Showing posts with label Kawan-Kawan. Show all posts

Happy Eid Mubarak | Kad raya yang aku dapat !!

Salam

Hari tuh aku ada bagitahu pasal nak share kad raya yang aku dapat daripada kawan-kawan dah blogger. Tabik kat mereka ini sebab masih menghidupkan tradisi menghantar kad raya ni. Hee, di samping itu aku nak ajak korang pergi melawat blogger yang hantar kad raya ni. 

Ni kad raya pertama yang aku dapat daripada Zuneta
Hee dapat yang first pulak tuh.
Aku dah buat post untuk kad raya ni
Boleh baca kat -> Dapat kad raya 


Yang ini kad raya yang datang dari Anis Melon.
Thank you Anis !!


Haha, yang ini aku puas mencari nama pengirim
Rupa-rupanya dia tulis jawi.
Ingatkan corak =P
Kawan sama belajar, En. Raja 


Haa, yang ini datang dari Alif Haris 
Sangat segan ok, sebab dia siap dah reserve satu kad raya untuk aku
Jadi moh laa ke blog dia


 Hee, yang ini pon daripada kawan belajar masa kat U
Cik Ain


Terima kasih korang kerana bagi kad raya !! 
Happy Eid Mubarak

P/S: Aku perasan ramai blogger post banyak-banyak hari ni. Pelik aku, macam semangat tuh dikembalikan dengan serentak plak. Yang aku plak, mood blogging takde lagi sebenarnya ni. Ni pun sesi panaskan badan lagi ni.. Malasnya ...!!! Opss.. 


Pengalaman berpuasa di sekolah berasrama

Salam

Cayunk you all. Sorry ye tak update, balas kunjungan tak habis lagi. Harap-harap laa takde yang tertinggal. Okeh, dah dua malam berturut-turut benda ni bermain dalam kepala. Jadi aku nak share pengalaman berpuasa masa kat sekolah asrama aku dulu. Mungkin ada yang sama, mungkin ada yang beza dengan korang-korang yang pernah duk asrama.


Bersahur
Nak bangun sahur memang susah dan aku tidak terkecuali. Nasib baik aku ada kawan-kawan prihatin yang sanggup kejut satu dorm dan bergerak bersama-sama ke Dewan Makan (DM). Dan makanan DM jangan cerita memang kurang menyelerakan, tapi itu saja pilihan yang ada. Memang terpaksa ngap-ngap juga. 

Kalau aku tak nak bangun sahur macam rugi juga, sebab kena bangun awal juga untuk mandi dan solat Subuh di surau (baik beb). Kalau tak turun, boleh kena sebat atau jalan itik keliling court basket ball 10 kali. Habis jalan itik tuh, korang rasa celah kelengkang tuh longgar dan rasa cam nak cabut je (effek kelonggaran tuh tahan selama seminggu. Hahaha)



Bazaar Ramadhan
Nasib baik sekolah aku ni baik. Tiap-tiap hari ada bas pergi bazaar ramadhan, bergilir-gilir mengikut kelas. Tapi masa aku form 4 terpaksa dihentikan sementara sebab ada wabak demam. Dr yang cek plak kata berpunca daripada air-air yang kitorang beli daripada bazaar tuh, tak cukup masak katanya.

Punya dasat wabak demam ni, bilik sakit tak mampu menampung pelajar sakit dan buat pertama dalam sejarah sekolah, trip ke klinik lepas waktu tarawikh adalah sebanyak 2 trip bas. Amacam ? ramai tak ? Dah macam lawatan sambil belajar dah =))



Buka puasa
Buka puasa kitorang memang lain sikit. SIkit je, tak banyak pun. Pukul 7 malam, semua mesti berkumpul di surau untuk tadarus. Dan bila seminit dua nak buka puasa je, akan diagihkan kurma-kurma untuk juadah berbuka puasa. Jadi bila azan, masing-masing ngap kurma dulu dan lepas solat Maghrib baru boleh pergi DM.

Cerita pasal kurma sat: Masa kecik-kecik dulu aku tak makan kurma. Haa, inilah pertama kali aku makan kurma. Hahah. Tapi sekarang dah tak boleh makan. Tahun lepas makan kurma dah muntah-muntah. Tahun ni macam nak try balik, tapi tak tahu bila nak try.

Bila dah cara macam ni, memang ramai laa solat Maghrib amik port sebelah pintu. Bila bagi salam je, dah ada orang keluar pergi DM. Haha. Lapo punya pasal sampai doa pun tak menyempat. Jadi, tak heran laa masa sampai DM tuh, budak-budak tuh dah ngap pinggan yang ketiga.



Solat tarawikh
Solat tarawikh kitorang diketuai oleh pelajar sendiri (kitorang bukan sekolah agama tau). Haa, bila geng kita yang jadi imam, memang cepat ar bacanya. Boleh jadi dalam 20-30 minit je dah habis 8 rakaat tarawikh dan 3 rakaat witir. Uhuhuh. 

Tapi awal-awal pun kena laa pergi kelas untuk prep. Yang paling syoknya lepas prep pergi serang rumah warden sorang ni. Dia jual nasi lemak. Haha. Kitorang panggil 'Nasi Lemak Cikgu Kahar'. Memang hot stuff. Lepas 10 minit habis prep mesti stock nasi lemak ni habis. Gila punya laris nasi lemak tuh


Haa, korang ada pengalaman buka puasa pelik-pelik tak ?


Pesanan Penaja;
Ganjaran pahala ibadat sunat pada bulan Ramadhan adalah setara dengan ganjaran pahala ibadat fardhu (wajib) pada bulan biasa. Dan ganjaran ibadat fardhu pula digandakan sebanyak 70 kali ganda.

Wow, megasale ni. Mari sama-sama kita rebutkan !!!


GA:Anis..Nak Kupon Ayamas Boleh??

Salam

Klik kat banner untuk join GA dapatkan kupon Ayamas


Sebelum aku nyanyuk dan terlupa dengan GA daripada Anis ni, baik aku post cepat-cepat time ingat. Orang kata, kerja jangan bertangguh. Al-kisahnya Anis ni, dia cerita kat post dia pasal salesman selalu datang kat ofis dia jual barang walaupun dah ada signboard, salesman dilarang masuk. 

Jadi bila dah salesman masuk, diorang ni terjah setiap orang dalam ofis tuh jual barang dan bila sampai kat Anis ni, dia takleh nak kata apa, dan dia amik beg duit bayar. Dan salah satunya benda yang dibeli (tak ingat plak dia beli apa) dapat kupon Ayamas ni. 

Aku memahami perasaan Anis yang tak boleh kata NO ni. Untuk sesetengah individu perkataan NO itu tersangatlah berat, tapi nak tak nak, Cik Anis ni kena belajar juga kata NO kat orang yang jual-jual ni. Sesiapa yang ada tips pasal tuh, boleh kasi tau sama Anis ni, kalau tak habis gaji dia duk membeli barangan salesman tuh je.

Pendapat aku, persatuan salesman Malaysia ada private group telah sebar-sebarkan yang Anis ni akan beli barang. Sebab tuh walaupun ada signboard dilarang masuk, salesman tetap gigih masuk ke ofis cari Anis.

Jadi last sekali kena buat slogan;


Anis..saya iPai nak kupon nie sebab bila nak dekat puasa ni saya sentiasa lapar. Walaupun saya kurus dan baca basmallah ketika sebelum makan, saya tetap akan lapar semula dengan cepat. Diharap kupon itu dapat diberikan kepada saya supaya saya boleh membeli stock ayamas yang banyak. Pada waktu sahur bulan puasa nanti, boleh saya ratah Ayamas banyak-banyak. Sila kasihanilah saya.


Kawan-kawan jemput join ye. Klik kat banner

Broga Hill, Semenyih 23 Julai 2011 (Warning: post banyak gambar)

Salam

Hee, tengah penat lagi ni. Dah lama tak jogging, terus nak panjat bukit tinggi-tinggi. Ini merupakan trip ke Broga Hill yang kedua bagi aku. Trip pertama aku adalah pada bulan April yang lepas. Bagi aku, pada hari tersebut tak ramai orang. Kalau tak mesti berduyun-duyun datang macam orang jalan-jalan kat shopping complex. Huhuhu.
Jom usha gambar laa.


 Gambar daripada puncak 1. Puncak 2, puncak 3 dan puncak ke-4



Aku tak kenal diorang ni, saja je snap

 2/3 geng yang sedang mendaki. 1/3 geng ada kat belakang




Tengah usha puncak yang ke-3 daripada puncak yang ke-2. Menyusun strategi barang kali.
Dan aku tak kenal model dalam gambar ni.



 Gelongsor paling merbahaya di Broga Hill



 Pakcik dan anak-anaknya di atas batu puncak ke-3. Aku tak kenal model-model ni




 Pendakian ke puncak ke-4. Jem macam kat jalan raya.



Bukti ? Puncak no.4



 Di atas batu puncak no.4. Sedang usha puncak no 3, 2 dan 1.



Menikmati rasa angin yang sejuk



 "Haa tuh dia geng yang 1/3 tuh"




 Lokasi gambar gambar pra-perkahwinan Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina




Sumber: Zonartis. Sama tak ?
Dengar cerita diorang dah dapat baby baru. Tahniah buat mereka ^_^



Pengomel ngetop ipai-ans.blogspot.com #4

Salam

  Sambungan daripada Pengomel ngetop ipai-ans.blogspot.com #3



#16 najihah sahami

http://najihahsahami.blogspot.com/

Kat blog, najihah sahami ni dipanggil Mish Lollypurp, pendeknya 'Mish' la. Hee, dia ni baru je kenal. Baru sangat kot. Jadi masih samar-samar dia ni mana satu. Hehe. Seingat aku, dia ni pun dah habis belajar dan akan konvo bulan 12 ni. (Mish, kalau salah bagitahu ye). Tapi aku tak pasti dia amik course apa. Hehe. Atau pun aku yang tak ingat sebenarnya. Nanti korang kena tengok adik dia, yang orang sangkakan anak dia. Ada video siap.



#17 mye
Ketupat Rendang
http://edentotapcool.blogspot.com/

mye ni tak kenal sangat juga. Tapi rasanya dia ni antara loyal silent reader yang kadang-kadang komen. Paling terbaru yang aku tahu, dia ni tinggal kat Seremban juga. Baru je tahu kat post nasi panjang #2. Apa kata korang terjah post dia tentang Kisah Sebiji Epal




#18 Putra87

Putra ni kawan kat USM juga. Dia ni merupakan segala taiko donwload di USM. Aku tak banyak tahu pasal era download yang dia ada, tapi yang aku tahu banyak jasa dia ni kat budak Engineering USM dengan sumber download dia. Ada pernah sekali tuh, dia pernah buat radio internet kampus kejuruteraan. Sampaikan boleh request lagu lagi. Hehe. Cara dia fikir ni memang lain daripada lain. Dan ada di antaranya kita tak teragak dengan apa yang difikirkan. Haa, baru-baru ni dia dapat handphone baru.



#19 nabilah_2908

Nabilah ni baru kenal. Tak sempat nak korek-korek rahsia dia. Dia ada dedahkan yang dia ni duduk kat area Melaka. Follower ramai gila, dia kira otai juga ni. Takleh salah cakap, nanti kena serang sudeh. Tapi aku suka post terbaru dia yang bertajuk; Bersetubuh itu apa?




#20 salwaismail


Salwa ni antara blogger otai macam Nabilah sebab follower dah sampai ribuan. Mantap. Bayangkan saja, baru 18 tahun dah power dalam blogging kan, nanti memang bertambah mantap r blog dia. Hee, dia ni pun baru kenal juga, dan tak dapat beramah mesra lagi. Tinggal kat Butterworth, Penang. Hari tuh, dia ada offer sesiapa yang nak edit blog, dia boleh buatkan. Kiranya macam dia ni CSS Queen juga ah. Korang nak join dia punya GA tak ? Boleh dapat baju Padini tau !! Kalau nak klik sini.


 Habis