Saya dah tua setahun


Salam

Tanggal 23 Mac 2010, umur aku dah naik setahun ... jadi saya sekarang sudah berumur 22-belas tahun ... yeay !!! Alhamdulillah .. umurku dipanjangkan sehingga kini dan semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (doa untuk diri sendiri beb, selalu orang lupa tuh) ..

Dan, seperti tahun-tahun yang lalu, aku jangkakan sambutan yang biasa-biasa ... kawan-kawan yang rapat sahaja tahu dengan aku yang akan belanja kek kepada semua orang di Kafe Lembaran .. Pada tahun ini, tidak sempat nak aturkan sebab, 3 malam beturut-turut (22, 23 dan 24 Mac) ada meeting ... uhuhu .. kononnya fully booked laa ... Jadi skulmate, tiada kek tahun ni ye ..

Tetapi yang tidak dijangka adalah, sesuatu yang di luar jangka telah berlaku .. dan ia berlaku betul2 selepas waktu Test paper EKC 367, Plant Safety : Part Dr Tan pada pukul 4-5ptg di DK7.. Dengan tersalah kiranya kat test tu, Dr Tan siap bagi balik test paper suruh betulkan balik .. hahah ... Kira macam birthday present daripada Dr Tan juga laa .. Thanx Dr. Tan ..

Dan tiba-tiba Anuar, rumate memanggil untuk meeting persatuan kimia .. dalam hati, adui time2 gini plak nak buat ... dan tiba2 je, ada sum1 daripada pintu belakang DK7, memasuki DK7 dengan membawa kek ... AKU TERKEJUT TAK TERKATA sampai kek itu sampai di depan mata, choc cheese cake ... dan yang lagi terkejutnya, orang yang membawa kek tersebut ... jeng3 ... hahaha ... [tamat di situ - yang lepas tuh semuanya rahsia]



Serius, aku tak boleh berhenti senyum daripada waktu itu hingga nak kejang pipi-pipi ini ..

Special thanx to my Miss Green Apple, Cik Nor Salwa Bte Abd Wahab dan Cik Puteri Raifana aka Put (memandu sehingga 130KM/J ke kampus kejuruteraan dengan kancil - serius bahaya), Saudara Kharusani - special to Put, dan my beloved coursemate - Saufi, Anuar, Bob aka Farhan, Pak Abu, Syahmi, Raja, dan Wani - kepada yang particular kepada susunan, tiada isu nama anda di hujung. Thank u, thank u, thank u, thank u ... n it was the best suprise that I ever had in my life .. thank u .. thank u .. n thank u .. n special thanx tu MGA for the cake. Wah !!!!

Ya ALLAH, senangkanlah hati mereka-mereka ini dikala mereka duka, kerana hati senang itu akan mereka rujuk kepada Engkau. Amin3 ..

Hadiah ?? uhuhuh .. aku tak kisah sangat pasal hadiah2 ni ... kalo tak de takpe, kalo ada Alhamdulillah je laa ... jadi .. jeng3 ...


Jadi .. begitu laa kisah aku yang nak naik setahun .. dan yang lagi best ye, aku dapat sepupu baru dah .. jeng3 ... ibu call dan bagitahu, aku dapat sepupu baru yang tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir aku ... wah ... hehehehehe ... baby perempuan ... tahniah kepada Pak Teh sekeluarga .. tak sabar nak jumpa sepupu baru nanti ..

Ok sampai di sini saja ... terima kasih kepada semua yang terlibat dalam peristiwa di atas dan terima kasih juga kepada semua yang wishing2 .. terima kasih banyak2 .. Anda semua adalah terhebat ..

Kem budak 1st yer kimia

Salam ..

Minggu lepas, tengah busy2 dengan TEJA, aku dijemput untuk menjadi salah satu fasi untuk kem 1st yer kimia .. kem ni dah dibuat tahunan untuk menaikkan semangat dan kesedaran pelajar melayu untuk cemerlang di dalam akademik.. disebabkan busy yg terlampau, aku hanya dapat pergi hari Ahad sahaja iaitu pada hari interaksi bersama senior tertentu dengan junior ..

Kem pada kali ini dibuat di Mukahead, Taman Negara Pulau Pinang iaitu di tapak penyelidikan, Sains Biologi Bahagian Marin .. Disebabkan datang pada hari Ahad, kami yang pergi lewat ni kene la jalan kaki masuk hutan .. yang bersama aku ini adalah Faiq (sama kelas) dan Khozema (4th yer) .. senior lain dah pg sekali dengan budak-budak 1st yer, iaitu Nad (sama kelas), Azreen (2nd yer) dan Kak Ikin (4th yer) ... senior-senior yang pergi ini dipilih atas dasar pointer yang sekitar 3.5 (alhamdulillah setakat ni, kecuali Khozema 3.66)

Hmm, jadi sesi forum kami berjalan seperti biasa dan saya jangka semua budak2 1st yer tersebut mendapat input daripada senior ..

Tamat sesi tu, aku jumpa senior2 wanita untuk dapatkan feedback .. dan di sini bermulanya cerita ... menurut cerita Nad (kami turut serta untuk kem 1st yer tahun lepas) pelajar 1st yer tahun ni sangat 'lain' .. hehhe .. haa, apa yang 'lain' nya ?? yang part tuh rahsia - nak tau cerita kene dengar dari mulut aku sendiri laa ..

Selepas daripada cerita itu, aku dapat merasakan beban orang-orang dewasa yang selalu memikirkan tentang pembentukan generasi baru. Melalui pengalaman yang aku lalui itu, aku dapat lihat, betapa susahnya orang-orang dewasa ini ingin menyedarkan generasi muda tentang apa yang berlaku sekarang ini. dengan keadaan politik yang huru hara, kalau kita semua masih nak bersenang lenang, tunggu sahajalah masa susah yang akan mendatang nanti. (dah stat merepek dah, mesti korang tak paham) .. So, betul laa kot apa kata Tun Mahathir, 'Melayu Mudah Lupa' ... orang duk hentam dia macam2, tapi kalo pk balik ap yang dikatakan oleh dia memang betul sangat laa tuh .. susah2 ... so, cam na, ada cadangan yang nak menyedarkan orang melayu ???

(dah tersasul cerita lain je ni)

Yang nak cerita ye, part 'lain' tuh .. hemm . aku dah experience untuk kem tersebut dengan 3 bacth yang berbeza .. kem sendiri dan 2 kem batch junior ... dan daripada situ, aku dapat lihat, setiap tahun, orang-orang muda ni mempunyai patern yang tersendiri .. maka, tahun depan pelajar baru yang nak masuk pun mungkin akan jadi bertambah lain .. Lain dari segi pemikiran dan juga kelakukan .. dan di situ lah, modul-modul biasa yang orang buat seperti ceramah tidak memberi impak langsung malah menjadi ubat tidur semata-mata. hmm .. sapa2 yang adik kita yg masih bersekolah, guidelah mereka dengan cara belajar yang betul .. mungkin ada di antara adik-adik kita yang mengikut jejak langkah abang/akak yang banyak main tapi boleh masuk Universiti ... sekarang zaman dah semakin banyak persiangan .. anda tak rajin, anda yang akan ketinggalan ..

Bayangkan je la kat paper pun keluar pasal jurang keputusan SPM .. kalau ini berterusan, Malaysia tidak dapat melahirkan generasi yang bagus ..

Akhir sekali, kita yang peringkat dah nak masuk dewasa ni bersedia la .. anda semua ada tangungjawab kepada setiap generasi muda .. Mereka semua adalah pelapis anda .. bersedialah dengan method-method yang baru dan lebih kreatif berbanding cara konvensional (ceramah, spoon feed etc) ... moga-moga, sedikit jasa kita itu dapat memberikan impak yang besar di kemudian hari .. InsyaALLAH

Aku ada kawan yang ada iPod Touch ..

Salam ..

Saya ada kawan ..

Nama dia Bob aka Farhan ..

Sejak dia banyak duit ni ..

Dia mengidam benda ..

Dan benda yang dia idamkan adalah iPod Touch ..

Dan akhirnya impiannya tercapai untuk membeli iPod Touch ..


Dari kiri: Naim, Bob dan Saufi di Switch's Outlet. Bob muka duit terbang

Sedikit info yang saya dapat tahu selepas Bob membeli iPod Touch
- Bentuk serupa macam iPhone, cuma lebih nipis dan tak boleh call
- Yang lain2 semuanya sebijik sejibon macam iPhone.
- Saiz yang ada 8GB dan 32GB
- Harganya RM 1199 kot
- iPod Shuffle makin kecil
- iMac Air memang semart !!

So, lepas ni, kelas kami akan ada persaingan untuk saya paling lama tak kantoi pakai earphone dalam kelas ... Ranking terkini dipegang rumate saya ... uhuhuh

Tag daripada Cik Pelangi

Salam

Dah lama tak dapat tag daripada orang lain .. hehehe .. baru lepas jawab test lab, abes test terus wat menda ni .. aduiyai ...

Soalan satu: Nama-nama timangan oleh org tersayang...

1. Ipai - Kat umah, kampung, kat kampus (untuk beberapa orang yang biasa panggil)
2. Naufal - yang orang biasa panggil

3. Amad - adala orang yang panggil gitu

Soalan dua: Anda seorang yang...

1. Tak banyak bercakap dengan orang yang tidak dikenali
2.
Banyak sangat berfikir dengan menda2 yang kompleks, sampai orang lain akan kata, 'Naufal, ko ni kenapa?'

Iklan sat ... test dapat 92.25/100 .. Alhamdulillah ..

3. Selalu busy dengan menda2 lain, sehinggakan roomate saya mcm duduk bilik yang tiada roomate
4. Malas nak study sebananya
5. Suka apa lagi .. haaa, ada laa suka orang tuh.

Soalan tiga: Makanan favourite anda...

1. Untuk 2minggu lepas, setiap makan malam saya adalah, Nasi putih dan telur bistik .. bz sangat, sampai tak selera makan lauk lain

2. Makanan Cepat .. memang best !!!

3. Nasi Ayam kot

4. Roti dan pelabagai jenis roti

5. Masakan yang ibu saya masak kecuali lauk2 tertentu - Saya memilih makanan sikit

Soalan empat: Favourite colors...

Hitam, Coklat, Biru dan warna yang nampak cantik

Soalan lima: Favourite songs (currently listening to)...

Dah lama tak dengar lagu .. tak tau laa lagu apa dah ... uhuhu

Soalan enam: Sikap yg membuatkan anda stress...

1. Membuatkan saya menunggu dengan agak lama

2. Suka komplen tapi tak bagi cadangan untuk selesaikannya

3. bergurau lebih-lebihan


Soalan tujuh: 3 benda yg mesti ade dalam bag/handbag anda...

1. duit

2. pen
3. earphone


Soalan lapan: Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
er .. tak ingat kot .. maybe time tensen dengan kerja projek kampus kot .. tense n super tense ..

Saye nak tag ..

-my rumate ..


Tido ..

Salam

Nape laa saya kuat tido ... hmmm

Kalau pukul 12 tengah malam je, mesti rasa nak tido ... tak leh nak extent lama sket pon ...

Lepas Subuh pun tido balek ... haish .. kalau tak tido lepas subuh, aku dah jadi jutawan kot ..

lepas tuh, dah bangun, mandi dan pergi kelas .. datang kelas ... dengar lecture 30 minute, tido dalam kelas plak tuh ... adui ...

Nape ntah banyak tido ... haa, tapi saya tak suka tido petang ..

Maka, tido saje !!!

Lama dah tak post

Salam

Lama dah tak post blog .. banyak menda nak cite dalam blog, tapi banyak sangat sampai tak tau nak cite yang mana satu dulu ... hee, sebab masih busy tahap sederhana.. kalo tahap dewa, semua facebook, blog dan bahkan laptop pun jarang sentuh ..

Bini saya no. 3 PSPeah, dah lama tak bermanja .. agaknya dah lebih 3 bulan dah .. dia leh mintak fasakh dah kot .. ops ..

Jadi, kiranya busy sangat laa .. macam2 laa dapat pengalaman .. manis dan buruk2 pun ade .. yang bersalah gile2 pon ade ... yang sampai ke tahap memang tak boleh buat apa pun sebab saya sorang je kan .. tak de org nak tolong .. uhuhu .. so macam2 laa .. uhuh

Alamak kul satu .. msg masih bunyi .. nak layan bini no. 2, HPiah plak .. tata

Holiday ~~!!!

Salam ..

Yaaa .. hari ni hari rabu .. dah tengah2 cuti mid semester dah .. cuti yang bagi ku adalah untuk aku lepaskan segala kesempitan fikiran dan lapangkan seboleh yang mungkin kerana akan datang bersedia untuk tekanan yang mendatang ..

Bila dilihat pada post2 yang sebelum ini, mcm tak sangka je, semua ye berkenaan 'merungut' dalam keadaan tensen ... hahha .. nak wat cam ne kan ... time tuh dtg nak merapu ... uhuhuh ...

Kepada rakan2 bloggers yang lain, minta maaf laa tak membaca coretan korang .. mmg tak seberapa nyempat ... setiap hari termasuk hari minggu ade komitmen yang harus dijalankan dengan sebaiknya .. yang selalu update pasal korang ni, roomate ku saje ... die akan bgtau aku kalo korang2 ye post yg best ... so, aku akan baca laa sket ... uhuhu ..

Apa yang dah jadi pada aku skrang ek ? hahah ... kalo kat kelas, aku akan lebih senyap daripada dulu, hanya bercakap bila perlu ... tp kebanyakannya aku lebih banyak berborak dengan geng laki melayu 'pupus' dan juga bdk2 chinese yang lain ... hemm .. cam pelik je aku jd senyap .. haha .. nak wat cam ne kan ... kepala pusing pk pasal kerja ... haha
petang yang free aku still mencuba tidak ponteng jogging .. bagi aku, jogging ni je laa satu2 ye cara dalam memastikan otak aku waras dengan tensen yang melanda ..
malam pula, hahha .. jgn kate laa.. roomateku mcm rasa takde roomate dah .. hahahah

So, cuti mid sem ni, aku balik hari Jumaat .. byk kerja perlu selesai ... haish, duk kat umah ni, rasa nak rilex je .. hahaah ... lain betul momentum ye ... hahahaha... huhuh .. yang aku kira, ade juga laa 4 essemen yang kene anta bila abes cuti ni ... haahahaha .. so, "wake up man, u got work to do ... u aint got time for tomorrow and d day after dat. So u just today till noon"

uhuhuh .. itu saje .. terima kasih kepada semua yang menyokong secara langsung dan tidak langsung .. terima kasih .. jasa anda semua akan dikenang ..

Kepada Cik Epal Hijau; Cuti elok2, jgn nakal2 dan hepi holiday ~~!!!

Aku tolong pon aku yg salah ??!!


Aku nak tolong, tapi aku juga yg disalahkan .. ??

So memang salah aku laa ??

Kalo aku tegur, aku balik yang kene ??

Fine .. aku salah.. aku penyebab segalanya .. !!

Terima kasih ..

Coret-coret, taip-taip [Fokus:Silap dan Salah]

Salam

Pergh .. hari ni lab abes kul 5 ... boleh yang sesi pagi tuh, silap bahan kimia .. kak Oni yang tolong masukkan .. rupanya tong bahan kimia tuh, tak dilabel dengan baik ... fuh3 ... tak pe laa kan .. kesilapan .. semua orang wat silap ..

Tapi, kalo korang laa, ape yg korang wat? marah2 ?? ngamuk2 ?? buat perangai, malas nak buat experimen ?? tinggalkan ?? uhuhuh ... setiap orang lain2 laa kot .. maka, yang kebanyakan yang bijak pandai dan waras ni akan memilih keputusan lebih tepat kepada orang yang hanya memikirkan perasaan ..

UHUhuhu ... semalam, pertandingan Chem-E-Car dah abes ...selaku, 'penasihat' pelajar, bangga laa ngan kegigihan AJK ... uhuhu .. namun di akhir program, aku ada meninggalkan sedikit nasihat yang tidak formal kepada junior-junior 2nd yer ..

"Nanti pantau2 laa bdk 1st yer yang nak buat Chem-E-Car nanti dengan lebih baik"

Dan secara best ye, dapat jawapan yang tersangat best,

"A ah. Pantau lebih baik daripada tahun ni"
"Datang meeting pun 1st meeting dengan last meeting je" Tambah beliau lagi

Fuh ... Ayat berapi seh ... hilang terus mood ... sgt berapi .. sgt tertusuk ..

HAhahahaha ... sekarang, aku tanye korang .. apa rasa2 yang korang akan buat (tanpa mengetahui hal asal usul) ..

Tapi, kalo korang laa, ape yg korang wat? marah2 ?? ngamuk2 ?? buat perangai, malas nak buat experimen ?? tinggalkan ?? uhuhuh ... setiap orang lain2 laa kot .. maka, yang kebanyakan yang bijak pandai dan waras ni akan memilih keputusan lebih tepat kepada orang yang hanya memikirkan perasaan ..

Nak tau ape yang aku wat .. aku amek kapak, aku tetak muka die ... hehehehe .. main2 je ..

Apa yang aku wat adalah aku senyap cuba tenangkan diri .. takut marah tu terlepas ... heheh

Jadi .. salah aku ke atau salah orang lain ?? panjang cerita ye ... menda yang aku nak kupas adalah bukannya nak explen pasal sape yang salah, tetpi mengenai salah silap orang ..

Setakat ni, aku susah nak marah orang n kalo marah pon kejap je .. itu pun atas sebab-sebab tertentu .. lepas tuh trus ilang .. bagi aku laa ... buat pe laa nak marah .. dah ade masalah, masalah tuh takkan boleh selesai jika ko marah-marah orang ... bekerjasama laa untuk mencari penyelesaian .. dah macam2 orang aku jumpa .. ada je yang garang2 ni .. sampai orang len pon takut nak jumpa, aku cool jaa [berlagak laa plak mamat ni] ..

Bila orang tegur kita wat silap, kena laa kita tgk diri balik dan perbaiki diri ...

"Yes, aku salah tak pantau Chem-E-Car [dalam hati=walaupun ade je alasan yang diperjelaskan]"

Dan ini sepatut ye membuatkan kita lebih matang dan berfikir dengan baik ... biarlah kita buat baik ngan orang, dan janganlah kita lukakan hati orang ..

Bukan nak harap, balasan baik kepada diri sendiri pada masa akan datang, cuma, kalau semua bersifat macam tuh, takde de gaduh2 dalam dunia ni .. isu tarik muka laa .. kecik ati laa ...

------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah aku laa juga ... gatai pg bedal 2 jawatan MT dalam satu masa .. kan dah gila

[Tips: Apa2 pun salah diri sendiri dulu k] [padahal ada je alasan kenapa sampai 2 jawatan tuh]

dah tu jeh ..

Adakah aku membuat keputusan yang SALAH ?

Salam .

Bangun daripada tidur ... selsema kronik semalam telah hilang .. terima kasih kepada Syukri yang bertungku lumus membantu aku dari segala keadaan ...

Penat bermesyuarat di kampus Induk belum hilang lagi .. setiap kali aktiviti sepunya USM, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan akan dijemput ke kampus induk untuk bermesyuarat .. aku kira sebagai satu kelemahan bagi pengasingan 3 kampus ini yang terletak agak jauh .. kelebihan, kampus kejuruteraan lebih tenang dengan kesesakan bandar ..

Majlis Penghuni Desasiswa ... 13 Desasiswa .. 2 kampus di kampus kejuruteraan, 2 di kampus kesihatan dan selebihnya di kampus induk ..

Dah beberapa bulan dah memegang jawatan yang agak besar dalam MPD .. pelbagai usaha dilakukan untuk perubahan-perubahan yang perlu .. pelbagai cara yang difikirkan untuk meningkatkan kebersamaan dan semangat kekitaan .. namun ia bagaikan mencurahkan air ke daun keladi ..

Inilah juga masalah yang dihadapi oleh negara kita iaitu berhadapan dengan mentaliti dan pemikiran yang terlalu besar jurangnya .. dan rasa ye, aku dapat rasakan bagaimana susah hatinya seorang pemimpin dalam memikirkan untuk memajukan rakyat jelata sedangkan rakyat jelatanya sendiri tidak mahu berusaha dan hanya goyang kaki ..

Seketika, aku lemah .. patah semangat .. inilah realiti kehidupan .. bagi anda yang tidak merasainya sekarang, sabarlah, alam pekerjaan menanti anda .. aku di sini, merasakan lebih awal supaya akan datang, aku lebih kuat menghadapinya..

Manusia, kompleks .. pemikiran jurang yang besar tetapi terhad dengan kuasa Tuhan ..

Aku mahu dikembalikan ke masa aku membuat satu keputusan besar itu ... andailah kata aku katakan 'TIDAK, saya tidak mahu jawatan itu', agaknya aku tidak berada dalam keadaan sekarang ..

Adakah aku seorang sahaja yang beriya dalam hal ini dan masing-masing tidak ambil peduli mengenai hal ini .. Kalau begitu, sia-sia saja apa yang aku buat .. Mengahabiskan boreh ajo ..

Hmm .. Terima kasih kepada rakan yang memahami dan menyokong ..

Tetapi, dalam keadaan sekrang ini, aku dapat lihat,matlamat yang aku tetapkan utk MPD, utk ahli MPD, utk organisasi MPD, AKU GAGAL.. AKU TAK PATUT MENJAWAB 'YA' ..

My diary during semester holiday


Salam

Wah .. tak sempat nak update hape2 .. agak bz atau terlalu bz pon dah tak dapat bezakan .. ni dia, diary ku sepanjang sebulan

17 November 2009 - Selasa
Last paper - Process Control and Dynamic

17-18 November 2009 - Selasa & Rabu
10pm- 4 am
Mandi di Kolam air panas Baling, Kedah. Sesi mandi selama 2 jam, 12am-2am
Dua kereta - 6 orang












18 November 2009 - Rabu
6.30am
Hantar coursemate ke Bayan Lepas & Breakfast Epal Hijau

19 November 2009 - Khamis
Persidangan dengan YDP MPD USM, yang datang, wakil daripada Aman Damai, Saujana, Restu, Bakti Permai, Fajar Harapan dan Cahaya Gemilang. Bincangkan halatuju MPD 2010-2020. Daripada pagi sehingga malam.

20 November 2009 - Jumaat
Compile file halatuju dan melawat tanaman Epal Hijau serta bergerak pulang ke rumah.

23 November 2009 -Isnin
Menuju ke USM, kerana ada perkara-perkara ad-hoc tentang Baktisiswa Perdana 2009.
Risau kat ibu yang nakkan anak ye duduk di rumah semasa cuti

24 November 2009 - Selasa
Sampai di USM Kampus Induk pukul 4.45 pagi dan memandu ke Kampus Kejuruteraan, sampai pukul 5.30 pg.
Selesaikan segala masalah Baktisiswa Perdana, berkaitan jadual, pembayaran dan kepastian.

25 November 2009 - Rabu malam
Pulang ke rumah setelah segala urusan selesai

27 November 2009 - Jumaat
Raya Haji. Secara live tgk orang sembelih lembu. Excited jap. Kami sekeluarga buat korban seekor lembu.
Sanak saudara bertandang ke rumah.

28 November 2009 - Sabtu malam
Hantar Apis ke LCCT, yang pulang ke Kelantan

29 November 2009 - Ahad malam
Perjalanan pulang ke USM.

30 November 2009 - Isnin pagi
Dalam keadaan mamai, sampai di Kamunting dan ditinggalkan oleh bas atas alasan, bas tidak lalu ke kawasan Parit Buntar. Minta bantuan daripada Ain yang memegang kunci kereta kancil aku, untuk mengambil aku di stesen bas Kamunting. Perhatian, Konsortium bas yang tak guna.. hahaha
Semua peserta baktisiswa siap sampai. Meeting pkul 9 mlm di Bilik Aktiviti Pelajar. Persediaan sebelum ke Pahang.

3 Desember 2009 - Khamis petang
Semua peserta baktisiswa ke USM kampus induk untuk kursus.

6 Desember 2009 - Ahad pagi
Bertolak ke Bentong,Pahang. Sesat masa nak sampai ke asrama pelajar wanita.

7 Desember 2009 - Isnin pagi
Majlis perasmian di Bentong, Pahang.
Bertolak ke Kampung Dada Kering, Mukim Kechau, Daerah Kuala Lipis, Pahang.
Mendapat keluarga angkat yang muda. Ayah angkat dipanggil Pokcu, umur 35 tahun, emak angkat dipanggil akak, bekas jurutera awam dan sekarang seorang guru, anak 2 orang, yang sulung, 6thun berada di Temerloh (sesi tadika yang belum tamat) dan anak no.2, 4 tahun.

8 Desember 2009 - Selasa
Gotong royong bersihkan balai raya, buat tugu dan pasangkan papan tanda

9-12 Desember 2009
Macam-macam aktiviti. heehehe
Sukaneka bersama masyarakat, bbq, malam kebudayaan, gotong royong untuk kenduri.
Dapat rasa daging pelanduk dan daging landak. Yummy .. hahaha































































12 Desember 2009 - Sabtu
Bertolak pulang ke USM melalui jalan Cameron Highland. Singgah membeli barangan.

13 Desember 2009 - Ahad
Menghantar Syukri ke Pulau Pinang. Meminta tolong Soleha untuk tunjukkan jalan ke Pulau Tikus kerana menghantar telefon bimbit 5730 (yang baru berusia 2 bulan) ke Nokia Centre.
Aku, Syukri, Faiq, Soleha, Kak Syuhada - berjalan sehingga sampai ke Time Square
Petang - tonton wayang

14 Desember 2009 - Isnin
Bergerak pulang ke rumah dengan bas menghala ke KL. Mula bergerak pada pukul 2 petang, dan sampai pada pukul 7 malam. 9malam sampai di Terminal 1, Seremban, dengan bas SKKL.

14-20 Desember 2009
Tempoh berehat serehat-rehatnya dan bertenang



20 Desember 2009 - Ahad
Bertolak pulang ke USM dengan menaiki pesawat Air Asia. Terpaksa bangkit pada pukul 5.30 am, bertolak 6.15 am. Penerbangan 8.45am - 9.30am. Sarapan Epal Hijau serta wayang.






21 Desember 2009 - Isnin
Urusan mengenai Kem Kempimpinan MPDJ.
Result klua. Naik sebanyak 0.03. Alhamdulillah.

22 Desember 2009 - Selasa
Bertolak ke Sungai Sedim

23 Desember 2009 - Rabu
Rafting, tubing, flying fox dll



















































24 Desember 2009 - Khamis
Blind trail - kasut basket aku koyak
Bertolak pulang ke USM kampus Kejuruteraan
Belanja makan malam Dr SAS dan Dr MHU di Dikir Seafood

25 Desember 2009 - Jumaat
Kejutan Epal Hijau

26 Desember 2009 - Sabtu malam
Tayangan Sherlock Holmes bersama coursemate dan Dr MHU.
Beli kasut baru - kasut basket yg keempat di sini











27 Desember 2009 - Ahad
Gotong Royong bilik untuk semester baru
Menaip post ini

Fuh giles ... byk betul menda nak taip .. hahahah