Showing posts with label barang baru. Show all posts

NOW OPENING KTM Komuter: SENAWANG - SUNGAI GADUT LINE

Salam

Sebenarnyakan, sejak aku balik kat Senawang ni, banyak sangat perubahan yang berlaku kat tempat tinggal aku. Maka, aku rasa tak lama lagi, Senawang akan sesak macam Seremban, dan Seremban pula akan sesak macam KL.

Dan kesesakan itu, menyebabkan tempat-tempat baru harus dibuka supaya tidak sesak kepada satu tempat yang khusus sahaja, dan dipecahkan dan diagihka ke tempat penempatan yang berhampiran.

Punya laa bangga aku rasa, dekat-dekat rumah aku dah ada 2 stesen KTM Komuter yang dekat gila dengan rumah. Dekatnya tuh, takda laa sampai leh jalan kaki, (boleh tuh boleh, cuma bahaya sikit laa sebab nak lintas jalan, bahaya).

Sejarahnya aku dengan KTM Komuter ni, inilah transportation yang ada untuk aku pergi ke KL, Low Yatt dan Mid Valley, sebelum bertukar ke bas. Masa zaman matrik dan awal-awal first year dulu, rajin laa buat gathering, semuanya naik Komuter. Dan dulu, nak naik kena pergi kat stesen Seremban. Sekarang ? tidak lagi. Sebab dah ada Stesen Senawang dan Sungai Gadut. Wah. Wah. Bangga aku.


 Maklumat lanjut bolehlah ke laman web KTM Komuter

Aku dan part time model

Salam

Korang ada terfikir nak jadi model tak ? Tak kisahlah kan, model baju ke, model jam tangan ke, model bawa kereta ke, model duduk depan laptop ke , janji model ..

Bagi aku nak jadi model ni bukan senang. Yela, first benda penting yang korang kena ada, adalah pakej. Pakej ape tuh ? Pakej maksudnya ada muka yang hensem ke, jambu-jambu sikit ke. Then, badan pon kena ada shape tegap seksi-seksi sikit.

Lagi apa yang kena ada ek ? Korang ingat model ni senang ke. Kalau senang, dah ramai dah jadi model. Muka hensem sikit je dah jadi model kan. Maka, di sini kita dengar ramai kata pasal bakat. Model pun memerlukan bakat. Macam mana nak dikatakan bakat tuh, haa bila orang nak snap gambar tuh, model tuh tahu nak pandang mana, nak possing cam ne, supaya hasil gambar photographer tuh nanti sangat cantik. Itu yang membezakan model-model yang wujud sekarang ni.

Kenapa laa aku membebel pasal benda merapu ni ek ? Haish. Dah abis exam laa kot. Kepalo pon nek mengong. Ni haa, nak cerita, aku ye suit tempah ari tuh dah siap. So petang tadi dah pergi amik. Suit tempah ni adalah untuk suit graduation bulan September nanti. Cepat ??!! Owh ayah aku memang begitu, disuruhnya aku tempah sebegini awal. Duitnya dah bagi, kalau tak tempah, alamatnya nanti duit tuh aku bawa pergi berjolilaa. Mampos plak nak pergi tempah, dan duitnya takde.

Maka dengan pertolongan encik roomate, terjadilah karya

'Aku dan Part Time Model'

So, actually bukan aku jadi model yang sebenar-benarnya part time model tapi just suka suka je. hehe

Lagi benda baru !!

Salam

Tak leh cerita. Sebab, picture is worth a thounsand word. So, satu gambar dah seribu, tambah lagi nanti dah panjang. Ui, takleh-takleh.

Sekarang, sangat suka benda ni. Suka !! Suka !! Terima kasih MGA sebab bagi . Hehehe.
Hehe. Suka lagi (Tibe-tiba saje lagi)

Oyen !!!

Salam

Haish. Aku beli kasut lagi ? Hee, dah lama dah tak main basket ball. Geng basket pun dah takde. Jadi sekarang ni, banyak jogging je. But then, kasut basket ball tuh, tak bagus untuk jogging. Dah ramai tegur dah, even lecturer pun ada yang tegur. Jangan pakai kasut tuh. Setelah lama ku mencari, akhirnya ku temui jua, kasut yang aku nak. Sedap dan murah. (Biasa laa tiruan kan. Hak3) Nanti aku dah ada gaji, dah ada duit, aku beli yang original k. Sekarang ni, beli je yang murah-murah dulu. Lepas ni dah tak pakai dah. (Budget kaya gila laa lepas ni).

Terima kasih kepada Cik Wani, kerana sebab dia yang nak beli kasut pada mulanya, tapi last-last aku yang beli juga. Hak3. Dan kepada Cik Ain, kerana menolong kami dalam tawar-manwar harga kasut. Penting ni nak tawar-menawar. Tapi sangat tak reti.

Aku kira, ini adalah hadiah present birthday kepada diri sendiri laa. Hee, nak mintak, tak reti. Maka beli sendiri laa ye. Huhuh. Perasaan: Tak sabar nak jogging.