Showing posts with label Tech tips. Show all posts

Windows 8 | Macam Apple dan Android ?

Salam

 Pergh, kalau macam ni laa desktop Windows 8, memang smart r !!
Serius aku suka design macam ni 


Bila nampak Desktop Windows 8 ni, aku jadi tak sabar nak tengok Windows 8 ni keluar. Microsoft telah memperkenalkan Windows 8 beberapa hari lepas. Menurut diorang ni, mereka nak mengimej Windows baru untuk perubahan dunia komputer kini, sebab tuh keluarnya design macam dalam gambar atas tuh. Tapi diorang kata, design ni akan disesuaikan untuk touch screen device


 Kalau dulu Windows 98, adanya Icon dan folder untuk memudahkan menyimpan file
Huhu. AKu bangga kata, aku sempat guna Windows 98 ni. Wakakaka 



 Bila Windows XP muncul, design desktop makin cantik


 Windows Vista keluar dengan design futuristik dan gadget menarik di toolbar
Tapi kelemahan besar yang ada pada Vista adalah kelembapan dan keberatan
yang melanda PC dan laptop.


Dan Windows 7 ni dikeluarkan bagi menggantikan Windows Vista yang bermasalah
Dan dengan itu, effek futuristik yang ada pada Windows dapat ditonjolkan dengan lebih baik,
tanpa memberatkan laptop atau PC.


Pendapat aku, tak kisah cantik mana pun, janji tak mengganggu performance laptop dan PC. Sebab itu yang semua orang cari. Macam yang jadi kat Windows Vista dulu, memang teruk juga Windows kena dulu. Dengan masalah hack, jangan cerita r. Jadi OS yang ringan memang sangat diperlukan dan ia memang akan menjadi disukai ramai. 







Wah dah macam iPad dah aku tengok. Kiranya takde laa untuk PC dan laptop =(

Cara buang virus Facebook

Salam


(Pergh ini memang mood blog ke laut ni) 
 Aku dah pernah post pasal cara nak buang virus Facebook ni.
Virus ni hampir meragut nyawa laptop aku (Pergh hyperbola gila).
Tapi sampai sekarang masih ada yang kena virus ini.
Tapi aku sendiri tak pasti sama ada ia merupakan virus yang sama 
atau
virus ini dah diubah kepada bentuk dan cara lain.

Jadi tak salah kalau nak cuba segala cara untuk menghilangkan.
Berbanding kalau kita format terus. 




Cara buang virus Facebook tanpa perlu format laptop
Ini adalah cara-cara yang aku Google. Cara-cara ini adalah sangat teknikal dan ia memerlukan pemahaman asas dalam sistem komputer. Jika tidak, sistem komputer boleh rosak.


Tak tahula sekarang ia dikira cara paling terkini. Namun kepada sesiapa yang mahu mencubanya, dipersilakan. Ia sangat mudah diikuti kerana hanya melibatkan anti-virus. Download anti-virus dan kemudian Install.


 Mana nak dapat ketupat palas ek ? Mengidam laa plak

Floating Ads, Iklan tergantung untuk Nuffnang, Innity, Advertlets dll beserta dengan button close, close png

Salam


Tutorial kali ini adalah request daripada Cik Syaza a.k.a Yann daripada blog Sutera Kasih. Kod ni konfirm-konfirm bukan aku yang reka sebab aku tak tahu banyak pasal coding. Sikit-sikit dan agak-agak boleh la. Code ni pun aku gabung daripada beberapa tutorial yang aku jumpa kat tempat lain, sebab masing-masing ada code floating ads ni.

Contoh floating ads skyscrapper dengan button close comel kat atas

Ada tutorial floating ads yang guna coding yang panjang, Floating Ads by Jj. Ada juga coding pendek, Floating ads by Amirez. Dan ada juga coding floating ads dengan close button yang boleh ubah tempat by Jejaka Terhangat. Jadinya korang boleh baca-baca dan gabungkan knowledge-knowledge yang diorg kongsikan kat situ.


Secara ringkasnya yang aku pakai adalah code ini;

<div id="cry1"><div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; left:5px;'><a href="#" onclick="document.getElementById('cry1').style.display = 'none';"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJJja_kTygPr55iDpS5zTwQm07ED02W9IcyiX9dw8J0xSaq0dygoreHoWsmYl4fWLxuX8JsM4gsD9FB9O3ZPQS8l13jXF04XR7YbY2mkkYnWEcrquk-0N8es5_11VPcdUYcdQdpcwhCBI/s1600/close-button.png" alt="Close" /></a>
 <!-- Letak iklan Nuffnang di sini -->

</div></div>


1. Ubah posisi Iklan
Korang boleh ubah kedudukan iklan ini ikut suka hati korang dengan mengubah code di bahagian ini;

bottom:5px; left:5px

Korang boleh ubah bottom kepada top dan left kepada right. Part nombor 5px tuh boleh godek-godek try and error. Mengikut kesesuaian korang. Tak ubah pun tak pe. Ok je.


2. Image button close
Korang juga boleh tukar button close yang ada. Korang boleh cari kat Google dan gantikan code yang berwarna ungu tuh pada code button close pilihan korang. Ni aku ada senaraikan, kot-kot ada yang terminat mana-mana; (semuanya datang dari Google)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJJja_kTygPr55iDpS5zTwQm07ED02W9IcyiX9dw8J0xSaq0dygoreHoWsmYl4fWLxuX8JsM4gsD9FB9O3ZPQS8l13jXF04XR7YbY2mkkYnWEcrquk-0N8es5_11VPcdUYcdQdpcwhCBI/s1600/close-button.png



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8kJLshg9WvcbkVhxLzhdIQuEtqB2JcO7EKlxa39z52nrthhMMW54-Q30WsiAKp9ZxgO9BiVQvtLAkXHTvKPYkqmkuUy3CTV9WrjL20zaYPbGlv3f9tJJ5ZtaNdlmVkbzoPF-BVgK5aIwa/s1600/btnCloseX.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9Dp9Vni_h-99KlmtuZsH8Cj16nazZRXvXhEOf1vuZ1cGz6Er-CJ-Fgobk1Hxu8ACGqs63GX5mDdiNSN_gkCo1xVUU7EKXc6_CIfCyWCcyJ-Fe2ubKQ543IctHBZyvKiAxEaT63oZ9kyLb/s1600/close.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirBQ1RUD7EyDrUck9mS17viZWbWLvDq7W_gKGAZJT0vyOxJ84nxdHgK0d7LYYCnvEFhQk22ZeEIuUD7_zW79vRKOklVmShAGkCjZNS-HRlRxnozX3ml-OWFu16Q-n4WEVKW8AOL2tXL6oh/s1600/close2.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_kSA0MSEsNNUQgoDQn8T7JpNqxZcv3wmZ-A_EUid15-0vSvjtiHFFvPG7eZi3fNtuIJdjrreIEMyVdQQhJwn5Cx8gQ3L8MrD9pm8qC7o_72yoIYWpnWdgiKHNkj7IMIfzL6TULIS0X4TE/s1600/close3.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUtq6PrMb09wl2qlFAOpKWcGsqy9mdNfrh45WqrwDynq-p2930M7OjvQ0FjgYhJdWA_WdJwaAxQ0uPd6ZZ2w1PNMqbC2BTdjaQPzfRyVNxzK_OyoxZ4btFGUKLpVuml-GfgaWYvk3stMYj/s1600/close4.png



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQvvyJhApjSRPlby8VTzKqr8wE-iUM1Fgzpf_nIXhfzlFnXnH7xceTg5j_0lcWDxnSLumBVhb1p6z5Rmten6oj99zzXXaUZ2_GLUt3BMNFaAcyu0-z999ihhMB_vVkMN0uB2dY7ckXyvfI/s1600/close5.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaggMHtPvmf_29qT9y0kdVilGMqRJ_OlYPLPgeJjQ_usqmAkAiYMCoAdOFcJ-4PHZ-w3fKaneBWfvOo61DIuYUSeenPU3torq2I64saMVp0RTKYUCHZziFJ1KaYJL0kv-Oazot0mOiyrgz/s1600/close6.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHUsSP_I_a-Jvau75IfStXgbmQYVriDPQTvKr6jstvyzWEnQFubXfEqRHegnOXAQftBXUEMbnx2GRu7BuCyCBsarRyjv9ZBrJFopM8-w7hpiDpM5yitSEtO4ZA_9SSDFxnJMjH0ZUA0S43/s1600/close-bar.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-UZExCVI3vPM_o_PP7LQyH1v4R2ioWS_pssJoK2Zlf40Bbt01knO5U6sSJMSsX4dRwJn2-NYM5YjkvX9ouyXrMVMskn50oHMWEOtXtS5sp5UAJawodRH3Y85C_mmnTrnKqvO1RhX9YgqU/s1600/CloseButton_ver845743.png



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirWfF1lrJCptVi0RJapu1llNYsZVnm6xGDMhBNy6XWf4gfDXsDNz1udus6E4Iag4Wjiw3n_IVOw9E81iNMz0tXR15ThS5NwmIcwJMRYaE549P4__brnJr_2YkGq7e6RJBXat4oiFC5oGY2/s1600/images.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCJMLJlQ_tiwja3ySPydWumID3KqeFhok5L8EuzlzENlb1fWWQs-7IncclxMyna148TbGgzofAeSAROSY8tHHsnaVEOqhl4AGcJVPVEXeO7rvEYnGjt5P-rGp05m4U_Azv1AWFatXK6ziS/s1600/close-x.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb-pRpWcWZnL2SWbFVhs2GI_G4DVf-w-58QBz3hrCafTqNwL27z_uqL3PVoQsYht9f_QmgktdCLYhUAWSSayqy6ud2zSB68ncAUbWpbkk4Vw33PCdkR6G5wBdXjxWpya99YYtyTMCr3XXB/s1600/layer_notes_close.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVolWFOEcTUtXQvUvEDtz4Ul-hL_J19dJrLNDPvFRJxbdPELNfj5LthL1JBRucjRJzGwQz1A-3ozPlijRtEpDUVKZYFanMaN_ftnxTcgLWB5wRSiIit7UQ6RiqPWhuH-l1HCwC3x0v9brS/s1600/lightbox-btn-close.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBXsxg49Be8veHILdEYYcXQEHWNV9XNasqgcij8caRMwsRyUMR44cMNEMPJ_Qm8740ssi_7OIYsfoIEjO49qqRpTvzQ33SVXKGI-HWvRq5wbs7Hrrs6TEeiypv_jTk0FpcDAXZtKdo3E3z/s1600/subModalClose.gif




3. Letak kod iklan
Gantikan <!-- Letak iklan Nuffnang di sini --> dengan code pilihan korang. Biasanya orang akan pilih code Skyscrapper berbanding Leaderboard dan Large Rectangle kerana saiz Skyscrapper yang slim dan tidak mengganggu bacaan post. Aku sendiri pun penah cuba letak ketiga-tiga jenis dengan float ads ni. Mula-mula macam cool gila kan, lama-lama jadi semak. Haha. Sakit mata memandangnya. Cuba-cuba sampai berjaya ya.

Disamping itu, korang boleh je nak letak benda lain, macam gambar kucing ke, gambar pakwe ke, gambar sendiri ke. Tapi takleh letak gambar makwe, nanti kena ngurat


4. Cara nak letak dalam blog
  • Pergi kat Dashboard, http://www.blogger.com/home
  • Klik pada Design
  • Klik pada Add a gadget
  • Pilih HTML/Java Script
  • Copy paste code di atas
  • Klik Save
  • Siap !!

Habis dah. Nanti kalau ada apa-apa masalah, tanya ye.

Menaip laju-laju macam Superman

Salam




Pertamanya, aku nak cakap Thank you!!!!! sebab datang ke blog aku pada hari ni. Terharu aku. Sorry sebab tak dapat balas kunjungan sebab aku sibuk dengan aktiviti family, ada ternampak Remy Ishak dari jauh lagi. UHuuh. jangan risau, dikala korang membaca post ini, aku sedang berusaha sehabis baik melawat kembali blog korang. Chaiyok untuk aku!!!

Keduanya, aku nak ucapkan terima kasih sebab ramai mencuba Malaysian Typing Speedtest. Di sini aku akan senaraikan blogger yang join dengan markah mereka. Serba salah juga nak tunjuk markah ni, tapi aku rasa semua yang post markah ni semua hebat-hebat. Cuba korang try lawat blog diorang ni, taip laju mesti blog pun power juga ni;

Tea - 40
alongxp - 41
d2z - 60
mye - 58
Syuxer - 47

Blogger lain yang turut serta


Kalau mengikut senarai di atas, yang tertinggi adalah;
Member sama belajar kat USM

Walaupun markah tuan rumah RENDAH, tapi aku rasa aku tak perlu malu (konon-konon positif habis laa ni), sebabnya sekarang kita dapat tahu satu skill yang boleh kita perbaiki. Jadi kepada yang lain mari kita sama-sama improve k. Sekarang ni komputer digunakan sepenuhnya untuk membuat kerja-kerja. Dengan bantuan komputer ini, kita boleh maksimakan penggunaannya dengan meningkatkan kepakaran kita, salah satunya menaip.

Jadi aku nak ajar korang taip laju pun, aku sendiri tak pergi kelas nak menaip laju. Jadi antara source yang terbaik untuk belajar adalah dengan di blog. Bagus blog ni. Aku pun search la sikit dan share kat korang sini ek. Credit to the owner of the tutorial;

Daripada Speed Typing Test, ada perkongsian minda sebelum memulakan menaip. Antara yang diketengahkan adalah;
  • Menekan butang tidak terlalu kuat supaya proses menaip itu lebih laju. Ala-ala lembut sayang keyboard gitu. (haa jap lagi ada laa yang try taip lembut-lembut sampai perkataan tak keluar)
  • Menaip laju-laju, tapi jangan terlalu memaksa sebabnya korang akan terkocoh-kocoh dan cenderung melakukan kesalahan
  • Bertendang dan bertenang.
  • Keraskan punggung dan duduk tegak-tegak. Bila postur betul, baru leh taip laju macam superman.
  • Kedudukan pergelangan tangan, siku dan keyboard itu sendiri mestilah dalam kedudukan yang selesa dan betul. Supaya, tangan kita dapat mencapai semua huruf dengan tepat.
  • Haa, sebelum mula, buat warming up, macam korang warming up nak main bola sepak/jaring. Lagi-lagi kat jari tuh. Nak bagi oksigen sampai kat hujung kuku.
Dah selesai bertenang dan bertendang, korang kena tahu pasal kedudukan jari yang betul dalam menaip. Jadi bagi sesiapa yang masih menaip dengan satu jari lagi, mari maksimakan jari-jari anda untuk belajar memberi tugasan kepada jari anda untuk menjaga kawasan butang keyboard. Jadi korang boleh lawat JustKhai untuk membaca info yang dikongsikan. JustKhai akan mengajar korang, setiap fungsi jari digunakan untuk menaip dan huruf-huruf apakah yang akan ditekan.

Ok yang tu baru info intro. Lepas ni plak, korang belajar nak praktikkan. Tutorial ini diajar oleh Cik ainzulaikha. Setakat ni aku jumpa 3 tutorial yang dibuat oleh cik ainzulaikha ni.
Haa, ada sambungan lagi tau. Kiranya lesson ni ongoing. Jadinya korang bolehla datang belajar sana. Aku pun nak belajar sikit-sikit ni. Nanti akan datang senang sikit ek? Bos suruh taip, sekejap je dah siap, macam Superman.

Orait, selamat mencuba ye...

P/S: Adakah aku main tipu kalau aku buat post pasal menaip laju, tapi semua isinya datang dari blog lain. Musykil ni. Kalau nak curi copy paste, tak elok, jadi kalau aku link kira boleh laa kan ? Apa kata Taiko ?

Cara meletakkan iklan Says.my dan Churp Churp ke dalam blogger dengan cantik

Salam

PERHATIAN: DENGAN MELETAKKAN IKLAN SAYS.MY AKAN MEMBUATKAN ANDA KEHILANGAN STATUS GLITTERATI ANDA. UPDATE: 28 JUNE 2011

Ada request kali ini daripada Rozuan Ismail daripada Pak Cek Biola, yang meminta untuk;

Tunjukkan cara letak iklan says.my dan churpchurp.com di blog. Bagi aku, bagus juga aku post kat sini kalau-kalau aku terlupa code ni pada masa akan datang, tak perlu cari jauh-jauh, aku search kat blog sendiri je. Kalau ada apa-apa persoalan boleh ditanyakan, kalau boleh jawab, aku jawab. Sebabnya, benda ni aku belajar main testing-testing je. Selepas daripada tutorial ini, korang akan dapat buat sendiri benda ni;

2 baris atas adalah iklan Churp Churp. Korang tengok image dia dalam saiz segiempat sama sisi.
Manakala, 2 baris bawah adalah iklan Says.my yang image ye, bukan segiempat sama sisi.

Pertamanya, aku nak tunjuk general code untuk iklan ni;

<a href='URL LINK ADS CHURP CHURP'><img alt='' src='URL IMAGE LINK ADS' height=100 title='KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER'/></a>


Cara masukkan ke dalam blog adalah;

Dimulakan di Dashboard Blogger. Dan di situ klik pada Design.

Kemudian, klik pada Add a Gadget

Dan pilih HTML/Java Script
Dan masukkan code yang dinyatakan di atas dalam ruang disediakan. Kemudian klik Save.



Cara nak manage code iklan ini adalah seperti berikut;

1. URL LINK ADS CHURP CHURP
Ini adalah tempat korang dapatkan URL link. Contohnya;




2. URL IMAGE LINK ADS
Ini adalah untuk korang letak URL link image bagi ads tersebut. Korang right click image ads dan copy image URL (untuk Google Chrome) atau copy image location (untuk Mozilla Firefox)

Ini untuk browser Google Chrome

Ini untuk browser Mozilla Firefox


3. 100
Ini adalah saiz bagi image yang korang letak tuh. Boleh diubah untuk iklan 125x125, korang taip 125. Dan kalau nak saiz 100x100, korang taip 100. Korang boleh cuba untuk 50, 75, 100, 125 dan apa saja saiz yang korang nak.
Ads pelbagai saiz mengikut urutan 50, 75, 100, 125




Untuk iklan Says.my, bukan bersaiz segi empat sama sisi, saiz yang diletakkan di 100 akan memberi kesan terhadap ketinggian imej itu sahaja dan bukan lebar image tersebut. Jika anda hendak mengubah lebar image tersebut, masukkan code dibawah selepas height;

<jarak>width=125<jarak>

dan menjadi

height=100 width=125




4.KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER
Ini adalah kata-kata yang akan keluar apabila korang bawa mouse korang ke imej tersebut dan tidak menekan apa-apa. Korang boleh masukkan sedikit ringkasan berkenaan ads tersebut.
Tetapi diingatkan, tidak boleh masukkan simbol ' " dan & dalam ruang ini.

Contohnya;

title='Marilah tekan sini dan join Churp Churp. Nanti korang dapat duit banyak'




5. Code tambahan 1: <center><code ads korang></center>
Ini berfungsi untuk memastikan code korang berada di tengah-tengah supaya lebih teratur dan kemas.

Contohnya;
<center><a href='URL LINK ADS CHURP CHURP'><img alt='' src='URL IMAGE LINK ADS' height=100 title='KATA KATA YANG AKAN KELUAR BILA MOUSE HOVER'/></a></center>




6. Code tambahan 2: <center><p><code ads 1 korang><code ads 2 korang></p></center>
Ini berfungsi untuk menyusun ads korang mengikut baris, baris satu dan baris dua.

Contohnya;

<center>
<p> <!--Bermulanya baris pertama-->
<code ads 1 korang>
<code ads 2 korang>
</p> <!--Berakhirnya baris pertama-->
<p> <!--Bermulanya baris kedua-->
<code ads 3 korang>
<code ads 4 korang>
</p> <!--Berakhirnya baris kedua-->
</center>
Menjadi;





7. Code tambahan 3: &nbsp;
Code ini berfungsi sebagai jarak dari satu imej dengan satu imej yang lain. Satu code itu menyamai satu tekan space bar atau <jarak>.

Contoh bagi 4x jarak &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;

Contoh bagi tiada jarak


Kepada sesiapa yang tak buka akaun ni, boleh la pergi daftar kat says.my dan churpchurp.com. Sekarang pun muncul yang baru lagi yang dipanggil Noobie (Credit to eYFA for the info). Itu sahaja pada hari ini. Kalau ada apa-apa masalah boleh bertanya dan saya akan cuba selesaikan. Kepada sifu-sifu yang ternampak ada yang tertinggal, sila bagitahu juga ek.

Terima kasih dan selamat mencuba

P/S: Thank you to Nur Syafiqah kerana memeuhi request post pasal air asam. Jom terjah !!!

PERHATIAN: DENGAN MELETAKKAN IKLAN SAYS.MY AKAN MEMBUATKAN ANDA KEHILANGAN STATUS GLITTERATI ANDA. UPDATE: 28 JUNE 2011

Nak buat favicon ? Respon AdamXis: Blogger Perkenal Favicon

Salam

Semalam, AdamXis ada datang ke blog aku, jadi aku pun membuat kunjungan balasan kat blog dia. Power seh blog dia. Bila laa blog aku nak jadi macam dia punya kan. Takpe-takpe, usaha tangga kejayaan. Jadi sambil-sambil tengok blog dia ni, memang tak sahlaa kalau tak tengok post lain kan. jadinya aku jumpalaa satu post pasal nak pasang Favicon.

Kepada yang tak familiar dengan perkataan 'favicon', favicon tuh adalah gambar kecik yang ada kat sebelah URL kita. Kalau korang tengok kat address bar korang tuh, untuk laman web Blogger, ada favicon logo warna oren huruf B. 

Pentingnya favicon ni, adalah kalau ada orang bookmark korang punya blog, senang sikit dia ingat. Haa, macam signature khas yang mengingatkan direct kepada blog korang, dan mudah la nak cari kat bookmark bar tuh (kalau beratus-ratus kan). 

Aku pun tak pandai cerita panjang, korang boleh baca kat AdamXis: Blogger Perkenal Favicon. Cuma ada sedikit info yang aku nak share kat korang semua. Just share k, credit kepada tuan asal yang aku belajar benda ni.

Langkah 1
Cara lain tersebut adalah dengan menggunakan Favicon Generator. Favicon Generator ni berfungsi meng-convert-kan image yang asalnya gif, jpeg kepada format .ico, iaitu format letak favicon ni. Jadi korang tidak perlu bersusah payah untuk melukis baru, tetapi hanya convertkan gif dan jpeg yang sesuai kepada ico. Favicon Generator tuh, boleh dapat di sini;


1.1 Korang hanya perlu 'Browse', pilih file favicon korang (dalam keadaan saiz asal, contohnya gambar yang bersaiz 640x480. Sebaik-baiknya gambar segi empat sama, contohnya 640x640). 
1.2 Pilih profail saiz favicon korang. (Ada 16x16, 32x32, 48x48). 
1.3 Lepas tuh tekan convert kepada bentuk .ico. Secara automatik korang akan mengdownload favicon dalam saiz yang korang pilih dan dormat ico. 

Langkah 2
Langkah seterusnya, korang kena hostkan favicon tuh di file host. Kat sini, korang boleh cari mana-mana file/picture hosting yang sesuai dengan meng-Google perkataan 'free ico hosting'. Atau senangnya, korang host sahaja di sini.



Langkah 3
Seterusnya, korang pergi ke Dashboard  > Design > Edit HTML > Tekan Ctrl+F > Masukkan '<title><data:blog.pagetitle/></title>' ke dalam ruang yang disediakan bila korang tekan Ctrl+F tuh.

Langkah 4
Kemudian, masukkan code ni di bawah '<title><data:blog.pagetitle/></title>'
<link href='ICON FILE URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='ICON FILE URL' rel='icon'/>
  

Gantikan ICON FILE URL dengan Direct Link yang korang dapat di Langkah 2.

Langkah 5
Cek sama ada betul ke tak. Kod korang akan jadi cam ni;

<title><data:blog.pagetitle/></title>
<link href='ICON FILE URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='ICON FILE URL' rel='icon'/>

<b:skin>

Lepas tuh dapat dah. Siap !!!! Senang tak. Credit tutorial from Blogger Tricks.
Saya tak pandai bab code ni, just sharing kepada semua. Selamat mencuba

Al-kisah File Sharing yang diblock oleh SKMM dan hari-hari selepasnya

Salam

Tadi post dalam keadaan gila, memang begitu sikit. Gila pasal kes SKMM yang memblock File Sharing. Adeh. Dulu memang ada dengar pasal kes ni masa awal tahun dulu. Jadinya, hari yang ditunggu-tunggu pun berlaku sudah. 

File share sudah di block. kalau ikut senarai yang diberikan adalah Megaupload, Megavideo, Fileserve, Filestube.com, Putlocker.com, thepirateby.org, Depositfiles.com, Movie2k.to, Duckload.com, and Warez-bb.org. Semuanya di block oleh Streamyx. Cuba try tengok link berita theStar ni. (Aku pun tahu lambat, ada orang bagitahu. Ape benda laa aku ni)

Jadinya, kalau aku ni banyaklah juga cerita yang aku follow untuk download. Bukan cerita ngarut-ngarut pun. Tapi cerita yang bagi input kat aku (Haish, banyak pulak nak beralasan kan).

Jadinya, kepada peminat Korea pun mesti bising tak boleh nak download cerita Korea. huhu. Nasib laa aku tak layan Korea. Takde laa seksa sangat. Aku tak layan pun sebab takut sangkut. Jadi betternya aku tahu sikit-sikit je pasal Korea ek.

Dan ketika inilah, peminat-peminat File Sharing ini berkumpul dan buat grouping kat http://www.facebook.com/DontBlockFS supaya pihak SKMM ni menarik balik block ini. (Tadi tengok pukul 9 baru 14 ribu, tadi tengok dah 15 ribu dah. Memang gila hebat diorang ni). Jadi mari laa sama-sama like, kot-kot boleh diubah kan. Huhu.

(Tiba-tiba cam teringat, patut laa hari Sabtu tuh aku download link Nora Elena kena block. Tengah download sampai episode 16, tiba-tiba je stuck)

Tapikan, member-member aku (Credit to Raja, Putra Khairi dan Kan) kata ada yang boleh lagi, Macam Mediafire dan Rapidshare. Aku try Filesonic pun boleh lagi. Raja plak kate, Torrent boleh lagi.
Haa, lepas tuhkan ada member aku yang sorang ni power benda-benda gini. Haa, kalau nak tau dia ada solution pasal benda ni. Ngeh2. Cuba terjah post dia yang terbaru kat sini. Kawan aku ni memang power gila masa kat kampus aku. Dia taiko benda download ni time kitorang final year. Jadi cuba-cuba laa ek.




Argh !! Semua File sharing Megaupload, Filestube, Fileserve dah kena block. Cam na nak download cerita Korea ni !!

Salam

WAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!! Tidak, hari yang tidak dinantikan telah tiba. Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Semua file share sudah di block oleh streamyx !!!!!!!!!!!!

Cam no ni !!!!!!!

Baru plan nak tengok Nora Elena download !!!!!!!!!!

Tak leh download Korea !!!!
Tak leh download How I met Your Mother !!

Tak leh download Big Bang Theory !!!

Waaa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Semuanya tak boleh bukak !!!!!!!!!!!!!!

Takpe-takpe, ada harapan lagi.

Cuba try Torrent, Mediafire, Rapidshare, Filesonic. Boleh lagi tak ?

Selamat tinggal sayangku


Pssst.. dah ada cara dah, cuba baca sini dulu

Other Inbox Application untuk Yahoo Mail dan GMail

Salam

Hari ni nak kongsi sikit pasal satu application yang ada kat Yahoo Mail dan GMail. Tak tahu kalau boleh guna kat platform e-mail yang lain, tapi yang pastinya dua-dua ni boleh dan aku sendiri mencuba untuk Yahoo Mail. Terima kasih kepada Cik Ain, kawan saya yang menunjukkan pasal Application ni dan saya explore sendiri untuk tujukkan di post ini.


Application Other Inbox ini adalah applikasi yang boleh dibuat di dalam e-mail anda untuk mengatasi masalah mengagihkan e-mail yang penting dengan yang kurang penting. Contoh yang selalu berlaku sekarang ini adalah, jika yang join Group kat Facebook, mesti inbox korang penuh dengan notification e-mail yang datang dari Group tu. Sampai korang tak nampak e-mail penting yang perlu korang baca.

Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, aktifkan Other Inbox.
 Kat sini korang leh tengok, bila korang activatekan Other Inbox tuh, korang hanya perlu assign folder 'OIB' untuk capture e-mail penting/xpenting korang. 
Contoh yang aku buat kat atas ni adalah OIB untuk Social Network aku. Kiranya, e-mail untuk Facebook, Friendster (Kalau ada), dan mostly group Facebook, aku assign untuk capture masuk dalam folder ni.
Korang boleh buat folder lain ikut kreativiti korang.
Contoh lain yang ada kat dalam gambar atas tuh adalah OIB Jobstreet. Haa, semua offer keja daripada Jobstreet leh cek kat dalam tuh saja. So korang takyah nak skrol banyak-banyak kat Inbox biasa korang.


Cara nak activate senang je. Cari butang Application (untuk Yahoo Mail) di bawah Tab Folder. Dan double klik je kat situ, yang dibulatkan merah itu.


 Bila dah double klik, klik activate sampai laa dapat kat screen ni.

 Macam mana kalau, Automatic Organizer takde dalam senarai pilihan application. Jangan nanges k. Ikut je seperti gambar rajah di bawah.
Kat butang application tuh ada simbol tambah. Ha, klik aja kat situ.

 Bila dah klik, akan ada senarai application yang lain, dan cuma aktifkan application tuh. Lepas dah aktifkan, follow je step yang ada kat atas tadi.
 Kat laman web Other Inbox ni akan ajar korang cam ne nak guna applicatio ni. Jadi jangan risau k. Ikut je. Senang paham. Dan mungkin anda kena bersabar sikit, sebab pada permulaanya memang tak ok. Dah lama guna baru ok. 

Sebab, application ni tak leh bertindak terus untuk mengagihkan e-mail anda automatik. Tapi korang kena bagitahu kat applikasi tuh, (contohnya) e-mail yang datang dari Facebook, sila masukkan ke dalam 'OIB Social Networking'. Haa, lepas tuh, e-mail yang masuk selepas tuh akan masuk ke OIB tersebut.
 Bila orang kat group naik gila, jadilaa penuh inbox macam ni;

Hahah. 800+ .. Kalau kat inbox biasa, dah lebam nak asingkan.
Bila dah masuk siap-siap kat dalam folder tuh, bila rasa cam dah semak sangat. Klik 'tick all' dan lepas tuh 'Delete'. Dan ia akan delete semua e-mel dalam folder tuh. Haa, kan senang hidup den macam tuh.

Oh yea, kalau ada apa-apa problem, pergi je kat teknikal support dia dan bagitahu masalah kat dia. Dia akan tolong secepat mungkin. 

Selamat mencuba