Rambut sama hitam, lemak lain-lain
Salam
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger sekelian. Di harap Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Pada bulan ramadhan ini saya mungkin jarang nak online, kalau online pun mungkin membalas kunjungan kawan-kawan blogger. Jadi jarang post entri macam selalu. Untuk itu, saya juga me-repost entri yang saya sendiri suka membacanya, Rambut Sama Hitam, lemak lain-lain. Selamat beribadat kepada semua. Akan merindui kamu semua.
Huish, apa cita pasal lemak-lemak ni. Sensitif tuh. Dah laa baru habis belajar. Duduk lepak-lepak kat rumah dan buat aktiviti membesarkan perut je. Mana tak bertambah lemak tu ?

Stop !! Tak mahu dengar cerita pasal lemak lagi ok.
Bakat ?
Bagi aku, aku definasikan bakat ini sebagai satu keupayaan seseorang untuk membuat sesuatu. Contohnya, mamat A menulis cerpen, dan mamat B pun menulis cerpen. Tetapi apa yang membezakan keduanya adalah, mamat A menulis cerpen sehinggakan membuat orang menangis membacanya, berbanding mamat B. Maka Mamat A dikatakan ada bakat menulis cerpen.

Mamat A kuat tipu kot, sebab tuh cerita dia bes
Bakat juga diertikan sebagai kelebihan, dan kelebihan ini selalunya digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga kebaikan bersama. Ada di antara kita, menjadikan bakat itu sebagai sumber pendapatan. Kalau korang dalam keadaan ni, korang antara yang bertuah. Kenapa aku kata bertuah ? Korang dapat bekerja dalam keadaan kemampuan maksima korang dengan bakat yang ada itu.
Manakala, ada yang menggunakannya hanya sebagai hobi dan pengisian masa lapang sahaja atau dipanggil aktiviti sambilan. Orang yang macam ni pulak tidak semestinya tidak bertuah macam aku bagitahu kat atas tadi. Dari sudut positifnya, korang yang seperti ini lebih verstail sebab korang pakar dalam dua benda. Satu dalam kerjaya, yang tidak melibatkan bakat terhebat korang dan satu lagi dalam hobi korang, dengan bakat yang korang ada itu.

Bersimpang siur ayat sampai pening dah ni
Sebelum aku nak cerita lagi pasal bakat, nak ajak korang tengok video ni dulu, tak nak tengok pun takpe. Video aimanazlan90 dalam isu yang ingin bentangkan iaitu;

Kredit to
SweetPearl sebab tunjuk video ni kat aku. Suka tak ?
(mengharapkan korang sama terpegun macam aku terpegun)
Jadi dalam video ni,
aimanazlan90 mengutarakan hujah-hujah dia pasal macam mana kita nak mengelak buruk sangka terhadap orang lain. Dengan erti kata lain, macam mana nak baik sangka dengan orang. Benda pertama yang aku terpegun , adalah penggunaan English dia.

Nak sangat aku dapat cakap English macam dia.
Dan yang kedua adalah cara dia
menyusun isi-isi dia untuk disampaikan kepada orang lain, agar orang lain dapat faham dan ia akan diterima ramai. Dan pada saat aku habis tengok video ini, aku merasakan dia sebagai orang
sangat berbakat dalam bidang sebegini, iaitu membuat video dan menyampaikan apa yang dia fahami. (Aku tak pasti kalau dia ada blog atau tak)

Weh tak heran laa, aku pun boleh buat juga
Mungkin antara kita, bila tengok video ni,
kita jadi tak heran (segelintir sahaja, bukan semua) sebab kita merasakan, semua isi yang diutarakan dalam video itu pernah difikirkan oleh korang (dalam hati kata
"common sense laa weh"). Tapi kenapa bila korang taip kat blog atau membuat video ini atau bercakap mengenainya dengan kawan-kawan korang, korang rasa
tak semantap apa yang disusun macam dalam video itu. Haa nah, inilah yang dikatakan bakat itu.
Contoh lain; Korang pernah pergi blog
Terfaktab tak ? Kalau sesiapa yang belum, boleh laa pergi terjah sekarang dan bacalah pada bahagian tips-tips cinta dia. Dan di saat korang baca, dalam hati korang akan kata
"A Ah laa. Betullaa". Haa nah, itu laa dia bakat
Pensyarah Pusat Pengajian aku pernah kata;
"Tuhan mencipta tiap-tiap kita ni (manusia) dengan kebolehan yang berbeza-beza. Dan kebolehan tersebut hanya kita seorang sahaja tahu di dunia ini, lebih daripada pengetahuan orang lain. Tidak kisahlah orang itu sedar atau tidak tentang kebolehan itu"
*Aku tak sure ayat ini ayat Al-Quran atau ayat falsafah.
Kaitan dengan pekerjaan?
Sesetengah orang, belajar dalam engineering (contohnya) semasa di universiti tetapi keluar menjadi tauke besar produk kesihatan, menggunakan
bakat public speaking dia ada sebagai sumber pendapatan, contoh
Joegrimjow, rakan matrix saya yang sekarang ni dah pakai Mercedes dah. Dan ada juga sangat
berbakat dalam penulisan blog tetapi dijadikan sebagai satu aktiviti sampingan di samping mempunyai kerjaya yang tidak berkaitan dengan bakatnya. Contoh senang yang aku nampak,
Ben Ashaari,
Fatin Liyana.

Agak-agak mana sumber pendapatan Fatin Liyana lagi tinggi nanti, gaji doctor atau blog ?
Duit yang Abang Ben dapat dari blog lagi banyak dari gaji dia, betul ek ?
Terserah kepada kita, laluan kerjaya bagaimana yang kita nak pilih.
Apa yang korang rancangkan untuk kerjaya masa depan ?
Kaitan dalam menulis blog?
Dan inilah faktor yang paling besar mempengaruhi kualiti blog kita. Bukan nak kata blog yang tak UP tuh, blogger yang tak berbakat. Bakat itu dapat diasah dengan baik. Adi Putra nak power math pun, kena belajar dahulu. Dan mungkin dengan pembacaan yang banyak dan latihan yang pelbagai, kita akan dapat meningkatkan keupayaan dan bakat kita (macam aku, yang sentiasa nak improve dalam penulisan blog). Itulah yang orang kata usaha tangga kejayaan. Satu hari nanti korang dapat jumpa kelebihan/bakat korang dalam menulis blog ini dan ketika saat itu, korang akan dikategorikan sebagai unik dengan cara tersendiri.
Pesanan terakhir...
Pengalaman mematangkan seseorang, dan apabila pengalaman itu dikongsi, pengajarannya memberi panduan kepada semua. Jangan merasakan dunia korang berakhir hanya kerana kegagalan yang korang tempuhi, kerana menurut orang hebat yang sudah berjaya;
Kejayaan besar yang dikecapi untuk mencipta lampu adalah siri 6000 kali kegagalan yang perlu ditempuhi
-Thomas Edison
Sehebat mana kita pun,
sumbernya daripada tuhan yang satu. Maka gunakanlah bakat itu sebaiknya. Bak kata Too Phat,
Bakat yang dikurnia jangan disalah guna. Setiap manusia hanya boleh berusaha dan tuhan yang menentukannya. Ada sesetengah perkara dapat diusahakan sebaiknya dan kita mendapat kejayaan, dan ada yang tidak.
Tidak semua yang diperhitungkan dapat dihitung, dan tidak semua yang dihitung dapat diperhitungkan
-Albert Einstein
Maksimakan diri kita dengan pelbagai bidang, dan dengan aset itu kita akan dapat bertahan di mana sahaja kita berada dengan hanya berbekalkan iman dan minda yang positif. Sekian
39 comments:
Post a Comment