Showing posts with label Other blog/website. Show all posts

Prosedur, cara membuat passport Malaysia antarabangsa serta cara renew (perbaharui) passport

Salam

(Info updated on 29 Ferbruary 2012)

Sibuk sikit dalam dua hari ni. Macam-macam kena buat. Salah satunya kena pergi buat passport. Jadi hari ini aku share, cara dan prosedur membuat passport Malaysia Antarabangsa dan cara renew passport yang tamat tempoh. Aku share secara ringkas sahaja ye, sebab untuk kes-kes tertentu boleh rujuk di Portal Rasmi, Jabatan Imigeran Malaysia. (Makluman, entri ini dibuat pada 13 September 2011, jika ada yang membaca pada masa akan datang, mungkin cara dan maklumat ini sudah berubah).


Passport baru ni cam lawa sikit la. Bila renew passport baru, passport lama akan digunting seperti gambar kanan 


Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 
[Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat.]
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru. PENTING: Gambar ini seharusnya berbeza dari gambar passport lama. Dengan erti kata lain, jangan recycle gambar passport yang digunakan dalam passport sebelumnya. Pergi ke kedai dan ambil gambar baru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  

Mykad**
Semasa pengurusan passport berlangsung, Mykad anda akan digunakan untuk membaca info peribadi anda. Dan pada ketika itulah, baru anda tahu yang Mykad anda mempunyai masalah (kebiasaannya masalah cip). Dengan itu, anda diminta untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat Mykad baru.

Menunggu Mykad baru siap akan mengambil masa selama beberapa minggu. Maka, semasa membuat pembaharuan Mykad, sila maklumkan kepada pegawai tujuan pembaharuan Mykad ini adalah bagi menggantikan Mykad yang rosak, semasa pengurusan membuat passport. Pegawai di kaunter akan memberi satu slip khas (IC sementara, selain daripada resit pengambilan Mykad) untuk membolehkan pengurusan rasmi seperti membuat passport. Sila buat salinan IC sementara dan sertakan sekali bersama borang membuat passport.

Duit***
[Sebelum ini, harga passport ditentutkan dengan bilangan muka surat (32 m/s atau 64 m/s). Tetapi kini, passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun 

Selepas selesai semua urusan borang dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap selepas 1-2 jam berikutnya. Jadi susunlah masa dengan baik. Penting: Tuan punya passport haruslah datang untuk mengutip passport yang siap, kerana wakil/kawan/sanak sedara tidak dibenarkan untuk mengambil passport.

Info tambahan: Bagi sesiapa yang membantu warga emas untuk pembuatan passport, sila maklumkan kepada kaunter angka giliran. Selepas mengambil nombor, pegawai akan menunjukkan kaunter khas untuk warga emas, tanpa menunggu giliran.

Moga info ini akan memberi manfaat


Jawab Soalan

1. Ada angkat sumpah tak wat pastport ? By Fazli O'Shea
Aku tak pasti plak kalau pasal angkat sumpah ni. Kena tanya pegawai sana.


2. Saya ada satu situasi.. Surat beranak asal mmg dah hilang tapi No saya ada. Mykad pulak cip mmg tk leh pakai.. Nak redah gi imi terus ke or nak kena buat mykad dulu.. Nak guna minggu depan.. Kusut nih.. Mintak pendapat rakan2.. Tq
Saya sarankan buat mykad dulu. Hari tuh saya renew mykad tak perlukan surat beranak. Kalau perlukan juga, kena laa buat surat beranak baru kat JPN. Apa-apa pun boleh tanya pegawai. Yang penting buat mykad dulu.


Google Sphere | Putar sampai pening

Salam

Hari tuh ingat lagi tak pasal Google Gravity ? Hari ini aku jumpa Google Sphere plak. Aku rasa benda ni comel laa. Haha.

Yang asal: Akan bermula di Google Image Search 


Lepas tuh, pusing-pusing sampai pening


 Cuba korang taip dan tekan butang search. Tengok terer ke tak. Hee

National September 11 Memorial | See the Google Earth 9/11 Memorial Virtual Tour

Salam

Badan penat drive 3 jam dari Skudai, selepas hantar adik ke UTM (Tak sempat nak ajak Keroro jumpa). Tambahan, malam sebelum itu aku tak dapat tidur sebab atuk sedara meninggal dunia (jika tidak keberatan, minta sedekahkan pahala al-Fatihah kepada arwah). Tapi sekarang masih tak dapat nak tidur. Mungkin banyak sangat minum power root, kesan cafein tak hilang lagi. Luang sedikit masa nak update sikit, sebab mungkin Isnin pagi akan sibuk dengan perancangan lain.

Buat adik-adik yang dah masuk belajar balik, Selamat memulakan pengajian di semester baru. Usahalah dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Dan jangan tumpu pada pembelajaran dalam kelas sahaja, tapi tumpukanlah juga pada pembelajaran luar kelas. All the best !!! 



Tahun ini dah genap 10 tahun sempena memperingati kejadian 9/11. Jadi pernah dengar pasal National September 11 Memorial ni tak ? Aku pun baru tahu bila tengok Discovery Channel tadi. Kalau tak tengok tadi memang tak tahu langsung pasal benda ni. National September 11 Memorial adalah satu binaan sempena memperingati 3 000 orang mangsa serangan pada 11 September 2001 di World Trade Center, berhampiran Shanksville. Walaupun terdapat banyak konspirasi mengenai serangan 11 September 2001 ni, namun nyawa manusia yang terkorban itu tidak seharusnya menjadi sia-sia. Moga yang benar itu akan menang pada akhirnya.

National September 11 Memorial

Jika korang tengok pada 2 petak dalam gambar di atas, ia adalah tapak asal menara bekembar World Trade Center dan sekarang ia dibuat kolam. Arkitek Michael Arad dan arkitek landskap Peter Walker (pemenang design untuk Memorial ni daripada 5,201 penyertaan daripada 63 negara pada tahun 2003) mereka air terjun terbesar buatan manusia di Utara Amerika di tapak yang sama. Tambahan, semua nama mangsa akan diukir di tepi kolam tersebut.

Antara gambar lain;


 Nama mangsa yang terkorban akan diukir di pinggir kolam air terjun


Bahagian muzium 


Perhiasan dalaman

Jadi kalau nak lagi stylo, bolehlah pergi ke;

Mari tonton video ringkas ni;



Sumber: Official 9/11 Memorial site

PLUS Expressway Berhad | Senarai R&R Hentian Sebelah Di Sepanjang Lebuh raya PLUS

Salam

Bila aku nampak benda ni, aku rasa ada bagus juga kalau aku simpan di blog. Sebab utamanya senarai R&R Hentian Sebelah di Sepanjang Lebuh Raya PLUS sangat memudahkan dalam bentuk gambar rajah seperti ini. Di laman web PLUS juga ada senarai hentian seperti ini, tetapi tidak disekalikan dengan gambar rajah. Dan yang terbaiknya ada juga diletakkan hentian yang menawarkan untuk top up Touch n' Go. Aku sendiri pernah mengalami masalah nak tambah nilai kad Touch n' Go ni.

Ni adalah gambar pamplet yang korang boleh dapat masa kempen keselamatan jalan raya, untuk sambutan hari raya 2011, hari tu. Jadi sesiapa yang tak pernah dapat, korang print image ni k.



Secara ringkasnya, kawasan rehat R&R adalah seperti berikut

Kawasan Utara : Gelang Patah (KM5.7), Machap (KM74.6), Pagoh (KM146.6), Ayer Keroh (KM205.1),  Mambau (KM12.5), Seremban (KM272.2), Dengkil (KM23.5), Rawang (KM440.0), Tapah (KM332.3), Sungai Perak (KM249.3), Gunung Semanggol (KM196.0), Gurun (KM81.1)

Kawasan Selatan : Gelang Patah (KM5.7), Machap (KM74.6), Pagoh (KM146.6), Ayer Keroh (KM205.1), Mambau (KM12.5), Seremban (KM272.2), Dengkil (KM23.5), Ulu Bernam (KM440.0), Tapah (KM332.3), Sungai Perak (KM249.3), Gunung Semanggol (KM196.0), Gurun (KM81.1)
Berhati-hati di jalan raya k

Happy Eid Mubarak | Kad raya yang aku dapat !!

Salam

Hari tuh aku ada bagitahu pasal nak share kad raya yang aku dapat daripada kawan-kawan dah blogger. Tabik kat mereka ini sebab masih menghidupkan tradisi menghantar kad raya ni. Hee, di samping itu aku nak ajak korang pergi melawat blogger yang hantar kad raya ni. 

Ni kad raya pertama yang aku dapat daripada Zuneta
Hee dapat yang first pulak tuh.
Aku dah buat post untuk kad raya ni
Boleh baca kat -> Dapat kad raya 


Yang ini kad raya yang datang dari Anis Melon.
Thank you Anis !!


Haha, yang ini aku puas mencari nama pengirim
Rupa-rupanya dia tulis jawi.
Ingatkan corak =P
Kawan sama belajar, En. Raja 


Haa, yang ini datang dari Alif Haris 
Sangat segan ok, sebab dia siap dah reserve satu kad raya untuk aku
Jadi moh laa ke blog dia


 Hee, yang ini pon daripada kawan belajar masa kat U
Cik Ain


Terima kasih korang kerana bagi kad raya !! 
Happy Eid Mubarak

P/S: Aku perasan ramai blogger post banyak-banyak hari ni. Pelik aku, macam semangat tuh dikembalikan dengan serentak plak. Yang aku plak, mood blogging takde lagi sebenarnya ni. Ni pun sesi panaskan badan lagi ni.. Malasnya ...!!! Opss.. 


Google Gravity | Bila Google ada gravity

Salam

Ricardo Cabello merupakan designer kepada Google Gravity ni. Agak best juga la kalau kat web page Google tuh, semua bar-bar dan link-link yang ada terjatuh bagai ditarik oleh graviti. Lepas tuh, korang leh amik benda-benda tuh dan campak-campakkan ke atas, supaya semua benda terpelanting. Haha.


Dalam keadaan asal, Google macam normal je 

Bila korang gerak je mouse korang, haa, semua benda jatuh.
Nasib browser korang tak ikut skali jatuh. 


Konon dah bersepah laa ni 



 Lepas tuh korang boleh kutip serpihan yang ada dan main campak-campak

Haa, nak try ?
Search je kat Google
'Google Gravity' 

P/S: Gila lama dah tak buka blog ni. Facebook pon berpuluh-puluh notification (budget kalau aku cakap beratus nanti korang tak percaya plak =P )

Buat 25 unik backlink kepada entri setiap hari dengan PERCUMA

Salam

Membina backlink ke blog masing-masing merupakan salah satu cara yang penting untuk SEO (Search Engine Optimization). Kelebihan backlink ini, adalah untuk membantu blog kita di-search dengan cepat, supaya apabila kita selesai post entri tersebut crawler search engine (Google) boleh mencari keyword dalam post kita. Kelebihan yang kedua adalah, entri post itu akan mendapat rangking yang tinggi dengan keyword yang berkaitan dengan entri kita. 

Lagi banyak backlink, lagi cepat crawler masuk, lagi popular entri tu, lagi tinggi rangking entri, lagi BEST.

Tetapi, membina backlink bukan sesuatu perkara yang mudah dan ia sangat membosankan. Ada di antaranya kita perlu membayar pihak ketiga untuk mendapatkan backlink yang banyak. Ada juga yang buat segmen dan contest untuk mendapatkan backlink daripada blog lain.

Namun kini kita dan boleh guna satu laman web khas yang dapat membantu kita membina backlink. Ia dapat membina 25 backlink setiap hari dengan PERCUMA. Nak daftar ? Klik sini

Bayangkan sajalah 25 backlink secara percuma pada setiap hari dengan hanya satu klik sahaja. 
Jangan korang berangan dah le

Ok, dah berhenti berangan dah ? Mari kita masuk kira-kira plak;

1 hari = 25 backlink
7 hari = 175 backlink
1 bulan = kira-kira 750 backlink
1 tahun = Amik kalkulator tekan .. ngeh2

Tool ni akan bantu korang untuk buat semua backlink ni.

Setakat ni aku guna agak lama, sebab nak dapatkan kepastian, sama ada benda ni berkesan atau tidak. Jadi aku cuba tunjukkan kepada korang apa yang aku dapat perbezaannya.

Korang ingat lagi dengan post aku pasal Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam ? Selepas beberapa jam post entri pasal tuh, aku search Google dengan keyword 'arah lawan jam' dan aku dapat;

 Post aku berada dalam list yang kedua terakhir dalam page 1


Selepas seharian aku guna tool tu, aku search keyword yang sama dan aku dapat;
 Ia di-index pada list yang ke-4 dalam page 1

Amacam, menarik tak tool ni ?


Tak semua post entri korang akan naik jadi macam ni. Aku ye entri pasal Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam ni boleh naik dengan cepat kerana persaingan keyword 'arah lawan jam' itu sangat sedikit. Jadi kalau korang try dengan keyword yang ada persaingan dengan blog-blog gempak, susah sikit korang nak dapat macam yang atas ni. Tambahan lain keyword, lain resultnya. Contoh;

Keyword : Kerjaya Kejuruteraan kimia
 Berada pada list yang ketiga terakhir


Selepas guna tool tu, entri tersebut naik satu anak tangga je. 
Dan cuba korang perhatikan betul-betul pasal perbezaan sebelum dan selepas.
Ada link yang sama pada sebelum dan selepas, selain aku ye link?


Aku bukan pakar dalam bidang komputer ini. Yang pastinya tool ni memang membantu. Menurut pakar, pembinaan backlink perlu dibuat secara membina, dalam tempoh masa yang panjang. Bila dah lama, result yang korang dapat mestilaa LAGI BEST. Jadi kalau korang konsisten guna entri ni setiap hari, ia boleh bantu dapatkan 750 unik backlink sebulan yang aku tunjukkan kat atas tadi. Paling kurang ia bantu sedikit sebanyak blog kita naik, di samping kita improvekan juga cara kita menulis dan isi entri kita. Bagi aku kedua-dua aspek ni memang penting untuk naik.

Nak daftar ? Klik sini





Cara-cara daftar dan guna

1. Seperti biasa, lepas isi semua details, akan ada verification melalui e-mail.
2. Verify dan kemudian log in ke laman web rasmi.
3. Klik pada 'Download Plugin/Submit'


4. Kemudian isi form yang muncul di situ;
  Apa yang penting adalah cara-cara korang isi Title, Description dan Tags.

Setiap ruang yang di isi mesti dalam bentuk;

{tajuk 1|tajuk alternatif 2|tajuk alternatif 3|.....}
Korang boleh isi sebanyak mana yang korang nak dalam ketiga-tiga bahagian. Disarankan minimum mesti 3 ttitle/description/tags. Yang aku buat, aku guna isi yang sama untuk ketiga-tiga bahagian tapi aku isi sebanyak yang mungkin. Contoh;

{arah lawan jam|kelebihan arah lawan jam|kelebihan mengacau arah lawan jam|arah lawan jam mengacau air minuman|Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam}


Nak daftar ? Klik sini

Macam mana nak nampak muda dalam blog

Salam

Hari tuh ramai yang kata muka aku ni nampak tua dan muka matured. Ada yang kata umur aku atas 25 dan ada juga yang kata atas 27 (Yang ni paling dasat sekali aku dengar). Boleh kata 100% setuju dengan statement tuh kerana memang semua yang komen semua berkata benda yang sama. Kalau nak tahu lebih lanjut sila baca post yang aku bengang ni.


Atas saranan Cik Aish, aku nak senaraikan tips macam mana nak nampak muda dalam blog yang aku dapat dalam komen-komen dalam post tuh.




1. Kata hati Nabila: Senyum-senyumlah selalu.

Haa, yang ini memang tips yang famous. Orang yang muka banyak kerut memang jarang senyum dengan orang lain. Korang tepek laa gambar senyum korang banyak-banyak dalam blog. 

Bila kita senyum bukan sahaja boleh buat kita muda dan gembira malah membuat orang lain tengok pun sedap je hati. Orang akan rasa dihargai dengan senyuman yang kita bagi kat dia.



2. Siti Kektus kata: Letak gambar buat 'Peace'.


Halamak. Gambar buat peace tak teringat gambar apa yang sesuai. Tapi aku ada gambar flower. Haa tengok laa, childish tak ?
 
Awww. Flower tau
Bacaan lanjut pasal gambar ni - Peluang kencing kat muka kawan korang




3. Zuneta plak kata: Letak laa gambar ala-ala kanak-kanak ribena

Wah, bila nak letak ala-ala kanak-kanak ribena ni, memang susah sikit. Susah sebenarnya. Jadi, sesiapa yang nak gambar muda, kena laa buat perkara-perkara yang kanak-kanak ribena buat. Contoh;

Korang tau tak tren yang masuk seringgit lepas tuh dia gerak-gerak dengan lagu tuh.
Haa, korang naik, lepas tuh jangan turun-turun.




4. Atiyah kata: Letak balik shoutbox Baaaa tuh.

Dulu ada tarik balik sebab nak kaji ada ke orang-orang menipu dalam shoutbox. Sekarang ni aku letak balik k. Bagi sesiapa yang tercari-cari dengan shoutbox, cuba cari kat Baaaa ......;
Haa, lepas korang tekan Baa tuh agak-agak nampak muda tak ?




5. uwmaisarah kata: Jalan-jalan dengan beg galas power rangers

Halamak. Gambar dengan beg power rangers pun takde laa. Kalau galas benda lain boleh tak ? 

Kalau takde beg galas power rangers, korang amik kepak warna pink ni dan pakai.
Nak tahu cari kat mana? Cari kat Livin' Cabin k




6. ijat (Dia sorok blog dia) pun kata: Possing kena childish

Kalau gambar flower atas tadi tak cukup childish, ni aku letak terus gambar child aku. Haa, kan senang, sentiasa muda je.
Kalau tak cukup childish, aku pun tak tahu laaa.



Terima kasih buat yang memberi tips-tips nak nampak muda ni.
Korang memang terbaik laaa. Meh lawat diorang ni;
 ijat


P/S: Korang aku minta izin balas kunjungan korang lambat sikit boleh tak ? Nanti aku terjah korang k. Minta maaf sangat-sangat kalau ada yang rasa aku lambat balas kunjungan kat blog korang. Tunggu ek.