Selamat hari ulangtahun bekerja !! (Tahun pertama)

October 09, 2012 iPai 12 Comments

Assalaualaikum wbt

Lama sangat tak menaip di sini. Namun pada malam ini, aku gagahkan jua ingin menaip.

Aku ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun bekerja kepada diri sendiri dan juga roomate aku 3 orang kerana sudah genap setahun bekerja di Jubail, Saudi Arabia. Secara langsung sudah menyempurnakan setahun kontrak dan tinggal setahun lagi kontrak.

Berbagai pengalaman dan ilmu telah aku dapat bersama teman. Pelbagai benda yang aku pelajari lalui sepanjang setahun di sini. Alhamdulillah. Moga selamat dapat habiskan lagi masa setahun lagi.

Di kala ini baru aku dapat rasa bagaimana perasaan insan-insan yang bekerja hari demi hari. Memang benarlah kata lecturer aku kat USM pada masa aku nak grad dulu;

"Mula-mula nak kerja tu semua pasal nak kumpul duit. Akan sampai satu tahap, duit bukan matlamatnya"

Dan ya, aku mengiyakan kenyataan ini. Pada ketika mula mencari kerja, semua orang nak cari syarikat besar, semua nak cari gaji yang besar. Nak masuk oil & gas. Nak masuk Petronas. Itu je yang aku tahu. Padahal ada banyak lagi benda yang aku boleh masuk. I have to learn by hard way. Bila dah masuk kerja, baru aku tahu betapa besarnya dunia, betapa banyaknya peluang yang ada, betapa banyaknya tempat untuk bekerja, tetapi aku tidak pernah discover.

Semuanya pasal duit. Bulan pertama gaji, beli benda yang tak dapat beli masa belajar. Paling obvious smart phone (Hee, jangan sesapa terasa plak).

Pada kala ini, duit itu bukan lagi matlamat. Kepuasan duit itu bukanlah segalanya. Di sinilah mulanya mencari kepuasan diri dalam bekerja. Ketika inilah kita boleh lihat mula menunjukkan sifat malas dan tidak proaktif seperti mula-mula kita bekerja dahulu. Bukan bermaksud disebabkan pekerjaan persekitaran yang tidak sesuai, tetapi yang memenuhi sifat diri.

Aku ? Aku kurang berminat dalam bidang yang aku berada skrang. Pada ketika aku dapat peluang kerja di sini, target aku satu sahaja, mempunyai pengalaman bekerja di dalam plant petrochemical. Satu target yang kecil, mentah. Hati meronta-ronta untuk cepat pergi ke bidang yang aku minat.

Dalam masa yang sama aku terfikir dan teringat pasal satu phrasa ni;

"Allah bagi kita sesuatu tuh sebab itulah yang terbaik buat kita. Kadang-kadang benda yang kita minta tu, tak semestinya baik untuk kita"

Adakah bidang yang aku minat itu, bidang yang tidak bagus untuk aku ? Argh celaru dan bingung. Nak lompat ke bidang itu, masih tidak berkesempatan. Dalam pada masa yang sama, momentum untuk bidang kerja sekarang makin lama makin menurun. Masalah dalam projek lagi mempercepatkan penurunan momentum.

Namun semangat yang ada ini masih lagi tinggi untuk bekerja. Di dalam kepala, kalau tidak dapat lompat ke bidang yang aku suka, atleast bidang yang aku pegang sekarang aku serap habis-habisan sampai menjadi pakar. Nanti boleh jadi pakar, tapi tak minat dalam bidang itu. Menarik. Desire vs Mentality.

 

12 comments: