Bab 6 Lelaki seperti 'Gelung Getah' | Men are from Mars, Women are from Venus
Salam*Lama dah tak sambung pasal ni. Macam tak sempat khatamkan je. Baca jauh dah, tapi tulis kat dalam blog je sikit. Hee.
Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray
Dalam bab ni, perempuan akan tahu bahawa lelaki mempunyai 'rentak kesayangan' dia, di mana seseorang lelaki ada fasa menjauhkan/mengasingkan diri daripada orang yang dia sayang kemudiannya dia akan sayang.
Sebab itu, lelaki diibaratkan seperti gelung getah. Apabila ia ditarik, maksudnya lelaki tersebut semakin menjauhi daripada kekasih dia, tetapi bila gelung getah itu dilepaskan, ia akan kembali kepada asal seperti juga seseorang lelaki itu kembali memadu kasihnya. Semakin jauh kita tarik gelung getah, semakin kuat sakit latunan getah mengenai tangan kita, dan seperti itulah kekuatan kasih sayang lelaki bila ia kembali berdasarkan betapa jauhnya dia pada fasa sebelum itu.
Lelaki menyendiri dan mengasingkan diri adalah kerana memang sifat berdikarinya. Lelaki ingin merasai yang dia boleh melakukan sesuatu dengan usaha dia sendiri. Dan apabila ia tercapai, dia bermula fasa keperluan perhatian daripada pihak kekasihnya. Jadi, wanita jangan sesekali salah anggap kalau korang jumpa fasa lelaki macam ni dan beranggapan yang lelaki seperti ini tak sayangkan korang. Ini merupakan keperluan lelaki.
Bila wanita beri peluang sebaiknya kepada lelaki, lelaki sendiri akan sedar mengenai fasa ini dan akan berubah mengikut rentak wanita. Tempoh masa adalah berbeza mengikut pasangan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Di mana, pada saat itu nanti, lelaki itu sendiri akan pandai menyusun masa keperluannya dengan masa yang hendak digunakan bersama kekasihnya.
Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray


