Showing posts with label iPad. Show all posts

iPad Apps: Composer lagu guna MusicStudio plak

Salam


Harituhkan, ada member aku sorang ni, dia komen gini dekat iPad Apps: Menjadi Composer Lagu dengan GarageBand. Nak tau dia komen apa ? Dia komen;

"ko memperkenalkan bende2 yg buat aku xfocus tau x???"

Opss Heheh

Hari ni, dengan berkat usaha aku yang nakal ini, mahu membuat beliau tidak fokus kembali dengan MusicStudio. Hehhe. (Silap haribulan, dia buat research guna apps ni pulak kan. Heheh). Dalam post yang sebelum ini, Aku tak banyak nak dedahkan guna GarageBand, sebab aku sendiri pun terkonfius macam mana nak gunakan apps tuh.

Senang punya cerita, kalau sesiapa kat sini pernah nampak keyboard, bukan keyboard laptop/komputer korang tuh tau, tapi keyboard untuk main tekan-tekan muzik tuh. Kalau dilihat pada keyboard yang lengkap, korang akan ada setting untuk menukar setting bunyi. Maknanya dengan keyboard tersebut boleh keluarkan bunyi drum dan juga boleh keluarkan bunyi gitar.

Begitulah function MusicStudio ni, seakan-akan keyboard sebenar. Bagi aku interface MusicStudio ni lebih mudah digunakan berbanding GarageBand. Sebabnya ada tab kat atas untuk korang pilih terus. Dan korang pun tak perlu pening kepala untuk cari function button dalam ni.


Haa, ni interface untuk tab tracks. Selepas korang rakam kat tab keyboard, korang bawa ke track untuk disusun. Dan jadilah muziknya dan lagunya.


Antara senarai instrument yang available dalam MusicStudio adalah seperti berikut;
1. Grand Piano
2. E-Piano Bright
3. Drawbar Organ
4. Church Organ -> Yang ini memang cam stylo
5. Cello section
6. String Ensemble
7. Harp
8. Brass Section
9. Trombone
10. Clarinet
11. Concert flute
12. Accustic guitar
13. Marimba
14. Drumkit
15. Hip Hop drumkit
16. Choir pad
Dan bermacam lagi


Maka, sesiapa yang boleh try tuh, cepat-cepat laa try k. Heheh.

P/S: Maaf ye kepada cik yang takleh fokus tuh.

iPad Apps: Game iPad popular yang korang kena tahu

Salam

Ok, dah mula malas-malas nak update dah. Hee, kena paksa juga. Tak nak meyesal tak sudah masa kerja nanti. Jadi nak hupdate macam orang gila sikit. Hari ni nak share pasal game-game yang popular kat iPad dan juga of coz popular kat iPod dan iPhone.
Kenapa aku share pasal game ni, sebab kadang-kadang kita tercari-cari game apa yang orang main sekarang, dan best ke tak best. Jadinya, aku buat laa sedikit list dan sedikit explaination game ni best ke dok. Jadi mari kita mulakan dengan;

Angry Bird


Yang ini tak yah nak kata, dah jadi fenomena dunia. Kalau korang tak minat games pun, korang kena try juga game ni.

Game ni mempunyai tarikan yang sangat tinggi dengan garfik yang simple dan comel, boleh memaut hati sesiapa saja yang yang mula bermain game ini.



Game ni simple je. Setiap peringkat akan diberikan jenis-jenis burung-burung tertentu yang korang tak boleh pilih dan susun turutannya. Ada burung merah kecik, burung merah besar, kuning, kembar tiga biru, hitam, putih dan hijau boomerang

Dan dengan menggunakan burung itu, korang kena cuba letupkan khinzir-khinzir hijau yang merupakan kuncu king khinzir hijau, yang mencuri telur-telur burung ini.


Hee, aku sendiri pon tak habis main lagi tau. Sebab memang betul-betul kena kreatif, presis dan percubaan yang takkan berputus asa. Haish. Lotih den main game ni. Den suko lagi game lain. Skrang ada banyak sengat versi dah sekarang ni. Ada Angry Bird Seasonal, Angry Bird Rio dan er apa lagi ek. Itu je kot. Jadi try laa ek. Cuba pergi kat blog Putra, rasanya dia ada versi komputer punya.




Plant vs Zombie

Kisah game ni pulak adalah game menentang zombie. Kalau korang-korang takut nak main game tembak-tembak zombie, jadi inilah game yang paling sesuai untuk korang. Sebabnya zombie yang ini kiut-kiut aja.

Itulah dia game Plants vs zombie.

Dalam game ni korang sebagai tuan rumah yang mahu melindungi rumah korang daripada serangan zombie pemakan otak ini. Jadi dengan tumbuh-tumbuhan inilah yang akan mempertahankan rumah korang dengan ability yang diorang ada.

Kepada yang suka kepada strategi game, game ini memang best untuk korang try. Game ni aku dah habis main ok. Tapi habis main kat komputer la, game kat iPad, kasi chance orang lain habiskan  c(=





Fruit Ninja

Game ni ada kat top chart apps untuk Apple punya software. Itulah dia game Fruit Ninja. Game ni cepat juga famousnya kerana game dia yang simple untuk dimain. Kepada korang yang akan try game ni, simple je game ni. Korang kena potong buah-buah yang melompat dari bawah dan pastikan semua buah-buah itu dipotong dan elakkan diri korang potong bom. Korang hanya diberi 3 peluang untuk tidak membuat kesilapan dalam game ini.

Haa, ce tengok ni, banyak tak buah lompat-lompat. Jadinya, potong je laa buah-buah tuh semua.




NinJump


Yang ini pula adalah game NinJump. Antara game yang aku suka juga. Matlamat game ini adalah ketekunan anda sebagai ninja dalam game ini untuk mencapai rekod yang paling tertinggi dalam game ini. Kiranya, dalam game ni takda matlamat jangka masa pendek. Yang ada cuma mengalahkan atau memecahkan rekod ketinggian yang dibuat oleh pemain yang terdahulu dalam game ini.




Dalam game ini wujud 4 jenis persekitaran, dan setiap persekitaran mempunyai halangan yang berbeza-beza. Korang hanya perlu tap supaya ninja korang akan jump untuk mengelak halangan itu. Dan beberapa halangan boleh di slash/counter semasa ninja itu melompat. Dan setiap 3 counter halangan yang berjaya dipatahkan akan diberi bonus yang diberi dalam keadaan trance ninja.

Contohnya, macam dalam gambar ni, trance untuk shuriken.










Cut the rope


Game yang seterusnya adalah Cut the rope. Game ini pun menguasai carta apps product Mac. Game ini bermula dengan seekor dinasour/cicak yang telah diberikan kepada korang dan korang ditugaskan menjaganya dengan baik dengan memberi makanan gula-gula. 

Jadi di samping memberi makan korang kena dapatkan star-star yang ada.

Yang menariknya, korang kena guna kreativiti korang untuk menentukan tali mana yang perlu diputuskan dahulu, supaya ia berayun untuk memungut bintang-bintang dan seterusnya masuk terus ke mulut dinasour kecik ni.
Akan ada banyak cuba jaya untuk dapatkan semua bintang. Huhu. AKu jeles sikit sebab adik aku habiskan dalam masa 2 jam je.Senang laa kot.






Unblock me


Game ni aku tahu daripada Bob. Sebab aku suka aim game ni. Alihkan blok kayu supaya blok kayu merah dapat lalu. Jadinya ia akan mengasah ketajaman otak korang untuk terus mengalihkan kayu blok ini, supaya kayu merah itu dapat lalu.

Bagi aku, game ini agak addictive, sebab sampai bapak aku pun main sampai ke sudah. Dan game ini pun takde matlamat jangka masa panjang, asal korang lepas je, korang pergi ke next stage. Dan setiap stage itu takkan sama dengan stage sebelumnya.

Disebabkan iPad kat umah aku ni berkongsi, jadi kitorang take turn main game ni. Sekarang pun dah level 200+. Aku sendiri tak pasti berapakah last level untuk game ini.

Dalam game ni ada 2 mode. Satu mode chalenge, iaitu mode di mana setiap pergerakan korang akan dikira, dan ia sangat penting untuk mendapatkan gerakan paling sedikit dalam setiap stage.

Dan satu lagi stage adalah mode relax, di mana korang boleh gerak banyak mana pun blok kayu yang ada. Janji kayu merah tuh melepasi halangan.


 Fiuhh... So, korang try laa ek. Ada apa-apa, meh laa kongsi kat sini

Cari iPad Apps lain dalam blog ni


iPad Apps: Menjadi composer lagu dengan GarageBand

Salam



Kepada peminat dan genius dalam bidang muzik, dalam erti kata berbakat dalam pelbagai alat muzik dan mampu mengubah lagu, atau pun tidak salah juga kepada yang baru nak berjinak dalam bidang muzik, korang kena cuba apps ni dalam korang punya iPad, iPod atau pun iPhone. 


Dalam apps ni terdapat elemen muzik gitar, drums dan juga boleh masukkan suara dalam track yang kita gubah. Maka, sebab tu aku kata dah macam composer. Jadi, korang try jelaa masuk-masuk bunyi dengan sedikit knowledge yang korang tahu.



Mane tahu silap-silap, lagu tuh best untuk didengar, boleh laris dan dijual. Haa, kayo pak cik macam tuh. Aku yang tak terer sangat dalam bidang muzik ni, hanya berjaya try drum je. Huhu. Lagipun, aku rasa kalau aku masuk band pun aku akan pilih drummer. Wuhuuu. Jadi ni interface untuk drum, dan bunyi-bunyi seangkatan dengannya.


Gambar kiri - ada satu set drummer tuh adalah tujuan untuk memberi tahu jenis drum yang sedang digunakan.
Gambar kanan - ada pelbagai jenis set kecil daripada set besar yang available. Kalau tengok kat gambar tuh ada 8 jenis bunyi.
Petak tengah - yang ni adalah untuk meletakkan jenis drum yang available kat kanan tuh, ke dalam set bunyi.

Di petak tengah ini terdapat 4 penjuru bunyi yang mempunyai 2 pasang. 1 pasang atas bawah, untuk kuat dan lemah. Jika kita letak alat muzik kat bahagian atas, kuat laa bunyi muzik itu berbanding set yang berada di bawah. Pasang yang satu lagi adalah kanan kiri untuk bunyi komplex dan simple. Kalau set bunyi ada di kanan bunyinya akan complex dalam rentak beat yang ditetapkan daripada set bunyi di bahagian kiri.

Cari iPad Apps lain dalam blog ni

iPad Apps: Sketch book persendirian lukis pakai jari

Salam

 
Berita baik kepada orang yang suka lukis-lukis dan doodle. Lepas ni, korang tak perlu nak bazirkan kertas-kertas dan dakwat pen serta carbon pensel sebab korang boleh guna; 

Autodesk: SketchBook Pro

untuk melukis secara pro. Kalau sesiapa yang terer guna drawing pad dalam Adobe Photoshop pun, boleh guna software ni juga. Cuma bezanya korang pakai jari diri sendiri r, takde pen. Kadang-kadang tuh sampai kebas juga jari sebab nak lukis, tapi gambar ye tak cantik-cantik juga. (itu aku yang tak pandai lukis-lukis ni. Ahaks)

Ni dia, interface masa tutorial cara-cara nak gunakan tools dia. Aku rasa sapa yang ada bakat seni, boleh lukis macam-macam guna benda ni.


Yang ini aku lukis sendiri. Er, buruk (Arrr, malunya)


Haha. Aku rasa budak tadika punya artwork boleh jadi lawa daripada ini. Ok, sebenarnya nak tunjuk toolbar SketchBook Pro kat korang semua. Jadi yang belah kiri tuh ada alat-alat macam pensel, pen kaligrafi dan pelbagai jenis pen yang aku tak tahu nama.

Ada juga berus, pemadam dan teknik tompok-tompok air. Belah kanan plak ada pallet warna-warna utama. Haa, korang pilih je laa warna yang korang suka.

Yang bahagian atas tuh, adalah untuk pilih kategori alat. Ada yang berus, ada untuk wording. Dan yang hujung belah kanan tuh adalah untuk create layer. Haa, yang ini sapa pandai adobe photoshop mesti dia tahu ape kebenda tuh.

So, cuba laa nanti ye. Ok, cer tekan like kat bawah tuh, kasi kawan tahu. Trimas !!!

Cari iPad Apps lain dalam blog ni


Bawa iPad sambil bermain bola sepak

Salam

Haish. Sekarang ni kan, memang macam-macam benda ada. Silap-silap kita terleka sikit je, dah jauh ketinggalan dek orang dengan arus kemajuan dengan cipataan yang bermacam-macam. Jadi, aku terfikikan pasal tajuk kat atas, bawa iPad sambil main bola ni, bila aku blogwalking kat satu laman web ni.

Source: Masterfile
 
Aku baca je terus nak tergelak sebab membayangkan benda tuh. Cuba bayangkan seorang pengadil, biasanya bawa kad merah dan kad kuning dalam saku dia kan ? Cuba bayangkan kad tuh dalam iPad, dan iPad itu perlu diusung kesana ke mari oleh pengadil tersbut. Kan terpelik disitu. (Er, kalau korang rasa tak lawak, abaikan. hehe. Otak aku yang mengong kot)


iPad Apps: Belajar bahasa Korea dengan uTalk HD

Salam

Kategori: Akademik dan Pendidikan


Haa. Harini nak cerita satu apps yang korang boleh belajar bahasa asing. Kalau sekarang ni, semua orang duk sibuk minat lagu Korea, joget-joget tarian ikut music video korea dan juga nyanyi lagu Korea. Tapi, nyanyi punya nyanyi sebutan pun main hentam kan (macam aku juga =P) rasa tak best juga kan. Tak stylo la cam ni. Kalau aku, aku tau yang ini je LOL;
"Sarang nge"
Yang bermaksud I love you

Takkan korang nak tahu satu word je kan ? Mesti rasa nak belajar lebih. Jadi untuk permulaan korang boleh guna apps ni. Kalau sesiapa yang dah advance, kena pakai apps lain plak. Itulah dia apps;

uTalk HD
(HD for iPad)

Aku sendiri dah try apps ni. Aku install untuk bahasa Mandarin dan bahasa Korea. Jadi bila buka je apps ni, korang akan nampak ni. Ni adalah menu-menu, kategori untuk korang belajar.


Bila korang klik kat satu kategori, korang boleh nampak list word kat tepi. Jadinya, korang boleh tekan setiap satu word tuh, dan dengar sebutan perkataan tersebut. Setiap word yang dibunyikan akan diselang selikan dengan suara lelaki dan perempuan. Kot-kot laa yang wanita, dengar suara lelaki tuh, terdengar macam suara ahli kumpulan Super Junior tengah cakap dengan dia kan. Terus sekali dengar, lekat kat kepala kan.

Tambahan, ada button rakam. Jadi, korang boleh rakam suara korang menyebut perkataan tersebut dan bandingkan kembali dengan suara model. Baru boleh belajar sebut dengan betul kan ? Nak dengar bunyi picing (apa benda aku eja ni) lari, untuk korang yang nyanyi lagu Korea pun ok juga. Tapi 5 saat je la.

Lagi satu tambahan, korang boleh main game bahasa. Haa, learning is fun kan ? Jadi kat dalam ni disediakan 3 jenis tahap permainan bahasa, Easy, Medium dan Hard. Kalau semua tahap easy sudah dihabiskan, boleh laa up kepada tahap medium plak.



Dah sampai tahap hard, mesti korang dah boleh hafal semua perkataan, dan time tuhla korang boleh tengok drama Korea sambil tengok subtitle sikit-sikit. Cewah, berlagak tuh tengok sikit-sikit je.

Aku baru pakai tahap easy. Huu, jauh lagi perjalanan nak sampai hard tuh. Setakat ni, dia bagi perkataan padankan dengan gambar yang betul. Ada tuh, dia bagi bunyi je dan pilih gambar yang betul. 

Jadi aku memang rekemenlaa korang untuk try apps ni. Ada banyak lagi bahasa lain yang ada tapi aku amik dua ni je. Try slow-slow kan. k Selamat mencuba. Nah kalau nak tengok list bahasa yang korang boleh belajar dengan uTalk ni

Ok, cer tekan like kat bawah tuh, kasi kawan tahu. Trimas !!!

Cari iPad Apps lain dalam blog ni


iPad Apps: Grammar in Use

Salam

Kategori: Akademik dan Pendidikan

Sapa kate semua apps iPad, iPhone dan iPod ni semua untuk main game. Ada je untuk kategori akademik ni, cuma nak kena cari dalam-dalam sikit laa, baru boleh jumpa satu.

Jadi untuk itu aku nak share satu apps untuk UP kan akademik kita khususnya English kita.Ia adalah;

Essential Grammar in Use

Pictures credit to: Essential Grammar in Use Tests
Apa yang korang boleh buat dengan menggunakan apps ini adalah, korang boleh; 

 Pilih section yang korang nak

 Jawab soalan-soalan mengikut section yang korang pilih

 Ada statistic untuk korang cek dan improvekan bahagian-bahagian section yang korang lemah

Dan ada level, kira kalau korang dapat level tinggi, korang cam power giler r.

Haa, nak baca lagi, boleh pergi kat iTunes

Haa, amacam ? Kira cam dasat tak kalau korang guna apps ni. Selain apps ni, ada juga apps yang sekutu dengannya. kalau kot-kot section yang ada dalam apps ni, tak best untuk korang atau korang perlukan lebih, korang boleh search yang ini plak.




Nanti try k.

Cari iPad Apps lain

iPad Apps: Syngic

Salam

Kategori: GPS (Gerak Peta Sendiri)

Ok, antara first apps yang aku nak share dengan korang adalah apps 'gerak peta sendiri' yang korang boleh install kat iPad korang. Untuk iPad ni, tak banyak apps gerak peta sendiri ni, mungkin sebab aku sendiri tak jumpa the best, tapi setakat ni aku try boleh tahan juga laa.



Setakat yang aku paham apa yang diberitahu dalam ni, maps dia merangkumi Malaysia dan Singapore. Jadi kiranya kalau korang bawa pergi Singapore pon, takleh sesatnya.

Macam GPS yang lain, GPS ni juga ada voice navigate setakat aku guna, dia akan bagi arahan kat setiap kali korang berhentikan kereta, macam kat traffic light.

Dan aku suka tengok grafic dalam skrin dia sangat cantik dan smooth, siap ada 2D and 3D. Kiranya paling kurang pon kita leh cam jalan kat depan mata kita n jalan dekat dalam iPad tuh dengan cepat. Seperti biasa kalau kawasan yang famous-famous dan bandar besar, ada bangunan 3D.

Setiap kali korang nak pilih destinasi, boleh laa tekan kat POI iaitu place of interest yang dia dah kategorikan contoh macam stesen minyak, shopping complex dan lain-lain.

Setakat ni masalah yang aku hadapi adalah, kadang-kadang bila aku guna tiba-tiba signal kedudukan kita hilang dan lepas tuh tak gerak-gerak. Uhuuh. AKu memang tak tahu kenapa, mungkin signal kat kawasan tuh tak sampai.







Untuk keterangan lanjut, boleh tengok kat laman web sumber gambar-gambar yang aku dapat ni, diorang ada cite detail pasal benda-benda teknikal Syngic

Nak tahu macam mana nak install benda ni ? Baca kat sini dulu

iPad Apps: Memperluaskan kelebihan iPad korang

Salam

Aku terpanggil nak buat post ni sebab nak share bagi sesiapa yang tak tahu, macam aku mula-mula nak cari link untuk buat benda ni. Step ini boleh dibuat untuk iPad, iPhone dan juga iPod. Aku fokuskan kat iPad, sebab walaupun semua application boleh di'install'kan kat iPad, iPhone dan iPod, tapi resolution application kat iPad akan jadi tak lawa, kalau application tuh, application untuk iPhone dan iPod.



Senang punya cerita, kalau nak tahu application untuk iPad ada perkataan 'HD' dalam nama application dia atau pun, 'for iPad'. Maka, tak semua application available dalam HD. Uhuh. Dulu kan, aku tak suka sangat semua iPad, iPhone dan iPod ni sebab semua application kena beli. So masak r kan, boleh miskin nak guna semua application best dia. Tapi bila ada benda ni, dan cuba install dengan macam-macam software, dah jadi jatuh cinta plak. hehehe. Tiba-tiba je nak iPhone, bila dah mampu nanti. Hak3.

Maka, sebelum nak cerita-cerita pasal application tuh, nak cerita step penting untuk segalanya. Hehe. Ia dikenali sebagai step 'Jailbreak'. Haa, senang aja kan tengok video ni je.


Jadi, di akhir video ni, dah boleh dapat Cydia. Lepas tuh kan, Kena install 'Installous'


Haa, dah settle dah ada installous. So, sekarang ni korang search je apa software yang korang nak dalam Installous tuh. Macam-macam ada tau. Yuhuuu.
Tips tambahan;
Kalau korang ada masalah software Cydia dan Installous, macam loading terlalu lama ke, solution yang terbaik adalah restart korang ye device tuh. Caranya, tekan butang On/Off lama, sampai skrin konfirmkan orang ye shutdown. Kemudian, on balik k.

Dan, bagi pengguna iPhone, jangan guna 3G, tapi guna laa Wireless. Laju sikit.