Perihal Sistem Pengakutan Bas Awam

Salam

Post ini didraf semasa menunggu bas bergerak pada pagi Sabtu

Pukul 11 pagi - Sekarang aku berada di dalam bas menunggu masa untuk bas bergerak. Setelah resah menunggu koordinator bas, mencari bas ke Utara yang sudah lewat 30 minit, akhirnya dapat juga. Apa yang aku perasan pasal sistem bas di sini, mereka menjual tiket kemudian baru disusun kami semua ke dalam bas mengikut destinasi.

Agaknya, kalau kau berada dalam group minoriti (tiket destinasi yang korang beli, tak ramai orang beli), berdoalah yang korang dapat bas. Dapat on the way pun dah cukup bagus dah.

Aku mendegar rintihan koordinator bas itu. Dia berkata yang dia sepatutnya MC kerana kakinya bengkak, tetapi dipaksa rela juga untuk bekerja. Tak tahu samada perlu kesian atau tak,tapi inilah realiti suasana di Terminal 1 Seremban. Tidak pasti jika syarikat lain turut sama sistemnya, yang pastinya, korang beli tiket mana-mana pun, korang naik bas yang sama juga.

Lagi, dia menambah, bahawa gaji yang dia perolehi, tidak setimpal dengan apa yang dia dapat. Sampaikan, 3 rakan-rakannya berhenti semalam. Perihalnya kerana 8 orang penumpang ke Singapura tidak mendapat bas. Mereka bertiga dimarahi teruk oleh boss mereka dengan kata maki hamun melampau di khalayak ramai.

Komplen? Ya aku banyak kali mahu komplen. Bukan aku sorang sahaja ramai nak komplen. Aku pernah dua kali ditinggalkan di Kamunting, Perak walaupun tiket bas aku ke Parit Buntar. Alasan yang diberikan adalah, "Kami (pemandu bas) tidak masuk ke sana. Bukan salah kami. Orang jual tiket punya pasal"

Komplen isu lagi, bas lompat, di mana mereka (pemandu bas) ini akan berkumpul di mana-mana RnR, dan mengumpulkan penumpang mengikut destinasi yang sama. Ke Butterworth, 1 bas. Ke Kulim, 1 bas. Ke Taiping, 1 bas. Eh mana Parit Buntar? Buat-buat lupa dan tinggalkan di mana-mana station yang berhampiran.

Ya itu yang aku mahu komplen. Tapi, koordinator bas itu bercerita lagi,di KL, rakan mereka di KL mendapat habuan (gaji kot) yang lebih banyak berbanding di sini (Seremban). 

JPJ? Ada apa dengan JPJ? Koordinator bas tersebut menceritakan lagi, seorang pegawai JPJ dibelasah teruk hanya kerana menangkap seorang rakan koordinator bas/ulat tiket (tidak jelas apa kesalahannya). Dan disebabkan itu, tiada pegawai yang berani menentang mereka lagi. 

Jadi, kalau aku komplen, ada yang nak tolong settle ke?

Realiti kehidupan. Lihatlah betapa teruknya jika tak amalkan nilai murni, habis punah sopan santun. Aku pun seakan mahu turut sama marah, namun aku boleh berfikir secara waras lagi.

Realiti kehidupan. Aku perasan seseorang yang aku cam sebagai ketua vokal nasyid yang agak terkenal di area Utara dan aku sendiri pernah menyaksikan dia di Pusat Islam (USM Kampus Kejuruteraan). Kumpulan nasyid ini mempunyai peminat yang tersendiri sehinggakan mereka mempunyai album yang terbitkan sendiri. Aku perhatikan dia, dan aku tidak silap. Memang dia. personaliti yang aku lihat dia di atas pentas nasyid berbeza dengan apa yang aku lihat sekarang. 

Pukul 11.50 pagi. Akhirnya bas sudah bergerak. Terima kasih atas doa kalian untuk keselmatan aku. Aku doakan kalian juga selamat.

Zodiak Baru !!! Aku bukan Aries lagi !!

Salam

Havoc-havoc ... Aku tak tau la kalau aku dah ketinggalan zaman, tapi aku baru dapat tau pasal tarikh zodiak sudah bertukar .. Jadi aku yang asalnya aries yang hensem gitu, dah jadi

Pieces

Dan tiba-tiba tanye, pieces tuh ape ? Kuat ke ? (Konon-konon aku kipas susah mati Aries, sampai tak tau pasal zodiak yang lain).

Ok, mari kita cek korang punya zodiak baru pulak.

Capricorn 
January 20- to February 16

Aquarius 
February 16 to March 11

Pisces 
March 11 to April 18

Aries 
April 18 to May 13

Taurus 
May 13 to June 21

Gemini 
June 21 to July 20

Cancer 
July 20 to August 10

Leo 
August 10 to September 16

Virgo 
September 16 to October 30

Libra 
October 30 to November 23

Scorpio 
November 23 to November 29

Ophiuchus 
November 29 to December 17

Sagittarius 
December 17 to January 20


Ok kepada tuan-puan yang birthdaynya pada 29 November sampai 17 Dicember mesti hairankan ? Apa ke bendanya Ophiuchus ? Inilah zodiak baru ( yang ke-13) yang baru wujud, yang melambangkan seorang lelaki memegang ular. Wah macam kat Egypt purba gitu. Dan ular yang dipegang oleh lelaki itu melambangkan simbol perubatan.

Berdasarkan penjelesan Ahli astronomi, tarikan graviti bulan telah menyebabkan peralihan paksi Bumi (tak banyak, sikit je). Jadi disebabkan peralihan yang sedikit itu, korang punya zodiak tuh, naik satu zodiak. Macam aku, dulu, Aries, sekarang dah jadi Pieces.

Huhu. Agaknya apa jadi kat orang yang  pakai rantai zodiak dia. Heheh. Mesti ramai yang rasa nak campak beli baru. Yang pakai tatu ? Orait, ni laa tiba masanya nak tanggalkannya. Oh yeah. <Tatu haram di sisi Islam k>

Pandangan peribadi aku, aku bukannya percaya sangat pasal zodiak-zodiak ni. Dulu aku ada ikut juga perkembangan horoskop setiap bulan, tapi bila fikir balik semua tuh, tu semua tak boleh percaya sangat. Apa yang dia tulis bulan tuh, lebih kurang je dengan bulan lain ek. Kan lebih baik, kita hari-hari berusaha untuk buat yang terbaik. Kan lebih bagus kan ?

Jadi zodiak-zodiak untuk suka-suka je. Apa zodiak baru korang ?? heheh

The Body Shopper | Kistna

Salam

Selama ini, 
Ku mencari-cari,
Perfume yang sejati,
Buat menemani,
Kehidupan ini.

Bersyukur kini,
Padamu Ilahi,
Perfume yang dicari,
Selama ini,
Telah ku temui.

Dengan Kistna disisi,
Kehidupan ini,
Senang diharungi,
Bertambah yakini,
Berbau wangi.

Hee. Sejak second year dulu, memang nak satu perfume, tapi tak sanggup nak beli. Jadi selama pengembaraan sehingga kini, aku dapat tahu, hanya Body Shop saja yang aku boleh tahan. Tak sesak nafas aku membaunya. Maka, dengan bantuan MGA juga, pilihanku pasti, aku pilih Kistna !! uhuh

Dan sebenarnya, Nuffnang dan Advertlets kawan baik

Salam
 
Haa, agak-agak kita boleh buat lagu baru tak? Minta Kak Yuna tukar lirik sikit dan sesuaikan dengan tajuk post ni. Ok, dalam hidup kita ni, kita kena try dan cuba. Macam aku la, aku suka mengexperiment benda yang aku tak reti. Itu pun kalau aku rajin k.

Kalau sesiapa yang perasaan dan perasan dalam blog aku ini ada iklan Nuffnang dan iklan Advertlets. Siap ada yang tegur daripada blogger lain. Dia tak kata tak boleh, tapi dia macam hairan kot, kenapa aku letak dua-dua kat dalam blog aku ini.

Sebelum aku meneruskan lebih jauh, kot-kot ada blogger yang tak tau pasal Nuffnang dan Advertlets ni. 2 nama tuh adalah nama company yang menjalankan perniagaan melalui pengiklanan. Blogger-blogger seperti kita boleh mendaftar di bawah naungannya dan copy past code iklan tersebut, letakkan dalam blog kita dan kita hanya perlu pastikan, ramai baca blog kita, dan kemudian kita akan dapat duit. Pak cik Kayo !! Tapi kalau nak keluarkan duit tuh, minimum kena ada RM 50.

Jadi kepada blogger baru yang tak tahu, pergi pilih antara dua, daftar dan copy paste saja code iklan tuh dan letak kat blog korang. Walaupun korang tak nak duit tuh pun, letak saja kod tuh pada blog korang. Nanti kalau ada rezeki murah, tiba-tiba dapat banyak pula, haa, boleh bagi pak cik sikit. Pak cik pon ikot kayo.

Seperti yang aku pernah beritahu dahulu, aku dah lama berblog, bertahun dah kot, tapi aku baru tahu pasal pengiklanan ni, baru je 3 bulan lebih. Ok, apa yang aku nak sampaikan di sini adalah aku punya sample experiment untuk tempoh masa pada kala ini. Sila rujuk gambar di bawah;

 Orait. Di bawah ini adalah senarai bayaran yang aku dapat melalui Nuffnang. 
(Jangan gelakkan saya eh, still sikit lagi.. hehe)
Kalau dilihat pada tarikh bayaran pertama daripada Nuffnang adalah pada 19 Dec.




Yang ini pula adalah bayaran daripada Advertlets. Haa, amacam ? kat situ ada tarikh daftar lagi.
Maksudnya dah 2 minggu aku masuk Advertlets.


Jadi, kalau dilihat kepada kedua-dua earning ni, apa yang aku boleh simpulkan adalah;
  • Anda akan dapat lebih banyak daripada Nuffnang, kalau banyak pengunjung datang ke blog anda. Sebab, bila korang tengok pada bayaran untuk 19 Dec dan 16 Jan, aku dah boleh dapat seringgit dah. Tapi kalau tak de orang datang baca, korang takde bayaran. Sebab ? Blog korang tak dipilih untuk diletakkan iklan
  • Anda akan sentiasa dapat sedikti demi sedikit daripada Advertlets. Aku perasaan duit yang korang dapat daripada Advertlets ni, sentiasa meningkat. Sedikit demi sedikit. Bayangkan je laa. Baru 2 minggu aku dapat 50 sen. Kalau sama lama dengan Nuffnang, aku akan dapat lagi banyak daripada apa yang aku dapat daripada Nuffnang sekarang.

Tapi kan, kenapa ramai yang pilih Nuffnang ? (Daripada pandangan aku laa, aku tak tau laa kalau-kalau orang lain kata, lagi ramai pakai Advertlets);
  • Sebab, kat Nuffnang, ada comunity. Macam korang ada geng laa dalam tuh. Nuffnang sangat menjaga blogger di bawah naungannya. Siap ada tiket free pergi tengok wayang kan ? Walaupun aku tak pernah nak dapat, bila aku dengar kawan aku dapat or ada blogger cerita pasal dia dapat tiket free tuh, secara tidak langsung, korang nak jadi geng dengan Nuffnang juga. Betui tak ?
  • Keduanya, Nuffnang ada Buffered earnings. Haa, yang ini, aku nak cerita lebih pun aku tak boleh, sebab, aku pun tak pernah dapat. Tapi dikatakan kalau pengunjung ke blog anda seramai 200 ke 300 keatas, korang akan dapat. Cuba search google sikit, untuk dapatkan tips daripada mereka-mereka ya.
Haish, puji Nuffnang je lebih, Advertlets takda puji-puji ke?
  • Aku baru lagi, aku pun takda banyak pengalaman lagi dengan Advertlets. Semuanya yang aku dapat setakat ini ada pada point pasal Advertlets kat atas tuh.
  • Yang aku tau, iklan-iklan Advertlets mesti lagi comel dan smart daripada Nuffnang. Ngeh3.
  • Memberi peluang kepada blogger yang daftar kat Advertlets untuk berkongsi idea.
Berjaga-jaga.
Korang hanya boleh pilih salah satu sahaja tau. Kalau tak jadi macam ni;

Haa, membership korang akan jadi non-exclusive. Bermaksud, semua yang aku cerita pasal tiket wayang free tuh, korang takkan dapat. Dan korang punya reward pun lagi rendah daripada biasa.
Nak tau korang Exclusive atau tak, dia akan tulis kat korang 'Glitterati'. Tak payah daftar-daftar, diorang akan set automatik (dalam masa 4 hari) sama ada korang Glitterati atau tak.

Apa yang korang perlu buat sekarang;
  • Buatlah keputusan, korang nak jadi blogger macam mana. Kepada sesiapa yang nak dapatkan tips-tips nak upkan blog korang, korang boleh pergi tanya dengan En. Jay yang setakat ini, dialah yang banyak memberi nasihat dan padangan kat aku. banyak lagi dia tau daripada aku tuh.

Benda lain yang korang boleh tahu;
  • Haa, korang boleh daftar untuk iklan yang ini. Sambil-sambil tempah barang daripada diorang, korang boleh jadi ejen iklan diorang. Korang jangan risau, Heartbeat ni, bukan musuh kepada Nuffnang dan Adverlets. Maka silalah daftar segera. Dapatkan wang saku tambahan anda daripada heartbeat. Klik kat banner bawah tuh; (Korang kena daftar akaun kemudian kena daftar akaun HB Affiliate Program, baru korang boleh dapat code iklan korang - pendek cerita ada 2 peringkat daftar)
 Sini bannernya, klik laa


Haa, itu sahaja buat hari ni.

Nak improvekan blog, tapi tak tau apa benda yang aku nak improve .

Salam.

Korang, aku nak improve blog aku, tapi aku tak tau apa yang nak kene improve. Kita takkan tau kemampuan kita apabila kita tak cuba dan meminta pandangan orang lain tentang kebolehan kita. So, boleh tak, selama dua bulan lebih ni apa yang korang TAK SUKA kat blog aku ni. Boleh tak ?


Segala komen akan aku ambil dan akan aku pertimbangkan. Terima kasih atas komen anda.

Berhenti berharap

Salam

Semasa sedang lepak dan berehat di kampung, kelihatan dua orang sepupu aku, Shafinaz dan Putri sedang asyik menonton TV.

Tiba-tiba terdengar bunyi motor masuk ke pekarangan rumah. Rupanya, atuk aku yang baru balik daripada pekan membeli barangan rumah. Lantas, Shafinaz dan Putri pun bangkit dan bergerak ke arah pintu ruang tamu, memerhatikan atuk memakir motor.

Setelah semua barang-barang di dalam raga sudah dikosongkan atuk dan bersedia untuk membawa barang tersebut ke dapur, Shafinaz dan Putri pun bergerak menghampiri atuk dengan muka mengharap. Atuk memerhatikan muka mereka dan tiba-tiba atuk pun bekata;

"Allah. Atuk lupa beli aiskrim"

Mereka pun masuk semula, dan sambung menonton TV dengan muka sedikit hampa.


-Sekian-

Family Trip Day #2 - Balik Kampung

Salam

Yaa. Hari kedua. Tak banyak jalan-jalan. Banyak dalam kereta sahaja.

Bangun pagi, tangkap gambar kat luar tingkap. uhuh. 


Pergi ke Mahkota Parade. Memang luar dan dalam dah berubah. Siap ada archery lagi. Tapi Archery kat sini mahal. RM 9 kot.


Lepas tuh, bergeraklaa kami ke Tampin. Jam kat Melaka. Kebanyakan jalan one way sahaja.


Singgah kat rumah mana ntah. Ada jual Kuih Bakar. Tak pernah dengar kuih ni.


Sampai Tampin, cari Pizza Hut. Hahah. Ingatkan pergi restoren Nasi Ayam Gemas ke hape ke. Tapi takpe. Janji makan dan kenyang kan ??



Then, daripada Tampin, bergerak laa ke Kuala Pilah. Singgah jumpa Wan dan atuk.


Haa, ni sedara mara yang tengah lepak kat depan TV. Haa, nak tau kenapa aku suka budak-budak. Sebab diorang ni laa. Semuanya pangkat sepupu. Tapi kecil-kecil je mereka ni lagi. Takda sepupu yang sebaya pun.


Ni gmbar Wan aku dengan cucu-cucu aka sepupu aku. Haa, sepupu aku ramai yang lelaki, maka yang perempuan, yang banyak ni je laa. Termasuk setiap sorang wanita daripada Pak Long aku, family aku, Pak Uda. Yang lain semuanya cucu lelaki.

Sekarang, tengah ada kat rumah. Tengah pening kepala bila nak start mula buat kerja. Hahaha

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Malaysia

Salam

Aku mengambil seruan tuan punya blog untuk menyebarkan maklumat. Aku tak sangka pulak keadaannya seteruk itu. Marah betul orang Arab ni.

Anda boleh baca link sini dulu

Kemudian boleh proceed ke bacaan yang ini


Family Trip Day#1 - Melaka

Salam

Owh yes, 1 Feb ini telah membuatkan birthday adik aku belated. Tapi disebabkan ayah aku yang begitu cool, ayah aku decide nak belanja satu family pergi makan ikan bakar kat Umbai, Melaka sebagai hadiah harijadi sampingan (sebab dia dapat shopping free kat Melaka, cesh)

Dulu masa kecik-kecik memang selalu jalan juga. Bila dah besau panjang macam ni, macam kelakar plak nak jalan-jalan dengan family. Dulu nek satu kereta, dan disebabkan masing-masing dah debab, kena la naik dua kete asing. Jadi kereta wira tuh, bapak aku drive. Aku tak perlu drive, sebab ada driver, ngeh3 .. adik aku daa.

Masa belajar kat KMM dulu, ini laa tempat yang korang akan sampai bila korang naik bas daripada Londang. Melaka Sentral


 Sampai-sampai Melaka je, semua orang dah kelaparan dan kebuluran. Maka sampailah kami ke Restoren Lot 85. Yang famous kat sini adalah asam pedas ikan pari. Tapi datang sini tadi tak beli lauk tuh pun, sebab macam dah kering dah. Peak hour dah abis, maka lauk pun abes sudah.


 Setelah habis makan, bergerak ke masjid. Selalunya akan ke Masjid Negeri tetapi kali ini lain pula arahnya. Bila lalu sini, teringat juga zaman KMM dulu. Inilah tempat yang dinamakan Plaza Melaka Raya, tempat kelab bowling student KMM main bowling dulu. Huhuh.. Tak sangka tempat ni dah bankrupt abes dah. Nak tutup dah pun.


 Haa. Tempat ni menarik tau. Korang kena baca post ni dulu, klik kat sini. Ok, aku penah baca post tuh, dan aku bertanya, macam mana laa dia leh masuk kawasan construction yang merbahaya tuh. Bila jumpa tempat ni, huhu, dah tau laa, mana dia pergi ek ?


Haa, akhirnya sampai ke Masjid Selat Melaka. Cantik laa masjid ni. Dan masjid ni ala-ala masjid terapung juga


 Tersempak dengan kawan bestfriend masa kat sekolah dulu. Dia bersama teman rapatnya juga berada di sini membuat research pasal struktur bangunan. Pelajar arkitek kan. Biasa laa tuh. Kalau korang zoom kat gambar tuh, korang boleh nampak ada manusia berjubah biru. Aku agakla, dari rupa macam orang Korea datang melawat. uhuhu. Hairan sungguh mereka ni tengok masjid.

 Selepas itu, bersiap pergi berjalan-jalan di Dataran Pahlawan.


 Mahkota Parade pun dah lain sekarang. Dulu masa kecik-kecik dulu selalu datang sini. Sekarang dah lain dah


 Dan sekarang dah ada shopping mall baru kat sebelah tuh. Bersambung dengan jambatan nak ke Dataran Pahlawan. Tempat shopping baru ni nama dia Hatten. huhhu


 Setelah penat berpusing dalam shopping mall, melepak laa kami beramai-ramai di Dataran hijau Pahlawan ini. Ramai orang suka lepak kat atas ni. Cam cool je kan


 Maka sesi pengambaran pun bermula, walaupun menggunakan kamera digital. Apa yang penting teknik ya. Teknik. eheheh


 Lepas tuh, pergi ke rumah mak cik, nak ajak diorang join makan ikan bakar. Mak cik aku ni kata, ada budak USM selang beberapa rumah dia, tapi malangnya mak cik aku tak tau nama betul dia. Ada ke dia cerita kat mak cik aku pasal aku kat kampus. Maka terkantoilah aku dengan mak aku. (Nasib baik aku baik je kat kampus kan ?)


Bila semua dah siap, maka bergerak la kami dengan 3 kereta dan sampai ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai, Melaka


Haa, korang pergi second floor, kedai ni je yang ada.


 Memilih ikan dan masakan. Our favourite ikan siakap dan ikan pari


 Kami semua semeja menanti makanan. uhuh


 Yeay. Makanan pun dah sampai. Kitorang makan semua lauk ni dengan nasi lemak tau. Korang boleh pilih nasi putih atau nasi lemak. And of course, nasi lemak lagi shedap !!


 Setelah, phiranah dan jaws kekeyangan, begini la jadinya. Semua licin dan habis dimakan. Kami tempah 3 dulang nasi lemak, uhuh, habis !! Aku rasa, I can go for 1 full plate of nasi lemak beserta lauk. Tapi lauk dah habis, so tak leh tambah.


 Lepas tuhkan, tadi aku ada cerita nak pergi uptown kan ? Huhu. Takde. Tempat tuh dah ada construction. Macam nak buat mall baru lagi je. Maka kami (anak-anak muda sahaja) berjalan dan melepak di Dataran Pahlawan sekali lagi sampai mengantuk. Hee

Orait. Aku mahu tidur. Esok punya trip, esok malam pula aku update ya (Ayat mengong)

Bila dah lama tinggalkan Adobe Photoshop

Salam

Hee .. baru balik jalan-jalan Melaka. Jap lagi nak pergi uptown, maka sila tunggu aktiviti jalan-jalan uptown abis dulu ek. Sekarang nak cerita pasal aku yang dah lama tinggalkan adobe photoshop. Inilah buktinya, bila ilmu tanpa amal, tiada gunanya. Kenapa ? Sebab ia akan lupa.

Adeh. Ada request daripada pejabat Jaya untuk buatkan logo sistem baru diorang. Mula-mula nak rekemenkan tak perlu buat, tapi dah ada orang request, kenalaa buat juga kan.

Malu seh. Simple sangat. Tu pun cilok sikit daripada Google. Ngeh3

Hari Selasa cuti mid-sem

Salam

Disebabkan aku lupa nak amik installer Matlab daripada sharer USM, maka tergendalalah aku punya plan nak praktis untuk test aku nanti. Haish. Dah rugi satu malam kan.

Hari ni, ayah aku tak keja kot. Dah cuti. Maka kejap lagi akan ke Melaka untuk get ready makan ikan bakar di Umbai sempena birthday adik. huhuhu

Maka, marilah bersiap sebelum ibu marah-marah nanti. Sebelum mandi, main kamera dulu. hehehe. RIndu kat kucing ni


Amacam .. comey x ?