Showing posts with label Isi hati. Show all posts

Semua orang kata

Salam

Semua kata (Semua ke?):
Masa kecik-kecik, nak cepat-cepat jadi dewasa .. Bila dah dewasa, nak jadi mcm budak2 balik;


Masa belajar, nak sgt dapat kerja cepat-cepat, nak beli macam-macam .. Bila dah kerja kata nak jadi budak belajar balik, sebab tak perlu fikir pasal duit nak bayar macam-macam ..

Kenapa tidak kita tidak hargai setiap waktu itu dengan sebaiknya. 


Gembira, Sedih, Suka, Marah, Senang, susah, kenyang, lapar .. 

Mengapa perlu difikirkan benda yang tiada pada kita

Setiap yang berlaku adalah nikmat. Yang positif tu, nikmat. Yang negatif tuh, nikmat untuk mengingatkan nikmat positif kita ..


Percaya pada Qada' dan Qadar.





You will be surprise what will you obtain at the end of day. Heads up, and gayah aje laaa !!


P/S: Dua tiga menjak ni, rindu laa dengan rumah. 

It will possible

Salam

I e-mail this one super experienced in engineering, asking about career path for one specific field in petrochemical, and he replied;

If you think it is possible, then it will be possible. All you need is a clear vision and choose the path that you wish to take, then plan your action accordingly with considerations of opportunities, your interest/passion.
I'm feel pump up with such positive comment from him. Hopefully we do our best and after that lets ALLAH decide the best for us. ALLAH's plan is the best




Aku nak jadi pembaca tegar

Salam


Aku nak jadi pembaca tegar

Sebab aku rasakan dengan membaca ilmuku dapat diperluaskan

Tetapi terlalu sibuk dengan tentatif lain

Sukar

Aku cuba lagi

Gagal

Aku cuba lagi

Pada suatu ketika nanti, aku akan sedar yang sudah banyak aku baca

Harus terus mencuba lagi

Dilema Melayu ke ?

Salam


Persekitaran di Ofis aku makin tegang. Bila dilihat dalam-dalam, tidak jelas isunya. Tapi ia ada. Mungkin aku tak rasa apa yang mereka rasa.

Ada saja yang tak kena. Tidak adil. Tertindas. Syarikat orang Melayu sinonim dengan pengurusan tak bagus ?

Sama pula keadaanya dengan politik di Malaysia. Pihak A dan pihak B, tak pernah nak sepakat. Jangan sampai ada pihak C datang mengaut keuntungan.

Adakah mungkin nanti apabila aku berada di atas, aku akan melakukan benda yang sama? Perkara yang sama juga berlaku dengan orang bawahan aku ? Walaupun sebagus mana sistemnya.

Mungkin orang Melayu ni tidak boleh bekerja dengan bangsa dia sendiri. Nilai-nilai yang terbaik akan keluar bila kita bekerja dengan selain Melayu. Begitu ?

Sabar penawarnya ? Kalau sabar saja, manakan dapat hasil !!
Kalau dah usaha, tapi tak sabar, takde hasil juga.
Sabar akan membawa kepada kemenangan. Sabar, lama-lama kena pijak kepala.

Dilema

Duit adalah segalanya tetapi jangan menjadi hamba kepada duit

Salam

Kita tak pernah tahu apa yang orang lain lalui. Kita mungkin nampak dia senyum dia happy, tapi dia sudah belajar manage perbelanjaan diri sendiri sejak berumur 16 tahun. Sejak umur 16 tahun itu, menggunakan duit biasiswa anak tentera untuk belanja tahunan. Apabila selesai SPM, bekerja untuk mengumpul duit untuk persediaan ke matrix. Dan di matrix, duit dua ribu yang diperolehi (dulu yang masuk matrix dapat 2k sorang, tak tau laa sekarang ada lagi atau tak), digunakan belanja selama 2 sem dan juga persediaan ke universiti pula. Besyukurnya dia dapat biasiswa JPA, tidaklah dia menyusahkan ibu bapa dia memikirkan mengenai belanja.

Dan aku pula, tiap-tiap minggu dapat RM 10 belanja masa sekolah. Outing je, habiskan dekat CC. Masuk matrix dapat 2k, simpan pada mulanya. Tapi sikit demi sikit, belanja juga. Itupun tiap-tiap bulan ayah kasi RM 30-40 sebulan. Di universiti pula, tiap-tiap sem dapat hampir 4.5k (selepas tolak yuran). Tiap-tiap bulan ayah bagi belanja RM 100. Itu pun sampai ke hari terakhir USM, satu sen pun tak boleh simpan.

Duit ni memang akan jadi masalah kepada kita kalau ia tiada. Maka, kita kenalah rancang sebaiknya dan menabung sebaiknya kerana kita tak tahu, kita mungkin memerlukan ia di saat kesusahan. Namun, janganlah sampai menjadi hamba kepada duit. 

Selamat hari jadi kepada diriku !!

Salam

Wah, lamanya tak mengepost something di sini. Maaf ye, busy sungguh sekarang dengan kerja. Balik kerja, memasak makanan (wah macam ibu bekerjaya). Lepas makan, terus ada masa sekejap nak rilex, dan seterusnya bergantung kepada keadaan. Kadang kala, mengaji Code American Petroleum Institute. Kadang-kadang buat kerja-kerja office sikit.Sampai tak sempat nak wish birthday untuk diri sendiri kan. Uhuhuh. 

Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI yang ke-17 =P kepada diri aku. Semoga panjang umur, diberkati umur, dapat pergi mengerjakan umrah banyak kali selagi ada kesempatan di sini, dapat pergi haji (kalau dah dapat iqama nanti), dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan seterusnya dapat berbakti kepada ibu bapa. Amin AMin, Amin.

Dalam tengah jiwang-jiwang ni kan, teringat member-member satu kos. Depa penah buat prank nak kenakan masa time besday aku. Haish Tersenyum sendirian teringatkan mereka semua. AKu doakan kalian semua berada dalam keadaan yang sebaiknya, dan dipermudahkan segala urusan korang. Kalau yang mana halangan yang menimpa, bersabarlah, kelak kesabaran itu akan dibalas dengan sesuatu yang lebih. Dan ketika sesuatu yang lebih baik itu datang, janganlah kita lupa diri, kelak ia ditarik semula. 

Terima kasih kepada semua yang meng'wish' birthday aku. Aku sangat terharu. Yang tak wish, atau terlupa wish, aku tak kisah. Janji aku segar diingatan korang. (Budget ayat retis laa plak. Pasan plak mamat ni)

The End

Masa - Penyembuh luka

Salam

Dalam perjalanan hidup seharian, kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Kadang kala, kesilapan itu boleh menyakiti perasaan orang lain. Ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang kepada diri kita, apabila yang disakiti itu adalah teman rapat yang dekat di hati kita.

Alololo, napa adik nanges ni

Bak kata pepatah orang dahulu, terlajur kata tidak boleh diundur, the damage have been done. Pada ketika itu kita rasa menyesal tidak berkesudahan. Malu kepada diri sendiri dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Melalui pemikiran yang waras dan rasional, diri ini digagahkan jua untuk memohon kemaafan atas kesilapan itu. Dan mungkin aku terlalu memaksa agar dia akan memaafkan aku dengan segera. Agar aku sendiri pun merasa tenang dengan penerimaan maaf itu.

Namun ia tidak semudah itu. "Berikan dia masa. Kita sudah menyesali kesilapan kita, dan kita sudah meminta maaf. Dan sekarang terserah kepada dia untuk memaafkan. Akan tiba suatu masa, apabila dia bersedia, atau dalam keadaan dia tidak sedar, dia akan memaafkan secara rela hatinya"

Masa - Penyembuh luka


Hari terakhir 2011

Salam

Wah, tiba-tiba ngigau menaip blog kan. Nak conclude sikit pasal tahun 2011. Secara amnya, memang banyak laa perbezaan pada 1 Januari 2011 dengan 31 Desember 2011. Sebabnya, pada awal tahun aku masih sibuk dengan tugasan harian dan juga final year project yang dirasakan tiada berkesudahan.

Dalam banyak-banyak tahun pelajaran, tahun terakhir inilah merupakan tahun yang paling banyak mendapat ilmu teknikal dan yang aku sedang gunakan dalam kerja sekarang. Walaupun ia sekadar benda yang remeh temeh, namun, ia merupakan satu aset yang besar kini. Itulah habuan terbaik bila kita pandai menghargai ilmu.

Pada tahun ini juga aku telah membuat pelbagai keputusan-keputusan drastik untuk hidup aku. Daripada pilihan untuk sambung ke bidang master, penilaian offer kerja di WD di Thailand, atau hanya menatap ke siling rumah bertanyakan nasib sendiri. Kesabaran itu terbayar dengan harga yang lumayan dan kini aku bekerjaya.


Siapa sangka rezeki yang kita dapat. Kini, aku berada di Kingdom of Saudi Arabia untuk mendapatkan pengalaman dan rezeki. Tiba-tiba aku teringat doa-doa yang aku panjatkan semasa berada di tingkatan 5 iaitu;

Mahu melanjutkan pelajaran di luar negara

Setelah 6 tahun kemudian, doa itu telah dimakbulkan dan ya, melanjutkan dan meluaskan pelajaran sambil bekerja di luar negara. Alhamdulillah. Syukur nikmat.

Inilah yang aku dapat simpulkan selama 6 tahun;
Janganlah kita menilai benda-benda yang tiada, nescaya kita tidak berasa puas.
Nilailah apa yang dikurniakan, dan bersyukurlah terhadapnya. Kerana dengan syukur itu akan dikurniakan nikmat yang melimpah ruah.

P/S: Selamat ulang tahun Reminiscence yang pertama !!! Yeay !!!

Seronok melihat kawan berjaya

Salam

Berusaha mencari masa dan idea untuk blog yang dirindui. Walaupun internet sudah boleh di-acess di rumah, namun tetap blog tidak ber-update. Apa bezanya bila ada internet dan bila tidak. Aku tidak lari daripada lumrah sifat normal manusia, yang hanya tahu memberi alasan dengan benda yang tidak ada. Walhal aku lupa, orang terdahulu berpunjangga; 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Kemahuan yang tiada jalan, di-komplennya, tetapi bila jalannya ada, sedikit pun kemahuan itu tidak dipenuhi. Ah, cukup saja aku membebel di situ. Alhamdulillah kerana tersedar kelemahan ini, untuk aku berusaha membaikinya.


Aku seronok melihat rakan-rakan aku sudah ke sana dan ke mari. Dahulunya kami bersama-sama mengharungi cabaran dan dugaan selama 4 tahun, kini kita semua berada di merata tempat meluaskan pengalaman dan bakat serta menyara diri sendiri dan keluarga.

Mungkin masih terlalu awal aku bayangkan, rakan-rakan yang sudah bekerja di tempat berlainan, dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Di kala itu juga, berkesempatan juga menyelit kisah-kisah silam semasa berlajar bersama di kampus.

Setiap manusia akan menempuhi berbagai dugaan. Dan setiap dugaan itu adalah ujian kepada kita untuk mematangkan diri kita. Kebiasaannya, setiap dugaan yang mendatang akan diberi 2 pilihan untuk direspon;

1. Mempersoalkan mengapa perlu bersusah payah

2. Menerima dan berusaha untuk lebih baik 

Alangkah ruginya kita bila kita memilih respon yang pertama. Kita mempersoalkan susah payah yang dilalui. Mungkin juga terlalu iri hati dengan orang lain yang boleh duduk senang lenang. Kita tidak sedar, yang orang lain dapat duduk senang lenang adalah kerana telah bersusah payah terlebih dahulu. Maka ia, akan menjadi tidak masuk akal jika kita berkehendakkan kesenangan tanpa usaha yang setimpal.


Betapa untungnya, jika respon yang kedua. Kerana setiap dugaan yang dilalui dapat menjadi pengajaran kepada diri sendiri. Walaupun ia hanya pengalaman sekecil belajar menggunakan mesin photostat. Pengalaman yang kecil dapat dikumpulkan hingga menjadi besar.


Aku doakan semua rakanku berjaya. Buat rakanku yang masih menunggu, jangan putus harapan. Teruskan usaha untuk mendapatkan yang terbaik. Dengan izinNya, ia akan tiba.

P/S: Menahan kesejukan yang teramat sangat.

Kuala Lumpur - Bahrain - Dammam

Salam

Malaysia: 10.46 AM
Jubail: 5.46 AM (Dah Syuruk)

Gulf Air di Bahrain 

Perjalanan aku ke Jubail adalah melalui Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Dammam dan transit di Bahrain selama 4 jam. Perjalanan selama 7 jam tidak begitu penat sebab layanan Gulf Air ni sebaik MAS di Malaysia. Dalam kapal terbang yang sama tersempak juga dengan student Malaysia yang nak ke Mesir untuk Medic.

 McD kat Bahrain

Di Bahrain, aku sangat terkejut yang mata wang Bahrain Dinnar (BD)  adalah lebih tinggi daripada US Dollar. Aku ternampak handphone nokia X1 yang di Malaysia harganya RM 150 dan di Bahrain BD 15 sahaja. 


Dammam waktu malam 

Sampai sahaja di Dammam, Saudi Arabia aku dikejutkan dengan senario perangai pegawai imigresen yang sangat teruk dengan etika kerja. Yang aku perhatikan dan diberitahu oleh orang sini, orang Saudi Arabia sangat tidak menyukai bangsa asing, sama seperti kita, orang Malaysia tidak beberapa gemar dengan bangsa asing. Sambil-sambil pegawai ni cek passport, mereka melambatkan kerja mereka dengan berborak dengan rakan-rakan, melayan telefon dengan nak main sms dan pergi berehat di kawasan bilik.  

Aku dan kawan aku tersekat dalam barisan beratur, bediri tegak selama 8 jam. Kami sampai pukul 6 petang waktu tempatan dan keluar dari kawasan imigresen pukul 2.30 pagi. Pengalaman yang paling dasat untuk aku dan daripada staf syarikat aku. 

Tips berada di sini, ringankan memberi salam kepada orang arab. Kerana pada orang arab mereka amat suka bila dapat tahu kita daripada Malaysia (kiranya boleh jadi double standard antara orang Malaysia dengan bangsa yang lain). Seperti bangganya mereka bila dapat kenalan daripada Malaysia. Tetapi kalau untuk 1st impression mereka anggap kita seperti orang Nepal yang lain.


P/S: 
- Masih menyusun jadual aktiviti dan waktu tidur. 
- Hari ni Jumaat, hari cuti !! 
- Terima kasih kepada Cik Atirah atas hadiah pilihan kek harijadi yang aku buat hari tuh. Doodle ni lawa !!!
Thank you Athirah !!!



Selamat tinggal Malaysia

Salam

Hampir 6 bulan aku duduk rumah. Jadi tiba masanya aku bergerak ke fasa hidup aku yang seterusnya, mula bekerja. Ramai rakan-rakan dah mula bekerja, dan sekarang rezeki aku pula sudah tiba untuk bekerja. 

Kepada rakan blogger, minta maaf sangat tak dapat nak balas kunjungan korang. Nanti aku dapat masa, aku cuba balas balik ye. Kepada yang tag, minta maaf tak dapat nak sempurnakan. Kepada yang bagi hadiah, harapnya dapat tunggu aku buat entri penghargaan kat korang k.

Terima kasih kerana menerima aku semasa aku berada dalam fasa blogger tegar !! Korang memang best !! 

 Kawasan yang aku akan duduk

Adakah semua doa dimakbulkan VS bersyukurlah dengan apa yang ada

Salam


"Don't compare your life with others. You have no idea what your and their journey is all about"


Memang kadang-kadang benda yang kita nak sangat tuh takkan dapat. Jadi janganlah kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain dapat. InsyaALLAH setiap apa-apa yang berlaku ada hikmahnya.


Adakah semua doa dimakbulkan ?

Bukan tidak diterima tetapi belum sampai masa dan ketikanya...

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.. 

Hikmah dengan setiap permintaan itu pula adalah dalam pelbagai bentuk. Jika kita tidak di'buta'kan, kita akan sentiasa nampak nikmat yang dikurniakan kepada setiap waktu, masa dan saat. Tidak mengira ia sebesar zarah, kita sememangnya mendapat macam-macam jenis nikmat. 


Hikmah (1) Menjadikan seseorang lebih bersyukur dan meningkatkan iman
Bila permintaan kita dimakbulkan, kita mesti rasa sangat gembira dan kegembiraan itu kita salurkan kepada kesyukuran di mana asalnya nikmat itu datang. Alangkah indahnya jika kita sentiasa dapat bersyukur dengan setiap nafas yang kita hembus dan tarik ni.


Hikmah (2) Menjadi satu platform untuk menambahkan pahala 
Tidak kira, permintaan kita itu dimakbulkan atau tidak, alangkah beruntungnya kita kalau kita dapat bersabar. Jangan cari sebesar-besar perkara, kadang-kadang perkara kecil pun boleh menjadi platform kita untuk menambahkan pahala kita. Adakah apabila kita sedang marah, kita cuba menenangkan diri kita ? Yang sabar itu dapat menambahkan pahala kita.


Hikmah (3) Menjadikan seseorang itu sesat dan memberikan pengajaran kepada orang lain 
Bila kita tahu cerita pasal Qarun, permintaan dan doanya untuk menjadi kaya dimakbulkan oleh ALLAH, namun nikmat kaya raya yang diperolehi telah menyebabkan dia lalai dengan ibadatnya. Jadi ada kemungkinan permintaan dalam doa kita tidak dimakbulkan itu mungkin akan menjadi seperti Qarun. Minta-mintalah ia dijauhkan daripada kita dan keluarga kita.


Hikmah (4) Doa tidak dimakbulkan akan mendapat pahala 
Aku ada mendengar tazkirah semasa bulan puasa hari tuh; (Jika aku silap, tolong tegur ya)

Segala doa yang kita pinta dengan adab dan tertibnya akan dimakbulkan oleh ALLAH. Bezanya lambat atau cepat sahaja. Ataupun digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Namun jika doa itu tidak dimakbulkan sebelum ajalnya tiba, doa tersebut akan ditukarkan kepada bentuk pahala.

Pada hari akhirat, setiap manusia akan dibentangkan semua permintaan di depannya dan ditanya setiap daripada permintaan itu, adakah ia diperkenankan atau tidak. Dan apabila selesai senarai semua permintaan itu, manusia berkata, alangkah bagusnya kalau semua permintaanku itu tidak dkabulkan. 


Renungan dan peringatan untuk diri aku sendiri
dan kawan-kawan 

Psst; 
Ala segan laa dengan kawan blogger semua rajin singgah sini masa aku takda hujung minggu lepas. 

Jaga mulut kau ye !!

Salam


Aku tak banyak cakap tapi, 

Aku rasa mulut aku celupar

Takla secelupar orang yang mulut celupar

Tapi 

Benda yang keluar daripada mulut aku senang sakitkan hati orang

Tajamnya seperti macam mata pisau


Mungkin sebab aku terlalu rushing kepada objektif/mesej yang aku nak sampaikan

Sehinggakan aku skip semua ayat-ayat bunga dan ayat-ayat tapis yang perlu digunakan


Aku minta maaf sebab ia kelemahan yang sedang aku baiki


Terlajak sampan, boleh diundur
Terlajak kata, cam na nak reverse ? 

(Lagi-lagi kalau tercakap kat orang tersayang)
Ahli keluarga dan bakal ahli keluarga 


P/S: Salah satu puncanya adalah sebab kurang sabar dalam benda yang ingin dikecapi. Adeh, cam ne nak setel hal macam ni ye ? Siapa ada tips

(Autopost lagi) 

Persekitaran memang mempengaruhi kita

Salam

(Sebelum baca, sila baca dalam ton suara biasa. Aku tulis dalam keadaan tidak marah ok. Cool je) 

Persekitaran seseorang insan memang akan memberi kesan terhadap personaliti insan tersebut. Tidak kiralah, persekitaran itu merupakan dalam bentuk objek bukan hidupan dan objek hidupan. Itulah yang selalu aku fikirkan. Aku sentiasa risau dengan bad habits yang aku ada dan orang sekeliling ada. Kerana aku merasakan, bad habits ini perlu dihentikan seboleh mungkin supaya tidak dijangkiti kepada orang lain.

Adakah persekitaran insan yang berada di sekeliling kita yang menjadikan kita berperangai sebegini ?

Dan pernahkah kita tanya pada diri sendiri mengenai perangai buruk kita, yang menjengkelkan orang lain ?


Untuk pertahanan, aku sendiri tidak sedar bad habits aku yang dapat menyakitkan hati orang lain. Walaupun orang lain ada mengatakan, kawan-kawan kita sepatutnya menerima baik dan buruk kita. Tapi adakah itu cukup memberi lesen kepada korang untuk terus bersikap buruk kepada orang lain ? Membuang sesuatu yang memang sebati dalam diri kita memang sukar, tapi aku percaya kalau kita sentiasa cuba, kita boleh berjaya melakukannya. 


Contoh yang aku selalu fikirkan;
Bayangkan orang yang jaga kauter pertanyaan, dan kat belakangnya ada satu banner cara nak sapa pelanggan dengan betul (senyum, sapa, jawab dengan berhemah). Dan bila korang memerlukan khidmat mereka ini, tiada satu pun yang amalan daripada kat banner tuh yang dia buat.

Adakah dulu dia pernah buat, tapi disebabkan jumpa dengan pelanggan yang tidak bersopan santun dan dimarah teruk,  dia tidak amalkan cara sapaan yang betul tuh.

Inilah yang aku maksudkan bad habits telah berjangkit. Daripada seorang pelanggan kepada seorang yang berada di kaunter pertanyaan dan kemudiannya kepada semua orang lain. Jadi lepas ni siapa nak cakap baik-baik bila tanya kat kaunter pertanyaan. 

Mungkin ada yang fikir remeh-temeh. Tapi bila memikirkan adik korang atau anak korang akan kena balik, apa yang korang rasa. 

P/S;
- Syaza rasa persekitaran blog agak suram sedikit sebab ramai adik-adik dah masuk belajar kat U balik untuk semester baru. Hee. 'Jangan bersedih ye Cik Syaza, kami ada sahaja di sini'
- Terima kasih kat Jue yang membuat post menarik. Korang kena baca post kelakar tuh ok. 


Cukai perkhidmatan topup sebanyak 6% bermula 15 september 2011 | Aku kata apa ?

Salam

Huu, semua kecoh pasal 6% topup yang akan dikenakan mulai 15 September 2011. Cuba try tengok Senarai harga kad tambah nilai, harga semasa dan harga barunya.

 Sumber daripada Laman Web Hotlink

Aku kata apa?
  1. Aku perasan mulalah semua nak salahkan kerajaan dan nak marahkan kerajaan pasal peratus cukai yang naik. Aku di sini bukannya pro atau menentang kerajaan tentang benda ini. Sebab aku sendiri tak tengok bukti-bukti jika ada pihak tertentu yang menyeleweng duit cukai ini. Kalau ada yang tunjuk bukti kat aku, aku akan mempertimbangkan untuk percaya. Walaupun banyak anasir luar yang mendakwa ada pihak tertentu akan menyeleweng duit-duit ini, tapi kita tidak berhak menuduh. Kalau betul nak cari kebenaran, selidik betul-betul (Sekali lagi, aku berkata bukan nak memihak pada mana-mana, aku neutral)
  2. Tapi pada masa yang sama, aku bukanlah nak menunjukkan yang aku kaya sehinggakan peratusan kenaikkan cukai ini tidak menggugat kewangan aku. Walaupun ia naik sedikit, 30 sen, 90 sen, ia tetap duit. Maka, aku nampak ini adalah peringatan kepada sendiri untuk cuba berjimat dan mengurangkan aktiviti SMS menggila ni.
Korang kata apa pula

P/S: Tengah nak pergi jalan-jalan. Heee. Autopost je. 

Kad Raya Merdeka 2011 buat pengunjung ipai-ans.blogspot.com

Salam

 Nah, korang amik la kalau sudi. Kalau ada yang backlink, bagitahu ye, nanti aku nak backlink korang balik

Sudah pasti sekarang masing-masing sudah sibuk dengan persiapan untuk raya. Dengan nak buat biskut, kuih raya, dengan mengemas, mengecat rumah dan membeli belah pada saat-saat akhir dengan keluarga yang tersayang. Aku pun lebih kurang sama, sampai tak sempat nak balas kunjungan korang yang datang menyinggah dan tinggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyinggah. InsyaALLAH nanti ada kelapangan aku balas yee. 

Di sini, aku siapkan satu Kad Raya Merdeka buat semua pengunjung dan rakan blogger yang datang. Maaf ya, aku tak kreatif sangat nak design-design cantik. Ini sahaja yang aku mampu, recycle koleksi gambar yang aku pernah ambil dulu. Heee ^_^

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua Muslimin dan Muslimat sekelian, tidak kira muda ataupun tua. Semoga sambutan hari raya ini meraikan kejayaan kita mengharungi puasa sebulan dalam membendung segala nafsu kita. Dan sama-samalah kita berharap agar segala amal ibadah kita takkan mati bila tiba malam raya tetapi terus istiqamah ke 11 bulan berikutnya dan dipertemukan kita sekali lagi ke Ramadhan tahun berikutnya. Berhati-hatilah di jalan raya dan lebuhraya, walaupun masing-masing pegang Senarai Lokasi Speed Trap di lebuhraya.

Khas buat blogger yang rajin datang, Selamat Hari Raya untuk korang. Terima kasih kerana mengalukan kehadiran blog aku yang tak seberapa ni. Korang memang terbaik dan dorongan bagi aku. Maaf zahir dan batin kalau aku selalu balas lambat kunjungan korang dan mungkin ada yang terlepas pandang untuk datang ke blog korang. 

Tidak dilupakan juga Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54. Hayatilah kemerdekaan tahun ini lebih baik dengan menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab: Aku Anak Malaysia Merdeka. 

 Berjumpa di alam maya pada minggu hadapan !!!


P/S:
- Terima kasih kepada Achik yang memberi ucapan khas raya kepada saya dan kawan. Heee
- Terima kasih kepada Syaza sebab memilih blog saya sebagai 6 Blog pilihan Syaza.
- Kepada blogger yang hantar kad raya, nanti tunggu saya kumpulkan dalam satu post khas ye.
- Kepada yang nak duit raya tuh, meehh datang rumah. Orang kasi makan free. Heee
- Minta maaf untuk balas kunjungan yang lambat nanti. I'm Sorry (Gaya Amir)

Yeay !!! Dapat Kad raya !!!!!!! Terima kasih Zuneta !!!!!!!!

Salam

BEST GILA DAPAT KAD RAYA !!!!!!!!!!!!! 

Happy gila ni. Happy gila ni. Tahun ni dapat juga kad raya. Wah. Wah. Waaaaahhhhhh ... Cantik sangat kad raya ni. Plus handmade !!!!!! Nak nangis tengok kad ni. Tak sangka boleh dapat. Cantik !!!!!!!!!!!! T_T.

Meh laa tengok kad raya ni;

Nampak tak yang hijau-hijau kat ketupat kad raya ni. Haa.
3D tau !!! Timbul-timbul.
Rasanya kertas yang digulung-gulung dan digamkan.
Cantik T_T 



Ehem, kat dalam kad raya ni ada special dedication ok.
Khas Buat Follower
Hehehe n_n 




 Haa, nak tau dari sapa ?
Ia daripada 


Hee, apa-apa pun terima kasih kepada 
Cik Zuneta
atas kad raya yang cantik ini !! 
Tak pasti sama ada boleh request lagi ke tak. Uhuh. Cer try terjah. Hehhe

Kad raya dan juga kad-kad lain yang Cik Zuneta buat sangat lawa ok !! Serius lawa. !!!
Haa, boleh usha blog kad homemade Zuneta ni 

P/S: Tiba-tiba rasa hype gila. Tak tau napa. Hahaha. Sebab kad raya kot.

Merancang aktiviti melancong dengan Matta Travel Fair 2011

Salam

Salah satu benda yang aku minat sangat adalah melancong. Melancong ni memang sangat seronok bila kita dapat pergi jalan-jalan ke negeri lain dan lagi seronok kalau dapat pergi negara lain. Dulu bapak aku bagitahu yang seluruh semenanjung Malaysia ni dah ayah dan mak aku jejaki, tapi masa tu aku kecik lagi T_T. Mana nak ingat. Hahaha


Masa dekat U, memang aku kuat jalan. Tambahan pulak aku tak pernah tinggal di kawasan utara. Jadi, aku dengan kawan aku banyak juga plan pergi jalan-jalan. Walaupun tak banyak tempat, tapi cukup menyimpan memori yang menarik pergi ke tempat baru. 


 Ni gambar masa umur 8 tahun di Singapura.
Ada sedara jauh kawin. Aku pun tak kenal sapa. Hahah
Time ni, Malaysia pun tak de LRT lagi.
Kira aku antara kanak-kanak terawal Malaysia (kononnya) mencuba kenderaan LRT ni. 


Kalau korang yang minat drama dan lagu Korea, korang mesti minat nak pergi melancong ke Korea. Ye laa, manu tahu tersempak artis Korea kat airport, itu pun dah kira satu benda yang menarik kan. Tak pun dapat jejak kaki kat kedai runcit mana-mana kat Korea pun dah seronok habis dah. Haha.


 Gambar jalan-jalan kat Korea, yang aku cilok dari blog kawan aku tanpa kebenaran XD


Ada juga baca post kawan yang sorang lagi, dia pergi pergi melawat Disneyland, Hong Kong. Phewwiitt. Best tuh !!! Aku pun tidak lepas peluang untuk tanya mengenai budget, penginapan dan pengakutan. Dan menurut info daripada dia, aku merasakan harga yang ditawarkan agak berpatutan. 

Ok, memang laa harganya mahal, tapi bila memikirkan dapat jalan jauh sejauh itu dan semua yang lain diuruskan dengan baik, siapa tak nak. Melainkan kalau korang sendiri pernah pergi negara tu, mencari info dan menguruskan perjalanan merupakan perkara yang mudah.

Jadi kawan aku tuh, menyarankan untuk pergi ke pameran;

Matta Travel Fair 2011

Kawan aku bagitahu kat sini kita boleh cari pakej percutian yang best-best. Walaupun Matta Travel Fair 2011 tahun ini dah lepas (aku pun tak pergi =P ), aku tak sabar nak tunggu tahun-tahun akan datang. Nanti dah kerja, ada duit sikit nak try pergi ke tempat yang best-best. Tak kira la, dalam Malaysia ke luar Malaysia ke, semuanya bergantung pada budget nanti. Heheh

Jadi kepada yang mempunyai minat melancong macam aku, tahun hadapan kena alert pasal benda ni. Tunggu pengumuman Matta Travel Fair 2012 pulak. Okeh ? Mana tahu tersempak kat dalam bot ke.


P/S 1: Kalau tempah untuk honeymoon nanti boleh tak ? Ngeh, ngeh, ngeh 

P/S 2: Jalan-jalan Sabah pun best juga


Mood ke laut, layan Digimon

Salam

Pergh, aku tak sangka plak aku lama tak update. Tengok link yang ada kat member, 1 minggu aku tak update. Aku tak sangka plak mood ke laut sebegini punya lama jadi. Minta maaf ye kawan-kawan kerana tak update. Mood memang ke laut minggu lepas, dan tercari-cari juga mencari sinar itu kembali.
Terima kasih kepada yang sudi singgah dan juga yang sudi bagi komen, walaupun lama aku hilang. Minta maaf sangat yaa. Tambahan pula, waktu bulan puasa ni memang agak pack sikit dengan aktiviti-aktiviti, dan hanya berpeluang untuk aktiviti yang ringkas sahaja. Mungkin raya nanti baru menggila.

Aktiviti ringkas tuh adalah;
Tengok cerita Digimon Adventure

Pergh serius aku tak tipu. Aku kalau mood ke laut, benda-benda macam ni aku layan. Korang tau tak macam mana ia membantu aku masa mood aku ke laut ? Bila tengok satu episode tuh penuh dengan;


'Agumon Digi-volve to Greymon'


 'Gabumon Digi-volve to Garurumon'
(dan seteresusnya..)


Sekurang-kurangnya bila aku tengok benda ni, aku nak tergelak sebab aku sendiri tertanya;

"Napa laa aku tengok benda ni?"
-_-"

Jadi, kasi aku masa tambahan untuk settle down dulu lagi ek. Kasi aku layan benda ni habis dulu. Wakakakaka (aku tak tahu napa aku layan benda ni. hahahah. Haddoi

P/S 1: Semua yang tag-tag, nanti aku join ye. Aku try settle minggu depan.
P/S 2: Selamat memburu Lailatulqadar !!!

Boleh tak aku trauma balik tengok komen korang banyak ?

Salam

Boleh tak kasi chance aku trauma balik tengok komen korang yang banyak kat entri sebelum ni. Waaa, tak sempat nak blogwalking kat blog korang yang datang komen T___T. Masa sekarang agak terhad sebab ada komitmen lain sekarang ini. Nak balas dan nak balas kunjungan tak sempat

Aku minta maaf sangat-sangat =( kalau aku blogwalking macam siput nak datang ke blog korang T__T. 

Maafkan aku yang tak sempurna ini. Plizz !!!

Untuk membusykan diri korang, boleh laa try buat Danbo versi baru:

Danbo in Pink
Click gambar, Open in New Tab
Save