosesan semua produk yang boleh diperolehi daripada pokok kelapa sawit. Daripada penghasilan baja, bahan kimia organik sehinggalah kepada bio-fuel. Bagi bahan kimia organik ini merupakan bahan di peringkat pertengahan dan akan disalurkan kepada syarikat yang memerlukan ia sebagai penghasilan produk yang boleh digunakan seharian.

Info tambahan: Kepada yang suka berhujah mengenai bio-fuel menggantikan minyak kereta; ia tidak boleh dipraktikan sehingga kini kos pemprosesan bio-fuel sangat tinggi. Harga minyak bio-fuel tersebut lebih mahal daripada RON97.

Contoh syarikat yang berkenaan adalah Sime Darby dan Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB).



#5 Industri semikonduktor
Kebiasaannya industri ini selalu disinonimkan dengan kejuruteraan eletrik dan eletronik. Sebenarnya, kejuruteraan kimia juga mempunyai peluang kerjaya dalam bidang ini. Syarikat-syarikat memerlukan kepakaran kejuruteraan kimia untuk keselamatan bahan kimia yang digunakan dalam pemprosessan serta pembuangan sisa bahan kimia daripada pemprosessan tersebut.

Antara syarikat yang boleh dijadikan contoh adalah Intel, AMD, Western Digital.



#6 Industri Pemprosesan Makanan dan farmasi

Untuk industri pemprosesan makanan, terdapat sedikit persaingan antara kejuruteraan kimia dan kejuruteraan bio-kimia. Bagi kebanyakan universiti, pembelajaran biologi telah diterapkan sedikit dalam salah satu subjek pengajian, tetapi berbanding kejuruteraan bio-kimia, mereka belajar lebih mendalam mengenai penglibatan mikrobiologi dalam pemprosessan makanan. Dan bukan sahaja bidang pemakanan tetapi dalam bidang ubat-ubatan.

Antara syarikat contoh, Nestle, Vitagen, kilang ubat, Kilang serbuk kari Allagappas, dan kilang sup bunjut Adabi.




#7 Industri pemprosessan bahan kimia dan gas

Indsutri pemprosessan bahan kimia dan gas boleh didapati dalam banyak syarikat. Bahan kimia ini akan disalurkan ke syarikat-syarikat yang memerlukan bahan kimia tersebut. Contohnya, bahan kimia yang akan dihantar ke syarikat industri semikonduktor untuk penghasilan produk, bahan kimia dan gas yang dihantar ke kilang produk kecantikan untuk menghasilkan krim Vaseline, bahan kimia yang dihantar ke kilang yang menghasilkan plastik yang digunakan sebagai kerusi dan meja makan gerai dan restoren, dan tong gas oksigen dan nitrogen dihantar ke sekolah untuk membuat eksperimen kimia.

Contoh syarikat MOX (penghasilan gas)



#8 Jurutera (untuk semua bidang)
Secara amnya, jurutera boleh bekerja di mana-mana sahaja. Di mana syarikat yang memerlukan jurutera kita boleh pergi menghadiri temuduga yang diadakan. Terutaman kilang yang memerlukan kepakaran yang dipelajari oleh kejuruteraan kimia dan pengetahuan am dalam bidang kimia. Contoh position adalah seperti Project Engineer, Cost Engineer, Application Engineer dan Sales Engineer. Apa yang benar-benar diperlukan hanyalah soft skill. Kerana setelah anda menyertai syarikat/kilang tersebut, anda akan diperlukan untuk mempelajari ilmu kejuruteraan dan teknologi yang lebih mendalam yang tidak terdapat di mana-mana universiti.
Serta dalam bidang kerjaya ini komunikasi dengan bidang kejuruteraan lain sangatlah penting. Contohnya dalam bidang pemprosessan petroleum di #1 
  • Jurutera kimia perlu berkomunikasi dengan jurutera mekanikal untuk memastikan saliran paip dan pam berjalan dengan sempurna. 
  • Jurutera kimia perlu berkomunikasi dengan jurutera eletrik atau eletronik untuk sensor haba dan paras cecair dalam sesebuah tangki. 
  • Dan jurutera kimia juga perlu berkomunikasi dengan jurutera awam yang terlibat dalam pembinaan tangki baru supaya mengikut ukuran dan piawaiannya.
Update: Link untuk bacaan tambahan mengenai Chemical Engineering
http://www.onlinedegrees.org/calculator/occupations/chemical-engineers

Update: Untuk penambahan ilmu mengenai kejuruteraan kimia, anda boleh Google senarai keyword dibawah. Ini merupakan antara bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan kimia ;
- Kejuruteraan biokimia
- Kejuruteraan bioperubatan (Biomedical Engineering)
- Bioteknologi (Biotechnology)
- Seramik
- Alam sekitar
- Dinamik cecair (Fluid Dynamics) - Salah satu subjek Kej. Kimia
- Pemindahan haba (heat transfer) - Salah satu subjek Kej. Kimia
- Pemindahan jisim (Mass transfer) - Salah satu subjek Kej. Kimia
- Sains mineral
- Teknologi nano
- Reaktor
- Proses penceraian (separation processes) (Penceraian campuran (Separation of mixture))
- Proses membrane (Membrane Processes)
- Proses penyulingan (Distillation Processes)
- Proses pengkristalan (Crystallization Processes)
- termodinamik
- Teknologi partikel (particle technology)
- Polymer
- Kawalan proses (process control)
- Rekabentuk proses (process design)
- Pulp dan kertas (Pulp and Paper)


Tamat

Sampai di sini sajalah perkongsian aku dalam bidang ini. Untuk peringatan semua, pengetahuan yang aku kongsikan ini hanyalah pengalaman peribadi aku yang belum bekerja lagi. Agak-agak kalau dah kerja setahun atau dua tahun, mungkin lagi banyak info yang boleh dikongsikan. (P/S: Aku yang kini sudah bekerja dua tahun merasakan isi dalam blog ini, masih releven. Harap membantu kepada yang memerlukan)

Kepada orang yang berpengalaman, kalau ada yang terkurang, minta tolong tambahkan di bawah. Terima kasih.





Manja dan mengada-ngada

Salam :hye:

Bahaya isu ni. Salah taip atau orang lain faham, boleh keping aku kena lenyek nanti. Tak pasal-pasal kena upah FRU datang tolong jaga aku kat depan rumah atas ancaman kepada aku :hiyaa1::hiyaa2:. Harapnya semua boleh open mind sikit ok, dan kalau rasa ada yang aku tersalah fakta, cuba highlight sikit salah tu, dan bagitahu yang betulnya. Kita discuss cool-cool.


Apa maksud manja ? :ngada:
Menurut TalkingCock, 'Manja' is derived from the Malay word meaning "to pamper", it describes gooey, childlike and coquettish behaviour by women designed to elicit pampering by men. Example;

"His girlfriend is damn manja, one. Hear her speak only, can kena diabetes"
:hahadekah:

Haddoi, lawak betullah contoh dia. Jadinya, manja itu adalah kelakuan kebudak-budakkan yang dilakukan oleh perempuan (Perempuan je ke? Lelaki ?) untuk dimanjakan oleh lelaki. (kalau lelaki bermanja dengan lelaki, erk...?)



Apa bezanya dengan mengada ? :tidakwanita:
Yang ini cari dalam TalkingCock tak dijumpai pula. Jadi aku rasa, mengada-ngada ni kelakuan yang hampir sama juga dengan manja (sama tapi tak serupa), cumanya kadang-kadang ia kepura-puraan dan membawa ke arah kesulitan kepada pihak lain. (Wah cikgu BM aku hari ni) :hero:



Tidak perlu bermanja ?
Jadi pentingnya manja ni, supaya wanita dapat bermanja dengan lelaki yang disayanginya. Tidak kisahlah, antara adik beradik ke atau pasangan suami isteri. Ada juga wanita yang berpendapat dia tak manja kepada lelaki dan dia merasakan diri dia ganas dan manja itu, bukan personalitinya. :tensen:Tetapi sebenarnya korang akan bermanja juga dengan lelaki, cuma cara manja itu berlainan dengan manja yang selalu korang nampak kat TV dan yang korang baca di mana-mana. Korang bertumbuk bahu, sepak-sepak kaki pun dikira bermanja juga, bermanja cara yang tersendiri. (otai gitu :otai: )


Manja itu adalah tanda kita hendakkan perhatian :pleasematacantik:dan setiap manusia perlukan perhatian. Jadi ia tidak terhad kepada wanita sahaja, lelaki pun boleh. Dan macam aku cakap kat atas tadi, manja ni boleh jadi macam-macam. Maka manja yang lelaki akan tunjukkan bukanlah macam manjanya seorang wanita. (Tetapi ada je, lelaki yang manja macam wanita. Aku ke ? :heesuka:)


Manja ini merupakan ekspressi emosi, :jatuhhati: kepada manusia lain yang kita perlu diambil berat. Kita hidup ni memang perlukan kasih sayang orang lain juga. Jadi janganlah lupa bagi kasih sayang kat orang sekeliling. What you give, you will get back. Jadi kalau hendakkan kasih sayang, kita pun kena tumpahkan, tuangkan, kerat sikit kasih sayang :wish: tuh kat kawan-kawan sebelah, ye dak ?



Perlu mengada-ngada? :nakjuga:
Mengada-ngada boleh dilihat sebagai manja yang ter-over gitu. Di mana ia akan mula menyusahkan orang lain. Kalau tak susahkan orang lain, masih dikira manja yang ok. Setiap orang mempunyai skala mengada-ngadanya dan skala ketahanan ngadaan orang lain. Kalau ketahanan ngadaan itu kecil, bila nampak yang mengada sikit je :jejalan: , dah rasa menyampah, ye tak?

Ada yang dah mengada tahap, mintak terjun KLCC pun, :hohapani: masih ada yang sanggup lakukan demi si dia, :akusygkamu: kerana ketahanan ngada-ngada yang tinggi seorang itu kepada orang yang mengada-ngada.

Apa yang kita boleh buat tentang mengada-ngada ini adalah, mengada-ngadalah pada tahap yang waras dan berpada-pada. Janganlah mengada-ngada di tahap yang tidak waras. Kelak boleh mebahanakan diri sendiri.




Lelaki ke perempuan ?
Setelah baca yang di atas tuh, korang rasa siapa lagi manja ? Lelaki ke wanita ?

Pendapat aku, lelaki akan kata wanita manja, dan wanita pulak akan kata lelaki yang manja. Jadi kita tengoklaa pola dia macam mana. Setiap orang ada pendapat masing-masing.


P/S: Sori tak dapat nak beramah mesra hari ni. Busy sikit. Tinggalkan link anda and InsyaALLAH aku datang dan gegarkan korang punya blog

Al-kisah File Sharing yang diblock oleh SKMM dan hari-hari selepasnya

Salam

Tadi post dalam keadaan gila, memang begitu sikit. Gila pasal kes SKMM yang memblock File Sharing. Adeh. Dulu memang ada dengar pasal kes ni masa awal tahun dulu. Jadinya, hari yang ditunggu-tunggu pun berlaku sudah. 

File share sudah di block. kalau ikut senarai yang diberikan adalah Megaupload, Megavideo, Fileserve, Filestube.com, Putlocker.com, thepirateby.org, Depositfiles.com, Movie2k.to, Duckload.com, and Warez-bb.org. Semuanya di block oleh Streamyx. Cuba try tengok link berita theStar ni. (Aku pun tahu lambat, ada orang bagitahu. Ape benda laa aku ni)

Jadinya, kalau aku ni banyaklah juga cerita yang aku follow untuk download. Bukan cerita ngarut-ngarut pun. Tapi cerita yang bagi input kat aku (Haish, banyak pulak nak beralasan kan).

Jadinya, kepada peminat Korea pun mesti bising tak boleh nak download cerita Korea. huhu. Nasib laa aku tak layan Korea. Takde laa seksa sangat. Aku tak layan pun sebab takut sangkut. Jadi betternya aku tahu sikit-sikit je pasal Korea ek.

Dan ketika inilah, peminat-peminat File Sharing ini berkumpul dan buat grouping kat http://www.facebook.com/DontBlockFS supaya pihak SKMM ni menarik balik block ini. (Tadi tengok pukul 9 baru 14 ribu, tadi tengok dah 15 ribu dah. Memang gila hebat diorang ni). Jadi mari laa sama-sama like, kot-kot boleh diubah kan. Huhu.

(Tiba-tiba cam teringat, patut laa hari Sabtu tuh aku download link Nora Elena kena block. Tengah download sampai episode 16, tiba-tiba je stuck)

Tapikan, member-member aku (Credit to Raja, Putra Khairi dan Kan) kata ada yang boleh lagi, Macam Mediafire dan Rapidshare. Aku try Filesonic pun boleh lagi. Raja plak kate, Torrent boleh lagi.
Haa, lepas tuhkan ada member aku yang sorang ni power benda-benda gini. Haa, kalau nak tau dia ada solution pasal benda ni. Ngeh2. Cuba terjah post dia yang terbaru kat sini. Kawan aku ni memang power gila masa kat kampus aku. Dia taiko benda download ni time kitorang final year. Jadi cuba-cuba laa ek.




Akademi Fantasia 10 akan wujud dengan nama lain !!!!

Salam



Maka tamatlah sudah sesi Akademi Fantasia 9 dengan pengumuman pemenang-pemenang dari tempat ke-4 hinggalah ke tempat juara.

Juara - Hazama
Naib Juara - Lena (ok yg ini aku sangat tak sangka)
Ke-3 - Fina (aku budget dia no.2 atau 1)
Ke-4 - Azri

Secara peribadi aku bukanlah seorang kipas susah mati AF dan aku hanyalah pemerhati dan penonton keterpaksaan family aku yang mononton program realiti tv ni.

Adakah pebubaran AF ni wajar ?
Bagi pandangan aku yang takdelah terer sangat dalam bidang muzik ni, aku rasa wajarlah AF ni dibubarkan sebabnya bila aku tengok sesi yang ke-9 ni, finalis pun bosan yang amat. Masing-masing takde X-faktor gitu. Sebab, bila aku tengok konsert final lain pada season yang dahulu (konsert final je aku tengok), aku yang ada dalam bilik tengah chat dengan member, rasa cam nak ke depan tengok kat TV, tertanya-tanya siapa yang nyanyi best tuh. Time tuhlah tanya family aku, sapa nama dia ni.

Tapi, mungkin aku salah juga. Kebanyakkan AF ni betul-betul jadi bagus lepas keluar daripada AF. Cuma ye dah jadi kebanjiran, dan ramai yang tak best.


Apa dah jadi dengan Pak Nil ?
Aku rasa, salah satu faktor besar AF best adalah kerana celoteh Pak Nil yang buatkan tak kering gusi. Dan pada sesi 9 ni, aku nampak macam hati dia takde kat AF. Mungkin dia busy dengan Era FM, dan tak dapat nak tune celoteh dalam AF.


Nape teknikal audio hancus lebus?
Haddoi. Mic dengung. Ke Astro save budget amik teknikal murah je. Huhuh

Apa aku merapu ni. dah tido !!

Ganu Menang ???!!!!!

Salam

Tahniah buat skuad bola sepak Terengganu yang berjaya menumpaskan Kelantan, dengan 2 gol berbalas 1. Gol terakhir Terengganu yang sangat menarik.

Tahniah sekali lagi kerana berjaya menyandang johan.


Juara America's Best Dance Crew Season 6 adalah .....

Salam

Baru je habis tengok episode last ABDC Season 6 ni. Aku nak keluar statement ni, ni adalah the best episode yang aku penah tengok sebabnya semua juara Season 1 sampai Season 5 turun buat persembahan.

Dan gilos, semua Juara yang turun semua buat statement melalui persembahan tarian diorang yang diorang memang layak menjadi juara season diorang. Yang paling penting, Jabbawookez, juara season 1, membuat persembahan yang gilos mantap. Haish. Aku sampai tengok dua kali ulang part diorang Jabba menari sahaja.

Sepanjang season 6 ni, banyak team yang aku suka. Team yang aku paling suka tetapi bukan finalis adalah kumpulan Phunk Phenomenon. Memang gempaks diorang ni. Untuk finalis, dua-dua aku suka, namun juara ABDC bagi season 6 adalah;



Bagi korang yang nak tengok episode ni, sila laa download kat sini ekh. Mesti tengok. Memang serius gempak dan korang takkan rugi tengok. Dan aku leh confirm, sapa yang tak pernah tengok ABDC, akan follow next season. UHuh
Link credit to En. Raja

Jom makan dengan harga murah kat McD

Salam

 Jom weh .. print lepas tuh, baca term n condition lepas tuh beli ... wakakaka
Kredit to: Ahmad Saufi atas link ni






Nak cerita pasal pergi Ikea. Tapi malas plak nak post. 
Alamak. Dah malas, cam ne ni ? heheh