Eid Mubarak 2013

August 18, 2013 iPai 0 Comments

Salam

Eid Mubarak! Selamat hari raya Aidil Fitri! Maaf Zahir batin! Kepada semua yang mengenali aku. Moga semuanya berada sihat sejahtera dan bergembira bersama keluarga sepanjang sambutan raya.

Ramadhan macam biasa, hanya di sini dan menjalankan hari-hari biasa. Boleh baca banyak lagi kat sini.

Aku menyambut raya di perantauan lagi. Kali ke-4 kalau dikira dengan raya haji sekali. Hahah

Nak share laa macam mana menyambut raya di sini. Atleast pengalaman member sekali kat sini aku cerita. Sebab kalau ikut style aku raya, lame skit. Aku suka duk rehat, dan tunggu orang bawa aku jalan-jalan, baru aku ada hati nak pergi beraya. Hahaha. Jadinya sepanjang raya ni, aku duk umah je. Makan, masak, tido. Kekeke.

Disebabkan member kat sini dah ramai (nak dekat 60 orang), memang banyak ragam yang ada. Dan ofkos meriah sikit laa tahun ni. 

Raya kat Madinah

Ingat lagikan aku cerita pasal KRMJ. Kelab komuniti orang Malaysia yang handle trip pergi Mekah dan Madinah dan lain-lain. Bagi sesiapa yang tak balik, mereka propose pergi ke Madinah. 

Kenapa tak ke Mekah? Sebab minggu sebelumnya dah ada trip ke Mekah, dan malam raya sangat ramai orang. Ada yang gambarkan, ramainya orang tu melebihi orang pergi haji. Orang kata laa, aku tak tau. Haha

Biasa trip Madinah, pergi hujung minggu, balik sampai rumah pagi hari Sabtu dan terus pergi kerja. Bila hari raya ni, banyak masa yang ada untuk berjalan sana sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah awal Islam di Madinah.

Dan menurut member yang turut serta, ada ustaz (yang dah duduk lama kat Madinah) sukarela nak bawa diorang ni jalan tempat sejarah di Madinah.


Raya kat Dubai

Ada juga 3 orang member ni take short gate-away to Dubai. Tak semua orang boleh pergi sebab mostly dari kami takde resident visa. Kami hanya ada temporary visa, kalau keluar dari Saudi, alamatnya kena patah balik ke Malaysia buat visa baru dulu.

Jadi menurut mereka bertiga ni, bercuti di Dubai memang sangat berbaloi. They said, they found civilization there. Haha, over sangat, nampak sangat orang kat sini sangat kuang ajau.

So of course mereka ke Burj Khalifa dan tempat-tempat lain tu. Aku pun dah tak ingat sangat mana diorang pergi. Katanya bestlaa senang cerita. Mentaliti orang sana berbeza sangat-sangat kata mereka lagi.


How do I spent my raya?

So the main issue is, how do I spent my raya? Hmm, I remember I woke up early that morning. It is 4 am, and it is already iqamah for Fajr prayer from nearby Mosque. I washed up and performed solah at house (pemalas betul aku ni pergi masjid. Haha). Then get to the kitchen and starting to cook that I planned a day before. Masak kuah lontong.
The Eid prayer started 5.30 am, and again I missed it AGAIN. Busy preparing the food. We set up and prepare our meal and by the time people that just got back from Eid prayer, we just sat together and eat.

We had nasi impit, which we already kept it for almost one year (some of it dah ada kutu beras haha). We have kuah kacang, we have kuah lontong, we have 2 roll lemang instant. Hahah. Kesian. Ergh, I cannot recall what else we had that morning. Basically, we enjoyed our Eid that morning.

Until 8 am, most of us already went to PC or smart phone to call our parent and family back home, wished for Eid and ask for forgiveness. 

I kinda preserve my excitement for raya. And I always do that. I never realize why. It just felt emotionless. Maybe, so that something in the future can't hurt me.  

Boring me. Bleurgh. Nak tido.

Well, Eid Mubarak 2013. Looking forward to next Ramadhan.

0 comments:

Lagi, persoalan terjawab

August 09, 2013 iPai 0 Comments

Salam



Selamat hari raya semua

0 comments:

Persoalan terjawab

August 07, 2013 iPai 0 Comments

Salam



0 comments:

Sesi interview dengan Solvay

August 06, 2013 iPai 0 Comments

Salam


Disebabkan aku dah nak habis kontrak kat sini, haruslah aku mencari kerja yang lain. (Takkan nak tunggu kerja tu datang bergolek jemput kita kan?). Jadi kesempatan yang lalu, dapatlah aku apply process engineer position dengan Solvay.

Solvay ni merupakan Belgian chemical company dalam manufacture Hydrogen Peroxide. Company ni akan buat joint venture dengan company di sini, Sadara (Company yang besau gila babeng, paling terbesar akan di bini setakat tahun 2013)

Aku jumpa position ni pun secara tak sengaja. Bila dikata tempat bakal bekerja di Jubail, Saudi Arabia, aku terus apply. Dalam kepala dah berangan dapat duduk di negara arab dan berdikari sendiri. Poyo! -_-a

Online assessment
Seingat aku, selepas beberapa minggu aku apply, dah ada orang follow up dengan online assessment. Biasanya company yang dah international macam ni, memang ada test2 macam ni. Ada 3 kategori;  

1.Ujian kira-kira
Dia bagi table/pie chart/ dan segala macam chart dengan soalan-soalan yang korang kena kira. Tak de kira-kira macam matematik tambahan yang kene derive bagai tu. Yang paling penting korang cekap tangkap data untuk dikira. Biasa memang tak sempat abes jawab pon. Tips yang aku pakai, mesti jawab semua (walaupun salah) =P

2. Ujian kefahaman (English)
Diorang bagi petikan/ karangan pendek. Lepas tu dia bagi pilihan jawapan Yes/No/Cannot Say. Simple je. Hahaha. Simple laa sangat. Yang susahnya Cannot say tu untuk info yang tak de dalam petikan. Haish susah sangat nak explen, nanti kalau korang jumpa, korang tau laa. 

3. Psikologi
Yang ni tak yah fikir panjang, jawab sudeh!
 
Phone interview
Lepas tu phone interview. Dengan aku tak perasannya e-mel dia bagitau nak telefon. Nasib juga aku alert baru lepas masak makan malam. Kalau tak, tak berjawab telefon tu haa. Orang yang call pun daripada Solvay branch UK, duk tanya napa laa aku nak sangat kerja yang diorg offer tu. Habis dung dang dung dang, akhir kata tanya, boleh datang UK minggu depan untuk group interview. Pergh, dia ingat pergi UK tu macam Malaysia pergi Singapore ke. Dan menjawablah aku, pasai short notice, tak boleh datang.

Face to Face interview
Haa, jangan ingat peluang aku terkubur sahaja bila tak dapat datang UK. Rupanya depa ni ada nak datang Saudi untuk menguruskan pendaftaran company diorg. Sambil-sambil tu diorg panggil orang yang nak interview. Dengan segala yang dipermudahkan, aku dapat menghadiri ke tempat interview. Yelaa, kereta tumpang orang, pakat dengan driver company. Siap main rahsia-rahsia lagi. Tak kecoh-kecoh, takut ada orang tahu. 

Ada 3 orang yang interview aku. 2 orang Belgium dan sorang orang Tunisia. Sorang Plant Manager, sorang Process Manager, dan sorang lagi Plant Superintendetn. Semuanya jawatan besar-besar ni. Aku pun perkenalkan diri sendiri, cerita experience sikit. Dan lepas tu diorang stat tanya soalan susah-susah kat aku. Susah wa cakap lu;
 
Kenapa tinggalkan Malaysia yang cantik dan datang bekerja di Saudi Arabia yang takde pape ni?

Aku pun dah tak ingat apa yang aku goreng. Kemudian dia tanya sikit pasal kerja aku. Tanya sikit pasal basic chemical engineering (siap bagi satu soalan masa aku first year lagi) dan soalan teka-teki. Dan ada juga dia bagi drawing suruh explain apa yang aku faham dalam drawing tersebut.

Kemudian habis. Secara keseluruhan memang best kalau interview dengan orang belah Europe ni. Diorang tak kondem2. Bila aku tanya, macam mana performance aku, apa yang dia jawab adalah; interview process bukannya nak tengok performance bagus ke tak, tetapi melihat orang yang diinterview tu sesuai dengan kerja yang diorang nak offer. (Dalam hati budget nak dapat laa)
 
Proses tunggu keputusan
Tunggu keputusan adalah benda yang tak best. Korang tunggu punya tunggu dan tak tau apa nak fikir. Macam tak keruan. Sampai tarikh yang dijanjikan, diorg jawab company registration tak settle lagi. Tunggu plak tarikh kedua, baru laa boleh bagi jawapan, itupun still diorg tak settle dengan register. Agakan aku, perkara biasa je tu dengan orang Saudi. Lambat itu normal. Hahaha

Jawapannya;
Tak dapat

Nak lagi best, mula-mula dia kata kalau first choice (orang) diorang kata 'No', baru laa job tu dia offer dekat aku. Nak wat cane kan. Takde rezeki. Start dari situ laa, aku mula bergiat cari kerja di Malaysia.

The end

0 comments: