Tengah menggelabah ..

February 27, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Hari ini hari Ahad. Esok hari Isnin. Kena hantar report 2, final year project, walaupun eksperimen tak habis lagi. Harap-harap Prof tak marah. uhuhu.

Hari Jumaat pergi interview;
Tempat kat Rohas Perkasa, KL. Dekat-dekat dengan KLCC. Pergi malam hari Khamis, balik Jumaat malam. Balik terus pengsan. Tak larat.

Interview cam ne ? Patut pukul 9 pagi, tapi interviewer datang lambat. huhuh. Candidate pertama lama sangat, then interviewer nak pergi meeting pukul 10 pg sampai pukul 12 tengahari. 12.15 Baru dapat masuk bilik interview. Masa tu dah mengantuk dan lapar. Dah tak boleh berfikir dengan kelajuan RAM biasa. Maka jawapan yang keluar agak merapu dan tak kukuh.

Habis interview pukul satu, cepat-cepat berlari ke masjid. Huhu.

Tak sempat jumpa kawan-kawan time internship hari tuh. Tapi jumpa;
Abang Dawos dan Kak Syida

Kat dalam jam area keluar ke arah Highway Cheras-Kajang. Hehe. Maka dalam kereta pun, bertata-tata dan ber'bye'-'bye'. hahah.

4 comments:

Update cepat-cepat

February 20, 2011 iPai 3 Comments

Salam

Ha. Busy memang busy, tapi makan kena jaga. Tu Cik Epal Hijau selalu pesan. Jadi hari ni aku update cepat-cepat je. Tak sempat. Banyak keja. List yang aku tunjuk tuh, bertambah lagi.

1. Raja Belanja Makan Pizza.
Tuan empunya duit belanja

Peluang emas kami untuk makan sebanyak mungkin

Kalau dah semua ramai-ramai turun, nyembang nak kuat je

Muka mendengar dengan teliti dan sesi argue akan bermula.
 2. Sesi berkongsi pengalaman dengan pelajar tingkatan 5, SMK Sg Bayor. Sekolah ni datang ke Pusat Pengajian Kej Kimia untuk dedahka murid diorang dengan student life di kampus/universiti. Diharapnya dapat memberi inspirasi kepada pelajar sekolah ini untuk lebih berusaha untuk cemerlang SPM. Ingatkan aku dijemput bagi ceramah, berdiri sorang-sorang kat depan, rupanya LDK. Nasib baik. Dah lama tak cakap kat depan orang ramai, gugup. Terima kasih kepada Anuar kerana menjadi photographer.

Sesi pelajar dengan Dr Hekarl. Dr Hekarl ramai peminat kat sini

My group, together with Bob. Harapnya semua akan berjaya di masa kelak

Group Zuhaili dan Azman yang berkain pelekat. La la la la.

Group Azreen
Saya ingin berterima kasih kepada batch 4th year yang turun padang untuk aktiviti ini.
Anuar, Bob, Naim
Harap korang enjoy !!

3 comments:

Akan off sehingga waktu busy tamat

February 17, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Kepada pembaca yang setia datang singgah ke blog ini, terima kasih kerana sumbangan anda kerana berjalan-jalan di blog aku ini. Bacala post-post yang ada dalam blog ini, kerana mungkin anda dapat mengetahui sesuatu.

Pada ketika ini aku akan busy dengan macam-macam benda;
  • Writing final year project's report which will be submit 2 weeks from now, 
  • Plant design task which also will be submit 2 weeks from now, 
  • Advance process control project, miss the previous week report and have to catch-up.
  • Manage for the trip to Petronas Melaka
  • Manage project Care for kids, coursework which my group will go to kindergarten and tell them about safety awareness
  • Get ready for the Slumberger interview, which supposely I will be having the interview tomorrow. Cancel already.
  • Will received new project by tomorrow, for ASPEN Icarus project.
  • Manage the trip to Petronas Fertilizer, Kedah
Huuh !! I even have to cancel my plan to go to Marriage Course on this weekend . So, lets all pray together, we can deliver all our work to excellence. Gambate !!!!

Ops, tertukar BI dokh. Sowi ..

2 comments:

Membantu menyebarkan maklumat sahaja. Tak Tau betul ke tak

February 16, 2011 iPai 2 Comments

Dear

I cannot stop myself from sharing this with all of you.


Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.



After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.


I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.


Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.


Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!!  Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.


Be Safe and Stay Alert!


Please pass around to your family and friends!

2 comments:

Aku dah jadi Uncle ???!!

February 16, 2011 iPai 7 Comments

Salam

Pagi ini dapat message bangun tidur daripada MGA bagitahu pasal kawan di, Fauzul a.k.a Pojul sudah pun selamat bersalin. Kalau ikut dalam Facebook, Fauzul ni dah dimasukkan ke dalam wad bersalin pada pukul 6.45 PM dan selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 8.30 PM. Maka baby boy laa ia. Tahniah buat Fauzul dan Sadiq !!!

Fauzul ni kawan dan rakan sekelas Miss Green Apple, dan dia telah berkahwin sejurus sahaja habis belajar. Masa graduation bulan 8 tahun lepas (time Miss Green Apple dan Fauzul ni grad) Fauzul pun dah mengandung 2 bulan. Kawin terus pun sebab Sadiq tuh dah ada restoran makanan yang agak kukuh di Penang/Kedah (Tak pasti. Yang pastinya, memang tak perlu risau pasal duit laa. Sadiq ni dah siapkan rumah khas lagi sebelum nak kawin tu.

Bila tengok gambar baby kat Facebook tuh jadi seram laa plak. Ye la, kalau sekaranglaa aku di tempat Sadiq, sangat-sangatlah tak bersedia nak jadi bapak. Wah. Takut laa plak.

Moral of the story: Marilah berusaha ke arah kebaikan untuk persediaan di masa hadapan. Amin

Gambar baby Pojul
Baby Pojul

7 comments:

Yeah .. AKU Kembali !!

February 15, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Hee, dah ada balik dah. Buat semua yang tertanya, sama ada aku tukar password tuh betul atau tak, aku memang betul-betul tukar. Dan memang Wani yang tukarkan. Budget nak tahan seminggu tak berblogging. Tepat 7.25 PM mintak balik password blog aku balik. Hee. Aku tak tau sama ada aku gian nak berblog atau apa, tapi, aku just nak menaip je, walaupun takde benda nak taip.

Dan sebenarnya, aku memang siap plan nak diari seminggu pasal hari-hari aku tak berblog. Kononya taip kat Word, then copy paste kat blog bila cukup seminggu. Hee. Nampaknya tak jadi laa. Selama sehari lebih aku tak dapat berblog ni, dapat aku berfikir sejenak, macam mana aku nak control addictive aku dalam blogging ni.

Caranya adalah, memikirkan pasal mutu post. Uhuh. Malas nak elaborate panjang-panjang. Hee. Nanti start addictive balik. So, inilah dia diari harian yang berjaya dikekalkan sehari


Diari ‘Malam ini aku bertekad !! Berkorban’
15 Feb 2011
Aku bangun pagi hari ini, dan macam biasa aku akan ke laptop. Biasanya pada hari lain, aku akan ke laptop dan aku akan buka blogger dan mula membaca komen-komen blogger lain. Ini masuk hari kedua aku tak masuk ke dalam akaun. Semalam aku agak busy, mungkin kalau akaun ada kat aku aku pun tak sempat nak post, atau aku akan post juga walaupun kerja melambak-lambak.

Di komen, Cik Qaseh Dahlia mengatakan aku main-main. Itu yang dia fikirkan. Tak boleh halang. Betul juga apa yang dia kata. Sebab, walaupun password bertukar, boleh je tekan ‘Retrive Password’ dengan menjawab soalan-soalan secret tuh. Then dapat password, dan boleh post.

Mungkin tindakan ini, tindakan yang poyo dan mencapub ataupun macam budget ramai gila pembaca kat blog, padahal reader berapa puluh je pun. Tu pun aku nak berlagak kan? Ntah pape ntah.

Tapi misi aku untuk benda ni adalah supaya aku dapat control sikit menge’post blog. Sebab aku betul-betul rasa gila dan kerja aku banyak yang tertangguh sebab mengadap blog. (Walaupun tak berjaya kerana aku sedang mengarang di Word, sama macam mengarang di blog. =P

Ok, kena offkan feeling dalam diri pasal blog, kena study dan buat kerja. Banyak benda berlaku minggu ni. Kena focus !!!!! Terima kasih kepada Wani sebab tolong.


Hahaha. Nampaknya dapat berblog balik. Heee. Mampos laa test aku Khamis ni.

5 comments:

Ok !! Malam ni aku bertekad !! Berkorban !!

February 13, 2011 iPai 8 Comments

Salam

Tak tau angin datang daripada mana. Malam ni aku akan paskan akaun blogger aku kat kawan kelas aku. dan aku akan suruh dia tukar  password aku. Supaya aku takleh update blog aku. Kalau tak, aku akan duk tengok benda ni je !!!

Taa !! untuk masa depan !! Jumpa lagi bila aku dah tak dapat tahan nak update

8 comments:

SILA SENYUM JANGAN BAGI NAMPAK GIGI

February 13, 2011 iPai 3 Comments

Salam

Baru malam ni aku berjaya untuk tidak update di sini (macam ada blog lain je), tapi 'terima kasih' kepada wani kerana menyebabkan saya membuat post pada malam ini. hehe

Walaupun dia buat keluar statement artis siap-siap
'warning: ini adalah sesi tag mengetag, tuan blog tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda terjebak dalam sesi ini selepas ini'
Tetap tuan blog kena bertanggungjawab. Hehe

Hee, cepat-cepat update, nanti boleh tinggalkan blog ni, kalau tak, takleh stop. Segmen ini dianjur oleh Cik Muas. Dia suruh upload gambar senyum takde gigi. Huhu. Tak nampak tak sepertinya takda gigi kan ?


See or cannot see ? Haa. Senyum, senyum daa. Gigi pun tak nampak. Kalau dia masuk, konfirm menang r.


Orait. Yang atas tuh bukan gambar aku eh. Opss.
Haa, kan sudah gediks di situ.
Mari kita mengetag plak

3 comments:

BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY

February 13, 2011 iPai 0 Comments

Salam


Semalam ada baca pasal tajuk ni kat Ben Ashaari. Dia sedang promosikan cara baru berblog iaitu vblog. Huhu. Aku pun ada terfikirkan cara ini sebelum ni. Sebab ada kawan-kawan aku kat USM ni semua busy-busy, aku cerita pasal blog aku, diorang kata diorang tak sempat nak baca pun. Dan stat dari situ la, ada sorang kawan aku ni (Ain namanya) bagitahu, buat laa video blog. Hee, tak buat sebab segan dan takut cakap gagap. Bila mula cakap gagap, orang mula bosan.

Idea, semua orang boleh fikirkan. Dan kadang-kadang tuh idea kita boleh sama dengan idea orang lain. Maka Ben telah realisasikan ideanya. Syabas buat Bro Ben kerana mencuba sesuatu yang baru. Bagi anda yang nak cuba tengok VBlog tuh, bolehlah klik kat;

Ok. Lepas tengok, pergi join segmen ni untuk sesi komen-mengomen atau klik kat banner

Secara amnya, kalau dilihat dari awal hingga ke akhir video, ia merupakan antara terbaik untuk percubaan yang pertama. Bagus tuh. Cuma ada beberapa highlight yang aku nak ceritakan, mungkin Bro Ben nak take note;
  1. Tak ramai orang ada kelebihan bercakap. Semua orang ada kebolehan bercakap, dan kebolehan ini berbeza mengikut kelebihannya bercakap. Bagi VBlog ni, rasanya Bro Ben terlalu banyak pause. Normaliti bagi semua orang yang pause ada dalam ucapan tapi, ada sesetengah orang mungkin kata, tak da rangkaan atau planning. Jadi kalau planning boleh improve lagi.
  2. Tempoh video panjang sangat. Disebabkan pause tuh banyak, video jadi panjang. (Cadangan) Kalau boleh edit video tuh cantik-cantik, cut-cut mesti lagi cantik. Short, sweet dan smart. 3S
  3. Set tempat menarik. Mungkin takde orang penah nampak gym macam mana. So, boleh tunjukkan kat orang lain yang tak berpeluang untuk tengok semua benda tuh. 1 star for that.
  4. Kamera tukar-tukar boleh kata best juga. Layan je, bila tukar-tukar sudut kamera. Professional gitu.
Lain-lain takda lagi kot. Hee, kalau Bro Ben terasa, minta maaf ye. Aku bagi pendapat ikhlas je. Sori kalau teremo.

Mengenari http://www.1tube.my/. Aku rasa ok je. Cantik. Dah macam Youtube je. Mungkin benda-benda extra boleh ditambah ke dalam tuh, supaya nampak lagi terhadapan dengan Youtube. Maybe macam buat selection of the week ke atau apa-apa aktiviti yang melibatkan komuniti. Idea fresh.

Kalau diberi pilihan untuk terlibat dengan VBlog ni, aku rasa susah sikit la. Bagi aku komitmen aku terhadap blogging tak banyak macam orang lain. Ya, orang kata kalau nak, takkan ada alasan (Hendak Seribu Daya, Tak hendak seribu dalih), tapi kalau aku dapat peluang tuh, aku mungkin tak dapat nak concentrate sepenuhnya sebab ada benda lain yang lagi penting.

Huhu. Rasanya itu saja. Kepada yang nak join, klikla URL atas tuh ek. Sekali lagi ampun maaf kalau ada yang terkasar.

P/S: Mahu pergi library. Duduk kat bilik, buatkan aku nak posting blog je. Kerja bukan siap pun. Haish.

0 comments:

Berjalan melihat alam di Ulu Klang yang sejuk

February 12, 2011 iPai 8 Comments

Salam

Di sini cuma nak berkongsi pengalaman berjalan-jalan di Ulu Klang. Sebelum ni tak cerita sangat pasal benda ni, sebab masa pergi sana ni, cakap English pun terabur, nak cerita segan. Tapi malam ni cerita je laa..

Al-kisahnya, bapak aku dapat offer pergi kursus dua minggu kat dalam gambar tuh (ditaja). Jadi bapak aku dengan tidak bertemankan rakan sekerja, kenalah pergi sorang. Huhu, family aku tak cukup kaya nak pergi bercuti sejauh macam ini. Inilah dikatakan rezeki. Kebetulan pulak aku sedang cuti semester. Tak silap aku, time tuh nak masuk second semester second year. Duit matang insurans pun baru dapat, jadi duit tuhlah digunakan untuk beli tiket flight pergi balik aku. Ayah aku ye konfirm-konfirmlah ditanggung beres.


Perjalanan yang lama dalam kapal terbang, asik terasa nak tidur je. Bosan dan tak buat apa-apa sangat. Rasanya 10 jam berbaring dan duduk kat dalam flight. Nasib baik bawa buku Harry Potter time tuh. Sambil baca, sambil boleh praktis English.Ni gambar dalam train daripada airport ke stesen keretapi yang utama. Kalau kat Malaysia, macam KL Central.


Korang tak reti sangat cakap English pun sampai sini jadi terer jugak, cuma bezanya berterabur la. Yela, bila dah kena paksa cakap, kita akan cakap. Dan walaupun seburuk mana pun kita cakap, lama-lama jadi lah bagus. Gambar ni tengah nak mencari kedai sewa kereta yang paling terdekat. Lesen Malaysia sah digunakan di sana, pada time tuh lah. Sekarang dah tak boleh rasanya. Driver seat macam Malaysia. Yang driver seat belah kiri tuh, kat US.

Dah jumpa nombor telefon, call syarikat kereta, cakap berterabur. Orang sana jenuh explain banyak kali sebab dia tak paham apa yang aku cakap. Haha. Experience tuh penting.


Bangunan kat sini banyak bangunan yang lama-lama dan diorang jaga elok-elok. Macam dalam gambar ni, inilah tempat yang sepatutnya aku dan ayah aku menginap. Tapi disebabkan terlalu jauh dengan kedai runcit, aku dan bapak aku cari motel murah lain yang lagi dekat dengan kedai. Tempat ni lah tempat yang ayah aku datang hari-hari untuk hadir ke kursus. Jadi setiap pagi, aku ikut ayah aku drive pergi tempat ni, dan bila dah  hantar ayah aku, aku bawa keta balik ke motel balik. Pukul 4 petang (dah senja) pergi amik ayah aku balik.

Cakap pasal kedai, teringat pasal isu makanan. Yup, nak cari makanan memang susah. Nak kena cari yang disembelih tuh memang susah. Jadi antara pilihan yang ada adalah, mencari makanan (contoh: sandwich) yang dicopkan dengan logo hijau yang bermaksud For Vegetarian. Time tuh, nampak Kentucky Fried Chicken pun, meleleh air liur jelah. Tak leh nak makan pun.

Kalau post sebelum ni tanya pasal konsep kahwin yang aku plan nak buat, dan aku jawab konsep garden, datangnya sebab tempat ini lah. Tempat ni yang offer sewa untuk garden wedding. Ada album khas siap untuk orang-orang yang pernah buat garden wedding kat sini. Cantik sangat diorang buat



Inilah masjid yang aku solat Jumaat pada minggu pertama. Area ni ramai orang Bangladesh. Huhu. Korang hinggat Bangladesh ada kat Malaysia je , kat sini diorang lagi UP kot. Jadi berpengalamanlah mendengar khutbah dalam bahasa .... er, bangladesh bahasa apa ekh. Haa, bahasa diorang laa. Kawasan yang ramai Islam ni senang la sikit. Dapat beli barang runcit. Daging-daging yang memang halal dan paket Maggi perisa tomyam buatan Malaysia juga boleh dibeli.

Selalu datang sini sorang-sorang masa ayah aku pergi kursus, nak beli makanan sedap-sedap sambil-sambil dapat drive 90mile/hour. 70 mile/hour dah sama dengan 110 km/hour rasanya. 90 mile/hr tuh pun dah berada kat second lane. Ada third and foth lane yang lagi super laju.



Bila dah pergi tempat orang, tak sahla kalau tak pergi jalan-jalan. Ha, macam bangunan ni, besau gedabak tinggi gila. 5 km boleh nampak menara dia dengan tanda salib kat atas tuh. Ni laa geraja kristian. Tak pastilah, katolik atau protestan, tapi gereja laa. Yang best ye, gereja ni benarkan pelawat. Hahah. Apa lagi, aku and bapak aku masuk laa. Bila lagi dapat peluang masuk. Malangnya takde gambar dalam Church yang boleh dikongsikan sebab kawasan larangan tangkap gambar.

Masa masuk tuh, ada ritual. Nampak laa paderi-paderi tuh tengah buat apa ntah. Diorang pun macam dah biasa tengok pelancong-pelancong dari luar datang tengok diorang buat ritual. Tak heran sangat.



Ha, inilah dia gambar kat stesen keretapi Bristol. Time ni nak pergi London untuk tiket balik Malaysia pada esok harinya. Keretapi di sini, sangat laa penting. Mat saleh ni suka travel naik tren, sebab lagi laju daripada kenderaan bas. Sebab tuh, kalau kat Malaysia, kalau yang biasa naik train, boleh nampak mat saleh naik tren. Bagi kita, tren lambat dan leceh. Bas lagi laju. Jadi jarak Bristol dengan London ni 132 mile sama dengan 212 km. Sama jauh dengan Penang nak ke Ipoh kot.

Bila dah tengok tempat orang kan, memang kita akan dapat rasakan betapa berharganya tempat asal kita. Tak kisahlah korang rasa tempat mat saleh ni stylo sebab sejuk ke, teknologi atau sistem bagus lagi ke, tapi yang best Malaysia juga !! Hidup Malaysia !! hehe

8 comments:

Hepi birthday Apis !!!

February 12, 2011 iPai 0 Comments

Salam

Happy Birthday diucapkan kepada !!!!!!!
Adik aku, Nafis !!!!

Birthday dia 13 Feb 
Ada orang kata rupa sama

Beza umur dua tahun, jadi perangai pun beza.
Apa yang dia suka, tak sama dengan apa yang aku suka.
Tapi beli salah sorang daripada kitorang jumpa benda yang macam stylo,
mesti nak benda yang sama juga.
Dalam adik beradik, dia ni perangai paling lain kot. Opss. 
Dia suka buat benda yang orang lain tak buat.
Contoh:
Orang dalam umah suka pasang lagu pagi-pagi, pasang kat speaker, volume takat boleh dengar r.
Dia ni, kalau pasang, volume kuat-kuat sebab nak dengar sampai ke tandas.

Apa-apa pun, selamat hari jadi.
Moga panjang umur dan dimurahkan rezki. Hee.

0 comments:

Cucu sedara belah laki nenek tiri Knight Rider

February 12, 2011 iPai 3 Comments

Salam

Di suatu petang yang hening ...


Kalaula kereta korang boleh cakap, ala macam Knight Rider tuh, agak-agak apa yang dia nak cakap dengan korang ?

Moral : Jagalah kereta kita sebaik-baiknya =P

3 comments:

Korang !! AKu yang noob ini ingin bertanya ...

February 12, 2011 iPai 6 Comments

Salam

Aku buat post ni dan letakkan kat GengBlogger, harap ada yang boleh beri input sedikit atau kongsi pengalaman sikit.

Aku nak tanya, cam na nak buat button banner ? Adakah ada apps kat tenet ? atau guna software ? Adobe ? Flash ? Swish ?

Button tuh macam ni;


 

6 comments:

Welcome to our new and renew blogger friend !!!

February 11, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Give a warm welcome to our renew blogger's friend Dark Light.
With his new blog's address;

Life In Noir
(You will be asking what is Noir??? Click to his blog ok..)

One of the important people who introduced me to the blogger.com.
So do go to his new address and read his post.
(To Dark Light: Don't forget to update ok)


Next;

Give a warm welcone our new blogger's friend Qalbi
ciK tiaQaLbi: sTorY si IsteRi ComeL

Yaa, she just make this new blog purposely for her new life as a wife.
(Just married two weeks ago) 
Read about her wedding
http://izyannazihah.blogspot.com/2011/02/qalbis-wedding.html - Credit to Izyan
http://ladysheqa.wordpress.com/2011/02/07/its-a-new-thing/ - Credit to Sheqa
Eventhough, I have met her once which been introduce by my old friends, she remembers me so well.
Sorry Mrs Qalbi, on that day I have not back home yet.
Have some campus activity held by junior and they invited me as their VIP. hehehe

So, do support them !!! Chaiyok !!!

5 comments:

Bila salah masuk tandas perempuan, aku ...

February 11, 2011 iPai 8 Comments

Salam

Panas !! Panas !! Aku salah masuk tandas, termasuk tandas perempuan. Haish. Macam manalah boleh tersalah masuk ni. Dua minggu lepas, selepas Career Fair 2011 di USM aku dapat offer kerja di Western Digital. Alhamdulillah, belajar nak tinggal lagi 2 bulan lagi kerja yang konfirm dah tunggu kat luar.

Jadi, disebabkan itu, aku kenalah pergi ke kilang Western Digital ni kat Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jumpa HR semua, then akak tuh suruh la masuk ke dalam pergi ke klinik. Di dalam klinik tuh, kena laa buat Urine Test. Biasalah kan orang-orang semua yang busy-busy ni, banyak kerja, diorang malas nak terang panjang-panjang sangat. Diorang expect korang pandai cari jalan sendiri, mak cik yang jaga klinik tuh, bagitau la,

"Amik bekas ni, jalan keluar dari klinik ni, ada tandas belas kiri"

Then, berjalan-jalan laa termangu-mangu mencari tandas. Biasanya carila pintu yang ada sign ni kan;


Nak dijadikan cerita, dua-dua tandas laki dan perempuan time tuh sedang dicuci. Bila cuci, cleaner biasanya gantung la sign "KERJA PEMBERSIHAN SEDANG DILAKUKAN" Macam ni haa;

Bila korang laa di tempat aku, korang agak korang perasan dua sign ni lain tak ? Aku, apa lagi, masuklaa. Opocot Mak Kau. Ni tandas mak nyah ke ? Sejak bila mak nyah pakai tudung ni? Sampaikan ada lelaki pakai tudung siap ni. Rupa-rupanya aku salah masuk tandas. Nasib baik aku tak masuk jamban lagi. Akak yang ada depan cermin tuh kata,

"Dik tandas laki belah sana dik. Depan sikit"

Apa lagi, tebalkan muka, senyum dan cakap terima kasih ya kak. Fuh, nasib baik laa akak tuh tak jerit, kalau tak hot aku kejap kat kilang Western Digital tuh.

Hari ni pergi untuk medical check up mata, x-ray dan lain-lain di klinik panel, area Sunshine Square. Lepas tuh pergi Western Digital sekali lagi hantar Sijil peperiksaan daripada SPM sampai ke Universiti  berserta dengan borang feedback internship. Lepas tuh, Balik.

Jadi untuk melengkapkan slogan tajuk tuh,

Bila salah masuk tandas perempuan, aku senyum, cakap terima kasih dan keluar balik laa. Takkan korang nak guna tandas tuh juga. Haddoi !!

8 comments:

My final year project !! Episode #2 - Magic Charcoal

February 11, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Previously, I posted about my final year project which is called The Production of Activated Carbon From Palm Oil Shell.

Today, I will share with you guys about the application of the activated carbon. As you can read from the previous post (link is up there), the activated carbon produced will be having many pores inside the material. You may see the activated carbon are just small particle as big as tiny beads, but inside there are pores.


The amazing facts about this pores are, the surface area that could get from the pore. From the OTAI (old timer a.k.a professional) researcher, they could get up to 1200 metre square per gram. Yup. 1 gram of the activated carbon they produced is equal 1200 metre square surface area. If 2 grams, 2400 metre square. The size of the football field, (source from Fédération Internationale de Football Association) a football field is;


120 m x 90 m equals to 1080 metre square

If we compared the size of the football field with the activated carbon surface area, the activated carbon is as vast/wide as the football field. And that is only for 1 gram. If I have 5 grams, I already have 5-6 football field area in my hand.

Now, imagine the vast surface area of the activated carbon have a tiny sticky molecule that function to hold other molecule. The activated carbon could adsorp the molecule in the gas and the liquid phase (see the first picture shown above) . In the environment application, the activated carbon can be used to adsorp hazardous molecule before the waste water that is discharge from the factory to the river. (Adsorp - imagine it like a span which adsorp the water)

To help you understand more, I prepared a few pictures from my experiment in the application of the activated carbon;
This a solution with a dye in it. A dye is a colour pigment. In this case the colour pigment is blue and it is so highly concentrated as we only see it as dark blue colour, it is 100 ppm. (ppm stand for part per million a unit represent concentration). The dark blue colour is called methylene blue;
Methylene blue molecule


Then we put the activated carbon in it, and leave it for a night. Tomorrow morning you will get this;
Yup. Believe it or not, the dark blue colour molecule have been adsorp (imagine like a span) by the activated carbon. This is just for colour molecule. Same application can be use for other process. Even now, I heard, some company are selling the activated carbon which place in the small box. And this box can be put in the fridge which to adsorp the odour in the fridge.

Other than that, have you seen the water filtration which become famous right now, for example Coway, Elken or the one that been place in front of the shop which you buy 20 cents for 0.5 L (if I not mistaken), all of it are using the activated carbon as part of the water filtration process.
Different size and type of activated carbon been use in this filtration process.


Believe it or not ?

2 comments:

Kisah Benar - Test 8 Jam - Pukul 9 pagi hingga 5 petang

February 10, 2011 iPai 7 Comments

Salam

Pergh. Gila betul hari ni. Ini semua angkara Group & Open book Test Plant Design.

Korang penah mengimpikan test/ujian yang dijawab beramai-ramai bersama kawan-kawan korang? Baik korang tak yah mintak kot, sebab lecturer korang akan bagi soalan yang mustahil untuk dijawab.

Bayangkanlah saja kerumitan tahap dewa ke hape ke, sampaikan masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk jawab 4 soalan adalah daripada 9 pagi hingga ke 5 petang.

Walaupun 8jam diberikan, namun semua orang berlari-lari ke pejabat semasa hendak hantar jawapan pada pukul 5 petang. Tandanya, tak cukup masa nak jawab.

Soalan yang diberikan adalah soalan projek kira-kira. Bulan Januari yang lepas, setiap kumpulan dengan projek Design Plant/Merekabentuk Loji, akan mengira kos. Walaupun masing-masing tahu cara pengiraan dan menggunakan software untuk soalan ini tetapi, masa 8 jam tuh tidak cukup untuk semua itu. Haish.

Test ni korang bebas menggunakan apa saja teknik yang boleh, janji dapat jawapan. Aku ingat nak post gambar bagi korang tengok macam mana keadaan huru kitorang ni. Ada yang duk lari ke sana ke mari. Ada yang jalan-jalan asik tanya jawapan. Penuh library dengan student Chem Engieering je. Tapi yang aku sempat amik adalah;

Gambar lepas test. Sedang berehat sebentar setelah kepenatan otak yang melampau


 Lepas tuh release tensen, pergi makan McD. Wakaka

Secara jujurnya, aku sendiri boleh kata, jawapan yang aku buat tadi salah. Hahaha. Tak kisahlah kan, janji aku bagi benda yang diminta dalam soalan. Huhuhahahah


7 comments:

Strategi pasang iklan Advertlets dan Nuffnang serentak dalam blog

February 09, 2011 iPai 6 Comments

Salam

Haa, nak tau tips dia, kena la baca sampai habis.

Sebelum ini aku ada cerita pasal eksperimen yang aku buat tentang; apa yang akan terjadi jika kita letak iklan Nuffnang dan Advertlets. Meh klik sini untuk baca post tersebut.

Dalam post tersebut, aku mungkin lupa nak stresskan pasal, apa yang akan terjadi kalau korang letak kedua-dua kod tersebut dalam blog korang. Dan mungkin juga sebab tajuk post itu sendiri telah menyebabkan korang hilang status Glitterati korang.


Sehinggakan ada sorang kawan aku ni (Nama dirahsiakan atas sebab tertentu) dia pergi daftar advertlets dan kemudiannya status Glitterati ditarik. Jeng3. Kesian dia. Aku memohon maaf jika ada di antara korang yang kena macam itu juga.

Tapi usah risau, apa yang korang perlu buat adalah buang sahaja kod untuk Advertlets dan tunggu untuk beberapa hari untuk status Gliterati anda kembali pulih. Cuba baca ni,


Jadi sistem dia yang automatik sama ada korang dapat atau tak dapat. Hanya tunggu sahaja k. Dengan itu, aku akhirnya dapat juga. Dalam masa tiga hari sahaja. Amacam ok x ?


Kesimpulan eksperimen aku ni;
Kalau korang punya viewer sikit, korang letak dua-dua dulu, Nuffnang dan Adverlets. Kemudian, bila dah ramai orang, let say 200 keatas viewer, korang offkan, Advertlets dan fokuskan Nuffnang je. Hehehe.

Rekemen yang lebih baik;
1. Cuba dapatkan strategi untuk Buffered Earning. Lagi banyak yang korang boleh dapat.
2. Daftarla HeartBeat. Klik kat bawah ni ek ? (Kasi laa chance aku dapat duit skit.)



Selamat Mencuba !!!

6 comments:

Contest Kucing Paling Comel

February 09, 2011 iPai 10 Comments

Salam

Sedangku blogwalking, aku jumpa contest. Hehe. Contest tak susah mana, jadi join je la. Siapa-siapa yang nak join, boleh klik kat banner kucing comel kat bawah ni.



Kemudian, introducing kucing aku. Nama dia Ciko. Sebab bulu dia putih macam kapas gitu, tapi ada sikit-sikit kaler coklat kat muka, kat kaki. Maka nama dia Ciko laa.

3 orang yang saya akan tag
Wani (sebab dia ada banyak gambar kucing yang comel)
Izyan (Rasanya ada nampak dia tangkap gambar kucing)
Sheqa (Dia baru DSLR, suh dia tangkap gambar kucing)

10 comments:

Post yang ke-200 !!!! Dan tempahan header free !!

February 08, 2011 iPai 2 Comments

Salam

Bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya sampai ke tahap ini. Turun naik dalam dunia blog, kini sudah post yang ke 200. Kalau dulu masa mula-mula buat blog hanya suka-suka, kini sudah lain visinya. Menzahirkan perkembangan dan percambahan idea seorang budak lelaki kepada seorang yang lebih dewasa. (Hahah. Dewasa ke ?)

Untuk entry yang kali ke-200, adalah special kepada Kak Fizah yang menerima header blog yang direka khas oleh saya. Harapnya, Kak Fizah suka dengan design yang dibuat. Kak Fizah kata cantik, husband kak Fizah pun kata cantik. So, ok laa tuh. Meh serbu ke blog Kak Fizah ni;


Hee.. Alkisahnya, aku berjalan-jalan di alam dunia blog ini lalu aku tersempak dengan blog Kak Fizah. (Tak ingat sangat daripada link blog mana aku tekan dan sampai ke blog Kak Fizah). Buka-buka je, post yang berada kat atas sekali adalah post pasal header lama dia. Dan dia mencari sesiapa yang boleh designkan header blog dia. Aku dengan rela hati terus reply kata nak tolong.

Bila ditanya reason kenapa Kak Fizah ? Atau siapa Kak Fizah sampai dia special sangat dapat design header free ni ? Aku sendiri pun tak boleh jawab. Sebab, seingat aku, itu post pertama yang aku nampak kat blog tuh, dan hati kecil aku berkata "Aku nak buat". Macam tiba-tiba tergerak hati, gitu laa. Sebab sebelum ini aku memang tak pernah baca blog kak Fizah ni pun, memang tak kenal. Maybe blog Kak Fizah ni ada magic kot.

Dulu ada plan nak buka tempahan header blog  dan design benda-benda lain. Tapi memandangkan terlalu busy dengan tanggungjawab hakiki dan pengalaman design yang cukup sikit, aku kuburkan sahaja niat tuh. (Jadi cita-cita nak buka tempahan header blog ni belum nak bangkit dari kubur lagi.) Maka, aku buat free untuk yang mana yang sempat tolong je.

Kalau anda nak juga, doa-doalah hati saya ringan nak pergi blog anda. Kot-kot ditakdirkan saya baca post yang sama dengan kak Fizah dan hati tergerak nak tolong, saya cuba sebaik mungkin ya.

2 comments:

February 07, 2011 iPai 4 Comments

Salam

Haa, lama betul tak kena tag jawab soalan. Tiba-tiba hari ni kena plak satu daripada Kak Linda. Kak Linda ni antara orang yang terawal yang aku kenal masa mula-mula masuk USM dan dengan bersama dia juga la aku banyak join program-program di USM.

Dia punya blog, simple gila dan takda tempat untuk berinteraksi dengan dia pun. Comment dia off, shoutbox lagilah takda. Hee. Kalau takcaya, pergi klik kat nama Kak Linda kat atas tuh. Dia dah paksa 5 orang jawab tag dia.

Apa benda penting dalam hidup korang?
Segala benda yang aku ada secara sedar dan tidak sedar, bersyukur atau terlupa nak bersyukur, itulah benda penting dalam hidup aku.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?

RM 2. Beli air kotak, air epal dan air anggur. Haus daripada buat lab final year project tadi.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

Mak ai. Aku jarang fikir pasal benda ni. Tapi yang aku pernah terfikir, aku nak buat garden wedding, nak bawa family terdekat pergi sewa garden kat UK. Tempat yang aku tahu adalah dekat area Bristol.



Adakah korang sedang bercinta sekarang?
 Ops, Ya.


Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Mak ai. Mana aku nak tau. Karang jawab selama-lamanya, silap-silap ada plak benda tak elok jadi kat aku. Semuanya dengan izinnya.


Novel/buku/majalah terakhir dibeli?

Pergh. Novel Ramlee Awang Murshid tahun lepas. Sampai sekarang tak baca lagi. Haddoi

Apakah nama penuh korang?
 Nama penuh ?? AAAAHHHHHMMMMMAAAAADDDD NNNNNNAAAAAUUUFFFFAAAALLL BBBIIIIINNNNN SSSSSSSSUUUUUHHHHHHAAAAAIIIIIMMMMMIIIIII


Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Ibu

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?Huh? Sapa ek? Maybe Taylor Swift ??


Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Tak. Takut tak bersih. Hahahah


Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
 Jalan-jalan kat mana tempat yang cantik dalam dunia ni

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
  1. Akak Linda suka buat muka blur (Maaf kak Linda, terjujur pulak, tapi rasanya dah ramai bagitahu Kak Linda)
  2. Dia suka senyum dan peramah kat orang lain
  3. Tak tau kenapa dia tak kasi orang komen dalam blog dia
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
 Benda ? Laptop, Broadband, kereta, handphone, atm

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Tadi terdengar lagu Speak Now kat blog kak linda.

Lima rakan Blogger yang korang nak tag:
  1. Wani http://sweetpearl24.blogspot.com/
  2. Aidil http://terbaek-dari-aku.blogspot.com/
  3. Ogy http://ogiesdacuteis.blogspot.com/
  4. cikDa http://duniabarucikda.blogspot.com/
  5. Izyan http://izyannazihah.blogspot.com/

4 comments:

Jalan-jalan kat tempat sejuk

February 07, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Aku dah kata dah aku blogaholic. Tengok, rehat kejap pun nak update juga. Tapi aku letak gambar je laa. Tak leh menahan diri untuk menaip di blog.


5 comments:

Dulu dan Sekarang : Shopaholic dan Blogaholic

February 07, 2011 iPai 13 Comments

Salam

Dulu aku ada masalah shopaholic. Nampak benda best sikit dan murah je, aku nak beli. Pantang ada sale, confirm aku beli. Sampai bankrupt. Sebulan makan guna duit syiling yang diselotep seringgit demi seringgit. Kononnya kreatif. Sekarang ? Hmm bolehlaa kawal sikit, kononya nak simpan duit untuk permulaan nak kerja nanti, macam bayar rumah sewa, bayar duit minyak untuk bulan pertama kerja. Tapi tetap, aku suka shopping, dan aku boleh mengawalnya dengan baik.


Sekarang ini ada masalah baru plak, aku Blogaholic !!!!! Haish .. Parah .. Setakat ni, banyak kerja aku tergendala, kerana sentiasa mahu ke blogspot. Argh .. Susahnya nak kawal diri. Ada je benda nak cerita. Ada je benda nak kongsi. Dalam kepala ni, ada beratus idea nak cerita kat korang, tapi masa takde. Parah !! Parah !! Parah !!

Tengok !! Archieve aku untuk dua bulan pertama ni dah sama banyak dengan dua tahun berturut-turut punya post. 
Haish. Parah ni. Silap-silap, kena bagi orang lain pegang akaun aku ni, suruh tukar password. Argh !!!

13 comments:

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

February 06, 2011 iPai 45 Comments

Salam

Lama tak join. Hari ni nak menggatal nak join menda ni. Dah kali-3 masuk dah.


Haa, mari join juga klik ke link sini

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

45 comments:

Gambar Semasa berhingus

February 06, 2011 iPai 5 Comments

Salam

Adeh ramai yang view kat blog nih (tengok sat kat statistik) tapi aku plak tak update apa-apa kan? Segan-segan. Kena update ni.

Sapa kat sini berani letak gambar dia masa kecik-kecik dulu ? Hahah. Zaman di mana korang selekeh, tak lawa, tak hensem, kiut (maybe sikit), dan banyak hingus dulu.

Gambar-gambar ni aku dapat daripada seorang sedara (Mak dia, sepupu aku, so kiranya anak sedara sepupu laa kan?). Agaknya koleksi-koleksi yang dia ada, diletaknya di Facebook dan aku ambil untuk diletakkan di sini

Kredit to Nur Adilah

 Gambar ni, gambar adik beradik aku dengan adik-beradik diorang. Umur kitorang lebih kurang sama je.
Yang abang sulong tuh, sama dengan umur dengan aku.
Yang abg second sama umur dengan adik aku no.2
Ha, cuma adik aku yang last tuh je yang tak sama. tapi beza umur setahun je laa
Tapi, pangkat adik beradik aku dengan adik beradik mereka ni, adalah anak sedara.
Sebab, adik beradik aku ini, sepupu dengan emak mereka.
Comel tak kami. Cari laa kami



Yang dalam gambar ni, memang sepupu aku. Cuba tengok seragam je kan. 
Cuba laa cari aku mana satu ye.


Yang ini pula, gambar pergi melawat Singapore tahun 1996.
Aku pun tak ingat sangat kitorang pergi jalan mana.
Tapi berdarkan gambar yang ditangkap, jauh juga laa berjalannya.
Mak aku kata, kat Singapore ada sedara-mara, tapi
aku sendiri pun tak pasti relationshipnya macam mana.
Mak cik kah, atuk kah atau sepupu kah
Memang tak tau.
Haa, apa lagi, teka laa mana satu aku

Yang dapat aku bagi cokelat 2 posen

5 comments:

Jaga-jaga kertas A4 di Malaysia ada bahan kimia yang boleh memandulkan

February 06, 2011 iPai 10 Comments

Salam

Apa punya tajuk laa ni.

Haa, sekarang ni semua orang duk mencanang pasal Green. Bukan kaler hijau green tuh, tapi konsep green/ hijau. Antara konsep hijau yang boleh diamalkan adalah mengurangkan penggunaan beg plastik. Yaa, yang ini mesti ramai dah perasan pasal hari tanpa plastik di negeri masing-masing. Ada yang buat hari Rabu sebagai hari tanpa plastik, dan ada yang pada hari Sabtu.

Bagi di Pulau Pinang, hari tanpa plastik ini adalah pada setiap hari, yang merupakan perintis kepada hari tanpa plastik. Isnin sampai hari Ahad dan kemudian diikuti pada esoknya hari Isnin. Setiap hari adalah hari tanpa plastik. Ini bermakna, tempat shopping yang join kempen ini akan meminta korang membayar RM 0.20 bagi setiap penggunaan plastik yang korang guna untuk membeli barang. (Info lagi, klik sini)

Aku pernah nak shopping kat PDI, bila nak bayar, casher tanya, "Nak plastik beg, bayar 20 sen atau encik ada beg sendiri?" Glup .. Aku tak bawa apa-apa beg, maka kenalah bayar 20sen.


Ok. Itulah usaha pihak pentadbiran dan kerajaan yang buat. Dan apakah peranan kita dalam kempen ini, adalah menyokong dan membuat sedikit usaha yang boleh mendokong matlamat ini. Yaa, walaupun usaha kecil, tapi bila dibuat beramai-ramai, kita akan dapat mengubah dunia.

Cara yang aku cadangkan ini sesuai kepada pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah hinggalah pelajar Universiti. Dan yang mana boleh amalkan, popularkan ia dalam kalangan rakan anda untuk menyokong kempen hijau ini.


Ini adalah kertas lebihan yang aku dapat daripada pihak HEP untuk diagihkan kepada pelajar kelas aku. Semua kawan-kawan aku dah dapat, jadi lebihan kertas ini aku simpan.

Bila dilihat pada belakang, setiap muka surat ini, ada mukasurat yang kosong dan masih bersih tanpa contengan.

Kemudian, dapatkan apa-apa klip kertas yang korang suka. Murah je benda ini. Kurang daripada seringgit je pun. Kalau nak yang cantik-cantik punya pun boleh juga. Amik yang ada butterfly dan bunga warna-warni pun boleh. Asalkan korang suka.


Haa, bila dah tebal-tebal tuh, korang conteng laa ikut suka korang. Nak melukis ke, nak buat note ke, semua boleh dah. Dah la korang jimat duit beli buku dan kertas, korang juga telah selamatkan pokok-pokok yang ditebang untuk kertas.

Kalau 10 orang buat macam ini boleh selamatkan sebatang pokok, bayangkan satu sekolah yang ada seramai 6000 orang melakukan benda yang sama. Dah 600 pokok sudah diselamatkan. 

Haa, kan berbaloi-baloi tuh. Selamat mencuba

10 comments: