Showing posts with label Family. Show all posts

Malaysian Philharmonic Orchestra bersama Yuna pada 12 dan 13 September 2011

Salam

Haa, siapa kat sini peminat Yuna ? Kalau sesiapa nak tengok persembahan Yuna di Malaysian Phillharmonic Orchestra bolehlah membeli tiketnya di sini. Harga tiket berharga RM 80 untuk semua seat yang sama (dengar cerita nak habis dah). Nanti kalau dah beli online, boleh pergi ke Dewan Filharmonik PETRONAS kat KLCC nun (huhu, dulu time intern selalu lalu depan tuh, tapi tak pernah masuk pun =P. Ok, jangan ingat aku pergi plak. Hehe. Aku tak pergi pun. Duit takde.)



Selamat Hari Raya semua !! Maaf Zahir dah Batin. Hee, busy je dua tiga hari ni kan dengan macam-macam aktiviti. Hee, walaupun balik kampung belah bapak dan emak, malam sahaja dah ada kat rumah. 

  Aku dah rendahkan resolution dia, so pixel pecah-pecah sikit ok.
Jangan cari gambar aku kat atas ni ye. ^_^
Agaknya sebab tuh aku suka budak-budak. Balik kampung je kena layan diorang ni 


Bagi aku, tahun ini merupakan tahun raya yang paling seronok yang aku rasa. Feeling raya tuh, lain sikit. Agaknya sebab dulu, belah ayah takda sepupu sebaya. Sepupu yang ada pun kecik-kecik lagi. Tapi sekarang, yang kecik-kecik tuh dah remaja. Jadi meriah juga laa suasananya. Kalau tak dulu, dengar bising budak-budak nangis je. Haha

Belah ibu pulak, sampai tak leh nak cam sepupu sebab sepupu ramai lagi tua daripada ibu sendiri. Maksudnya, aku ada ramai pangkat anak sedara yang sebaya dan ada juga yang lebih tua. Dan kemungkinan untuk jumpa cucu sedara pun ada. Adeh. Pengecaman muka harus dibuat dengan seberapa segera dan atleast tahu juga laa pertalian darah tuh macam mana. Kalau dulu, yang mana tua sikit je semua panggil makcik. Sekarang takleh, kena jaga standard, yang pangkat sepupu, kena panggil 'Akak' walaupun dia lagi tua dari emak aku. UHuhuh

Apa-apa pun beringat-ingat jugalah kita dan jangan suka sangat, nanti sengsara tuh datang menyusul plak.

P/S: Takut tengok purata 19 kematian dalam masa sehari di jalan raya. 

Percaya tak, semua orang boleh berjaya ?

Salam


Aku percaya setiap orang boleh berjaya,


Apa yang diperlukan adalah usaha, doa dan tawakal,


Moga kita mendapat kejayaan dengan keredhaanNya
(link kejayaan tuh adalah link video. Download time mungkin lama sikit, tapi serius tak rugi korang tunggu ia habis download dan tonton)



P/S: Adik aku tak dapat result untuk UPU sebab ada masalah transkip daripada politeknik dia. Mintak korang doakan dia berjaya mohon rayuan kemasukan UPU. Amin Amin Amin.

P/S 2: Thank u korang sebab datang komen. Korang memang best r. Nanti aku balas komen korang banyak2 ekh. Sabtu Ahad ni aku hilang dan berehat jap. 

Putrajaya Floria 2011 Gambar Edisi 2

Salam

Semalam aku ada post gambar-gambar bunga yang cantik daripada Putrajaya Floria 2011. Sekarang, masih bertungkus-lumus membalas kunjungan blogger. Jadi di samping itu, aku sajikan gambar-gambar Putrajaya Floria 2011 yang di ambil oleh adik aku. Kalau sesiapa yang nak tengok gambar semalam, boleh klik sini. 

(Aku ingat banyak adik aku ambik, rupanya sikit je. heheh)









P/S: Suka sangat bunga. (Dah bagitahu, tapi nak bagitahu lagi)
P/S 2: Masih bertungkus-lumus membalas kunjungan. Heheh

FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA 2011 @ Putrajaya FLORIA 2011

Salam

Bersemangat gila nak update ni. Walaupun dah berpenat lelah, gagah berjalan sana-sini, cepat-cepat juga aku nak update pasal Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011 aka Putrajaya FLORIA 2011. Aku pernah pergi FLORIA sebelum ini pada tahun 2009, tahun lepas tak dapat pergi, dan tahun ini dapat juga menjejaki FLORIA 2011, yang bertemakan 'Ros Untuk Selamanya'. 

FLORIA 2011 ini telah bermula pada hari ini iaitu 9hb Julai 2011 dan akan tamat pada 17hb Julai 2011 bertempat di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Haa, kalau tak tahu kat mana tempat ni, cari je Masjid 'Besi' Putrajaya, dan Floria ini berada dekat-dekat situ sahaja.

Seperti tahun-tahun lepas, Floria memang menjanjikan pameran yang menarik dan terdapat pelbagai karya landskap yang dipertontonkan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual produk-produk landskap yang tidak dilepaskan oleh mak cik-mak cik untuk mendapatkannya.

Tak boleh cerita je, korang tengok gambar, kasi gambar cerita kat korang. Pada mulanya, aku menangkap gambar menggunakan kamera digital kesanyangan aku, Kodak M530. Uhuhu;










Tiba-tiba, keluar status mengong kat kamera kesayangan aku 'Memory Full'. Apa ke halnya baru amik sikit dah penuh kan ? Rupanya aku yang lupa masukkan Memory Card dalam kamera digital aku ni. Jadi, kena la amik guna kamera pinjam;


Cantik tau, rugi tak tengok satu-satu. Mula-mula jalan kat luar sampai berpeluh basah




Kemudian, dah jumpa bilik air-cond duk tangkap gambar lama-lama dalam tuh

 Er, jangan tanya aku kenapa ada kaki palsu kat situ. Bukan sengaja tetapi memang prop di situ.





Lepas makan malam dan solat, datang balik untuk usha Pertandingan Bot Berhias. Tapi malangnya, semua bot dah terlepas, jadi tak dapat laa usha dekat-dekat.



Tapi masih ada harapan untuk tengok benda best iaitu Persembahan Bunga Api. Terima kasih kepada Cik Wani, kerana memberi tips untuk mengambil gambar bunga api ini. Jadi saksikanlah semua gambar bunga api yang berjaya aku ambil (termasuk yang gagal dan tak lawa);






Aku rasa paling jadi, yang ini. Betul-betul last shot daripada bunga api.

Kesimpulannya, Pesta FLORIA 2011 memang best. Jalan-jalan tengok bunga dan landskap. Tarikh masih panjang, nanti korang pergi laa jenguk-jenguk kat sana. Tak rugi woo.

Gambar Putrajaya Floria 2011 Edisi 2

P/S: Gambar selebihnya akan diupload selepas mendapat kebenaran jurufoto;
P/S 2: Penat tunggu gambar ni upload.
P/S 3: Saya bukan jurufoto professional.
P/S 4: Saya suka bunga !!!!

Makan nasi panjang

Salam

Hari Sabtu, budget plan macam-macam tapi tak jadi, sebab clash dengan aktiviti family. Jadi, yang bestnya dapat makan best. Haa, nak tau makan apa ? Makan nasi panjang !!!!!



Ni laa dia, nasi arab dalam dulang besau. Dalam menu makan 4 orang, tapi family aku semua 5 orang pun tercungap-cungap nak abeskan. Terima kasih kepada my perut kerana dapat masukkan baki-baki nasi. Kui3. Buncit laa aku balik lepas ni. Ni kali kedua aku makan kat sini. Uhuh

Alamak lupa nak tangkap gambar nasi panjang tuh. Lenkali k.

Lepas tuh, terus siap balik kampung. Haa, dulu aku ada ceritakan pasal jalan nak pergi kat Kuala Pilah ni dulu berlingkau, macam ulau. Tapi sekarang tidak lagi. Sekarang sudah seteret saja. Tapi hari tuh lalu, dah naik satu papan tanda besau. Cuba klik kat gambar bawah tuh

Terpambpanglah 'Anda sedang menyeberangi jambatan kedua tertinggi di Malaysia'
48 M tinggi. Pergh.

Terharu aku


P/S: Clearkan gambar dalam handphone yang bersemak. Jumpa gambar ni;

 Experiment distillation column. Ni baru scale lab, kalo industri ye, tinggi macam KLCC.
Wuu, kasut aku yang hilang dicuri itu, masih berkilat putih dalam gambar. Wuuu

Makan ikan bakar kat Umbai lagi

Salam

Disebabkan cuti sekolah, family mesti rancang nak cuti-cuti Malaysia punya. Minggu lepas pergi PD, kali ini pergi Melaka. Tapi tak lama, sehari saja. Disebabkan hujung minggu banyak jemputan kahwin (al-maklum laa cuti kan, maka musim cuti laa juga), maka trips kali ini diadakan pada hari Jumaat.

Ayah aku pulak stat busy minggu ni, banyak meeting sana sini, maka kena laa buat trips short macam ni. Pagi sampai petang jalan-jalan kat Jusco Bandaraya Melaka (baru bukak woo, cantik lagi woo). Rehat time solat Jumaat saje.

Lepas tuh, serang makan ikan bakar lagi. Sebelum ni, dah banyak post yang aku cerita pergi makan ikan bakar kan ? ada yang itu dan ada yang ini. Tapi kali ini, kami pergi tempat lain plak, atas saranan mak cik aku.

Kalau korang google maps 'Umbai Melaka', ni laa list yang akan keluar. Jadi korang fokus kat huruf E tuh.


Haa, kalau tengok kat peta ni, kat bulat pink tuh adalah tempat ikan bakar yang kitorg makan selalu tuh (itu dan ini) Tapi kali ni, kami pergi kat tempat yang bertanda E tuh.



 Dan tetapi lagi, kami bukan makan kat tempat E tuh, tempat yang korang patut pergi tuh dekat dengan tempat E. Lepas korang parking, bayar seringgit. Korang akan nampak gerai-gerai bernombor 1 hingga 6. Dan kalau korang terus lagi, ada bangunan khas tempat makan Laksamana Ikan Bakar.

Tempat yang korang pergi adalah, kat gerai No. 5.


Memang superb. Makan nasi lemak dengan ikan bakar. Memang sedap.

Selamat jalan MGA

Salam

Pada saat ini, Miss Green Apple sedang berada di dalam KLIA untuk chek-in untuk terbang ke India. Selamat jalan dear. Jaga diri baik-baik.





P/S: Sori dah lama tak update. Banyak sangat aktiviti sampai tak berupdate. (Banyak sangat keh?). Nanti nak hupdate semua !!

Tukar tayar di hari demam

Salam

Semalam petanda sakit-sakit kerongkong, bangun pagi tadi terus tak larat nak bangun. Demam ler, susah ler nak bergerak. Maka, pagi rehat sampai ke petang, sambil main design-design. Ada client baru laa katakan. Tiba-tiba dalam kul 4.30 ptg adik aku yang perempuan tuh  call, bagitahu tayar kereta proton saga, yang aku bawa pergi kampus, pancit.

Maka, aku gagahkan jua bersama adik yang laki sorang lagi ke Seremban 2, untuk pergi tukar tayar.

 


Tengah tukar-tukar tayar tuh, teringat kat sesi prank birthday dulu. Maka terindulaa sekejap dengan mereka semua. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang ada kat rumah, ada yang nak pergi MASUM, ada yang tengah wat Master, ada yang baru je balik dari On job training, ada yang keje part time sales assistant, ada yang tengah ada kat Shah Alam interview, ada yang baru balik dari Oil and Gas Asia 2011.

Untuk korang semua, all the best untuk korang. Buat habis baik. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi k.


P/S 1 : Makan banyak gila. 2 pinggan nasi tomato untuk makan tengah hari. Makan petang 1 pinggan lagi. Malam satu pinggan lagi. N kejap lagi, rasa cam nak masak megi. Lapau =(

P/S 2: Adik aku beli pakej tiket 6 tiket wayang dengan harga RM 50. Kiranya korang bayar RM 50 dapat 6 kupon, then guna kupon ni untuk beli tiket wayang. Kalau 3D, tambah RM 5. Kira murah laa kan ? Macam beli 5, free 1. Dan sah sampai bulan Ogos. Aku pun baru tahu ni, cari kat laman web takde pon. Beli kat TGV Cinema n nama pakej ni, Movieholics

Haa, mula laa beralasan

Salam

Haa, aku mula laa dah beralasan. Tak update blog. Haha. Bukan malas, cuma tak terbuka. Hmm maybe untuk tafsiran orang lain, kira malas laa tuh. Heheh. Tak kisah laa kan, lain orang, lain laa tafsirannya. Yang pastinya, tak berapa nak menyempat. Asik buat benda lain je.

So, sebenarnya duk menunggu Cik Rasyiqah, meyiapkan edit gambar beliau, untuk lawatan kami sekawan ke Ikea di Damansara. Tapi tunggu punya tunggu, sebiji dua je yang ada, dan Cik Rasyiqah pun sudah berangkat ke Vietnam untuk lawatan sambil belajar beliau dengan pelajar Master UTM falkutinya. Marilah doakan beliau selamat pulang kembali ke Malaysia, Ahad ni.

Hujung minggu, minggu lepas, bercuti di Port Dickson. Huhu. Bapak aku ada ada program kat satu hotel ni, jadi kami satu family follow sekali laa, boleh laa mandi swimming pool and mandi laut. Uhuh. Tapi masing-masing dah besau, dah jadi tak best sangat plak nak mandi-mandi. Jadinya, mandi ala kadar je laa. Yang seronoknya, dapat tenangkan fikiran dengan permandangan yang cantik.

Lama dah tak singgah kat Port Dickson ni. Sampai kedai favourite makan tengahari mak aku pun dah tak wujud dah. Nak wat cam nekan, setiap tempat akan berubah juga. Jadi kepada sesiapa yang nak pergi Port Dickson, rancang laa baik-baik k. Sekarang ni musim cuti. Orang ramai dan jalan jem. Serius punya jem.

 Ada pelabuhan kecil kat belakang hotel ni. Agaknya macam sapa2 yang nak check in guna kapal, leh laa park kat sini


 Korang leh bayar untuk makan di atas kapal ni. Mesti mahal duh. Tengok jela orang makan kat dalam tuh.


Private beach untuk hotel-hotel sekitar ni.


 Hotel atap minangkabau tuh


 Kat depan hotel. Ni adik aku kaco nak masuk dalam gambar. Haa, nak sangat, hambik..


Best main air.