Haa, mula laa beralasan

May 31, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Haa, aku mula laa dah beralasan. Tak update blog. Haha. Bukan malas, cuma tak terbuka. Hmm maybe untuk tafsiran orang lain, kira malas laa tuh. Heheh. Tak kisah laa kan, lain orang, lain laa tafsirannya. Yang pastinya, tak berapa nak menyempat. Asik buat benda lain je.

So, sebenarnya duk menunggu Cik Rasyiqah, meyiapkan edit gambar beliau, untuk lawatan kami sekawan ke Ikea di Damansara. Tapi tunggu punya tunggu, sebiji dua je yang ada, dan Cik Rasyiqah pun sudah berangkat ke Vietnam untuk lawatan sambil belajar beliau dengan pelajar Master UTM falkutinya. Marilah doakan beliau selamat pulang kembali ke Malaysia, Ahad ni.

Hujung minggu, minggu lepas, bercuti di Port Dickson. Huhu. Bapak aku ada ada program kat satu hotel ni, jadi kami satu family follow sekali laa, boleh laa mandi swimming pool and mandi laut. Uhuh. Tapi masing-masing dah besau, dah jadi tak best sangat plak nak mandi-mandi. Jadinya, mandi ala kadar je laa. Yang seronoknya, dapat tenangkan fikiran dengan permandangan yang cantik.

Lama dah tak singgah kat Port Dickson ni. Sampai kedai favourite makan tengahari mak aku pun dah tak wujud dah. Nak wat cam nekan, setiap tempat akan berubah juga. Jadi kepada sesiapa yang nak pergi Port Dickson, rancang laa baik-baik k. Sekarang ni musim cuti. Orang ramai dan jalan jem. Serius punya jem.

 Ada pelabuhan kecil kat belakang hotel ni. Agaknya macam sapa2 yang nak check in guna kapal, leh laa park kat sini


 Korang leh bayar untuk makan di atas kapal ni. Mesti mahal duh. Tengok jela orang makan kat dalam tuh.


Private beach untuk hotel-hotel sekitar ni.


 Hotel atap minangkabau tuh


 Kat depan hotel. Ni adik aku kaco nak masuk dalam gambar. Haa, nak sangat, hambik..


Best main air.

5 comments:

Tak dapat makan meatball Ikea

May 24, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Hari Ahad ari tuh keluar beramai-ramai, konon-kononya macam dah banyak duit, nak beli rumah dan beli rumah, pergi Ikea. hahaha. Tak kisah laa dapat beli ke idak, janji dapat berangan kejap kan ?

Nanti aku post gambar pergi Ikea tuh ek, kawan aku ada gambar ye. Yang ni aku share pasal tak dapat makan Ikea meetball je dulu.

Uhuh. Dah laa first time pergi, lepas tuh tak dapat makan. Uhuh



5 comments:

Jom makan dengan harga murah kat McD

May 24, 2011 iPai 5 Comments

Salam

 Jom weh .. print lepas tuh, baca term n condition lepas tuh beli ... wakakaka
Kredit to: Ahmad Saufi atas link ni






Nak cerita pasal pergi Ikea. Tapi malas plak nak post. 
Alamak. Dah malas, cam ne ni ? heheh

5 comments:

Aku rasa aku tahu satu benda penting dalam diri aku

May 22, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Benda itu adalah;
Berahsia dengan masalah yang ada

 Tense .. Berat .. Tak reti nak cite ..

4 comments:

Kejadian tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat

May 22, 2011 iPai 1 Comments

Salam

Gambar oleh Aizuddin Saad, Metro

 Petang tadi kita digemparkan dengan berita tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia. Secara peribadi, aku berasa terkejut dan kasihan apabila, mangsa anak yatim ini ada yang terselamat dan ada yang meninggal dunia.

Ketika berita ini disiarkan di TV, aku masih berada di dalam kereta di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian, yang ketika itu menghantar teman pulang ke rumahnya. Semasa on d way tuh, memang aku nampak banyak pasukan penyelamat dan ambulans yang memintas kereta. Teman aku berandaian, mungkin ada rumah dinaiki banjir dan ada juga andaian pokok tumbang. Sebab menurut teman, di kawasan tersebut kalau hujan lebat, boleh banjir, dan orang-orang yang tinggal di dalam tuh sukar nak keluar dari kawasan tersebut. Dan time tuh pulak memang hujan lebat, dan sebab itu andaian seperti dua peristiwa dinyatakan di atas dibuat.

Tapi bila tiba di rumah, punya laa terkejut rupanya rumah anak yatim yang tertibus. Patutlah, banyak ambulans yang masuk dan keluar. Dan ada juga lori Majlis Perbandaran juga masuk. Ingatkan nak angkat pokok tumbang, rupanya kejadian tanah runtuh.

Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak yatim yang kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah.

1 comments:

Journey Back To Life

May 20, 2011 iPai 8 Comments

Salam





Dalam dua tiga hari ni, akan tamat laa aku baca buku ni. Buku tentang kisah hidup Lance Armstrong yang berkisar tentang dia menghidap penyakit cancer dan usaha dia untuk pulihkan kareer dia.

Buku ini dihadiahkan oleh Cik Valerie Yee, kenalan semasa aku internship kat Petronas hari tuh. Dia kata hadiah yang dia bagi ini adalah buku pembina semangat tentang kehidupan. Dan Cik Valerie Yee ni bagi, sebab aku banyak tolong dia habiskan kerja-kerja yang ada kat department tuh. Terharu plak aku.

Walaupun dah kira setahun juga buku ni dengan aku, tapi baru sekarang baru kesempatan nak baca dan habiskan. Dan kini, aku di dalam muka surat yang nak habis (padahal ada 50 muka surat lagi .. Haha).

Masa dapat buku ni, aku tak kenal pon siapa orang ni, tapi bila baca baru laa tau yang dia ni pelumba basikal. Dan setakat yang aku baca ni, perasaan yang wujud dalam mukasurat-mukasurat yang aku baca ni sangat-sangat jujur dan macam datang daripada hati dia sendiri.

Dengan masalah cancer yang dialami, dia berusaha sedaya upaya untuk melawan penyakit tersebut yang akhirnya dia berjaya singkirkan penyakit cancer tuh. Tapi apa yang buat aku terharu bila baca adalah apabila, saat dia ingin kembali semula ke kareer ye. Yang pada ketika dia jatuh sakit, semua sponsor dia, tinggalkan dia macam tuh saja.

Dan usaha untuk dia kembali itu adalah lebih dasat yang orang boleh bayangkan. Dan hinggakan dia dapat pecahkan rekod 5 kali juara Tour de France, yang dikira yang dasat dan pertandingan besar. Ketika aku membaca ye, aku berasa syukur atas nikmat kesihatan yang diberikan serta nikmat2 dan rezeki kerja yang aku dapat. Kerana, pada ketika ini, aku tiba-tiba rasa takut untuk melangkah ke alam pekerjaan.

My favourite page is within 195-200. Sebab, pada waktu itu, disebabkan penyakit cancer dia, dia jadi tidak semangat nak teruskan untuk menjadi pelumba basikal dan putus asa. Tapi pada ketika muka surat itu, dia sedar, segala kesengsaraan yang dialami semasa berlumba basikal itu, adalah kebahagiaan dirinya.

Ia ibaratkan seorang kanak-kanak yang sungguh hendak masuk ke bangunan shopping complex. Beria sungguh, gembira sungguh, berkehendak sungguh dia masuk. Kononnya seperti mahu jadi raja di shopping complex tuh. Namun di saat melangkah masuk pintu shopping complex itu, kanak-kanak tersebut jadi takut. Dengan tempat yang besar dan orang ramai yang tidak dikenalinya.

Ya, itulah keaadaan aku sekarang. Harapnya aku kuat dan boleh teruskan perjuangan ini. Boleh aku berjuang macam Lance Armstrong ni dapatkan hidup dia semula. Bagi sesiapa yang nak cari, boleh laa cari kat MPH dan popular, dah boleh dapat harga murah (maybe half price) sebab buku lama.

8 comments:

NOW OPENING KTM Komuter: SENAWANG - SUNGAI GADUT LINE

May 19, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Sebenarnyakan, sejak aku balik kat Senawang ni, banyak sangat perubahan yang berlaku kat tempat tinggal aku. Maka, aku rasa tak lama lagi, Senawang akan sesak macam Seremban, dan Seremban pula akan sesak macam KL.

Dan kesesakan itu, menyebabkan tempat-tempat baru harus dibuka supaya tidak sesak kepada satu tempat yang khusus sahaja, dan dipecahkan dan diagihka ke tempat penempatan yang berhampiran.

Punya laa bangga aku rasa, dekat-dekat rumah aku dah ada 2 stesen KTM Komuter yang dekat gila dengan rumah. Dekatnya tuh, takda laa sampai leh jalan kaki, (boleh tuh boleh, cuma bahaya sikit laa sebab nak lintas jalan, bahaya).

Sejarahnya aku dengan KTM Komuter ni, inilah transportation yang ada untuk aku pergi ke KL, Low Yatt dan Mid Valley, sebelum bertukar ke bas. Masa zaman matrik dan awal-awal first year dulu, rajin laa buat gathering, semuanya naik Komuter. Dan dulu, nak naik kena pergi kat stesen Seremban. Sekarang ? tidak lagi. Sebab dah ada Stesen Senawang dan Sungai Gadut. Wah. Wah. Bangga aku.


 Maklumat lanjut bolehlah ke laman web KTM Komuter

4 comments:

Movie Review: Kongsi (2011)

May 18, 2011 iPai 6 Comments

Salam


Lu langsi, lu mati

Beberapa hari lepas, aku tengok cerita ni. Uhuhuh, tag cerita ni lagi aku ingat, berbanding nama tajuk cerita ni, 'Lu langsi, lu mati', yang aku paham maksudnya, 'You show off, you die'.

Jadi, ceritanya berkisar, pembunuh upahan, Temulak (Sam) yang diarahkan membunuh orang-orang gangster di KL.

Aku dengar, ramai yang bagi rating rendah cerita ni, even banyak juga yang komplen pasal jalan cerita yang takde klimaks, ada isu yang tak selesai di akhir cerita dan cerita tergantung. Tapi bagi aku cerita ini memang bagus.

Haa, kenapa aku kata bagus:

Bagusnya sebab, tak pernah tengok cerita aksi komedi Malaysia sebagus ni. Aku tak tahu la, bagusnya datang dari Pengarah ataupun pelakonnya, tapi memang komedinya jadi. Korang tengok trailer dia pon dah boleh gelak-gelak kan ?

Haa, kenapa orang lain kate tak bagus (aku tak kata ek):

Macam aku bagitahu kat atas tadi, cerita ni takda klimaks, ada isu tak selesai di akhir cerita dan cerita tergantung. Takda klimaks sebab dynamic cerita ni kejap naik, kejap turun. Kejap aksi, kejap cool balik. Last-last takda klimaks. Uhuh. Maybe, klimaks yang dibuat tak terasa sebab dibandingkan dynamic yang turun naik, tidak terbanding dengan klimaks (maksudnya kita tak dapat detect klimaks tu yang mane satu).

Ada isu selesai di akhir cerita dan cerita tergantung, di sini adalah, banyak isu-isu yang tak diuraikan. Macam, sebab-sebab Temulak (Sam) kena bunuh orang-orang gangster tuh semua, kenapa dia belajar Tomoi kat Thailand.

Haa, itu semua orang kate, dan aku sarankan korang tengok cerita ni. Untuk mengelakkan perasaan tak best pasal orang lain kate tak best tuh, korang kena datang ke panggung wayang dengan hati dan minda yang kosong dan rilex. Kalau fikir macam-macam mesti tak best. Hehehe. my rating;

7/10

6 comments:

Other Inbox Application untuk Yahoo Mail dan GMail

May 17, 2011 iPai 0 Comments

Salam

Hari ni nak kongsi sikit pasal satu application yang ada kat Yahoo Mail dan GMail. Tak tahu kalau boleh guna kat platform e-mail yang lain, tapi yang pastinya dua-dua ni boleh dan aku sendiri mencuba untuk Yahoo Mail. Terima kasih kepada Cik Ain, kawan saya yang menunjukkan pasal Application ni dan saya explore sendiri untuk tujukkan di post ini.


Application Other Inbox ini adalah applikasi yang boleh dibuat di dalam e-mail anda untuk mengatasi masalah mengagihkan e-mail yang penting dengan yang kurang penting. Contoh yang selalu berlaku sekarang ini adalah, jika yang join Group kat Facebook, mesti inbox korang penuh dengan notification e-mail yang datang dari Group tu. Sampai korang tak nampak e-mail penting yang perlu korang baca.

Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, aktifkan Other Inbox.
 Kat sini korang leh tengok, bila korang activatekan Other Inbox tuh, korang hanya perlu assign folder 'OIB' untuk capture e-mail penting/xpenting korang. 
Contoh yang aku buat kat atas ni adalah OIB untuk Social Network aku. Kiranya, e-mail untuk Facebook, Friendster (Kalau ada), dan mostly group Facebook, aku assign untuk capture masuk dalam folder ni.
Korang boleh buat folder lain ikut kreativiti korang.
Contoh lain yang ada kat dalam gambar atas tuh adalah OIB Jobstreet. Haa, semua offer keja daripada Jobstreet leh cek kat dalam tuh saja. So korang takyah nak skrol banyak-banyak kat Inbox biasa korang.


Cara nak activate senang je. Cari butang Application (untuk Yahoo Mail) di bawah Tab Folder. Dan double klik je kat situ, yang dibulatkan merah itu.


 Bila dah double klik, klik activate sampai laa dapat kat screen ni.

 Macam mana kalau, Automatic Organizer takde dalam senarai pilihan application. Jangan nanges k. Ikut je seperti gambar rajah di bawah.
Kat butang application tuh ada simbol tambah. Ha, klik aja kat situ.

 Bila dah klik, akan ada senarai application yang lain, dan cuma aktifkan application tuh. Lepas dah aktifkan, follow je step yang ada kat atas tadi.
 Kat laman web Other Inbox ni akan ajar korang cam ne nak guna applicatio ni. Jadi jangan risau k. Ikut je. Senang paham. Dan mungkin anda kena bersabar sikit, sebab pada permulaanya memang tak ok. Dah lama guna baru ok. 

Sebab, application ni tak leh bertindak terus untuk mengagihkan e-mail anda automatik. Tapi korang kena bagitahu kat applikasi tuh, (contohnya) e-mail yang datang dari Facebook, sila masukkan ke dalam 'OIB Social Networking'. Haa, lepas tuh, e-mail yang masuk selepas tuh akan masuk ke OIB tersebut.
 Bila orang kat group naik gila, jadilaa penuh inbox macam ni;

Hahah. 800+ .. Kalau kat inbox biasa, dah lebam nak asingkan.
Bila dah masuk siap-siap kat dalam folder tuh, bila rasa cam dah semak sangat. Klik 'tick all' dan lepas tuh 'Delete'. Dan ia akan delete semua e-mel dalam folder tuh. Haa, kan senang hidup den macam tuh.

Oh yea, kalau ada apa-apa problem, pergi je kat teknikal support dia dan bagitahu masalah kat dia. Dia akan tolong secepat mungkin. 

Selamat mencuba

0 comments:

Kelas tusyen #4 Lepas kelas kita main game sama-sama

May 16, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Hari Sabtu hari tuh, ada beli buku untuk Ayoi. Buku latihan Sains, Geografi dan Kemahiran Hidup. Ini merupakan salah satu cara belajar ekspress di mana, study jawapan. Aku sendiri penah guna cara ni masa belajar kat sekolah dulu.

CIkgu kata, buat soalan latihan lepas tuh tanda sendiri. Untuk awalnya, jangan tulis jawapan di dalam buku tersebut, tetapi tulis jawapan di kertas lain contohnya kertas A4. Jawab dan tanda sendiri. Setiap salah yang dapat, perlu dihukum/disuruh membaca topik tersebut sampai hafal. Kemudian, jawab sekali lagi dan masih di kertas A4 yang lain pula. Proses ini berulang sehingga dapat markah 90 % betul dan ke atas.

Kemudian, apabila peperiksaan PMR akan tiba dalam tempoh sebulan, boleh laa mula membuat latihan yang sama di dalam buku tersebut sampai habis kesemuanya. Dan bandingkan markah latihan dulu dan markah latihan yang baru. Semak kelemahan dan perbaiki.

Berkesan kat aku untuk subjek Geografi aku yang selalu dapat C. Hahaha. Masa betul-betul dapat A. Alhamdulillah.

Lepas dah penat belajar, cikgu ajak laa anak murid berehatkan minda. Tapi kadang-kadang aktiviti ni juga membuatkan kelas tu tertunda dan tercancel secara tidak sengaja. Opss.

Main Patapon 3 Multiplayer. Ngeh3

5 comments:

Kelas tusyen #3 Cikgu harus mempunyai kesabaran yang tinggi

May 16, 2011 iPai 3 Comments

Salam


Hari ini dah masuk hari keempat aku ajar adik aku. Aku dah banyak tahu apa kelemahan dia. Dan ada certain menda aku agak-agak ada cara nak counter benda tuh, ada sesetengahnya tidak. Contohnya,  macam mana nak ajar Kemahiran hidup dan Geografi ? Kemahiran hidup banyaknya nak kena ada praktikal, baru laa elok kan. Aku pun, bukannya terer sangat bab bertukang ni. Kalau Geografi tuh, lagi harammm r. Form 3 dulu pun aku selalu je dapat C, tak tahu napa masa PMR leh dapat ok.

So berbalik kepada tajuk, cikgu ni memang kena ada banyak kesabaran. Ada laa juga dalam 4 hari ini, rasa geram sangat dengan adik aku. Sekali tuh, aku geram sebab dah ajar, lepas tuh dia punya tulisan kat kertas tuh, macam malas nak tulis. Lepas tuh kan, tulis meleret-leret. Ala-ala malas nak tulis. Haish. Dalam hati geram je. Nasib baik pendam je, dan tak hambur gitu je. (huhu. Kena cari berhikmah laa kononnya)

Ada sekali tuh lagi la, dah ajar tapi buat-buat tak reti. Haa, yang ni rasanya banyak cikgu pun menghadapi masalah yang sama. Dah ajar cara gitu gini, tapi tak paham juga. Tiba-tiba rasa lesu dan tak bermaya. Tak bersemangat banyaknya.

Jadi konklusinya, jadi cikgu ni kenalah banyak bersabar. Sangat-sangat banyak bersabar. Ni baru sorang. Kalau dapat satu kelas, dah pening lagi banyak. Lepas tuh, learning speed masing-masing lain plak. Kalau wat stail Universiti, konfirm tak pass budak-budak ni nanti. Mental cikgu ni memang kena kuat

Dan bagi aku, cikgu ni kena kreatif juga. Kalau satu cara ni tak dapat pahamkan budak, kena cari cara lain. Mungkin video ke, praktikal, atau pun wat demo.



Oh ye, nak tanya, cam ne nak ajar adik aku ni negative number. Selalu sangat dia wat silap laa. Aku ajar cara yang hutang dan bayar hutang, tapi tak pass. Korang ada idea tak ? Nak shikit.

Selamat Hari Guru

3 comments:

Meet Ciko

May 15, 2011 iPai 7 Comments

Salam


Hye.
Nama Ciko.
Ciko adalah kucing jantan.
Ciko sedang meng'usha' di tembok untuk melihat di luar pagar.
Ciko tak pernah keluar rumah sebab tuan sangat sayang Ciko.
Waktu malam Ciko duduk dalam sangkar.
Siang Ciko dapat jalan-jalan dalam rumah.
Ciko suka duduk atas simen jubin sejuk.
Ciko tak suka duduk atas katil/kusyen.
Ciko suka jalan-jalan dan kejar-kejar dengan mak kucing, Ekin.
Kat atas tembok tuh, Ciko nampak kucing lain sedang lalu lalang.
Sejak tuan-tuan muda pulang, lagi ramai yang nak melayan Ciko.
Ciko jadi geram, maka Ciko pun mecekau tangan mereka.
Ada juga yang sampai darah, lagi-lagi tangan iPai.
Benda paling sensitif adalah, apabila ibu iPai panggil.
Ciko akan cepat-cepat lari ke dapur.

7 comments:

My own predictions about How I Met Your Mother Season 6

May 11, 2011 iPai 3 Comments

Salam



Please be reminded, I didn't read any materials from other sources, so my interpretation here might deviate from what been told in those reliable sources. So here it goes,

I think at the end of the season, Barney will get married and Ted will met 'Mother' at Barney's wedding.

Here is the reasons that I realizes;

Episode 1 - Ted is nervous (shown with the beer that given by Marshal). He either nervous about the wedding as the best man (and I think, it is Barney's wedding) and a girl that he might get interested with Ted is in that Church.

Episode 2 - Then, it follows with the story of Barney know a bout his real childhood's life. Plus with the possibility of finding his real dad (which at the end of the episode, is not his real father)

Episode 8 - In episode 8, there is one clue about Barney's father. The one with security guard about incredible accident's past few years back, during Barney's visit to the same Museum.

Episode 14 - In this episode Marshall's Father pass away. And this made  Barney finally ready to meet up his dad.

Episode 16 - In this episode (last part of the episode), for the first time, Barney Stinson got a date on Valentine's day. (She is quite cute rite?)

Episode 18 - This episode is the most important episode to Barney's Stinson, in which he finally realize that he found out a woman that he can fall in love with and its suitable for him. But he have to let her go because of his 'rule'.

Episode 19 - Barney finally meet his dad and he is a bit disappointed with his dad because he walk out from his life since he is 10 years old.

Episode 21 - Barney's father try to make up with Barney. At the final part of the episode, Barney's father gives hint/tips about how to settle down, which is 'Have to meet the right girl'. And Barney said that 'Maybe, I meet her already' which reflect to his date in episode 16 and 18.

Episode 23 - And finally Zoey break up with Ted. Now Ted is single.

Currently, this week it is Episode 23 showing.

Er, wait a minute. The wedding in the first episode is might not Barney's wedding. It is possibly Ted's best friends wedding, in Episode 9, he ask Ted to be his best man. Well, it just my own prediction. Hope, we will meet 'Mother' soon.

Updated Episode 24: I think my first predictions about Barney's wedding will be came reality. Huwaaaa.

3 comments:

Bacaan Cinta Sufi tamat, Next Sutera Bidadari

May 11, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Akhirnya, aku dapat habiskan Novel Cinta Sufi. Bagi pendapat peribadi aku, penceritaannya agak berbeza sedikit. Kerana, kalau dilihat novel-novel sebelum lebih banyak kepada perceritaan yang berbeza masa dan timeline yang sangat panjang. Namun di dalam novel Cinta Sufi ini, timelinenya hanya terlibat pada seluruh perjalanan watak-watak yang daripada Lisbon, Portugal hingga ke Hulu Melaka. Secara keseluruhannya memang best.

Seperti Cik Qalbi bagitau dalam komen dia sebelum ni, rupanya sambungan bagi cerita thirller ini sudah pun keluar. Baru sahaja. Maka misi mencari dan menunggu novel ini akan diadakan.

Bagi sesiapa yang berminat, inilah sequence novel yang anda perlu baca;




Yang ni je aku belum baca. Wargh !!

2 comments:

PHOTO CONTEST - The Best SUNSET In Your Life and the 7th Wonder Of USM Engineering

May 10, 2011 iPai 5 Comments

Salam


Kawan-kawan aku ramai yang dah join kontest ni. Meh tengok diorang punya post. Gempak seh. Wani, d2z. (eh 2 orang je, tak ramai pon). Hee, diorang ni dah promote suh masuk cepat-cepat. Sapa-sapa nak join leh pergi kat sini. Ini pagi, baru duk godek cari gambar kat dalam laptop, dan akhirnya aku jumpa satu ini. Yang agak ok2 laa (sebab gambar dia agak shaky). Dengan ini, gambar SUNSET aku adalah (Tak nampak matahari pun takpe kan? .. heheh);


Al-kisahnya,
Gambar ini diambil semasa meniti hari-hari terakhir di USM. Pada ketika satu petang, aku baru pulang daripada jogging, tiba-tiba aku terperasan suasana bertukar menjadi sangat merah. (Kamera tak canggih sangat, so tak nampak merah tuh. Nampak sikit-sikit je ek). Dan aku lihat melalui tingkap bilik aku, rupanya SUNSET yang mahu berlabuh di ufuk Barat menandakan waktu siang yang akan tamat, bermulanya waktu malam. Dengan itu juga, bilangan hari aku berada di USM berkurang menghampiri hari yang terakhir.

Wonder of USM Engineering Campus #7
Di kampus Engineering ni, tempatnya berkumpul pelajar-pelajar serta pensyarah daripada seluruh Malaysia mahupun serata dunia. Daripada pelajar yang masuk, freshman year merupakan tahun yang bahagia dengan proses mengenali dunia luar.

Saban tahun, pelbagai ilmu yang dipelajari. Ia adalah ilmu kejuruteraan dan ada juga ilmu mengenai kehidupan. Pelbagai pengalaman yang ditempuhi bersama rakan-rakan.

Jatuh naik dalam keputusan yang diperolehi setiap semester

Masuk ke dalam lab, yang rasanya macam tak pernah nak habis

Perasaan hairan yang teramat sangat, apabila lecturer masuk dan mula bercakap, rasa cam nak tido je

Bermandi-manda di Sungai Batu Hampar, Sungai Sedim dan Bukit Hijau

Menonton wayang bersama di Megamall, Sunway atau mungkin di Queensbay

Menjejak hutan di Taman Negara Pulau Pinang

Bersama dan berkonvoi ke Cameron Highland, demi merealisasikan trip yang gila.


Dan akhirnya, bagai matahari yang ingin melabuhkan diri, semua pengalaman bersama rakan-rakan itu tamat. Sinarnya merah, dan makin lama, makin pudar warnanya. Masing-masing membawa hala tuju sendiri, mencari dan membina kerjaya. Kelak, pada satu masa nanti, sinar seorang demi seorang bekas pelajar Engineering Campus USM akan bersinar menyinari malam yang kelam, menemani bulan yang berderang.

Dahulunya seorang pelajar tahun pertama yang masuk tidak mempunyai apa-apa, dan kini sudah tamat pengajian 4 tahun, bersedia menghadapi cabaran dunia.

Me
vs
The World

5 comments:

Kelas tusyen #2 Masalah student sekolah zaman sekarang

May 09, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Wah, takde de setiap kali kelas nak kena update kan blog kan. Cuma terpanggil nak cerita-cerita sedikit. Sekarang ni adalah 10 minit terakhir untuk sesi tusyen waktu malam adik aku. Tadi ajar start dengan math, tukar sains, then pergi math balik dan kemudian BM dan sekarang last sekali sains.

Huhu. Banyak tak ? Harapnya tak pening laa. Sebab aku perasan, bila aku belajar dalam kelas (even para motivater pun banyak yang cakap) tumpuan hanya boleh diberikan pada 20 minit yang pertama sahaja. Selepas tuh dia makin turun. Jadi strategi aku, kita tukar setiap kali 20 minit tuh sampai, sebab setiap kali tukar, mesti tumpuan tuh akan refresh baru dan timing pon start balik, konon-konon macam time reset laa. Ngeh2.

Berbalik kepada tajuk kat atas tuh, masalah student zaman sekarang, khususnya murid-murid yang belajar Sains dalam bahasa Inggeris. Tadi masa mengajar Sains, aku start dengan suruh dia baca sendiri 4 mukasurat selama 20 minit. Then lepas baca, aku suruh adik aku ni cerita balik. Korang tahu apa dia jawab, dia tak tahu.

Terkejut beruk aku. Aku ingat dia tak tahu ak cerita apa, rupanya, dia tak tahu langsung apa yang dia baca. Pergh. Tapi bila aku ajar, dan translate dalam BM cepat pulak dia paham dan siap boleh ajar aku balik apa yang dia paham. Di sini aku dapat simpulkan, kesan negatif pelajar-pelajar sekolah belajar dalam English.

Bila aku kenang semula, masa zaman aku belajar dahulu (memang laa selalu dapat C je Sains tuh) tapi paling kurang, aku paham apa yang aku belajar dan aku ingat konsep. Then, bila dah malas nak baca buku tuh, memang dapat Cincau je laa kat exam. Maka, di sini kita boleh lihat kerugian yang dialami murid-murid ni. Tak macam zaman aku dulu, belajar dan paham je dalam BM. Masa kat matrix, translate ke English je.

Aku tahu hal ini mungkin dah basi, even aku sendiri ada sedikit-sedikit hujah pasal benda tuh. Cuma, yang di'highlight' di sini adalah bukti yang ada di depan mata aku, adik aku sendiri. Harapnya bimbingan ini dapat membantu beliau. InsyALLAH

Sekarang: Tengah suruh adik aku lukis jantung besau-besau kat kertas A4. Siap ada warna merah dan biru dengan label. Huhu. Korang tau, dia lukis jantung tuh lawa gila. Macam sketch dah aku tengok. Ngeh3.

2 comments:

Kelas tusyen #1 Bermulanya kelas tusyen

May 09, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Baru sampai rumah daripada USM. bayangkan pukul 10.30 pagi daripada ibong Tebal, 2.50 petang dah sampai umah. Amacam ? Laju tak aku bawa ? Hahah. Stret tak berenti. Kalau berenti pun, isi minyak je. Sampai rumah je, terus panggil adik aku paling last, untuk start kelas tusyen. Huhuu

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal menjadi cikgu tusyen untuk adik aku kan ? Haa, ni laa dia, gambar dia tengah kusyuk study.. Aku bukan mengajar r .. aku lebih kepada tutor .. menyuruh apa yang nak dibuat dan memberi tunjuk ajar kepada benda-benda yang dia tak tahu ..

Setakat ni, takda jadual yang tetap cuma kitorang dah set time, time bila yang dia kena fokus kat belajar. Aku berharap ini dapat membantu untuk dia paham, apa benda yang nak dibuat untuk belajar. Yela, dulu masa zaman aku, benda paling kuat nak menganggu aku study adalah internet dengan PSone. Yang dia ni, semua benda ada, PS2 la, PSP la, gitar lagi, keyboard lagi, internet lagi. Mana nak study ye. Uhuuh/ Harapnya usaha ini dapat mengubah impian menjadi realiti (wah Akademi Fantasiano)

Jadual waktu .. Nampak tak yang petak-petak merah macam ala-ala nak bulat tuh. Haa, tu kelas tusyen aku. Satu hari 5 jam ok. Biar lebam kepala aku dengan adik aku sekali. hahah

4 comments:

Aku tak reti petik gitar

May 08, 2011 iPai 2 Comments

Salam

 Wah gila ganas .. petik pun tak reti .. Biasanya orang tak reti main gitar, ni tak reti petik. Nak petik senang je kan, jreng.... jreng .... n jrenggg..... je ... dah petik dah .. 

Kalau nak yang lagi hebat, boleh tengok abg Jai main gitar .. uhuh .. (Takleh tengok sebenarnya, baca je laa)

Tak reti .. nak wat cam ne kan .. So, aku paggil adik aku main k . (Abaikan suara aku yang akan mengganggu kosentrasi korang)


2 comments:

Hepi birthday My darling

May 08, 2011 iPai 7 Comments

Salam


Happy Birthday diucapkan kepada my darling

Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki

(Takleh cakap banyak-banyak. Yang lain semua dah cakap dalam tepon tadi .. hehe)

7 comments:

Yang mana satu idaman kalbu

May 06, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Serius ... Bila decide nak duk rumah petang tadi, aku rasa lega sangat. Tak rasa macam terkejar dan rasa boleh berehat sepenuhnya. Harap semuanya baiklah hendaknya.

Maka, aktiviti yang ada kat rumah ni adalah aktiviti sendiri. Dan mungkin akan jadi cikgu tusyen adik sendiri .. huhu. Style sikit .. tolong adik sendiri .. Di samping itu, untuk aktiviti sendiri, tak tau mane satu nak stat, sama ada;

#1 Baca Novel: Cinta Sufi
Sapa kate lelaki takleh baca novel. Sapa kata laki baca novel tuh pelik, meh nak shepuk (tiru ayat Yuyu).
Aku mengikuti penulisan Ramlee Awang Murshid sejak aku berada di tingkatan 4. Penulisan dia yang gempak dan aku berani kata, dia satu-satunya penulis berbahasa Malaysia yang menulis genre thriller. (Tak tau pulak kalau dah ada penulis baru). Tapi yang pastinya, aku suka. Paling aku suka, adalah bila dia tulis cerita yang bercampuk aduk timeline dia. Kejap tahun 2011 kejap 1980. Dan ada juga dia tulis lain-lain watak, tapi rupa-rupanya orang yang sama tapi ada masalah hilang ingatan.

Jadi buku ni aku dah kira utang sejak 3rd year ari tu. Beli tapi tak baca lagi. Maka nekad mahu habiskan sebelum start keja. More info sila ke blog Ramlee Awang Murshid atau baca post Cinta Sufi ni.

#2 Main game PSP: Patapon 3
Lama dah aku tunggu game ni kluar. Akhirnya muncul juga. Setakat yang aku tengok kat Youtube, memang best gile kot. 
Haa, jangan ingat game budak-budak ekh. Game ni game hardcore strategi, budak-budak takleh main game ni sebab perlukan pemikiran. Uhuh. Meh tengok reviewnya kat sini;


So, mana satu aku patut start. Wakaka.


Aku pilih, SUSUN STRATEGI KELAS TUSYEN ADIK AKU DULU !! yeay !!

5 comments:

This is it #2

May 06, 2011 iPai 3 Comments

Salam

I have think it throughly, and I decided.

I need to withdraw from the 3P Program CompTIA A+-G1

Reason #1
Money wise. I don't have any.

Reason #2
Preparation for my work. So better I get my rest till I super bored.

Yeah. Decided.
Sent the withdrawal e-mail already.
Phew. What am I thinking.
The hostel may cost up to RM 100.
And, food .. RM 15 per day.
I couldn't afford that

3 comments:

Program Pertauliahan Profesional (3P)

May 05, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Ari tuh ada cerita sikit pasal program 3P ni kan ? Flashack, aku rasa program ni bagus sebab dia mengisi masa lapang dan bukan hanya untuk final year je, rasanya junior-junior pun boleh join. Kursus ni kat luar bayar beratus, tapi kat kursus ni, bayar duit hostel dan makanan sendiri. Jadi, memang kena pass dan tak leh fail, sebab nanti kena bayar denda. Huhu.

Bila anda dah berjaya daftar, diorang bagi password username. Kat situ, ada macam-macam leh tengok. Uhuh. Contonya,
Jadual Kelas

2 comments:

This is it #1

May 04, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Last Tuesday, I went to WD for the Sharing Session. Through that session they told 8 of us (all from USM Engineering), things that they planned for us have been change. Initially, they will sent us to Thailand for 3 months for training, then got back here in Penang and started to develop a new plant here with what we learned in Thailand.

The new plan is, the next of our reporting day, we will fly to Thailand and will be there for maybe 1 year until they finally make a deal to make new plant in Penang. So, this would be different kind of decision making for whether to choose it or not. Because, from my observation they really have quite large attention in developing new hires and they know that young generation have thirst for new knowledges.



This is it, I have to make the decision, whether I should go for it or not. Or just wing it for every posible condition that might happen. I do have lots of comments by lecturer and staff from WD. Both deliver their strong points. If I do get job offer that I favor, I might wanna compare and think it more deeply.

5 comments:

Kenapa duk kat USM baru rajin update blog ??

May 02, 2011 iPai 9 Comments

Salam

Di saat aku menaip huruf demi huruf ini, aku berada di dalam salah satu bilik di Blok Jaya 5, USM Kampus Kejuruteraan. Hee, dah balik sini dah. Haa, jangan cakap aku sayang sangat kat USM ni sampai datang balik ye. Macam aku bagitau sebelum ni, esok aku ada taklimat WD. Harapnya semua berjalan lancar dan baik hendaknya.
Esok merupakan hari penentu sama ada aku akan masuk WD atau tak. Sebab taklimat ni akan diberikan oleh top gun daripada WD cawangan Thailand. Maka, segala isi taklimat itu boleh dikatakan akan effect seumur hidup aku. Lecturer penah bagitahu, jangan tergesa-gesa mencari kerja. Apa yang kita kena fikirkan adalah career building. Mungkin yang muda-mudi iaitu junior tak paham pasal ni, bila dah sampai peringkat macam mencari kerja, benda ni adalah sangat penting.

Contohnya, kita nak kerja, kita kena cari apakah bidang yang kita minat dan sesuai dengan personaliti kita. Contoh bidang yang ada, electronic (Macam WD), semi-conductor, oil and gas. Dan bila dah masuk syarikat pertama tuh, dah sethun dua kerja, bila kita keluar nak mencari kerja di syarikat lain, selalunya akan dipengaruhi dengan  syarikat pertama. Kerana pengalaman yang mahu digunakan di syarikat kedua, akan dipengaruhi oleh syarikat pertama. Kecuali, bidang-bidang spesifik yang akan diambil oleh syarikat, orang kata hot stuff.

Moral of the story rancang dan cari betul-betul pasal career kita. Serius sangat penting. You will not end up regret of doing it.

________________________________________________________________________________

Balik kepada main topic, aku sangat hairan kenapa laa kat rumah, aku lagi malas bukan facebook, blogging dan chatting compare to rajin membuat benda-benda tuh di USM. Haish. Pelik aku. Makin free, makin tak nak buat. Korang macam gitu tak ? Sebab tuh kan, kita jangan sesekali manjakan diri kita ni. Mostly lelaki, kita punya cakap, tak buat sebab takda masa, tapi bila ada banyak masa free tuh, memang tak buat juga. Jadi kita kena laa plan elok-elok supaya kita tak jadi malas. Cari something yang korang boleh isi masa. Dan dengan benda-benda itu, korang akan susun masa dengan baik. Korang rasa cam ne ?

Pergh teruk betul no. visitor blog aku. Aku akan cuba rajin nak update. Isi ada, malas nak taip je. Haish. Apa nak jadi dengan aku ni. uhuh.

________________________________________________________________________________

Apa yang aku buat selama aku kat USM/Penang yang dah masuk hari ketiga.
 Majlis Perkahwinan abg Afiq .. Tahniah !!

Keadaan Kampus USM Kejut yang kosong.. Cuba tengok, kereta d2z Savyy hitam masih ada.


 Ekspidisi makan kat pecallele

Updated on 3rd May 2011, Aidil request for the location of Pecallele
Jom makan kat Pecallele

Ekspidisi makan Tako Tao

9 comments: