Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Monday, December 24, 2012

17 December 2012

Tanggal 17 December 2012, genap setahun aku berada di Sadaf.

Perancangan sebelum ini; Mahukan pengalaman berada di plant lain. Lain plant, luas pengalaman, luas pandangan.

Namun apakan daya, client lebih demanding untuk mahukan aku berada di Sadaf.

Berserah, mungkin itu yang terbaik buat aku.

Dengan bantuan Allah dan ketentuanNya, masih dapat bekerja tanpa masalah yang besar.

Dikurniakan juga 5 orang anak buah yang sangat supportive. Mudah diuruskan dengan orang yang mahu bekerja keras.

Terbaru;
Aku diarahkan untuk mengurus dua projek/plant dalam masa yang sama. Moga Allah beri kekuatan kepada aku.

Poning kepala.

Dah macam jaga dua bini. (Ops, sori dear. Ni just nak guna term je)

Sampai kene cancelkan trip pergi umrah.

Hari ni datang keje plant A. Esok datang keje plant B.

Kalau client plant A tahu, mahu haru biru nanti.

Inilah hidup seorang contractor. Digunakan secara habis habisan.

Fuh fuh. 9 bulan lagi.....

Sunday, December 16, 2012

Program Bersamamu

Salam

Tanggal 15 Desember 2012, presiden Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ), Haji Khazin bersama dengan keluarga dan 2 orang AJK KRMJ, membuat lawatan mengejut ke rumah ketiga pekerja Saudi K-Kem. Rumah yang didiami selama 36 orang ini, sangat terkejut dengan lawatan tersebut namun menyambut tetamu terhormat itu sebaiknya.

 Haji Khazin, kanan berjubah hitam

Dalam lawatan ini, isteri Haji Khazin telah membawa sajian tengah hari untuk santapan rakan Saudi K-Kem. Sambil menjamu selera, sambil beramah mesra. Dapat makan menu asam pedas.

Dari pandangan mata mereka, terpancar sinar mata kasihan terhadap gaya kehidupan kami di sini. Maka selayaknya ia memang patut dipanggil Program Bersamamu.

Terima kasih kepada AJK yang datang. Terasa terharu dan dihargai.

Saturday, December 1, 2012

Small Gathering dengan En Abdullah

Salam

Alhamdulillah dilanjutkan umur dan dipanjangkan nikmat untuk hari ini. Mengambil sedikit masa untuk update mengenai small gathering yang di-hostkan oleh En. Abdullah Hassan.

Kebiasaannya geng-geng syarikat kami sangat segan apabila dijemput ke mana-mana gathering yang dianjurkan oleh komuniti rakyat Malaysia yang bermurah hati. Alasannya, segan hendak berkenalan dan beramah mesra bersama kumpulan besar kerana status yang berbeza. Kebanyakkan rakyat Malaysia di sini datang dengan jawatan besar dan sudah tentu gaji yang besar. Kami berasa sangat segan dan kerdil sekali.


Takdir yang ditentukan Allah tidak dapat diubah, diketemukan kami dengan 2 keluarga yang baik hati ni, keluarga En. Abdullah Hassan dan En Azwadi. Aktiviti kami lebih berkisar dengan makan (Menu: Nasi Ayam, Mee goreng dll). Selesai solat Maghrib kami berkenalan secara bergilir-gilir. Kami berpeluang mendengar cerita En Abdullah, En Azwadi dan isteri mereka dengan pengalaman cabaran kerja pertama mereka. Sesungguhnya mereka juga menghadapi cabaran yang besar semasa kerja pertama mereka. Dan Alhamdulillah rezeki mereka murah yang sampai ke tahap sekarang dapat membantu orang lain dan memberi semangat dan nasihat kepada kami.

Moga rezeki mereka murah serta terus dapat membantu orang lain yang memerlukan. InsyaALLAH aku mahu menjadi sehingga ke tahap mereka, membantu yang lain.

Tuesday, November 27, 2012

Ramadan traditions unite Muslims worldwide

Salam
Source: Yahoo Maktoob

Ramadan is possibly the one time of the year when Muslims all over the world unite. We take a look at how Ramadan is observed around the world. 

Asia - Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei

Ramadan is a time when strangers, neighbours and colleagues go that extra mile to make life easier for each other. In multicultural Malaysia, the whole country celebrates in symphony. It is not uncommon to have a Malay meal for Suhoor, an Arabic-stylesnack platter at Iftar, a Chinese dinner and late-night snacks from an Indian stall. How much more international can they get? Communities also bring cultures together at the Hari Raya (Eid) celebrations.


Similarly diverse cuisine is common during Ramadan in neighbouring countries like Singapore, Indonesia and Brunei. In vibrant Asian cities like Kuala Lumpur and Singapore, post-Iftar festivities or ‘buka puasa’ (breaking the fast in Malay) are held outdoors or at indoor stalls and food courts. 

GCC Arab Nations

In the UAE, many expatriates take advantage of the shorter Ramadan working hours, check out Iftar tents around town to complete the ‘Arabian Nights’ experience, allowing them to integrate more with local and regional Arabs. Late-night mall shopping during Ramadan, which normally lasts until midnight or 1am in GCC countries, is much appreciated for Eid preparations. In the UAE, a special Ramadan night market is also set up where residents can buy items ranging from the traditional to the modern. 

Fiji Islands

Like other expat Muslims around the world, many Muslim Fijians, who make up about 7 per cent of the population, worry about bringing up their children in countries where they do not have family members to make it extra special. But Fijians in Australia, Canada and New Zealand are able to findnew traditions to adopt from the sub-continent, Afghanistan and Lebanon. Suhoor for most Muslims is a private family affair where special treats are prepared. In Fiji, children are enticed to wake up with the promise of condensed milk with bread for Suhoor.

Muslim Minority nations – Caribbean, USA, Russia, Spain

In places of Muslim minorities, Iftar is more a community experience than an individual or family one. In Trinidad, for example, one family is nominated for each night of Ramadan to host Iftar either at their home or at the local mosque or community centre. 
This provides a time to share information and generally get together socially to strengthen the bond between friends, families and neighbours. Each household makes a different snack for Iftar and sends it around the neighbourhood so there is a variety of food for Iftar in each home.
In the USA, Iftar is more about friends and family, but Tarawih prayers bring people from all over the world to meet at mosques where they can all pray together. 

In some places in Russia, as in many Arab cities, Iftar is announced with the sound of a cannon to signal to the people that they can eat, although traditionally most people still like to look out the window to see the sun setting and wait for the call for prayer before breaking the fast. Luckily, most countries these days are able to provide an Iftar timing calendar as a guide to when the sunset is expected each day.

In Spain, Ramadan is again a community affair where food is prepared at mosques, which also happens in certain parts of Fiji. People lay out carpets near the mosque and break the fast together with friends, family and neighbours before prayers. As in Asia and many parts of the Arab world, people traditionally have bread and a refreshing soup before they either gather socially in wait for the Tarawih prayers or spend time with family and go back to the mosque for prayers.

Common Ramadan and Iftar traditions all over the world

As Ramadan is a time for giving and generosity, Muslim families all over the world prepare and send charity meals to poor areas, labour camps and old people’s homes. While the mosque is a place people generally send meals to, the poor, the needy and the aged are not forgotten during this time.

Muslims the world over settle down together after a day’s fasting for an evening of prayer, games, and meals as a family or a community unit. This, plus other Ramadan elements like Suhoor, Iftar and congregational Tarawih prayers, are followed by Muslims in most countries around the world, making Ramadan truly universal despite different cultures, traditions and cuisines. 

Sunday, November 25, 2012

Coretan sebelum berangkat

Salam

Genap 3 minggu aku berada di Malaysia dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rezeki berjumpa bersama kenalan-kenalan. Satu tempoh yang panjang namun dirasakan amat pendek. Walaupun cuti ini merupakan cuti yang tidak dirancang, namun dengan takdirnya, semua adik-beradik juga turut pulang ke rumah dan dapat berkumpul bersama di suatu tempat.


P/S:
Memohon kemaafan kepada ada rakan yang berharap untuk jumpa, tetapi tidak berkesempatan. Masa dan kudrat mencemburui kita, dan diharap takdir pada masa akan datang akan disusun untuk kita bertemu.

Memohon kemaafan juga kepada rakan yang tidak mengetahui kepulangan aku di Malaysia. Tidak sampai hati kalau tidak sempat menyusun masa untuk berjumpa.

Memohon kemaafan juga tidak menghupdate blog yang sudah bersawang ni. Bagi rakan-rakan blogger yang lain, moga anda bebaik sahaja. Maaf tidak mendapat meluangkan masa untuk mecatat pengalaman di sini dan juga membalas kunjungan rakan-rakan.

Tuesday, October 9, 2012

Selamat hari ulangtahun bekerja !! (Tahun pertama)

Assalaualaikum wbt

Lama sangat tak menaip di sini. Namun pada malam ini, aku gagahkan jua ingin menaip.

Aku ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun bekerja kepada diri sendiri dan juga roomate aku 3 orang kerana sudah genap setahun bekerja di Jubail, Saudi Arabia. Secara langsung sudah menyempurnakan setahun kontrak dan tinggal setahun lagi kontrak.

Berbagai pengalaman dan ilmu telah aku dapat bersama teman. Pelbagai benda yang aku pelajari lalui sepanjang setahun di sini. Alhamdulillah. Moga selamat dapat habiskan lagi masa setahun lagi.

Di kala ini baru aku dapat rasa bagaimana perasaan insan-insan yang bekerja hari demi hari. Memang benarlah kata lecturer aku kat USM pada masa aku nak grad dulu;

"Mula-mula nak kerja tu semua pasal nak kumpul duit. Akan sampai satu tahap, duit bukan matlamatnya"

Dan ya, aku mengiyakan kenyataan ini. Pada ketika mula mencari kerja, semua orang nak cari syarikat besar, semua nak cari gaji yang besar. Nak masuk oil & gas. Nak masuk Petronas. Itu je yang aku tahu. Padahal ada banyak lagi benda yang aku boleh masuk. I have to learn by hard way. Bila dah masuk kerja, baru aku tahu betapa besarnya dunia, betapa banyaknya peluang yang ada, betapa banyaknya tempat untuk bekerja, tetapi aku tidak pernah discover.

Semuanya pasal duit. Bulan pertama gaji, beli benda yang tak dapat beli masa belajar. Paling obvious smart phone (Hee, jangan sesapa terasa plak).

Pada kala ini, duit itu bukan lagi matlamat. Kepuasan duit itu bukanlah segalanya. Di sinilah mulanya mencari kepuasan diri dalam bekerja. Ketika inilah kita boleh lihat mula menunjukkan sifat malas dan tidak proaktif seperti mula-mula kita bekerja dahulu. Bukan bermaksud disebabkan pekerjaan persekitaran yang tidak sesuai, tetapi yang memenuhi sifat diri.

Aku ? Aku kurang berminat dalam bidang yang aku berada skrang. Pada ketika aku dapat peluang kerja di sini, target aku satu sahaja, mempunyai pengalaman bekerja di dalam plant petrochemical. Satu target yang kecil, mentah. Hati meronta-ronta untuk cepat pergi ke bidang yang aku minat.

Dalam masa yang sama aku terfikir dan teringat pasal satu phrasa ni;

"Allah bagi kita sesuatu tuh sebab itulah yang terbaik buat kita. Kadang-kadang benda yang kita minta tu, tak semestinya baik untuk kita"

Adakah bidang yang aku minat itu, bidang yang tidak bagus untuk aku ? Argh celaru dan bingung. Nak lompat ke bidang itu, masih tidak berkesempatan. Dalam pada masa yang sama, momentum untuk bidang kerja sekarang makin lama makin menurun. Masalah dalam projek lagi mempercepatkan penurunan momentum.

Namun semangat yang ada ini masih lagi tinggi untuk bekerja. Di dalam kepala, kalau tidak dapat lompat ke bidang yang aku suka, atleast bidang yang aku pegang sekarang aku serap habis-habisan sampai menjadi pakar. Nanti boleh jadi pakar, tapi tak minat dalam bidang itu. Menarik. Desire vs Mentality.

 

Friday, August 31, 2012

Semua orang kata

Salam

Semua kata (Semua ke?):
Masa kecik-kecik, nak cepat-cepat jadi dewasa .. Bila dah dewasa, nak jadi mcm budak2 balik;


Masa belajar, nak sgt dapat kerja cepat-cepat, nak beli macam-macam .. Bila dah kerja kata nak jadi budak belajar balik, sebab tak perlu fikir pasal duit nak bayar macam-macam ..

Kenapa tidak kita tidak hargai setiap waktu itu dengan sebaiknya. 


Gembira, Sedih, Suka, Marah, Senang, susah, kenyang, lapar .. 

Mengapa perlu difikirkan benda yang tiada pada kita

Setiap yang berlaku adalah nikmat. Yang positif tu, nikmat. Yang negatif tuh, nikmat untuk mengingatkan nikmat positif kita ..


Percaya pada Qada' dan Qadar.





You will be surprise what will you obtain at the end of day. Heads up, and gayah aje laaa !!


P/S: Dua tiga menjak ni, rindu laa dengan rumah. 

Thursday, August 23, 2012

Eid Mubarak 2012 @ Jubail, KSA

Salam

Selamat hari raya aidil fitri diucapkan kepada rakan blogger, rakan taulan dan pengujung blog ini. Maaf zahir batin. Maaflah tahun ni tak nak buat kad-kad raya multimedia untuk member-member. Tak macam tahun lepas, siap dapat kad raya special daripada rakan blogger. 

Mungkin sedia maklum bagi rakan-rakan yang rapat, tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya di perantauan. Haa, nak sangat dulu berangan dapat beraya kat luar, dapat betul-betul rasa nak menitik air mata =P 

Malam Raya
Disebabkan masing-masing malas dan sibuk, malam raya baru nak terhegeh pergi cari daging untuk buat lauk raya. Dan tidak disangka, ramai orang (yang kebanyakkannya India) datang memborong daging juga. Sehingga harga daging asal 30 riyal sekilo naik sebanyak 45 riyal sekilo. Kesudahannya tidak dibeli daging tersebut.


1 Syawal

Saudi Arabia puasa terlebih dahulu daripada orang-orang di Malaysia. Namun, sambutan hari raya jatuh pada hari yang sama. Maka dengan itu, di Saudi Arabia berpuasa selama 30 hari dan di Malaysia berpuasa selama 29 hari.

Solat sunat Aidilfitri berlangsung selepas satu jam (lebih kurang) waktu solat Subuh. Solat subu masuk pada pukul 3.50 pagi dan solat sunat berlangsung pada pukul 5.30 pagi. (Jangan bayangkan 5 pagi macam Malaysia. 5 pagi waktu Summer sini macam dah pukul 7 pagi waktu Malaysia)

Di pagi hari, makan dengan juadah hari raya

Menu nasi impit (terima kasih kepada Saudara Azahari yang membeli paket instant semasa di Malaysia), kuah kacang (buatan Manaf dan Haziq) dan rendang (tak berapa nak jadi)


 Rakan rumah sebelah dan rakan yang datang dari rumah kompleks office.
Rumah ni menyajikan menu special, rendang sate (Kredit kepada Saleh sebagai tukang chef ye)
Ada beberapa orang tiada, kerana beraya di Mekah


Habis je makan-makan, masing-masing duduk depan laptop/smartphone/telefon masing-masing call family di Malaysia. Tak pasti ada yang nak nanges ke tak ? Aku ? Tak nangis ok! Aku kan orang kuat =P


 2 Syawal

Disebabkan aktiviti raya di sini adalah terhad (tak macam Malaysia boleh pergi wayang atau window shopping), kami tekad pergi ke Hasa National Park.

Perjalanan yang jauh dan memenatkan

Apa yang ada di sana ?

Meh baca petanda oren ni;
The Al Gara Mountain & Cave is considered to be one of the most important tourist and natural landmarks in Al-Hasa. It consists of sedimentary rocks. Layers can be seen with the naked eye. It is also famous for its caves known as Judas Cave. It has become one of the most famous nature sites in Arabian Gulf region. The caves of the mountain are known to be cool in the summer and warm in the winter.


Disebabkan papan tanda yang tidak begitu baik, dan sesat beberapa kali, akhirnya kami sampai di Hasa National Park, pada waktu Maghrib 6.50 ptg. Laluan masuk utama ke dalam gua sudah ditutup, dan kami hanya dibenarkan berada di sekitar luar bukit dan kawasan memanjat.
 Member dengan bentuk kepala unta


 Kawasan celah bukit


 No komen


Hari ini, hari raya keempat dan merupakan hari terakhir bercuti raya. Esok akan bermula hari-hari mencabar sebagai seorang pencari rezeki di bumi Arab.

Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir Batin

Wednesday, August 15, 2012

Pertama kali bayar zakat fitrah sendiri

Salam

Hee, ada member2 seU dah bayar zakat fitrah first time tahun lepas. Uhuuh. Kita masuk kerja lambat sikit. Tahun ni baru start first time. Alhamdulillah.

(Motif ber'kita' ?)



Friday, August 10, 2012

Iftar di Malaysian Kitchen Al-Khobar, KSA 2012

Salam

Lama sangat menyepi daripada blog ini. Maaf ye rakan-rakan blogger yang datang menjenguk blog usang ini. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kauorang sekelian.

Semalam dapat merasa makanan Malaysia di Malaysian Kitchen di Al-Khobar. Dan ia sangat tidak mengecewakan dimana makanan-makanan yang dihidangkan memang menghampiri rasanya dengan makanan yang biasa dimakan di Malaysia.

1 pax = 69 riyal
Menu:
Nasi tomato
Ayam gulai
Daging kmbing
Chicken wing 
Laksa
Mee goreng







Thursday, July 19, 2012

Selamat menyambut Ramadhan, dan selamat berpuasa

Salam

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, dan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada yang mengenali.


Dengar ceritanya, Malaysia stat puasa hari Sabtu ye ?

Kami di sini mula solat terawikh malam ni. Uhuh


Fuh, berpuasa 15 jam

Friday, July 13, 2012

Air laban sedap kalau

Salam

Hari ni nak share satu minuman favourite aku kat sini. Tak favourite mana pun, kadang2 je minum. Bila rasa ngidam datang bulan, minum benda ni r. 

Laban ni adalah yogurt, dan banyak yang dijual adalah yogurt kosong. Maksudnya, takde perisa macam yang kita minum air yogurt yang dijual kat Malaysia tuh (Strawberi, Mango dll). Bagi penggemar yogurt, mesti penah rasa yogurt kosong. Yogurt kosong ni, rasa dia kelat. Takde rasa. Huhu. Tapi bagus untuk penghadaman perut. Minum, lepas 5 jam, konfirm sakit perut hokeh. Maka, kalau nak cuci perut, silakan.

Minuman ni takde nama, sebab buat sendiri. Caranya seperti berikut;

Beli satu air gas apa2 perisa. Disarankan perisa yang masam2.

 Yang kiri tuh air lemon 7 Up (SAR 1.50 je) dan yang kanan tuh Fresh Laban (SAR 1)



Tuang sikit air laban, kat dalam cawan. Sikit je.
Cawan pinjam (SAR 0)


 Lepas tuh tambah air 7 Up tuh sesedap rasa.
Agak2 kalau nak rasa laban lebih, letak air 7 Up sikit je.
Kalau nak manis lebih, letak air 7 Up tuh lebih sikit

Dah siap !!

Pergh, budget macam susah gila nak buat, padahal campur je. Hehehe. Selamat mencuba.

Tuesday, July 10, 2012

Afraid of uncertainties

Salam

You will be afraid
with things that scare you

But it will be more scary
That something that you don't know
scare shit out of you

Something like
Uncertainties

You don't know,
things that you should know

If you know,
things that you should know
that you don't know,
You will just find it

But
uncertainties
things that you cannot predict

What you actually have to do
when the uncertainties happen ?

Thursday, July 5, 2012

Banyak laluan kerja

Salam

Mode: Gedik

From: IEM

Weeewwwitttttt. Dapat surat. Boleh letak tittle Engr. kat depan nama sendiri. Maka dengan ini, nama saya;

Engr. iPai

Wakakaka !!


Mode: Gedik dah habis, sekarang serius plak

Sudah masuk 7-8 bulan bekerja,
Sedikit sebanyak
mematangkan diri sendiri
mematangkan fikiran

Dan kini aku sedar
laluan kerja perlu 
dirancang sebaik mungkin
laluan kerja sepatutnya
dirancang sebaik mungkin

Dulu 
main redah
main amik
janji dapat kerja

Tidak salahkan orang lain
Tetapi
tiada yang dapat tunjukkan
Tunjuk yang sebetulnya
'Bagaimana?'

Sekarang
aku rasa
tak minat 
dengan bidang yang aku berada sekarang
stagnant

Walaubagaimanapun
aku tetap bersyukur
dengan pengalaman
yang aku dapat

Melihat sendiri
mengetahui sendiri
bagaimana laluan untuk kemari
bagaimana nak cari peluang kemari

Kerana pengalaman ini 
buatkan aku matang
seperti sekarang

Sekurang-kurangnya
aku dapat wancanakan
Plan A 
Plan B 
Plan C - Master with unbound scholarships in Europe
Plan D - Stay in the same company/field.

Setiap plan
dengan stepnya
beserta back-up setiapnya

Yang lain berserah
Perancangan ALLAH adalah sebaiknya


P/S: Pendapat penulis mungkin berubah pada lain masa.

Monday, July 2, 2012

Berapa kali korang bercakap dalam sehari

Salam



Bila rutin seharian makin sama,
korang akan perasan,
kekerapan untuk setiap benda korang buat,
Contoh bercakap.

Aku rasa aku kurang bercakap ...
sekarang ..... ?

Tapi penah orang kata,
aku memang tak banyak cakap.

Ada juga kata,
Aku kuat cakap.

Bagus laa tak banyak cakap.
Tapi aku tak rasa normal plak.

Ke aku sekarang menaip post,
Yang menunjukkan masalah mental.

Dalam seharian
Perempuan akan cakap 7 ribu perkataan
Lelaki akan cakap 3 ribu perkataan

Jap aku kira
Hari ni macam ratus-ratus je

Thursday, June 28, 2012

Waktu kerja bulan Ramadhan

Salam

Waktu Ramadhan sampai nanti. Waktu kerja pun berubah. Kalau kat Malaysia, kerja je macam biasa ek.


Day Shift from 05:00 am to 11:00 am.
Afternoon Shift from 11:00 am to 05:00 pm.
Night Shift from 05:00 pm to 05:00 am.

Lain plant, lain juga timing dia. Ikut juga cara bekerja. kalau kerja yang kena berjemur, memang amik awal pagi.

Bagus juga, boleh banyakkan rehat/tidur beribadat sunat.

Tuesday, June 26, 2012

Tips nak simpan duit

Salam

Aku ni bukan jenis orang yang menabung dari kecil. Jadi duit aku banyak ye habis, sampai laa aku menyesal sebab kehabisan duit selamat tamat belajar degree. Duit yang dikumpul sepatutnya boleh digunakan pada saat-saat memerlukan telah habis. Kini, aku bekerja dan menyedari kesilapan lama, berusaha menyimpan sebaik mungkin dengan strategi yang bagus.

Cubalah kalau boleh follow;

Tips 1: Buat excel file

Bila korang ada matlamat nak menyimpan, ia akan lebih cantik kalau korang ada plan untuk duit bulanan korang. Buat excel file untuk setiap sen yang dibelanjakan dan untuk bahagian yang disimpan. Kalau rasa excel file tu terlalu over obsessed, atleast korang ada pembahagian kemana duit itu pergi.


Tips 2: Jangan pergi shopping time frust/sedih

Senang punya cita, emosi boleh menganggu matlamat kita. Korang akan cenderung untuk berbelanja dan mengetepikan matlamat korang. Jadi elakkan pergi shopping complex time mood tak stabil. Dan berfikirlah dua tiga kali semasa hendakkan berbelanja. Tanyakan kepada diri sendiri keperluan atau kehendak.


Tips 3: Sibukkan dengan aktiviti/hobi yang positif dan menarik

Bila korang disibukkan dengan aktiviti dan hobi yang positif, menarik serta tidak melibatkan duit, dengan secara tidak langsung tidak dapat menganggu kewangan korang. Macam aku sekarang ni, hobi time weekend sukalah sangat pergi tepi pantai rasa angin pantai. Kalau rajin sikit, mandi-manda laut di pagi hari. 


Tips 4: Simpan sedikit dan istiqamah

Inilah amalan yang biasanya susah nak buat, tapi inilah asas kepada penabungan yang berjaya. Semua yang berjaya menabung banyak akan menyebut tips ni. So korang suka tak suka, ini benda basic yang korang kena pupuk dalam diri.


Tips 5: Asingkan duit nak berfoya-foya

Kesinambungan dari tips no.1, korang seharusnya mengasingkan duit nak pergi berfoya-foya. Contohnya macam aku yang gila sangat-sangat nak tengok wayang, tiap-tiap bulan ada budget RM50 sahaja (padahal kat Arab Saudi ni mana ada wayang daa). Kalau movie banyak, leh guna RM50 je, kalau movie kurang, leh foward RM50 ni ke bulan depan. 


Tips 6: Dapatkan khidmat nasihat

Errr, jangan mintak khidmat nasihat aku plak, aku ni semula jadi boros. Dapatkan nasihat dari kawan-kawan yang berjaya kumpul banyak. Berkawanlah dengan mereka-mereka ni. Bila kawan dengan mereka yang berjimat ni, kita pun jimat sama ye tak ?

Tak pun search je tips nak simpan duit, macam korang jumpa post ni. Dah tambahkan teknik yang baru. 


Some people learn by others experience and advice, and some people learn it by hard. I learn it by hard in which I'm broke and cannot do anything. So start you strategy and make it work, before its too late. Better  you spend well and you happy with it than you spend but you don't know where it goes.


Saturday, June 23, 2012

It will possible

Salam

I e-mail this one super experienced in engineering, asking about career path for one specific field in petrochemical, and he replied;

If you think it is possible, then it will be possible. All you need is a clear vision and choose the path that you wish to take, then plan your action accordingly with considerations of opportunities, your interest/passion.
I'm feel pump up with such positive comment from him. Hopefully we do our best and after that lets ALLAH decide the best for us. ALLAH's plan is the best



Tuesday, June 19, 2012

Self-esteem or self-confidence ?

Salam



Self-esteem or self-confidence.
Are there the same thing or not ?

Self-esteem - Self-esteem reflects a person’s overall evaluation or appraisal of his or her own worth.
Self-confidence - Self-confidence is a measure of your beliefs about your own judgment, skills and abilities. This includes the level of future performance you expect from yourself.

Reference: http://advancedlifeskills.com/blog/self-esteem-or-self-confidence-are-they-the-same/

-T-

Dulu, ada seorang rakan berkongsi;
"Aku tak yakin nak mintak company besar2, macam 'Company Besar' "
"Rasa tak layak"

Aku jawab;
"Takpe, minta je. Cuba habis baik"



Baru-baru ini, ada seorang rakan berkongsi;
"Si L dah nak jadi manager kat 'Company Yang Lagi Besar' dah"

Aku jawab;
"Wah bagusnya dia"
"Segan r nak mintak kat  'Company Yang Lagi Besar'  tuh"
"Kita tahu tahap kita kat mana"


Bila dibandingkan, 'aku' dalam keadaan pertama tidak sama dengan 'aku' keadaan kedua.
Malah 'aku' kedua SAMA dengan 'rakan' dalam situasi pertama.

Tiba-tiba aku rasa macam cakap tak serupa bikin.
Senang suruh orang lain mintak,
Tapi bila diri sendiri menghadap situasi yang sama,
jadi pengecut.

Mengapa yaa? Musykil. 


Friday, June 15, 2012

Aku nak jadi pembaca tegar

Salam


Aku nak jadi pembaca tegar

Sebab aku rasakan dengan membaca ilmuku dapat diperluaskan

Tetapi terlalu sibuk dengan tentatif lain

Sukar

Aku cuba lagi

Gagal

Aku cuba lagi

Pada suatu ketika nanti, aku akan sedar yang sudah banyak aku baca

Harus terus mencuba lagi

Tuesday, June 5, 2012

Wanita pakai polish kena halau daripada Mall

Salam

Menurut rakan rakyat Malaysia yang berpengalaman, Arab Saudi nilah yang paling terbaik dalam menjaga suasana Islamnya. Walaupun, Arab Saudi ada isu-isu berkaitan dengan perangai yang tidak menyenangkan, namun aspek agama adalah yang terbaik.

Ada kes baru-baru ni, ada 'pihak berkuasa agama' yang mengarahkan seorang wanita yang pakai polish nail, keluar daripada sebuah pasaraya kerana ia dianggap menyalahi undang-undang. Berita sini.

(Tugas pihak berkuasa agama: Melarang wanita memandu kereta, mengenakan pakaian hitam dari kepala hingga ke kaki, mengarahkan semua premis perniagaan ditutup semasa waktu solat)

Mengikut perbualan aku dengan seorang warga arab di sini, suatu ketika dahulu, wanita tidak bebas bergerak kemana-mana seperti dilihat pada hari ini.

Bagi aku, aku dapat menilai wanita di sini sudah berani menonjolkan diri mereka.

Saturday, June 2, 2012

Alhamdulillah

Salam

Rezeki kita sudah ditentukan sejak azali lagi bertebaran di seluruh dunia menunggu masa kita datang mengutipnya. Sentiasalah berdoa agar dimurahkan rezeki kita.


Next time nak datang lagi. Target bulan puasa plak

Sunday, May 20, 2012

Gaji teksi 5000 riyal

Salam

Lama aku tidak menge'post' di sini. Perkhidmatan internet saban bulan menganggu mood aku menaip update terkini di Saudi Arabia. Sehingga mood aku menegur sapa rakan di Malaysia pun turut terganggu.

Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi satu berita daripada Arab, mengenai yang tertera di tajuk post. Sini. Inisiatif daripada kerjaan Saudi membantu golongan muda (rakyat Saudi sahaja) untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka ingin menggantikan 28 000 pekerja asing yang mendominasi di sektor teksi limosin dan digantikan dengan anak muda di sini.

Bukan itu sahaja, kerjaan mereka menyediakan 5000riyal (dalam RM 4200) sebulan diberi kepada mereka yang akan sudi bekerja.

Mungkin anda akan terkejut dengan tawaran yang diberikan. Jikalau ia berlaku di negara kita, sudah ramai yang berebut berkehendakkan kerja dan gaji yang tetap sebegini.

Realitinya, rakyat sini dimanjakan dengan duit sehingga kerjaan perlu merangka sebegitu. 

Ada baik, ada buruknya.

Baik: Kerajaan membuat perancangan yang baik bagi membantu rakyat

Buruk: Terlalu dimanjakan dengan duit. Lama kelamaan, bagi betis nak peha lagi

Ini cuma peringatan untuk diri sendiri dan sekelian yang sedar tentang ini, jangan biarkan duit menguasai kita. Berusaha untuk apa yang kita mahukan, tetapi jangan sampai kita leka dengan keadaan sekeliling kita.

Wednesday, April 25, 2012

Rumah aku ada tv dah

Salam

Berkat mesyuarat rumah ari tuh, semua bersetuju nak beli decoder tv dan pasang tv kat depan rumah. Nasib baik tv dah ada (ada pak arab sorang yang baik hati bagi free, sebab dia beli tv baru).

Maka .....

Haa, nampak kecik je tv tuh kan. Agak2 berapa inci tuh ?

Aku bukan fan sangat dengan tv ni, tp bila orang rumah dah vote, kita kena laa support. Jadi cuma beli decoder dan servisnya. Pakej ni ada 1200 channel tv (memang tak tengok semua r), dengan harga 1200 riyal termasuk dengan servis pemasangan.

Dorang kata "Apa lagi, malam ni bola laa"


Monday, April 23, 2012

Beza waktu solat musim panas dan musim sejuk

Salam

Musim sejuk (Oktober - Mac)

Subuh - 5 am
Zohor - 11.40 am
Asar - 2.30 pm
Magrib - 5.15 pm
Isya - 6.30 pm


Musim panas (April - September)

Subuh - 3.30 am
Zohor - 11.50 am
Asar - 3.10 pm
Mahrib - 6.10 pm
Isya - 7.30 pm


Cabaran yang besar. Subuh yang sangat awal. Aku menggambarkan hari-hari Subuh gajah begini.



P/S: Belum lagi dikira time puasa nanti. Tempoh puasa lebih 13-14 jam. Hebat !!

Friday, April 20, 2012

Kerja VS Kareer

Salam


Dulu sebelum masuk ke alam pekerjaan, “Aku nak kerja dalam bidang Oil and Gas”.

Banyak bidang dalam oil and gas ni boleh kau masuk. Petrochemical, Subsea, Exploration, Refinery. Tu baru group yang besar, setiap yang aku sebut tuh, ada lagi pecahannya.

Kalau banyak pecahan, mesti banyak peluangnya. Logik.

Tapi adakah aku berada di salarun yang betul? Bagaimana nak cari saluran yang betul?

Apply melalui laman web ? Discover Petronas ? Shell Recruitment? Exxon Career?

Requirement pengalaman 10 tahun. Mana nak dapat ?

Takde recruit Junior Engineer in training ke?

Naik sedikit demi sedikit. Mula dengan sayrikat contractor mungkin.

Positif. Di mana-mana pun rezeki ada. Usaha mencari lebih penting

Wednesday, April 18, 2012

Dilema Melayu ke ?

Salam


Persekitaran di Ofis aku makin tegang. Bila dilihat dalam-dalam, tidak jelas isunya. Tapi ia ada. Mungkin aku tak rasa apa yang mereka rasa.

Ada saja yang tak kena. Tidak adil. Tertindas. Syarikat orang Melayu sinonim dengan pengurusan tak bagus ?

Sama pula keadaanya dengan politik di Malaysia. Pihak A dan pihak B, tak pernah nak sepakat. Jangan sampai ada pihak C datang mengaut keuntungan.

Adakah mungkin nanti apabila aku berada di atas, aku akan melakukan benda yang sama? Perkara yang sama juga berlaku dengan orang bawahan aku ? Walaupun sebagus mana sistemnya.

Mungkin orang Melayu ni tidak boleh bekerja dengan bangsa dia sendiri. Nilai-nilai yang terbaik akan keluar bila kita bekerja dengan selain Melayu. Begitu ?

Sabar penawarnya ? Kalau sabar saja, manakan dapat hasil !!
Kalau dah usaha, tapi tak sabar, takde hasil juga.
Sabar akan membawa kepada kemenangan. Sabar, lama-lama kena pijak kepala.

Dilema

Friday, April 6, 2012

Masak nasi tomato

Salam

Sekarang ni memang sangat-sangat 'ibu bekerjaya' (balik dari kerja, terus ke dapur dan masak) ye. Tiap-tiap hari fikir nak masak apa. Disebabkan partner memasak, Mr. M masuk plant 7 hari seminggu, pagi sampai malam, aku gunakan kesempatan keseorangan ini untuk mencuba masakan nasi tomato.

Dan hasilnya;
 Oh yeah. Nasi tomato hasil tangan aku. Memang 'Like a boss' r !!
(Haa, nampak cam lembik-lembik kan, masih belum kering lagi ni)


Lauk merahnya
(Nampak hitam? Tomato puri terlebih kot)

Dan hasilnya memang umpphh. Sedap ok !!! Cuma tak puas ati sebab tak sedap macam ibu masak. Aish. Sikit lagi.

P/S: Malam semalam masak nasi ayam. Tengah hari ni masak nasi tomato. Malam ni makan nasi putih dan sup ayam je. Haha. Tak larat hari-hari masak nasi kaler2 ni.


Monday, April 2, 2012

Jubail pun ada sendikit minta sedekah

Salam

Aku sendiri merasa terkejut dengan keadaan ni. Kat arab sini pun ada peminta sedekah. Dan bukannya orang yang susah, tapi dah macam sendikit, sebab kat banyak tempat ada. Macam mana nak cam depa ni ? Kebanyakkan peminta sedekah ni perempuan (bangsa yang kulit gelap) memakai jubah hitam sekitar kawasan traffic light.

Ada di antaranya siap bawa geng (anak-anak mereka) untuk join sekaki meminta sedekah. Bila lampu isyarat merah, mereka akan pergi ke setiap kereta dan mengetuk tingkap untuk meminta duit. Sampai laa lampu hijau, mereka akan kembali ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada kereta.

Pada mulanya memang aku rasa kesian juga, tapi sejak aku pernah nampak peminta sedekah tuh bawa beg tangan jenama Gucci, aku jadi tak percaya. Yelaa, Wat the heck peminta sedekah ada beg tangan yang lagi mahal dari mak aku punya. HAhaha. Member aku plak pernah nampak, depa-depan ni ada handphone Blackberry. 

So macam mana ? Ada macam sendikit tak ?

Friday, March 30, 2012

Solat Jamak Ketika Hujan

Salam

PERHATIAN: Isi dalam kandungan post ini adalah berdasarkan research Google. Untuk makluman lanjut, sila rujuk yang pakar.

Semasa mengerjakan solat zohor keadaan hujan. Kita dapat merasakan rahmat itu turun daripada langit kerana di Saudi Arabia, biasanya memang jarang hujan. Hujan biasanya berlaku ketika perubahan musim pans ke sejuk dan juga sebaliknya.Sebaik sahaja salam diberikan, semua pak arab bangun dan mengerjakan solat Asar. Itulah dia solat jamak ketika hujan

Biasa kita akan buat solat jamak, ketika kita bermusafir lebih daripada 2 marhalah. Tetapi adakah hanya itu sahaja sebab yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak?


Sumber: MyQuran

Mazhab Syafii’ tidak membenarkan melakukan jamak kecuali ketika:
• Musafir yang jauh – Lebih dua marhalah
• Hujan
• Di Arafah (haji) – Jamak taqdim Zohor dan Asar.
• Di Muzdalifah (haji) – Jamak Ta’khir Magrib dan Isyak.

Tiga mazhab (Syafi’i, Maliki dan Hanbali) membenarkan jamak dilakukan sebab hujan dengan alasan antaranya ialah:

1. Hadis dari Ibnu Abbas r.a.:
“Nabi s.a.w. pernah sembahyang Zohor bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak secara jamak dalam keadaan tanpa ketakutan dan tanpa musafir."

2. Hadis dari Yahya bin Wadih dari Musa Aqabah dari Nafi’ dari Ibnu Umar r.a.:
“Rasulullah s.a.w. pernah di Madinah menjamak antara Zohor dan Asar kerana hujan.”

3. Dalam Sunan al Athram, dari Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya:“Termasuk sunah Nabi s.a.w. apabila hari hujan dijamak antara Maghrib dan Isyak."

Sumber: MyQuran


Wednesday, March 28, 2012

Duit adalah segalanya tetapi jangan menjadi hamba kepada duit

Salam

Kita tak pernah tahu apa yang orang lain lalui. Kita mungkin nampak dia senyum dia happy, tapi dia sudah belajar manage perbelanjaan diri sendiri sejak berumur 16 tahun. Sejak umur 16 tahun itu, menggunakan duit biasiswa anak tentera untuk belanja tahunan. Apabila selesai SPM, bekerja untuk mengumpul duit untuk persediaan ke matrix. Dan di matrix, duit dua ribu yang diperolehi (dulu yang masuk matrix dapat 2k sorang, tak tau laa sekarang ada lagi atau tak), digunakan belanja selama 2 sem dan juga persediaan ke universiti pula. Besyukurnya dia dapat biasiswa JPA, tidaklah dia menyusahkan ibu bapa dia memikirkan mengenai belanja.

Dan aku pula, tiap-tiap minggu dapat RM 10 belanja masa sekolah. Outing je, habiskan dekat CC. Masuk matrix dapat 2k, simpan pada mulanya. Tapi sikit demi sikit, belanja juga. Itupun tiap-tiap bulan ayah kasi RM 30-40 sebulan. Di universiti pula, tiap-tiap sem dapat hampir 4.5k (selepas tolak yuran). Tiap-tiap bulan ayah bagi belanja RM 100. Itu pun sampai ke hari terakhir USM, satu sen pun tak boleh simpan.

Duit ni memang akan jadi masalah kepada kita kalau ia tiada. Maka, kita kenalah rancang sebaiknya dan menabung sebaiknya kerana kita tak tahu, kita mungkin memerlukan ia di saat kesusahan. Namun, janganlah sampai menjadi hamba kepada duit. 

Sunday, March 25, 2012

Selamat hari jadi kepada diriku !!

Salam

Wah, lamanya tak mengepost something di sini. Maaf ye, busy sungguh sekarang dengan kerja. Balik kerja, memasak makanan (wah macam ibu bekerjaya). Lepas makan, terus ada masa sekejap nak rilex, dan seterusnya bergantung kepada keadaan. Kadang kala, mengaji Code American Petroleum Institute. Kadang-kadang buat kerja-kerja office sikit.Sampai tak sempat nak wish birthday untuk diri sendiri kan. Uhuhuh. 

Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI yang ke-17 =P kepada diri aku. Semoga panjang umur, diberkati umur, dapat pergi mengerjakan umrah banyak kali selagi ada kesempatan di sini, dapat pergi haji (kalau dah dapat iqama nanti), dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan seterusnya dapat berbakti kepada ibu bapa. Amin AMin, Amin.

Dalam tengah jiwang-jiwang ni kan, teringat member-member satu kos. Depa penah buat prank nak kenakan masa time besday aku. Haish Tersenyum sendirian teringatkan mereka semua. AKu doakan kalian semua berada dalam keadaan yang sebaiknya, dan dipermudahkan segala urusan korang. Kalau yang mana halangan yang menimpa, bersabarlah, kelak kesabaran itu akan dibalas dengan sesuatu yang lebih. Dan ketika sesuatu yang lebih baik itu datang, janganlah kita lupa diri, kelak ia ditarik semula. 

Terima kasih kepada semua yang meng'wish' birthday aku. Aku sangat terharu. Yang tak wish, atau terlupa wish, aku tak kisah. Janji aku segar diingatan korang. (Budget ayat retis laa plak. Pasan plak mamat ni)

The End

Thursday, March 15, 2012

Selepas seminggu kembali ke Jubail, Saudi Arabia

Salam

Haa, jauh tak Al-Jubayl tu dengan Mecca. 18 jam perjalanan bas je

Ya aku sudah kebali bertugas di Saudi Arabia. Mungkin agak serabut apabila mula sampai di sini. Tetapi semangat harus diperkuatkan juga. Rindu pada keluarga harus dibendung sebaik mungkin agak tidak mengganggu fokus. (Cewah, ayat tak nak mengaku anak manja).


Tengok, Malaysia punya sistem juga stylo. Automatik lagi.
(Sebab itu juga ada orang kata imigresen kat Malaysia tak ketat)


Hee, macam biasa benda pertama yang tak best adalah mengharungi tempoh menunggu yang sangat lama di imigresen Saudi Arabia. Kalau kali pertama dahulu aku menungg 8 jam untul lepas daripada pihak imigresen, kali ini 4 jam (Half !! but still tulang belakang boleh cramp kalau berdiri 4 jam stret tanpa dibenarkan duduk).


Ok, ni gambar kontroversi. Saudi takde winter cam ni k

Aku sangkakan suhu sudah berubah ke musim panas, tetapi tidak. Masih dalam musim sejuk. Rakan-rakan memberitahu aku, suhu semenjak 2minggu ini sentiasa berubah. Sekejapnya panas, dan sekejapnya memang kena pakai sweater tebal. Itu menandakan fasa peralihan musim sejuk ke musim panas sudah bermula. Dan tidak lama lagi, tata kepada selimut tebal dan sweater, dan say hello to our beloved air-cond.


Kerja pulak makin serabut. Aku terpaksa tinggalkan projek yang aku handle selama 2 minggu. Dan saat aku tinggal itu, merupakan saat-saat yang agak penting di mana isu-isu dalam kerja kami diketengahkan untuk diselesaikan. Dan kini, aku bertungkus lumus membuat kerja 2 projek dalam satu masa. Mencuri masa sendiri pada waktu malam dan tidak claim OT.

Untuk exam certification API 570, aku tarik diri. Persediaan aku sangat kurang dan perkiraan aku tidak cukup untuk membuat persediaan hingga bulan Jun nanti. Walaupun berat untuk melepaskan peluang tersebut kerana memikirkan masa yang mungkin terbuang untuk menanti peluang seterusnya pada bulan Disember, namun aku harus ambil sebagai pengajaran untuk tidak leka.

Pokoknya, semangat aku sangat tinggi sekarang ni. Kononnya sebab baru je dapat melepaskan rindu dengan keluarga minggu lepas. Tetapi persoalan yang biasa orang tanya, sampai bilakah semangat ini dapat dikekalkan ? Heeee

Yang penting, aku target kerja aku dapat siapkan dengan kualiti yang baik, persediaan API dapat dilakukan dengan istiqamahnya dan target buat umrah !!

Oh ye lupa, target nak kumpul duit nak kawin juga. hahahahhaha

Tuesday, March 6, 2012

Aku di Malaysia sebenarnya

Salam

Cubaan kali ketiga memaksa diri sendiri untuk update di blog ini dan kemudian pergi melawat rakan-rakan blog. Argh, mengapa aku semalas begini.

Hai kawan-kawan, saya kini berada di Malaysia (Tiru ayat rancangan TV kanak-kanak di TV9). Yaaa, aku sudah berada di Malaysia selama seminggu lebih. Maaf aku terpaksa merahsiakan kepulangan aku kepada semua orang. Ini kerana aku pulang bukan kerana cuti, tetapi aku pulang untuk me-'renew' (memperbaharui) visa aku yang sudah tamat. Jadi disebabkan pulang ke Malaysia, bos aku yang baik hati telah membenarkan kami, tidak bertugas di cawangan syarikat Malaysia di Sungai Buloh, tetapi bertugas di rumah. Dengan itu, setiap daripada kami mempunyai bekalan kerja semasa berada 2 minggu di Malaysia. 


Balik denga Srilankan Airlines
Transit di Sri Lanka selama 2 jam.

Maka kerana itulah kepulangan aku dirahsiakan, dan hanya beberapa teman rapat sahaja yang tahu. Aku risau, karang ada yang request (minta) nak jumpa, dan aku terpaksa mengecewakan kerana kerja. (Budget Worker of the Year)

Mee mamak sedap dari Kuala Pilah
Makanan yang aku makan pada hari kedua aku sampai sini.

Bagi aku, kepulangan ini adalah sangat bermakna kepada aku. Aku dapat merehatkan minda seketika serta dapat melepaskan rindu kepada keluarga dan bakal-bakal keluarga. (Eh awat bakal tuh kata jamak plak).

Aku dapat pergi shopping banyak benda yang aku idamkan (Confession of Shopiholic, daa budget cam retis). Er dah habis nak dekat seribu kot (Membazir ye. Ok2, janji balik kerja lepas ni, tak nak shopping dah, nak simpan je. Iye laa tuh) 

Sangat seronok dapat makan makanan Malaysia yang sedap-sedap belaka. Thanx to my ibu yang memasak segala menu yang saya listkan. (Oh Emm Gee. Siap ada list tau). Saya dapat makan; Nasi Lemak, Pulut kuning dengan sambal ikan bilis, roti jala, asam pedas ikan pari masak cara biasa dan cara grill portugis (Gulp, tiba-tiba telan air liur jap), Sambal ikan, sambal ayam, sambal sotong dan udang (walaupun aku tak makan sotong dan udang tuh. Ngeh3), nasi goreng pagi-pagi yang sedap dan tidak lupa TEMPOYAK cara masak orang selatan (Oh eemmm Geee. Benda ni sedap !!!). (Bau menangkap di hidung, waa ibu kita masak lemak laa hari ni. Jangan jeles (sambil buat muka, supaya korang jeles))

Sekarang charge bateri rindu/home sick penuh-penuh. Nak bertahan kerja sampai bulan 10 nanti, baru boleh balik. Dua hari lagi aku fly balik ke Saudi. Maka kawan di sini jaga diri baik-baik ye. Ada rezeki kita jumpa ye. Sayang kowang semua (Waa retis sangat)

Thursday, February 23, 2012

Monday, February 20, 2012

Masa - Penyembuh luka

Salam

Dalam perjalanan hidup seharian, kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Kadang kala, kesilapan itu boleh menyakiti perasaan orang lain. Ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang kepada diri kita, apabila yang disakiti itu adalah teman rapat yang dekat di hati kita.

Alololo, napa adik nanges ni

Bak kata pepatah orang dahulu, terlajur kata tidak boleh diundur, the damage have been done. Pada ketika itu kita rasa menyesal tidak berkesudahan. Malu kepada diri sendiri dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Melalui pemikiran yang waras dan rasional, diri ini digagahkan jua untuk memohon kemaafan atas kesilapan itu. Dan mungkin aku terlalu memaksa agar dia akan memaafkan aku dengan segera. Agar aku sendiri pun merasa tenang dengan penerimaan maaf itu.

Namun ia tidak semudah itu. "Berikan dia masa. Kita sudah menyesali kesilapan kita, dan kita sudah meminta maaf. Dan sekarang terserah kepada dia untuk memaafkan. Akan tiba suatu masa, apabila dia bersedia, atau dalam keadaan dia tidak sedar, dia akan memaafkan secara rela hatinya"

Masa - Penyembuh luka

Thursday, February 16, 2012

Kononnya aku nak buat post panjang

Salam

Malam ni agak menghairankan bagi aku kerana baru pagi tadi aku post sesuatu, tetapi bila malam menjelma terasa pula nak menaip dan post kan sesuatu di blog. Hairan. Sungguh hairan. Mungkin aku perlu buat utarakan yang terbuku di hati ini. Jam di laptop menunjukkan pukul 2.51 AM waktu Malaysia, jam di Jubail 9.51 PM. Waktu sudah lewat di Malaysia, tapi masih ada tweet yang bergerak dan mengreply tweet aku. Korang tak mahu tido lagi ke ?

Kenapa dengan malam ni ye? Entahlah, mungkin aku kena luahkan benda yang bermain di fikiran. Selalu bercerita kat buah hati, tapi buah hati dah terbang ke Bali bercuti bersama kawan-kawan sekerja. Moga selamat pergi dan selamat pulang ye. Kasi saya curang cerita kat blog ye malam ni.


Petang tadi, aku berblogwalking. Sudah lama aku tidak berblogwalking ke blog rakan-rakan. Dapat juga baca cerita update terbaru. Dan ada juga yang tidak aktif. Terkenang juga aku pada pertengahan tahun lepas. Kerana pada waktu itulah aku kenal mereka dengan pelbagai cerita mereka. Tatkala itu, aku terasa sangat rapat dengan mereka semua. Walaupun tidak pernah bersua muka, tapi aku rasa sudah berkawan lama dengan mereka. Kini, blog masing-masing dah berubah. Moga korang sehat-sehat belaka ye.

Sambil berblogwalking aku tertarik dengan blog-blog yang dapat menambat hati aku dengan gaya penulisan yang menarik. Dalam pada masa, aku jeles dengan penyusunan isi yang bagus. Aku bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak boleh menaip dan menulis sebaik itu. Kenapa aku tidak boleh mengaplikasikan benda yang sama kepada percakapan aku. Dengan itu, aku dapat memberi impressi yang lebih baik.



Aku bersyukur mempunyai otak yang dapat berfungsi dengan kapasiti yang besar. Dalam aku sedang bekerja, aku boleh berangan dengan barangan material yang aku hendak beli dan pada masa yang sama aku dapat menyusun kewangan semasa aku. Ya, mungki ada kalanya ia seperti orang gila kerana berfikir terlalu banyak dalam satu masa. Nak buat macam mana, kapasiti otak aku besar. Tapi malangnya, aku sukar untuk menyusun kapasiti itu dengan baik,dan ia menjadi tidak teratur dan beterabur.

Pada Sabtu dan Ahad ni aku akan menghadapi satu titik bersejarah dalam hidup aku, iaitu aku akan membuat satu persembahan power point bagi membentangkan kerja oleh team yang diketuai aku sendiri (selepas sebulan bekerja dan diberi kepercayaan untuk menjadi supervisor). Aku betul-betul memerlukan fungsi otakku yang dapat menyusun data dengan baik. Ini perlu supaya aku dapat memberi kefahaman kepada client dan client pula akan berpuas hati dengan kerja kami. Dan yang lebih menarik, client yang hadir itu adalah satu-satunya pakar dalam bidang tersebut di tanah arab ni (pergh, gila hyperbolik. Tapi betul tau, dia pernah dihantar ke US untuk menghadiri kursus mengenai benda ni, dan aku plak hanya guna benda yang aku tahu selama belajar Chemical Engineering 4 tahun di USM)



Kini aku memerlukan persekitaran baru kerana aku mula berasa rimas dengan apa yang ada sekarang. Mungkin kalau bukan persekitaran baru, aku mahukan rehat sementara untuk memperbaharui semangat aku yang hilang sedikit demi sedikit. Kerja di sini masih banyak. Kerja yang aku supervise hampir tamat, cuma menunggu feedback daripada client pada presentation pada hari Ahad ni, dan kerja daripada projek pertama aku masih banyak. Aku jadi muak, aku jadi jelak.

Bila kerja banyak, masa terluang aku pun makin kurang. Aku tak boleh berehat, dan masa aku dicuri untuk dibuat overtime. Untuk kerjaya aku disini, ada certification yang digalakkan oleh company dan certification itu diiktiraf satu dunia. Ia adalah certification API 570 Piping Inspector Ceritification Program, yang berharga 3.5k riyal ~ RM3000. Dengan certification ini dan pengalaman selama 5 tahun, kita boleh menjadi freelance, di mana kerja kita akan hanya pada tempoh tertentu (sebulan kerja, kemudian cuti dan akan kerja semula bila ada permintaan)  dengan gaji 5 angka sebulan.


Aku bercadang 2jam selepas masak dan makan, aku akan gunakan 2 jam untuk membuat persediaan untuk certification itu. Tetapi kalau 2 jam itu diambil untuk kerja overtime, bilakah aku nak study. Untuk certification API 570, ada 5-7 buku yang tebalnya beratus-ratus page. Argh, bila aku nak study??!!!!



Next item, aku dapat jemputan kawin seorang kawan perempuan daripada matrix. Tak sangka dah nak kawin dah dia, dan macam biasa perlu meminta maaf kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan dia. Dan ada juga kawan yang bakal menimang anak. Terasa diri dah jadi dewasa (tapi pemikiran aku masih kebudak-budakkan). Aku pula, masih jauh perjalanan aku untuk itu. Aku mahukan kehidupan stabil baru aku mengahwini buah hati aku. Moga jodoh kami akan tiba nanti.

Argh, aku sudah menaip hampir 30% daripada kapasiti pemikiran aku. Walaupun masih banyak yang bermain di fikiran, tetapi aku sudah penat menaip. Mungkin pembaca pun dah lost track dengan isi-isi di atas. Dan korang boleh baca isi-isi yang berterabur dan tidak berususn seperti di atas. Biarkan sahaja isi-isi di atas tuh dan terima kasih yang sudi membaca. Masalah serius.

10.40 PM waktu Jubail, Saudi Arabia. Mari tidur

Wednesday, February 15, 2012

Nak pergi Iraq tak ?

Salam

Haa, saja je nak update kat sini. Semalam aku ditanya oleh orang atasan, tentang kesudian aku dan rakan-rakan lain untuk pergi ke Iraq kerana tender plant di sana. Aku jadi terkedu dan tak terkata.

Ok, mereka tanya hanya nak lihat respon kami dan tender masih dibincangkan. Cumanya aku masih teringat pada masa aku melangkah ke arah pekerjaan. Inilah perasaan yang sama aku rasakan semasa membuat keputusan dulu. 

Pada mulanya memang kita akan rasa eksited dan mula berangan nak pergi ke sana ke sini, berangan nak kerja sana-sini. Tapi bila peluang tuh betul-betul berada di depan mata, kita akan rasa teragak nak membuat keputusan. 

Apa-apa pun aku tidak berharap, kerana ia masih di peringkat perbincangan. Jika betul ada rezekinya, InsyaALLAH, sampai juga kita ke sana.

Rezeki itu ada di mana-mana, dan ia telah ditentukan untuk kita. Ia hanya menunggu masa untuk kita mengutipnya.

Ganjaran yang aku kecapi kini adalah atas nikmat doa dan kebajikan yang dilakukan pernah kupanjatkan. Moga nikmat ini membuatkanku menjadi insan yang sentiasa besyukur.

P/S:
-Sebenarnya aku rasa cam takut je nak pergi. Macam mana keadaan di sana sebenarnya ye ?
-Patut minggu depan ada trip pergi Umrah. Tapi kouta dah penuh. Belum sampai rezeki lagi ni. Kena tingkatkan azam dan banyak doa, InsyaALLAH, jemputan itu akan sampai kat kita. Er tak pun, dosa berlambak lg, tak minta keampunan. Tak layaknya nak sampai sana.

close button
ShoutMix chat widget