Showing posts with label Activity. Show all posts

Eid Mubarak 2012 @ Jubail, KSA

Salam

Selamat hari raya aidil fitri diucapkan kepada rakan blogger, rakan taulan dan pengujung blog ini. Maaf zahir batin. Maaflah tahun ni tak nak buat kad-kad raya multimedia untuk member-member. Tak macam tahun lepas, siap dapat kad raya special daripada rakan blogger. 

Mungkin sedia maklum bagi rakan-rakan yang rapat, tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya di perantauan. Haa, nak sangat dulu berangan dapat beraya kat luar, dapat betul-betul rasa nak menitik air mata =P 

Malam Raya
Disebabkan masing-masing malas dan sibuk, malam raya baru nak terhegeh pergi cari daging untuk buat lauk raya. Dan tidak disangka, ramai orang (yang kebanyakkannya India) datang memborong daging juga. Sehingga harga daging asal 30 riyal sekilo naik sebanyak 45 riyal sekilo. Kesudahannya tidak dibeli daging tersebut.


1 Syawal

Saudi Arabia puasa terlebih dahulu daripada orang-orang di Malaysia. Namun, sambutan hari raya jatuh pada hari yang sama. Maka dengan itu, di Saudi Arabia berpuasa selama 30 hari dan di Malaysia berpuasa selama 29 hari.

Solat sunat Aidilfitri berlangsung selepas satu jam (lebih kurang) waktu solat Subuh. Solat subu masuk pada pukul 3.50 pagi dan solat sunat berlangsung pada pukul 5.30 pagi. (Jangan bayangkan 5 pagi macam Malaysia. 5 pagi waktu Summer sini macam dah pukul 7 pagi waktu Malaysia)

Di pagi hari, makan dengan juadah hari raya

Menu nasi impit (terima kasih kepada Saudara Azahari yang membeli paket instant semasa di Malaysia), kuah kacang (buatan Manaf dan Haziq) dan rendang (tak berapa nak jadi)


 Rakan rumah sebelah dan rakan yang datang dari rumah kompleks office.
Rumah ni menyajikan menu special, rendang sate (Kredit kepada Saleh sebagai tukang chef ye)
Ada beberapa orang tiada, kerana beraya di Mekah


Habis je makan-makan, masing-masing duduk depan laptop/smartphone/telefon masing-masing call family di Malaysia. Tak pasti ada yang nak nanges ke tak ? Aku ? Tak nangis ok! Aku kan orang kuat =P


 2 Syawal

Disebabkan aktiviti raya di sini adalah terhad (tak macam Malaysia boleh pergi wayang atau window shopping), kami tekad pergi ke Hasa National Park.

Perjalanan yang jauh dan memenatkan

Apa yang ada di sana ?

Meh baca petanda oren ni;
The Al Gara Mountain & Cave is considered to be one of the most important tourist and natural landmarks in Al-Hasa. It consists of sedimentary rocks. Layers can be seen with the naked eye. It is also famous for its caves known as Judas Cave. It has become one of the most famous nature sites in Arabian Gulf region. The caves of the mountain are known to be cool in the summer and warm in the winter.


Disebabkan papan tanda yang tidak begitu baik, dan sesat beberapa kali, akhirnya kami sampai di Hasa National Park, pada waktu Maghrib 6.50 ptg. Laluan masuk utama ke dalam gua sudah ditutup, dan kami hanya dibenarkan berada di sekitar luar bukit dan kawasan memanjat.
 Member dengan bentuk kepala unta


 Kawasan celah bukit


 No komen


Hari ini, hari raya keempat dan merupakan hari terakhir bercuti raya. Esok akan bermula hari-hari mencabar sebagai seorang pencari rezeki di bumi Arab.

Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir Batin

Aku di Malaysia sebenarnya

Salam

Cubaan kali ketiga memaksa diri sendiri untuk update di blog ini dan kemudian pergi melawat rakan-rakan blog. Argh, mengapa aku semalas begini.

Hai kawan-kawan, saya kini berada di Malaysia (Tiru ayat rancangan TV kanak-kanak di TV9). Yaaa, aku sudah berada di Malaysia selama seminggu lebih. Maaf aku terpaksa merahsiakan kepulangan aku kepada semua orang. Ini kerana aku pulang bukan kerana cuti, tetapi aku pulang untuk me-'renew' (memperbaharui) visa aku yang sudah tamat. Jadi disebabkan pulang ke Malaysia, bos aku yang baik hati telah membenarkan kami, tidak bertugas di cawangan syarikat Malaysia di Sungai Buloh, tetapi bertugas di rumah. Dengan itu, setiap daripada kami mempunyai bekalan kerja semasa berada 2 minggu di Malaysia. 


Balik denga Srilankan Airlines
Transit di Sri Lanka selama 2 jam.

Maka kerana itulah kepulangan aku dirahsiakan, dan hanya beberapa teman rapat sahaja yang tahu. Aku risau, karang ada yang request (minta) nak jumpa, dan aku terpaksa mengecewakan kerana kerja. (Budget Worker of the Year)

Mee mamak sedap dari Kuala Pilah
Makanan yang aku makan pada hari kedua aku sampai sini.

Bagi aku, kepulangan ini adalah sangat bermakna kepada aku. Aku dapat merehatkan minda seketika serta dapat melepaskan rindu kepada keluarga dan bakal-bakal keluarga. (Eh awat bakal tuh kata jamak plak).

Aku dapat pergi shopping banyak benda yang aku idamkan (Confession of Shopiholic, daa budget cam retis). Er dah habis nak dekat seribu kot (Membazir ye. Ok2, janji balik kerja lepas ni, tak nak shopping dah, nak simpan je. Iye laa tuh) 

Sangat seronok dapat makan makanan Malaysia yang sedap-sedap belaka. Thanx to my ibu yang memasak segala menu yang saya listkan. (Oh Emm Gee. Siap ada list tau). Saya dapat makan; Nasi Lemak, Pulut kuning dengan sambal ikan bilis, roti jala, asam pedas ikan pari masak cara biasa dan cara grill portugis (Gulp, tiba-tiba telan air liur jap), Sambal ikan, sambal ayam, sambal sotong dan udang (walaupun aku tak makan sotong dan udang tuh. Ngeh3), nasi goreng pagi-pagi yang sedap dan tidak lupa TEMPOYAK cara masak orang selatan (Oh eemmm Geee. Benda ni sedap !!!). (Bau menangkap di hidung, waa ibu kita masak lemak laa hari ni. Jangan jeles (sambil buat muka, supaya korang jeles))

Sekarang charge bateri rindu/home sick penuh-penuh. Nak bertahan kerja sampai bulan 10 nanti, baru boleh balik. Dua hari lagi aku fly balik ke Saudi. Maka kawan di sini jaga diri baik-baik ye. Ada rezeki kita jumpa ye. Sayang kowang semua (Waa retis sangat)


Majlis Konvokesyen USM 2011 - Sidang Ke-8 Sarjana Muda Kejuruteraan

Salam

Sekarang rasa serabut, dan banyak benda yang kena buat. Maaf sangat-sangat sebab tak boleh membalas kunjungan kepada korang semua. Jadi hari ini hanya sajikan gambar-gambar konvokesyen aku di USM.

Kepada yang turut berkonvo, TAHNIAH !!!

Kepada yang akan berkonvo, SELAMAT BERKONVO !!!

Kepada yang wish konvo dalam entri yang lepas, TERIMA KASIH !!!

Kepada yang masih belajar, GO GO GO !!! Sikit lagi nak konvo !!! 


 Kalau konvo, tak sah kalau tak baling topi k



 Yang pakai stripe merah tuh dekan aku yang sempoi. Hahah



Dah macam-macam gaya plak 



Dengan lecturer plak 







P/S:
- Gambar sorang, malu nak upload. Haha. Tak reti possing =P
- Credit to adik, untuk semua gambar yang diambil ni.

iPai seorang Lecturer Sporting

Salam

Haa, sejak bila aku jadi lecturer ni. Aku baru je habis degree, boleh plak tiba-tiba jadi lecturer. Sekarang ni kelayakan minimum untuk menajdi lecturer pun mesti ada Master, baru boleh mengajar sebagai lecturer. Hee, yang sebenarnya aku dapat award

Lecturer Sporting July 2011



Terima kasih kepada Aimi atas hadiah yang menarik dan cantik ni =)

P/S;
- Nisa Kay mention aku dalam post dia la. Adeh malu aku, dah laa aku terngumpat dia kat post tuh 


- Gigih Syaza cari baiki RSS feed yang problem. Aku sendiri pun tak jumpa solution sampai skrang


- Thanx Abg Stalker nak kasi hadiah cenderamata !!!  Tengah tunggu hadiah sampai umah

 - Entri autopost. Tengah on the way ke Penang. Nak KONVO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hee



Selamat Pengantin Baru Sani dan Put !!!

Salam


 Kanvas ni diletakkan di sebelah Guest Book

Yaa, 3 hari aku menghilang kerana pergi menghadiri dan membantu pengantin bersiap untuk majlis kahwin pada hari Sabtu (semalam). Aku plak bertambah segan kat korang-korang yang rajin datang blog aku ni. Terima kasih sangat-sangat kerana datang menyinggah, dan jika masa mengizinkan aku akan balas sedikit demi sedikit kunjungan yang datang ye. Sebabnya minggu yang mendatang ni akan fokus untuk konvokesyen pulak.

Jadi post hari ni, banyaknya nak share gambar cikit-cikit daripada wedding tuh.

 Gambar lepas akad nikah pada petang Jumaat


Gambar pada malam Jumaat
Kenduri aqiqah anak buah pengantin
Bergambar dengan Yuna 
(Yuna dengan pengantin perempuan ni, sepupu)
 Aku kata: Tinggi betul Yuna ni


 Hari persandingan. Cantik kan ?

Psst, ada tak yang tengok gambar ni rasa cam nak kawin juga. Hehehe 


Bersukan di bulan puasa

Salam

Hee, hye korang. Walaupun aku menyepi, tapi hari-hari aku jenguk blog ni. Rindu sebenarnya. Rasa nak menaip, nak share something, tapi bila dilihat kepada bilangan komen yang tak berbalas, aku rasa cuak. Aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang memberi nasihat. Sekurang-kurangnya, nasihat yang diberikan tuh aku leh guna untuk memaafkan diri sendiri aku yang tak sempat blogwalking. Terima kasih korang.


Hari ni cuma nak share pasal bersukan di bulan puasa. Agak-agak kalau kejap lagi korang pergi jogging sekitar kawasan rumah korang, ada tak orang nak panggil korang gila tak betul ? Hee. Agaknya sebab mentaliti orang ramai menganggap tidak logik bersukan di bulan puasa. Padahal boleh je. Dalam TV3 hari tuh, ada share pasal bersukan lepas solat terawikh. Haa, tapi macam mana kalau bersukan waktu petang ?


Dulu aku rajin laa bersukan waktu petang, sekarang jadi tak berani sebab kat Lake Garden kat Seremban tuh tak de orang je. Takut aku kot-kot kena rogol culik. XD


Haa nak tahu aku bersukan apa waktu petang. Aku bersukan, untuk latihan;
Basket ball

Sebenarnya, aku ni kaki bangku (malu beb nak ngaku). Tak reti nak main bola sepak ok. Futsal tuh lagi laa (takde darah atlet dalam diri aku). Kalau basket ball ni kira aku minat lagi laa nak main. Tapi aku takde laa terer mana. Takat main dengan member-member, 3 pointer boleh laa, kalau main masuk pertandingan, awal-awal dah kena tendang.


Aku belajar main basket ni masa tingkatan 4, masa mula-mula masuk sekolah asrama. Kononnya mitos, kalau masuk sekolah asrama ni kena ada satu sukan yang korang main hari-hari. Minggu pertama aku try ragbi (Jangan main-main beb, aku tau juga laa basic passing ragbi tuh. Hahah), tapi sejak kena hempap dengan senior badan besar, aku tarik diri. Senior pun macam suh aku cari game lain. Maka aku try laa Basket Ball.


Pada bulan puasa masa tingkatan 4 tuh, aku start training intensif untuk basket ball. Walaupun puasa, tiap-tiap hari kitorang kena;

#1 Lari keliling court 10 round



#2 Larian touchdown
Cara larian:
Mula daripada 1, lari ke point 2, sentuh garisan guna jari/tangan
Patah balik ke 1, sentuh garisan
Seterusnya ke point 3, sentuh garisan, 
Patah balik ke 1, sentuh garisan
Dan seterusnya sampai ke point no 7
Takleh stop dan set ni diulang 3 kali.



#3 Latihan drible (bawa bola) keliling court
Bawa bola pun ada caranya juga. Jadi kena la latih nak bump bola tuh
3 set juga


#4 Latihan lay-up
Lay-up ni adalah salah satu cara nak shoot, dengan cara mengarahkan bola ke papan gelung.

Setiap orang kena shoot, cam ni, kalau tak masuk kena bumping 5 kali, lepas tuh sammbung balik


Bila habis semua ni terus main satu game. Pergh, bila teringat balik memang penat dan tak sangka plak dulu boleh buat. Sekarang ? Er,tak berani buat nanti orang ingat aku tak puasa. Hahahha

So korang ada pengalaman bersukan dalam bulan puasa tak ?


Aspire Graduan 2011 tak best

Salam

Cakap tak nak update, tapi aku update juga kan. Ntah apa-apa ntah aku ni. Aku update pendek je. Tapi tak larat nak blogwalking lagi. Nanti, aku serang blog-blog yang komen kat post aku ni. Ooohh. berani conteng-conteng kat post aku ye, nanti aku conteng balik kat post korang. Serangan komen akan bermula hari Isnin.


Hari ni ngada-ngada pergi Kuala Lumpur Convention Center, pergi usha Aspire Graduan 2011. Jumpa member satu kelas, kenal member baru dari UPM, tersempak member lama daripada KMM, dan jumpa member yang dah jadi Manager kat salah satu booth kat dalam tuh; padahal member wanita sama baya tuh. Memang tabik r kat dia, dalam 3 bulan keja dapat naik pangkat.


Tapi malangnya bagi pendapat persendirian berhad aku, Aspire Graduan ni tak best sangat. Sebabnya senarai syarikat yang sikit. Ya, aku setuju syarikat yang datang tuh banyak; 50 syarikat. Tapi untuk spesifik kos tertentu terlalu sikit. Aku print 10 resume pun tak habis untuk dihantar ke syarikat. Atleast, patut kena 100+ yang syarikat datang, baru best. 


Hoho. Nak demand lebih-lebih plak. Cepuk aku jap.


Lepas tuh kan, aku ada terserempak beberapa blogger famous tau. Gila. Cam jakun-jakun juga aku. Tapi jakun bawah tempurung je laa. Aku poyo cool, macho je, dalam hati meronta-ronta nak tegur. Tapi aku ni penyegan. Hahaha. Dalam banyak-banyak yang famous, yang aku kenal Nisa Kay je. P/S: Mengumpat kat sini kejap boleh tak ? Dalam blog dia nampak putih r, tapi real life, agak gelap sikit. (Kalau Cik Nisa baca, minta maaf ye)

Moral of the story today, gambar aku dalam blog ni pun
apa kurangnya, jangan percaya dalam gambar-gambar dalam blog ni ye. Aku sebenarnya lagi HITAM  !!


Nasi Arab Damsyik: Makan nasi panjang #2

Salam

Semalam nak cerita pasal makanan, takut ada pulak yang terkurang pahala puasa sebab terliur post makanan sedap. Hari ni kebarangkalian untuk orang berpuasa agak kurang. Kalau yang puasa tuh, jangan bayang makanan lebih-lebih ek. Jadi meh nak story pasal makan nasi arab kat area Senawang, Negeri Sembilan.

Nasi Arab Damsyik

Dulu aku ada post pasal makan nasi arab kat satu kedai ni (Dalam post makan nasi panjang). Tapi aku tak dapat review kedai makan tuh betul-betul sampaikan nama kedai pun aku tak tahu. Hahaaha. Excited nak makan punya pasal. Ini merupakan kedai yang kedua yang aku tahu, menyajikan makanan nasi arab ni. Sesiapa yang tinggal area Senawang dan Paroi, atau selalu lalu Senawang boleh laa datang singgah. (Nanti leh ajak Tea dan Cik Aish makan sini sebab rumah diorang dekat-dekat sini juga)

Jadinya tempat ni dipanggil NASI ARAB DAMSYIK. Kelebihan tempat ni adalah, korang boleh pilih tempat duduk kerusi kat luar, atau nak duduk bersila macam kat arab gitu.m Maka keadaannya, korang akan duduk di meja begini;

 Kalau agak-agak takleh duk bersila lama, jangan duk kat sini k

Macam biasa, kalau makan kat kedai cam ni memang dia bagi nasi sedulang. Nak ratah dalam dulang pun bagus juga, nak makan dalam pinggan pun boleh. Ikutlah yang mana sesuai ye.
 Ni set nasi untuk 5 orang beserta ayam seekor di situ. 

Nasihat aku, kalau set nasi 5 orang ni adalah untuk 5 orang yang boleh makan nasi yang banyak. Kalau agak-agak wanita yang makan sikit tuh, jangan dikira 1 orang, dia kena kira sebagai suku set nasi. Nanti tak pasal-pasal ada yang jadi mangsa kekejaman makan 3 pinggan nasi macam aku T_T.

Nasib I maintain kurus lepas makan 3 pinggan nasi okeh.


 Hari tuh, tak sempat nak ambil gambar makan nasi panjang ni. Jadi kali ini memang aku amik gambar sebutir nasi panjang kat situ. Ini baru sebijik nasi yang bersaiz biasa. Ada yang lagi panjang daripada ini.


Okeh, untuk sesiapa yang nak pergi kedai ni, boleh la cari kat Google Maps, untuk ke Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan. Bila korang dah jumpa, follow je peta yang ada kat bawah ni;
Kat situ korang akan nampak satu simpang ke kiri (daripada arah Pusat Dakwah Islamiah Paroi). Masuk je simpang tuh korang boleh nampak kedai tu daripada jalan utama.

Bagi pendapat aku, makanan dia sedap. Cumanya kurang kuah. Aku ni kuat makan kuah, jadi tak layan sangat kalau kalau sajian kering-kering. Kalau ada kuah-kuah sikit, mesti lagi masyuk. Dan macam aku kata tadi, nasi sangat banyak. Kalau laki bini makan berdua, better pilih set 1 orang makan dan mintak 1 extra pinggan kosong. Kongsi nasi baru leh habiskan nasi dia. Okeh ??!!! 


P/S: Wargh. Kenapa bila cerita makanan je mesti lapar. Serius aku lapar sekarang.

Menggamit Kenangan di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)

Salam

Sapa tahu tempat ni kat mana ??

Salam, hari Jumaat lepas aku ada bagitahu aku jalan-jalan kat Melaka kan ? Sebenarnya aku pergi ke Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) saja-saja lawat dan jumpa-jumpa cikgu matrik. Ramai cikgu perempuan kan, maka tengok-tengok la kalau-kalau yang single lagi ke? Wakaka.


Aku ada ajak geng aku nak pergi, tapi masing-masing agak kesibukkan dengan kerja dan yang baru habis belajar pula tak berduit (macam aku -_-'). Jadi terima kasihlah banyak-banyak kepada Saudara Hafizi kerana sudi teman aku pergi ke KMM ni. Beliau ambil cuti semata-mata nak lari daripada kesibukan kotaraya KL dengan agenda Bersih tuh.

Pandangan peribadi aku, KMM masih macam dulu, cuma terdapat sedikit pembaharuan yang dibuat sana sini. Dengar cerita dah ada Wi-Fi sampai ke blok. Dulu nak online kena pergi pejabat pentadbiran awam malam-malam bawa laptop. Sekarang dah tidak perlu, kat bilik pun boleh on-line. (Makin banyak main laa lepas ni).


Batu-batan di blok kediaman masih menyerupai batu blok di Penjara Azkaban, dalam cerita Harry Potter tuh dan warna-warna blok akademik lain pun masih juga sama. Cuma terdapat sedikit pertambahan sana sini. Cikgu pun makin ramai, dan nasib baik cikgu-cikgu aku masih ingat kat aku. Hehehe.

Apa korang rasa bila benda yang korang tinggalkan kat satu tempat dan ia digunakan sampai sekarang.
(Aku design logo ni!!)


Ni CC yang ada kat KMM. Tak buka pun, tak tahu hidup atau tak CC tuh. Dulu pernah masuk sekali dua je.


Aku rasa, kelas pertama aku di KMM di bilik inilah. 
(Wah, konon ingat sangat)


Floor warna kuning tuh adalah lab kimia


Yang warna kuning belah sini adalah lab Bio


Ada wakaf baru tepi library ni. Tempat orang study dan lepak ramai-ramai sebelum pergi kelas. Huhu. 
Untung diorang


Masa zaman aku, kitorang paggil tempat ni Starbucks sebabnya ada meja-meja yang macam ala-ala Starbucks kat depan library ni. Tapi sekarang, dah macam food court. Hahha.

 Bangunan tutorial


Dari sudut pandangan lain


Kat dewan kuliah pun dah ada tempat nak lepak. Dulu, duk kat tangga je laa


Jeng jeng jeng. Ada bangunan akademik baru. Besar dan cantik.
Mungkin tak panas macam bilik tutorial yang lama tuh. Keh3



 Inilah dia cikgu kuliah dan cikgu tutor Biologi aku.
Kat matrix, aku student biologi (tapi masuk USM amik engineering)
Nak wat cam ne kan, mintak farmasi tapi tak dapat.
Kini bersyukur sangat dapat course ni dan bukan course Farmasi tuh.
Sebabnya aku sangat lemah ingat fakta. Kalau faham aku ok.


Ni pun cikgu bio juga. Dia jaga lab biologi kelas aku. Hehe


Ni cikgu faveret kimia aku ni.
Sebelum masuk USM, aku tanya cikgu 'Kejuruteraan Kimia ni macam mana ek?'
Cikgu jawab 'Kejuruteraan Kimia ni adalah satu course yang menarik'
Setelah 4 tahun kembali 'Cikgu, betullah. kejuruteraan kimia memang menarik'



Ni plak cikgu HEP. Takleh cerita banyak-banyak, nanti bocor rahsia nanti.


Dulu kat matrix yang ambil jurusan sains ada 2 pilihan. Iaitu nak ambik Sains Hayat (Biologi) atau Sains Fizikal (Fizik). Kalau rasa nak jadi doktor ke, farmasi ke, amik sains biologi ke, boleh ambik Sains Hayat. Kalau ambik sains fizikal, untuk course seperti engineering dan sains fizik. Tetapi sekarang tidak begitu okeh. Sekarang dah pakai modul; (Modul 1, Modul 2, Modul 3)


Modul 1 ialah aliran pelajar yang akan mengambil mata pelajaran teras : Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

Modul 2 ialah aliran pelajar yang akan mengambil mata pelajaran teras : Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Modul 3 ialah aliran pelajar yang akan mengambil mata pelajaran teras : Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.

Aku degar cerita, modul ini diadaptasi sedikit daripada Program Asasi Sains Universiti Malaya. Bagi pendapat aku Modul 1 ni memang tough kerana mempelajari Fizik dan Biologi serentak. Dahulunya, ambil salah satu tapi sekarang tidak lagi. Masak laa budak ni belajar kedua-dua subjek yang berat ni. Kalau aku pun, mesti tak pass juga. Kelebihan ambil modul ni, korang akan ada lebih banyak pilihan untuk pilih course yang korang minat kat universiti nanti terutamanya course yang cenderung kepada bidang sains, kejuruteraan dan kesihatan.


Untuk modul 2 dan 3, kedua-dua modul ini menyerupai Sains Hayat dan Sains Fizikal yang dulu tuh, tapi bezanya, ada satu pertambahan subjek iaitu Sains Komputer. Bagi sesiapa fikir ni course cikai dan kebanjiran graduan, sila ubah pemikiran itu ok. Sains Komputer di universiti bukan satu kos yang senang.


Jadi mengikut perbualan kawan aku dengan cikgu Sains Komputer, mereka yang ambil modul 2 dan modul 3 perlu belajar basic C++, satu software programming yang digunakan oleh Sains Komputer dan student kejuruteraan (kebanyakkannya adalah mekanikal dan eletrik, eletronik). Bukan setakat belajar, subjek ini dimasukkan sebagai salah satu subjek peperiksaan bertulis. Maka, semua coding komputer kena hafal dan perlu ditulis pada hari peperiksaan. Haddoi, masak laa budak-budak ni.


Dari pemahaman aku, dengan belajar C++ ini pun dah agak basic untuk Sains Komputer dan merupakan satu kelebihan kepada mereka yang akan ke course Sains Komputer di universiti dan juga kejuruteraan. Tapi untuk student biologi memang tak de kaitannya. Melainkan kalau dia dapat course Sains Komputer.


Kesimpulanya, kepada akak dan abang yang ada adik nak masuk matrix, aku sarankan mereka kaji betul-betul course apa yang sesuai untuk diorang ambil di universiti untuk suaikan dengan pilihan course di matrix. Kalau dulu, aku pakai hentam je tak tahu nak jadi apa. Kejuruteraan Kimia ni pun, adalah pilihan ke-5 aku daripada 8 pilihan UPU aku. Sekarang saingan dah makin tinggi, kalau tak tumpukan perhatian, takut menyesal di kemudian hari.


P/S: Budak yang dah lepas matrix mesti kata "Selamat aku"


P/S 2: Aku perasan, ramai yang kata fasa zaman matriks adalah yang paling best dalam hidup mereka. Aku kaji punya kaji dan ini teori aku, kenapa ramai kata zaman matriks bes. Zaman matriks adalah zaman untuk seseorang itu merasakan kebebasan dan berada berjauhan dengan family buat pertama kalinya selepas zaman sekolah. Dan pada ketika inilah mereka belajar berdikari bersama-sama dengan kawan-kawan yang senasib dengan mereka. Kawan yang diorang kenal dalam tempoh setahun, kerana dengan tempoh pendek itu kita menerima baik buruk kawan kita sebaik-baiknya. Dan kerana itu, ramai yang rapat dengan kawan matrix sampai skrang. (Boleh pakai ke teori ni?)