Peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia (Entri panjang berjela)

July 14, 2011 iPai 159 Comments

Salam

(14 July 2011 - Isi mungkin tidak bersesuaian dengan masa akan datang)

Anda sedang membaca post Peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia yang mengisahkan senarai peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian ijazah 4 tahun dalam kejuruteraan kimia.

 Process Plant sumber beliamuda.com

Khusus kepada lepasan matrikulai yang sedang runsing dengan pilihan dan keputusan daripada Unit Penempatan Universiti atau UPU, sedikit pendedahan tentang bidang kejuruteraan kimia dan bidang kejuruteraan secara amnya. Diharap ia dapat membantu untuk membuat keputusan yang terbaik.




Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita betulkan sedikit pandangan umum atau pemahaman masyarakat luar tentang bidang kejuruteraan kimia ini. Ini merupakan pemahaman yang sama aku pegang semasa aku berada di matrikulasi yang ingin melangkah ke alam universiti. Ia merupakan konsep yang salah dan harus diperbetulkan. Ia adalah seperti berikut;

Pebetulan pertama;
Jurutera kimia (mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia)  
tidak sama dengan  
Ahli kimia (mengambil jurusan Sains Kimia)

Pembetulan yang kedua;
Kimia adalah subjek favourite saya di sekolah dan di matrikulasi
Tetapi ia tidak menjamin kecemerlangan di universiti

Ini kerana,
Subjek kimia yang dipelajari sebelum ini merupakan asas kepada kejuruteraan kimia.
99.9% yang korang akan belajar adalah bukanlah seperti subjek kimia yang dipelajari di matrikulasi.


Namun jangan bimbang dan takut. Mempelajari ilmu kejuruteraan kimia merupakan sesuatu yang sangat menarik jika anda seseorang yang sukakan cabaran. Aku telah melalui 4 tahun pengajian ini dan merasakan turun naik setiap subjek yang diajar dan pada tahun akhir dikumpulkan ke dalam satu projek yang besar.


Pernahkah soalan ini diajukan kepada anda atau anda sendiri yang bertanya soalan yang sama;

"Kejuruteraan kimia ni kerja kat mana nanti ek?

Tidak sama seperti kejuruteraan dalam bidang lain, kejuruteraan terebut senang dilihat dan aplikasinya mudah dilihat dan dikaitkan dengan benda yang kita nampak disekitar kita, contohnya;

Kejuruteraan awam - buat bangunan, pembinaan jambatan, rumah dan lain-lain
Kejuruteraan eletrik dan eletronik - barangan eletrik, komputer, laptop dan lain-lain
Kejuruteraan mekanikal - pembuatan enjin, kereta dan lain-lain


Maka di mana letaknya bidang untuk jurutera kimia ?


#1 Industri Minyak dan gas

Ramai yang mengimpikan, setelah tamat pengajian kejuruteraan kimia dapat bekerja dalam industri minyak dan gas. Nama PETRONAS (syarikat swasta kerajaan Malaysia, menerajui industri minyak dan gas di Malaysia dan beberapa negara luar) sangat sinonim di negara kita.

Kerjaya bidang kejuruteraan kimia dalam minyak dan gas banyak diaplikasikan dalam pemprosesan minyak dan gas mentah yang digali dari perut Bumi. Minyak mentah yang diperolehi perlu diproses, ditapis, dan diagihkan mengikut penggunaan jenis minyak yang diperolehi. Ini antara kerjaya kejuruteraan kimia yang agak mewah untuk pemegang ijazah srajana muda yang biasanya gaji akan bermula sekitar RM 3000/bulan. Untuk syarikat antarabangsa, seperti Schlumberger akan dibayar dalam US dolar, dan biasanya mendapat sekitar RM 4500/bulan. (Gaji yang tertera ini hanyalah anggaran. Kemungkinan ia adalah lebih daripada keadaan sebenar).

Selain kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum juga merupakan jurusan khas yang kerjayanya menuju ke arah bidang ini juga. Anda boleh Google sendiri universiti di Malaysia yang menawarkan kos ini di Malaysia. (Setakat ini adalah UTP dan UTM)



#2 Peringkat Ijazah Sarjana (Master)

Selapas mendapat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Master (Ijazah Sarjana). Kini, terdapat dua jenis program di universiti yang menawarkan peringkat Master ini;

  1. Research Mode - Mengambil masa 2 tahun. Bertumpu penuh kepada penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan. Tiada kelas yang perlu dihadiri.
  2. Mixed Mode (untuk universiti lain dipanggil coursework) - Mengambil masa setahun. Perlu mendaftar untuk kelas dan menyiapkan projek tambahan bagi setiap subjek di samping aktiviti penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan seperti reasearch mode.
Setelah anda mendapat Master, anda boleh pergi ke bahagian Research and Development (RnD) untuk syarikat besar ataupun pergi ke institusi pembelajaran untuk pengajian diploma politeknik ataupun UiTM.

Ada juga kelayakan dalam bidang pekerjaan yang memerlukan tahap pendidikan sehingga ke ijazah sarjana. Namun (kini) di Malaysia, keadaan ini masih belum sampai ke tahap kompetatif lagi. Syarikah juga masih cenderung mengambil graduan ijazah sarjana muda berbanding ijazah sarjana.

Yang terbaru, Universiti Sains Malaysia menawarkan kursus Master (Industri) yang membolehkan pengajian Master dibuat di tempat kerja masing-masing.



#3 Peringkat Kedoktoran (PhD)

Untuk menyambung ke peringkat PhD, anda perlu menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana (Master) dengan jayanya dan menyambung ke peringkat kedoktoran. Bagi peringkat PhD, ia hanya memerlukan minimum 3 tahun setengah untuk menamatkannya. PhD tidak mempunyai jenis program seperti Master dan ia adalah penyelidikan dan penghasilan journal penyelidikan sepenuhnya. 

Setelah mendapat PhD, title 'Dr' akan berada bersama dengan nama anda, dan anda boleh bekerja di bahagian Research and Development (RnD) syarikat besar dan kerajaan ataupun menjadi pensyarah di universiti awam ataupun swasta. Untuk pensyarah IPTA, minimum gaji yang akan diperolehi adalah sebanyak RM 7000/bulan dan untuk pensyarah IPTS, lebih tinggi.

Tambahan, pensyarah di unversiti mendapat insentif tambahan untuk setiap journal penyelidikan yang berjaya diterbitkan. Dan dalam pengetahuan saya USM memberi imbuhan tambahan bagi setiap journal yang berjaya diterbitkan. Kebiasaanya satu penyelidikan lengkap boleh menghasilkan 4 journal penyelidikan.

Sama seperti Master (Industri), ada juga untuk peringkat PhD iaitu PhD (indsutri) namun masih diperingkat awal.



#4 Industri kelapa sawit

Industri kelapa sawit adalah industri yang agak sinonim dengan kejuruteraan kimia. Kejuruteraan kimia banyak terlibat dalam pemprosesan semua produk yang boleh diperolehi daripada pokok kelapa sawit. Daripada penghasilan baja, bahan kimia organik sehinggalah kepada bio-fuel. Bagi bahan kimia organik ini merupakan bahan di peringkat pertengahan dan akan disalurkan kepada syarikat yang memerlukan ia sebagai penghasilan produk yang boleh digunakan seharian.

Info tambahan: Kepada yang suka berhujah mengenai bio-fuel menggantikan minyak kereta; ia tidak boleh dipraktikan sehingga kini kos pemprosesan bio-fuel sangat tinggi. Harga minyak bio-fuel tersebut lebih mahal daripada RON97.

Contoh syarikat yang berkenaan adalah Sime Darby dan Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB).



#5 Industri semikonduktor
Kebiasaannya industri ini selalu disinonimkan dengan kejuruteraan eletrik dan eletronik. Sebenarnya, kejuruteraan kimia juga mempunyai peluang kerjaya dalam bidang ini. Syarikat-syarikat memerlukan kepakaran kejuruteraan kimia untuk keselamatan bahan kimia yang digunakan dalam pemprosessan serta pembuangan sisa bahan kimia daripada pemprosessan tersebut.

Antara syarikat yang boleh dijadikan contoh adalah Intel, AMD, Western Digital.



#6 Industri Pemprosesan Makanan dan farmasi

Untuk industri pemprosesan makanan, terdapat sedikit persaingan antara kejuruteraan kimia dan kejuruteraan bio-kimia. Bagi kebanyakan universiti, pembelajaran biologi telah diterapkan sedikit dalam salah satu subjek pengajian, tetapi berbanding kejuruteraan bio-kimia, mereka belajar lebih mendalam mengenai penglibatan mikrobiologi dalam pemprosessan makanan. Dan bukan sahaja bidang pemakanan tetapi dalam bidang ubat-ubatan.

Antara syarikat contoh, Nestle, Vitagen, kilang ubat, Kilang serbuk kari Allagappas, dan kilang sup bunjut Adabi.




#7 Industri pemprosessan bahan kimia dan gas

Indsutri pemprosessan bahan kimia dan gas boleh didapati dalam banyak syarikat. Bahan kimia ini akan disalurkan ke syarikat-syarikat yang memerlukan bahan kimia tersebut. Contohnya, bahan kimia yang akan dihantar ke syarikat industri semikonduktor untuk penghasilan produk, bahan kimia dan gas yang dihantar ke kilang produk kecantikan untuk menghasilkan krim Vaseline, bahan kimia yang dihantar ke kilang yang menghasilkan plastik yang digunakan sebagai kerusi dan meja makan gerai dan restoren, dan tong gas oksigen dan nitrogen dihantar ke sekolah untuk membuat eksperimen kimia.

Contoh syarikat MOX (penghasilan gas)



#8 Jurutera (untuk semua bidang)
Secara amnya, jurutera boleh bekerja di mana-mana sahaja. Di mana syarikat yang memerlukan jurutera kita boleh pergi menghadiri temuduga yang diadakan. Terutaman kilang yang memerlukan kepakaran yang dipelajari oleh kejuruteraan kimia dan pengetahuan am dalam bidang kimia. Contoh position adalah seperti Project Engineer, Cost Engineer, Application Engineer dan Sales Engineer. Apa yang benar-benar diperlukan hanyalah soft skill. Kerana setelah anda menyertai syarikat/kilang tersebut, anda akan diperlukan untuk mempelajari ilmu kejuruteraan dan teknologi yang lebih mendalam yang tidak terdapat di mana-mana universiti.
Serta dalam bidang kerjaya ini komunikasi dengan bidang kejuruteraan lain sangatlah penting. Contohnya dalam bidang pemprosessan petroleum di #1 
  • Jurutera kimia perlu berkomunikasi dengan jurutera mekanikal untuk memastikan saliran paip dan pam berjalan dengan sempurna. 
  • Jurutera kimia perlu berkomunikasi dengan jurutera eletrik atau eletronik untuk sensor haba dan paras cecair dalam sesebuah tangki. 
  • Dan jurutera kimia juga perlu berkomunikasi dengan jurutera awam yang terlibat dalam pembinaan tangki baru supaya mengikut ukuran dan piawaiannya.
Update: Link untuk bacaan tambahan mengenai Chemical Engineering
http://www.onlinedegrees.org/calculator/occupations/chemical-engineers

Update: Untuk penambahan ilmu mengenai kejuruteraan kimia, anda boleh Google senarai keyword dibawah. Ini merupakan antara bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan kimia ;
- Kejuruteraan biokimia
- Kejuruteraan bioperubatan (Biomedical Engineering)
- Bioteknologi (Biotechnology)
- Seramik
- Alam sekitar
- Dinamik cecair (Fluid Dynamics) - Salah satu subjek Kej. Kimia
- Pemindahan haba (heat transfer) - Salah satu subjek Kej. Kimia
- Pemindahan jisim (Mass transfer) - Salah satu subjek Kej. Kimia
- Sains mineral
- Teknologi nano
- Reaktor
- Proses penceraian (separation processes) (Penceraian campuran (Separation of mixture))
- Proses membrane (Membrane Processes)
- Proses penyulingan (Distillation Processes)
- Proses pengkristalan (Crystallization Processes)
- termodinamik
- Teknologi partikel (particle technology)
- Polymer
- Kawalan proses (process control)
- Rekabentuk proses (process design)
- Pulp dan kertas (Pulp and Paper)


Tamat

Sampai di sini sajalah perkongsian aku dalam bidang ini. Untuk peringatan semua, pengetahuan yang aku kongsikan ini hanyalah pengalaman peribadi aku yang belum bekerja lagi. Agak-agak kalau dah kerja setahun atau dua tahun, mungkin lagi banyak info yang boleh dikongsikan. (P/S: Aku yang kini sudah bekerja dua tahun merasakan isi dalam blog ini, masih releven. Harap membantu kepada yang memerlukan)

Kepada orang yang berpengalaman, kalau ada yang terkurang, minta tolong tambahkan di bawah. Terima kasih.




159 comments:

Itu diaaaaa adik-adik. Jangan rasa down bila tak dapat course yg diminta. ^^V

Gen said...

thanks 4 sharing. :)
oh.esok result upu...cuak.


p.s:adoi.. cam nyesal sikit pulak tolak usm rituh...isk..

hehehe zul xmntk pun engineering..tpi ape pn yg dibagi insyaallah zul terima adanya...all the best to u ipai utk dunia pekerjaan

iPai said...

@Nur Syafiqah Md Takiyudin
betul tuh .. jangan down2 ...

iPai said...

@liyanalalala
minta course apakah ?

ogies said...

panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang..... xmau baca.. tok adik2, JGN MASUK SKOL KIMIA!!!!!!!!!!!!!!!!

Gen said...

dpt food tech je... huhu

Cik Pelangi said...

Kalau sains komputer cmne plak bang?? ramai org kutuk2 smbil gelak2 sbb saye dpt sains komputer dlu. saye siap nangis2 lagi. isk3

ieza ashaari said...

Kimia tak A pulak SPM dulu. Kalau tak.. hihihi..

Azwa Mohamad said...

tak minat Chem.... heheh, tapi nasib baik semua cikgu2 n lecturer Chem best! :D

saya suka subjek kimia..tapi result masa spm teruk gilerrr hoho

tiyah bukan chemist punya bidang..tapi minat untuk membaca entry neh sangat tinggi..and i did it..:) ilmu FULL LOADED..:)

semoga dapat pilih yg terbaik...

nais info gituuuuuu.. ^^

Unknown said...

ipai..industri kelapa sawit..kerja bro sekarang ni la..:)

Tea Dno said...

mcm seronok je. :)

Tea Dno said...

kimia ckup mkn je. kimia tea xleh compete fizik. huhu, pelik gk. rasanye lg minat kimia dr fizik. >.<

Tea Dno said...

ipai. tea punya theme blog tu pakai blogspot pny je. cuma tukar background. hehe. cr kt sini.

http://making-sweetness.blogspot.com

me suya said...

saya nak belaja jugak boleh bang???
buat double degree, Boleh?

nak mintak tips awek pun boleh? apakah? hahaha...

kejuruteraan kimia.. pilihan utama saya tapi terpaksa diubah menjadi kejuruteraan awam.. pasti ada hikmahnyakan..

nice info!
waa..apesal semua nak cakap pasal upu ni..habis gabra dah ni...

Tea Dno said...

tp tahun ni, usm asing dr upu ohh. so, spe yg dpt n accept tawaran usm xde lah nk dpt tawaran upu lg.

Unknown said...

walaupun xde kaitan dgn course yg eqa amik dan zaman belajar dah berlalu dah pun, tetap nak baca en3 ni.. sekadar menambah pengetahuan :) hehehe

MY LATEST ENTRI:
"Yea~ Alexa Rank Dah Capai 1,000,000 Ke Bawah :)"

Unknown said...

jurutera gaji byk :)

ct N honey said...

yang penting gaji byk.dengarnya kalau berkaitan dgn minyak ni lagi mahal..

Acik said...

aiyooo .. panjangnyer ... tp kite nak tahu sal kedoktoran, sb minat ngan kerja doktor! heheheee

Unknown said...

salwa kt skolah dlu kos kejuruteraan elektrik! :D
http://salwaismail.blogspot.com

Tea Dno said...

huhu. T__________T

senyumSOYA said...

huhuhu..master in kimia ni.. terer la ipai.. t ipai nak smbung ke keja ngn kilang buatt sup bunjut? heheheh

Mr.Superman said...

aku otw nk amik master lak ni.fuhh~selagi larat stdy la.kwin no2.haha

abglan said...

Nie kalau kerja nie gaji riban-riban.. tapi ko skor betul2 iPai, jangan memain

Anonymous said...

Pfft, pengalaman jd doktor tade? :D Hehehe.

Unknown said...

baguslah n3 ni...

Tea Dno said...

ipai. dulu scholar dpt tajaan mana?

iPai said...

@Zulqarnain Musa
tempat lain pon ok .. janji usaha betul2 ..

iPai said...

@ogies
hamboi .. larangan keras nampak .. hehehe

iPai said...

@liyanalalala
food tech pon ok ..

iPai said...

@Cik Pelangi
heheh .. apa kate cik pelangi buat review .. dah masuk kerja mesti tahu potensi kerja tuh kat mana .. hehe

iPai said...

@izfanora
hehe .. tak semesti kena A kalau join kos ni .. hehe .. janji minat pon penting gak ..

iPai said...

@Miz Novexx
cikgu chem biasanya memang best kan .. ?

iPai said...

@[sutera kasih]
suka itu bagus ... kita leh banyak belajar ..

iPai said...

@nurathirahkaman
wah atleast ada benda yang tiyah boleh sesuaikan dalam bidang tiyah ..

terima kasih ye ..

iPai said...

@vampire's lovex
yup betul gitu .. terima kasih ..

iPai said...

@Bro ahmad
owh ye ke ? kerja kat mane tuh ?

iPai said...

@Tea

kimia best kan ? hehe

iPai said...

@me suya

hehe .. nak buat pon boleh .. tak halang punya laa .. hehe

iPai said...

@Faaein Talip Roy
InsyaAllah .. ada hikmahnya .. apa2 pun usaha sehabis baik ..

iPai said...

@syarifahsidrus
wah takut ke ? sabar2 ..

iPai said...

@Tea Tea, anda sudah silap .. tawaran usm asing ni dah dari tahun lepas ..

n boleh mohon dua2 ..

iPai said...

@eQuRlz
hee .. bagus laa .. atleast kalau ada sedara mara yang amik course ni boleh ditolong ..

iPai said...

@lala shaheila
heheh .. tak banyak laa .. sama je dnegan gaji orang kerja biasa kot .. hehe

iPai said...

@ct N honey
hehe .. a ah .. yang berkaitan dengan minyak lgi banyak .. uhuhu

iPai said...

@Acik
wah nak jadi doktor ke ? bagus2 .. saya tak suka jadi doktor ..

iPai said...

@salwaismail
so nanti nak amik kos eletrik juga laa ?

iPai said...

@Tea
eh kenapa ni ?

iPai said...

@senyumSOYA
hehehe .. nak sup bunjut free ke ?

iPai said...

@Abang Stalker
master ke ? mantap gila bro ..

iPai said...

@abglan
baik abg lan .. terima kasih atas nasihat yang diberi ..

iPai said...

@Nurnajwa
hehe .. untuk dr, kena tanya dengan orang doktor .. tahu pun tahu sikit2 .. karang salah kupas plak ..

iPai said...

@alif ismail
thank u !!

iPai said...

@Tea
scholar JPA

safuan arif said...

oil & gas engineering kat UiTM same je kan dengan petroleum engineering kat UTP & UTM??

ieza ashaari said...

mmg lah x A xper.. tp kalau nak nak F, lupakan jer lah.. hahaha..

Wah, abg stalker gigih berusaha mengejar master..

kagum dg smgt belajar ipai..semoga impian ipai tercapai yeee :)

Aqila Alias said...

bang,,,peluang kerja untuk bidang nii senang tak???

Amirah said...

sy cndidate spm 2011 n tgh tggu rsult..hpefully i can score in chemist...chemist isda bez sbject...

tampujang^_^ said...

oo...chemical eng are very hrdcore...at first i also think just like the first phargraph..but just 1st year only learned chmistry..then physics..O.o

Mintak2 ahh dpt course ni

Anonymous said...

kalau ada ijazah dlm keju.kimia boleh ke kita cipta sesuatu dengan sendiri maksudnya tidak melibatkan bekerja dgn kompeni contoh penghasilan resin fiber glass...boleh ke buat sendiri hanya dengan ilmu pengetahuan dlm bidang ini.

salam.. subjek apa yg pnting dlm chem engineering??

iPai said...

@pinky asyemoqy

semua peluang pekerjaan sekarang memang susah .. kena rajin menacari ye

iPai said...

@Amirah
all the best

iPai said...

@tampujang^_^
memang hardcore .. tp menarik

iPai said...

@khairina yaww
all the best

iPai said...

@Anonymous

boleh .. boleh masuk dalam bidang research .. banyak share cara2 nak buat resin ..

tp mostly prob yg org akan hadapi, sebab takde equipment

iPai said...

@flower of hope

uiks .. susah soalan ni .. semua penting .. atau dah ada target na jadi apa dalam bidang chem eng, boleh fokus kat subjek relatif or bidang master

Anonymous said...

haha, amik bidang kejuruteraan kimia, boleh sambung master dalam forensik x?

Anonymous said...

;)

iPai said...

@Anonymous
boleh kot .. tp macam rugi je .. kalau bidang farmasi maybe ok lg ..

klau chemical engineering nnti nk kerja dlm blah farmasi kena smbung degree dlm Engineering Chemical and Bioprocess ka?

Noname said...

Saya nk tanya klau kita amik diploma kejuruteraan kimia ble ke kita sambung degree kejuruteraan petroleum

kalau thun 2018, masih ada ka lg peluang kerjaya utk engineering?

salam :)
as ur said ,nie dituju khas buat pelajar matrik ,heee
btw tq so much abg pasal info nie,saya baru habis matrik nie,and nak tanya saya dekat matrik drop fizik,so amik kim,bio,math,sn com,so boleh ke apply kos nie?
tq :)

Farhana said...

salam..x trlmbt kalau nk tnye kn? sy mmg mnat sgt kimia..alhamdullilah,result utk kimia jgk ok.. tp x taow nk pilih kos ape..asalnye nk ambik kjrteraan kimia,tp ok ke? hrap2 dpt bntu..tq

Tisya said...

Minta2 dapat bidang nie kata utm.. Minat sangat,

iPai said...

@flower of hope

kalau farmasi, ada dua part .. kalau bahagian research utk ubat baru, leh pg kat bioprocess tp kalau kat kilang buat ubat chem eng

iPai said...

@Noname
tak pasti, biasa kene bincang dgn dekan tempat degree tuh .. kalau dia boleh terima ok laa

iPai said...

@Ridzuan bin Paturusi
insyaALLAH ada

iPai said...

@faten syahira
saya ada hantar emel kat adik .. nanti rujuk jawapan kat situ ye

iPai said...

@bile jari menaip
saya dah jawab kat emel adik .. nanti tgk kat sana ye

iPai said...

@Tisya
insyaALLAH dapat .. kalau dapat buat elok2 ye

Nana said...

kejuruteraan awam ukeyh tak?. . n saya nak tanya. . betol kew politeknik tak berape laku n susa masok U?. . hik3.:)
harap dapat bantu saya yewp.

iPai said...

@Nana

kejuruteraan awam biasa ye memang ok pon .. mmg ramai dah jurutera awam ni ..

hmm, tengok keadaan juga utk poli ni ..

1. ada kawan2 poli yg kos eletronik n awam sambung belajar degree .. bagus ye dapat pengecualian unit

2. sepupu saya, agak sukar sikit nak sambung degree .. sampai lecturer degree tuh nak pg cek sistem belajar poli macam mana .. sepupu saya amik kej eletronik

3. adik saya belajar di poli utk kos ukur bahan, ada masalah yg sama nak proceed ke degree ..

Anonymous said...

abg tumpang tnye...sye dpt offer tuk ke uthm amik civil enggine...perlu x sye tkar kos...sbb ramai kate kos ni t'lalu umum n susah nak dpt keje...tambah lg sye ni pompuan...kejuruteraan ape y dceburi ramai pompuan???

iPai said...

@Anonymous

Yep, ramai kata course ni terlalu umum dan sebab itu kebanyakan universiti dah ada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan awam.

Kebiasaan ye, ia akan dikhususkan semasa tahun 3 atau tahun 4, di mana adik boleh memilih subjek pengkhususan yang adik suka atau adik yakin dalam bidang tersebut. Contoh pengkhususan yang saya dapat dari laman web UTHM sendiri adalah: bangunan, jambatan, empangan, lebuhraya, lapangan terbang, pelabuhan, kemudahan rawatan air, rangkaian paip agihan air bersih, sistem pembentungan dan rawatan sisa air, kemudahan saliran serta tapak-tapak pelupusan sisa pepejal & sisa berbahaya.

Actually civil banyak peluang kerja. Cuma ia bergantung kepada jenis kerja bagaimana yang adik berminat nanti. Kalau adik ni, jenis lemah lembut gitu, boleh cari consultant firm, kerja dalam ofis. Kalau jenis ganas2 gitu, ada juga consultant firm yang kene turun site. Civil Eng perempuan dah common skrang ni.

Adik perempuan saya pun amik civil di UTM, dan rs ye dia dah bersedia dengan persekitaran kerjanya nanti.

Kejuruteraan ape yang ramai perempuan ? Semua kejuruteraan ramai perempuan sekarang ni. Heee.

Nasihat saya adalah, adik kena cek adik berminat dalam bidang kejuruteraan apa, dan suaikan juga dengan kebolehan adik. Pilih salah satu kejuruteraan tersebut. Kemudian, explore semasa belajar 4 tahun, dan pilih pengkhususan yang paling adik yakin dengan basicnya.

hairulhensem said...

salam.saya nak tanya.saya sedang belajar bacelor kimia petroleum di upm.adakah pelung pekerjaan kos ni sama dgn apa yg dalam post ni atau dia bergantung pd kalau kita smbung mster nty?sbb dah cuba google peluang kerjaya kimia petroleum.tp results dia byk yg kejuruteraan kimia n so on.camne eh?harap dpt beri penerangan serba sedikit.thanks

iPai said...

@hairulhensem

Saudara hairul,

Saya cuba mencari info mengenai bidang kimia petroleum ini, namun saya gagal mendapatkan senarai matapelajaran/course untuk kimia petroleum.

Jika anda ada infor tersebut, boleh bekalkan kepada saya untuk saya menelitinya semula.

Saya mendapat kos info daripada senarai subjek dari UiTM (masih senarai subjek yang general) - untuk kerjaya spesifik yang saya dapat fikirkan adalah petroleum corrosion specialist.

Selain daripada ini, saya juga menjangkakan kerjaya yang bersangkut paut dengan kos Geologist dan Kejuruteraan Sumber Mineral akan mempunyai basis yang sama bagi kimia petroleum.

Untuk kerjaya yang bersangkut paut dengan kejuruteraan kimia, adalah quality control.

Dan akhir sekali, kebiasaanya sains gunaan banyak menjurus kepada bahagian penyelidikan syarikat.

Maaf, kalau tidak memberi informasi yang baik, kerana kefahaman saya terhad.

Apa yang saya boleh cadangkan, sila ketengahkan subjek (spesifik) yang pernah dipelajari dahulu, untuk mengaitkan kepada bidang kerja yang dipohon. Pihak syarikat dapat mempertimbangkan

As..kum. Anak perempuan saya bakal menduduki SPM tahun ini. Beliau berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah dalam bidang kimia. Jurusan apa yang sesuai dipohon ye?Terimakasih.

iPai said...

@Suriani Binti Atan

Wasalam. Semoga anak puan bakal mendapat keputusan cemerlang, InsyALLAH.

Menjawab soalan puan, kebiasaan untuk menjadi seorang pelajaran, seseorang perlulah melanjutkan pelajaran daripada peringkat degree (ijazah sarjana muda,3 atau 4 tahun bergantung kepada bidang), ke master (ijazah sarjana, 1 atau 2 tahun bergantung pada sistem) dan kemudian ke phd (3 ke 4 tahun).

Ini bagi menjadi pensyarah di Universiti yang kelayakan minimum adalah PhD. Bagi penyarah di pengajian diploma, sekurang-kurangnya pendidikan sehingga tahap Master diperlukan.

Jika anak puan sudah tetapkan pendirian dalam menjadi pensyarah dalam bidang kimia, anak puan boleh mula dengan matrikulasi selepas SPM. Kemudian ijazah Sains Kimia (atau Kejuruteraan Kimia), Master dan PhD.

Moga jawapan saya membantu

Anonymous said...

Kejuruteraan kimia is simple explained as:

Beras->periuk nasi-->Nasi
or
Input-->process-->Output
or
Bahan Mentah-->Masak2-->Product

Kejuruteraan kimia terlibat dalam proses( Pressure, temperature,pH etc of process)

P/s: Serba sedikit ttg kejuruteraan kimia

btol x admin? :)

hayati said...

tengah cari2 nak buat survey tempat LI, jumpa blog nih,..mmg terbaik la,..selalunya sy jenis x suka membaca benda berjela gini,..tp sy tiba2 tertarik dgn cerita2 pasal kejuruteraan kimia =)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
nuri said...

assalamualaikum boleh tak bagi komen or cadangan untuk cari tempat LI..dah apply banyak..tp xde respons

zetty said...

as salam, sy sedang mengambil ijazah major kimia masuk sem ke 2, sy ingin bertanya, bolehkah sy melanjutkan peljaran dlm bidang chemical engineering pada peringkat master nnti? sy lebih minat engineering cuma xdapat kursus yg diminta peringkat ijazah n agak kecewa.. mohon penjelasan. tq

Anonymous said...

Assalamualaikum en naufal.
berkenaan prospek kerja dalam bidang kimia malaysia lebih terkenal dengan kejurteraan kimia tak kisah lah dalam pengkhususan apa pun.Tapi kalau kimia perindustrian, agak kurang menyerlah? (setuju ?)
(1)apakah beza kimia perindustrian dengan kejuruteraan kimia, walhal keduanya akan bekerja juga dalam bidang industri?
(2)dan bolehkah individu yang mengambil kos kimia perindustrian secara langsung atau tidak menjadi jurutera disesebuah syarikat tempat kerja?
(3)bagaimana pula dengan ahli kimia. apa beza ahli kimia, dorang yang beljar kos ni nak kerja apa nanti? jd dokter ke?

-nana chems-

iPai said...

@Anonymous

Nice ... trima kasih .. explanation yang bagus ...

iPai said...

@hayatiHee, terima kasih laa baca ..

iPai said...

@Dhabitah Kamaruzzaman

Saya kurang pasti mengenai teknologi kimia .. Saya ada seorang rakan yang mengambil jurusan ini, tetapi saya tidak sempat membandingkan intipati jurusan ini ..

Tetapi melalui pemeriksaan saya terhadap struktur kursus ini, saya boleh simpulkan tekonologi kimia ini merupakan satu kursus pertengahan antara kejuruteraan kimia dan sains kimia ..

anda boleh search di google atau laman web universiti yang menawarkan kursus ini

Harap membantu

iPai said...

@nuri

cadangan saya, cik nuri boleh pergi ke laman web http://e-directory.com.my/ dan melayari mengikut kriteria cik nuri ..

Semoga berjaya yee

iPai said...

@zetty

Boleh, tidak ada masalah .. ini kerana peringkat ijazah bergantung pada bidang research yang akan di ambil ..

Contohnya, saya mengambil jurusan kejuruteraan kimia, dan ingin melanjutkan ijazah dalam bidang corrosion .. dan saya dapati ia ditawarkan dalam pusat pengajian/fakulti sains kimia ..

Itu contoh daripada pihak saya sahaja .. Untuk mendapat kepastian, anda boleh bertanya dengan bahagian kemasukan atau mana-mana expo pendidikan ..

Moga dapat pencerahan

iPai said...

@Anonymous

Cik nana chems,

a. Macam mana laa cik nana tau nama saya

b. Saya kurang pasti kalau kimia perindustrian agak kurang menyerlah

1. Keduanya akan bekerja di industri, saya setuju .. Yang membezakannya adalah kursus ijazah tersebut. Di Malaysia, berlakunya kebanjiran pemegang ijazah yang menyebabkan, graduan sukar mendapat kerja .. ini kerana bilangan graduan untuk sesuatu bidang tidak dikawal dan menyebabkan penganguran berlaku .. dalam pada yang sama, berlakunya campur aduk sehingga tidak dapat membezakan graduan kej kimia dan kimia industri ..

2. Mengikut perundangan Malaysia, setiap jawatan jurutera mestilah dipegang oleh jurutera yang berdaftar di bawah IEM dan BEM, walaupun dia pemegang ijazah kejuruteraan sekali pun ..

Untuk pendaftaran IEM dan BEM, akan disenaraikan kejuruteraan untuk pendaftaran disertakan dengan pengesahan kursus ijazah sarjana muda oleh IR .. Maka saya kurang periksa bagaimana untuk kes pemegang ijazah bukan kejuruteraan.

3. Ahli kimia banyak berfokus kepada knowledge chemical serta teknik-teknik dalam research kimia. Jika dibandingkan ketiga2 course ini, secara mudahnya

Sains Kimia - Scientist
Kimia Industri - Technologist
Kej Kimia - Engineer

Technologist lebih kepada aplikasi kepada ilmu kimia itu sendiri.

Ahli kimia boleh bekerja dalam kilang prosessan (secara mekanikal atau elektronik) yang mengunakan bahan kimia.

Ahli kimia boleh bekerja dalam bidang penyelidikan.

Dan lain-lain, mengikut keperluan syarikat2 dalam memerlukan pekerja dalam kefahaman kimia

Anonymous said...

assalamualaikum ,abg tahun ny saya nak amik spm , saya minat dalam kejuruteraan kimia , subjek apa yang saya kena skor selain kimia ? kalau xada bio bleh x sya ambil bidang ni ? 1 lg skrang-krangnya gred apa yg sya msti dpat dlm sbjek kimia ? TQ .

Anonymous said...

assalam ? abg , subjek chem eng ni susah x ? kalau nk msok chem eng kna dpat skrang-krangnya bpa A ? dan sbjek apa yg kita blajar dalam fakulti ni ? sekolah saya x ada bio , bleh x klau saya nak msuk chem eng ? tpi fzik , chem dan add math sya amik .

Diah Sulam said...

utp for?

iPai said...

@Anonymous

Wasalam adik. Adik apa khabar?

Kalau minat keju kimia, cuba target result yang sebagus mungkin yang adik boleh dapat. Biologi takde, tidak mengapa. Yang penting, masuk matrix, skor setinggi yang mungkin dan apply ke kejuruteraan kimia ..

All the best untuk SPM ye .

iPai said...

@Anonymous

Wasalam .. subjek chem eng susah ke x ? Mana subjek yang kita belajar ada halangannya dik. Amik SPM dulu pun abang rasa susah juga, sama macam adik rasa.

Kalau adik nak masuk chem eng, SPM ada skor setinggi mungkin ye. Yang paling dekat sekali adalah masa kat matrix nanti. Adik kene skor tinggi. Bio takde tidak mengapa dan subjek sains yang adik amik tu pon dah cukup untuk keperluan ..

All the best !!

Unknown said...

Sy dgr keju kimia ni adalah antara keju yg pling susah. Btulke? Lg satu, keju kimia bnyk main fizik x? Sy bkal mlnjutan pljrn dlm bdang kjuruteraan di jepun tp x plih lg bdang apa.

Anonymous said...

salam, saye lepasan spm 2012 n ada beberapa soalan ttg chemical engineering. boleh tak sye tnye via email utk lebih jelas. thanks :)

iPai said...

@Choi JinHa

Ramai yang kata macam tu. Tapi bagi saya, yang kata susah sebab dulu mereka susah nak grab subjek belajar kimia ..

Dan saya juga rasa, kalau amik kejuruteraan yang lain pun ada susahnya juga .. It just of matter, usaha gigih je ..

All the best ye.. pilih elok2 .. Moga komen ini membantu

Anonymous said...

Salam. Sy lepasan spm nak ambil keju. Tekno. Kimia di uthm tp bolekah bila utk smbung degree sy ingin mengambil kejuruteraan kimia ( oil n gas) ? Ap beza keju.tekno. Kimia dgn keju. Kimia shja? Apkah peluang pkrjaan bg lulusan keju. Tekno. Kima sma dgn keju. Kimia? Harap dpt menjelaskan nya. Tq.

Email: farahanie_95@hotmail.com

Anonymous said...

assalamualaikum.
saya student asasi sains.
layak tak kalau saya ambik chem eng tp pointer hnya ada math, bio , phy ?
sbb saya sure 100% subject chem saya tak diambil kira untuk result UPU nt.

syazwanee said...

kalau nak jadi ahli kimia kann , diploma kena ambila apa ?

syazwanee said...

kalau nak jadi ahli meteorologi , dekat diploma nak ambil apa ?


maaf lari sikit dari perbincangan :D

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya minat sgt subjek chemist, just chemist, fizik kurg ckit..agak2 la kan sy ni bleh ke mnceburi bidang kejuruteraan??
n sy bru dapat tawaran matrikulasi, mne yg sesuai utk sy ek, sains hayat or sains fizikal??
ayh galakan sy ceburi bidang berkaitan farmasi..but i hate biology..
so acaner...mnx pndapat ckit.. :-)

Unknown said...

salam...nak tnya..saya baru lepasan matrik..saya berminat juga ngan chem eng..berapa ek pointer untuk ambik kos ni...kos chem eng kat uitm ada juga kan...agar bg pendapat:)

Unknown said...

salam...nak tnya..saya baru lepasan matrik...alhamdulillah pointer sem 1 boleh tahan...skrng tggu pointer sem II...so sya nak tnya bapa ek pointer untuk ambik chem eng??..kat uitm kos ni ada juga kan...agar bagi extra information untuk saya..:)

assalam..=)
nak tanya..sy nie ex matriks so sy sedang konfius whether kimia perindustrian or sains kimia or kejuruteraan kimia yg sesuai...sy lebih berminat kpd physical chemistry berbanding organic chemistry...tp still bley skor organic...
1)subjek kejuruteraan kimia lebih kepada math n fizik ke?or major kimia?
2)organic chemistry diajar secara mendalam ke dlm kej.kmia?
3)organic chemistry diajar secara mendalam dlm course yg mne?kmia perindustrian?major sains kimia?
4)kalau muet band 2 bley ke dpt course chemical engineering?
5)ape beza course oil & gas or petroleum dengan kej.kmia tulen?
6)course yg mne lebih benefit whether kej.kmia tulen or kej.kimia petroleum?

perhaps setakat tu jer soalan sy...harap saudara dpt membantu sy yg sdg dlm konfius nie...thanks a lot...=)

Anonymous said...

Salam bang ,saye lepasan spm 2012 .saye nk tnye abg mane patut sye pilih antara matrik n diploma dlm bidang kejuteraan kimia.klo sye pilih matrik saye tkot x ley bwk n xlayak mohon kejuteraan kimia lps matrik nanti.???

iPai said...

@Anonymous

Soalan: layak tak kalau saya ambik chem eng tp pointer hnya ada math, bio , phy ?
sbb saya sure 100% subject chem saya tak diambil kira untuk result UPU nt.

Maaf kerana lambat menjawab soalan. Saya kurang pasti terhadap ini kerana sistem dulu dan kini mungkin sudah berubah. Sefaham saya, sistem hanya mengambil kira total GPA untuk seluruh result matriks.

Moga membantu

iPai said...

@syazwanee

Biasanya nak jadi ahli kimia, ambil Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia - degree.

Untuk diploma, Diploma Sains - setakat yang saya tahu hanya ada UiTM Pahang

iPai said...

@syazwanee

Maaf. Untuk Meteorologi, saya tidak berapa pasti. Maaf

iPai said...

@Anonymous

Soalan:
assalamualaikum...
saya minat sgt subjek chemist, just chemist, fizik kurg ckit..agak2 la kan sy ni bleh ke mnceburi bidang kejuruteraan??
n sy bru dapat tawaran matrikulasi, mne yg sesuai utk sy ek, sains hayat or sains fizikal??
ayh galakan sy ceburi bidang berkaitan farmasi..but i hate biology..
so acaner...mnx pndapat ckit.. :-)

Jawapan;
Maaf lambat jawap. Adik punya kes ni serupa sangat macam saya. Apa yang jadi kat saya adalah, saya amik sains hayat, dan pulun kasi paling terbaik.

Kemudian, adik boleh pilih course yang adik nak. Pointer tinggi, mana2 pon boleh pergi kan ? Biasanya pada peringkat matrikulasi, masih umum sebelum ke degree.

Moga membantu. Maaf lambat jawab ye

iPai said...

@Hafiz Hafize

Saya tidak berapa pasti tentang pointer. Kerana, setiap tahun benchmarknya berubah.

Tapi setahu saya semasa di tahun akhir, result penerimaan dari matrik biasanya sudah menghampiri kepada 4.00. Lain U, lain benchmarknya. Moga dapat yg terbaik ye.

iPai said...

@Atieqah_nuriz

Soalan:
assalam..=)
nak tanya..sy nie ex matriks so sy sedang konfius whether kimia perindustrian or sains kimia or kejuruteraan kimia yg sesuai...sy lebih berminat kpd physical chemistry berbanding organic chemistry...tp still bley skor organic...
1)subjek kejuruteraan kimia lebih kepada math n fizik ke?or major kimia?
2)organic chemistry diajar secara mendalam ke dlm kej.kmia?
3)organic chemistry diajar secara mendalam dlm course yg mne?kmia perindustrian?major sains kimia?
4)kalau muet band 2 bley ke dpt course chemical engineering?
5)ape beza course oil & gas or petroleum dengan kej.kmia tulen?
6)course yg mne lebih benefit whether kej.kmia tulen or kej.kimia petroleum?

perhaps setakat tu jer soalan sy...harap saudara dpt membantu sy yg sdg dlm konfius nie...thanks a lot...=)

Jawapan:
Details sungguh soalan adik ni;

1) Kejuruteraan kimia ada mathnya, fizik (dalam kimia)nya dan major (of course) kimia. Semuanya ada. Bercampur. Dan ia tidak seperti subjek di matriks

2) Organic chemistry hanya ada 1st year sahaja. Kerana ia adalah basic.

3) Sains Kimia dan Kimia Inds. pun ada juga. Details (Ajaran secara mendalam) bergantung kepada penggunaan setiap kursus pengajian. Rasanya yang paling mendalam adalah sains kimia.

4) Muet band 2 hanya untuk tahap english, dan ia hanya tertakluk kepada sistem di Universiti. Contoh; Di USM, muet bawah 3, kena ambil kurus English tambahan di 1st year.

5) Oil&Gas or Petroleum engineering adalah khusus hanya kepada pembelajaran dalam petroleum dan carigali minyak. (Seismic study, Exploration, Drilling dan Crude Oil).

Manakala dalam kejuruteraan kimia, adalah pembelajaran pemprosessan kimia atau petrokimia. (design, sizing, efficiency equipment: vessel, pump, column dll)

6) Kej. kimia Tulen - General. Maka selepas graduasi masih mempunyai banyak pilihan dalam bidang kerja. Dan still boleh pergi ke oil&gas dan petroleum.

Kej kimia petroleum - Specifik kepada petroleum. Masih boleh ke bidang lain, tetapi agak janggal.

Harap membantu. All the best

iPai said...

@Anonymous

Soalan:
Salam bang ,saye lepasan spm 2012 .saye nk tnye abg mane patut sye pilih antara matrik n diploma dlm bidang kejuteraan kimia.klo sye pilih matrik saye tkot x ley bwk n xlayak mohon kejuteraan kimia lps matrik nanti.???

Jawapan:
Soalan dilema ni dik. Memang itu yang dilema selalu orang hadapi. Moga adik wat solat istikharah dan mintak ditunjukkan yang terbaik utk adik.

Moga terbaik utk adik

Anonymous said...

As salam..
Mohon pendapat berkenaan ini..Kalo terima tawaran matrikulasi n diploma kej. kimia di uitm...mane lebih baik..kalo masuk matrik takut tak dapat course kej. kimia tuk degree lepas ni or boleh teruskan dgn diploma dahulu...mohon pencerahan..

tq...

-narsha-

Unknown said...

salam..sy follower baru blog ni..sy dpt twaran uitm dlm course chemical engineering ni...sy juga dpt twaran matrikulasi aliran sains..dan skarang ni tgah pning nk pilih..harap dpt bgi pndapat..

iPai said...

@Anonymous
@hamimi shafika

Kepada narsha dan hamimi,

Soalan anda lebih kurang sama. Saya gabungkan pendapat saya ye

Jawapan:
cadangan saya adalah, adik cek kemasukan daripada matriks ke Universiti untuk course Kej. Kimia sekarang. Kemudian adik kaji, pilihan subjek di matrikulasi. Silibusnya dan cuba anggarkan kemampuan adik2.

Jika adik tidak yakin dengan subjek matrik untuk mendapat keputusan tersebut, adik boleh memilih jalan ke diploma.

Dan kuatkan diri adik untuk terus belajar sehingga habis ke peringkat ijazah ..

Biasalah, nanti kat tengah2 tu banyak cabaran yang membawa adik lupa dengan target yang adik letak sekarang .. sentiasa beringat ye dik .

Selamat maju jaya !!

Aqila Alias said...

Salam abg..boleh tak nak tahu list subjects utk chem engin?

Anonymous said...

salam, kalau ade mslh pnglihtn rabun jauh, boleh ke masuk bidang ni?

Saya adalah salah seorang graduan dalam kejuruteraan kimia. Graduate from University Malaya. Sekadar ingin berkongsi pendapat. Kalau nak ambik course ini terutamanya di UM, sila bersedia dari persediaan mental dan fizikal, sebab kebiasaan untuk 'repeat paper' dan tidak grad on time adalah biasa. Pasti kan ada hubungan dengan mana2 tajaan supaya terus dapat kerja yang diingin kan. Kalau betul ikut cara, Chemical Engineer memang 'in demand' sekarang. Good luck!

iPai said...

@Mushi Mushi

Salam dik ..

Senarai subject list boleh adik pg kat link yang saya bagi ni ye

http://chemical.eng.usm.my/v2/programmes/undergraduate/curriculum

Saya graduate dari USM, jadi saya bagi USM punya. Untuk Univ lain, subject list lebih kurang sama. Kecuali untuk course Chemical Engineering yang mempunyai pengkhususan ..

Contoh pengkhususan yang ada di UTM adalah pengkhususan Bioproses dimana ada subjek khas untuk bioproses.

Di USM tiada pengkhususan.

iPai said...

@Anonymous

Setakat ini tiada halangan untuk itu .. teruskan yee

iPai said...

@NurulHilaliahYussof

Tq Puan Hilaliah. Perkongsian yang menarik.

Anonymous said...

Saya dapat tawaran kejuruteraan kimia di unikl. Boleh sy tahu course ni di unikl okay ke tak? Ada yg cakap okay. Ada yg tak. Harap boleh jelaskan. Tq :)

AlieeAloya said...

Salam.abg sy nak tny kos kimia industri dan kimia proses ni dua benda yg berbeza ke?
apa bidang kerja tuk kos kimia&proses ni?
boleh tak terangkan secara umum pasal bidang kimia&proses ni.

AlieeAloya said...

Salam abg ,sy lepasan matrikulasi nak tanya kos kimia industri dan kimia proses ni dua benda yg berbeza ke?
boleh tak abg terangkan secara umum bg kos kimia&proses niterutamanya bidang kerjy.

Anonymous said...

Salam.sy dapat kos kimia industri.sesuai ke untuk perempuan ? Ramai kate kos bkaitan kimia bhaya

Unknown said...

salam..sy lepeasn mtrikulasi..and baru je tahu result upu..sy dpt usm-chem eng and utm-sn kimia..bg pndpt abang sendiri,kursus apa yg lebih ok?

iPai said...

@Anonymous

Jika adik tak mahu pergi ke arah industri kimia (aka kilang proses kimia) adik boleh pergi ke bidang Master yang lebih cenderung/sesuai untuk perempuan ..

iPai said...

@Anonymous

Salam, maaf ye dik, biasa soalan macam ni, adik kene cari tuan empunya diri yang pernah belaja di sana.

Kenalan abang yang belaja di sini (sorang je pon), abang tengok bagus dari segi praktikal teori yang dipelajari. Agaknya itu kelebihan belajar di sana.

Namun, peluang selepas itu dikira sama rata dari semua Universiti

iPai said...

@AlieeAloya

Salam dik .. berbeza dua ni ..

Sains Gunaan : Kimia Industri
Kejuruteran : Kej. Kimia (Proses)

Itu yang setakat yang saya penah dengar .. saya tak pernah dengar lagi kalau sains gunaan untuk kimia proses.

iPai said...

@bunga daisy

Sains Kimia ialah ijazah Sains gunaan manakan Kej Kimia ialah ijazah kejuruteraan ..

apa yang lebih terbaik adalah kursus kejuruteraan .. dan ia lebih tough ..

dan kalau adik ni dapat offer kat USM, mesti antara best student dr matrik ni ..

apa2 pon, terpulang kepada adik untuk decide . apa yang lebih penting, yang mana adik boleh score dengan lebih baik ..

All the best

Unknown said...

salam nak tanya , kursus dalam bidang kejuruteraan kimia ni banyak tak nak kena keluar duit? contohnya seperti peralatan semasa pengajian. Dan susah x bidang ini untuk score semasa di universiti ?


mohon admin reply ke email saya. muhdnazriothman@gmail.com

mohon admin bantu saya...

Anonymous said...

Salam. Saya ditawarkan course civil engineering di UPM dan USM. Mana satu uni sy patut pilih?

Then, kalau saya rabun jauh, boleh ke saya masuk bidang ni? saya takut syarat2nya tak boleh rabun.

wany said...

Salam

saya nak tanya perbezaan antara kursus :

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) kimia dan proses dengan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia.

dan ape skop kerja bg kedua-dua kursus. sesuai tak dengan perempuan.

di harap saudara ipai dpat menjelaskannya. hehe. thank you :)

Anonymous said...

Assalamualaikum..
tq for the info..
insyaALLAH, sy akan sambung deg dlm bidang chemical engineering sept nnt..
saya akan cuba yg terbaik utk menjadi bakal engineer yg berjaya.. ^__^
terima kasih sekali lagi :)

iPai said...

@Anonymous

Soalan: Salam. Saya ditawarkan course civil engineering di UPM dan USM. Mana satu uni sy patut pilih?

Then, kalau saya rabun jauh, boleh ke saya masuk bidang ni? saya takut syarat2nya tak boleh rabun.

Jawapan:
Saya menyarankan agar adik memilih yang mana yang adik boleh score. Kalau adik pernah mengambil jurusan civil semasa di sekolah teknik, bagus juga jika diteruskan ..

Setakat yang saya tahu, tidak pula syarat yang berkenaan dengan rabun, kecuali bila dah masuk alam kerjaya, dan itu pon tertaluk kepada bidang kerja tertentu sahaja ..

Moga adik baik2 sahaja ye

iPai said...

@wany

Salam adik Wany, seingat saya, keduanya tidak mempunyai beza kerana nama kursus ni agak berlainan di setiap universiti.

Apa yang adik perlu fokuskan adalah elektif yang ditawarkan dimana pada tahun 3 atau tahun 4 nanti, adik akan perlu memilih subjek elektif yang akan dinyatakan dalam sijil degree adik .. sila semak, elektif kedua2 kursus sarjana tu ye..

iPai said...

@Anonymous

All the best to you .. Moga cita-cita adik tercapai dan dapat join chemical engineer yang lain ..

Kuatkan usaha dan teruskan kejayaan ..