Assalamualaikum, pak cik

July 31, 2011 iPai 41 Comments

Salam

Di saat, pak cik pengumuman memberitahu esok puasa, hati aku melonjak gembira. Setelah hampir 7 tahun berturut-turut menghabiskan banyak hari puasa di tempat belajar: sekolah asrama, matriks, universiti, tahun ini aku dapat berpuasa sepenuhnya di rumah. 

Cepat-cepat aku bersiap dengan baju melayu yang dah lama tak pakai dan kain pelekat yang tersorok kat celah-celah almari. Al maklumla, aku kureng sikit dengan baju melayu dan kain-kain pelekat ni. Peristiwa kipas kuat yang mengembangkan kain pelekat aku macam skirt memang tak boleh aku lupakan.

Masuk ke dalam kereta bersama-sama adik dan menuju ke surau. Setelah memastikan kereta dikunci, aku bergerak ke arah pintu masuk surau, menuruni tangga. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah sedang khusyuk melihat orang masuk melalui pintu tersebut.
Tatkala aku melangkah masuk ke pintu itu, ada seorang budak yang terlebih ramah;

"Assalamualaikum, pak cik"

Erk, tua sangat ke aku ni ?


Adik aku paling kecil pun perasaan keadaan itu, memandang aku dan bersenyum sinis. Hampeh, nak perli aku juga laa tuh


Selamat berpuasa ye. Jangan lupa pasang niat

41 comments:

Rambut sama hitam, lemak lain-lain

July 31, 2011 iPai 72 Comments

Salam


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger sekelian. Di harap Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Pada bulan ramadhan ini saya mungkin jarang nak online, kalau online pun mungkin membalas kunjungan kawan-kawan blogger. Jadi jarang post entri macam selalu. Untuk itu, saya juga me-repost entri yang saya sendiri suka membacanya, Rambut Sama Hitam, lemak lain-lain. Selamat beribadat kepada semua. Akan merindui kamu semua.

Huish, apa cita pasal lemak-lemak ni. Sensitif tuh. Dah laa baru habis belajar. Duduk lepak-lepak kat rumah dan buat aktiviti membesarkan perut je. Mana tak bertambah lemak tu ?
:takmaudengar:Stop !! Tak mahu dengar cerita pasal lemak lagi ok.

Bakat ?
Bagi aku, aku definasikan bakat ini sebagai satu keupayaan seseorang untuk membuat sesuatu. Contohnya, mamat A menulis cerpen, dan mamat B pun menulis cerpen. Tetapi apa yang membezakan keduanya adalah, mamat A menulis cerpen sehinggakan membuat orang menangis membacanya, berbanding mamat B. Maka Mamat A dikatakan ada bakat menulis cerpen.

:korekhidung: Mamat A kuat tipu kot, sebab tuh cerita dia bes

Bakat juga diertikan sebagai kelebihan, dan kelebihan ini selalunya digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan juga kebaikan bersama. Ada di antara kita, menjadikan bakat itu sebagai sumber pendapatan. Kalau korang dalam keadaan ni, korang antara yang bertuah. Kenapa aku kata bertuah ? Korang dapat bekerja dalam keadaan kemampuan maksima korang dengan bakat yang ada itu.

Manakala, ada yang menggunakannya hanya sebagai hobi dan pengisian masa lapang sahaja atau dipanggil aktiviti sambilan. Orang yang macam ni pulak tidak semestinya tidak bertuah macam aku bagitahu kat atas tadi. Dari sudut positifnya, korang yang seperti ini lebih verstail sebab korang pakar dalam dua benda. Satu dalam kerjaya, yang tidak melibatkan bakat terhebat korang dan satu lagi dalam hobi korang, dengan bakat yang korang ada itu.
:pening:Bersimpang siur ayat sampai pening dah ni

Sebelum aku nak cerita lagi pasal bakat, nak ajak korang tengok video ni dulu, tak nak tengok pun takpe. Video aimanazlan90 dalam isu yang ingin bentangkan iaitu;



:gongxi:Kredit to SweetPearl sebab tunjuk video ni kat aku. Suka tak ?
(mengharapkan korang sama terpegun macam aku terpegun)

Jadi dalam video ni, aimanazlan90 mengutarakan hujah-hujah dia pasal macam mana kita nak mengelak buruk sangka terhadap orang lain. Dengan erti kata lain, macam mana nak baik sangka dengan orang. Benda pertama yang aku terpegun , adalah penggunaan English dia.

:nangisbangga:Nak sangat aku dapat cakap English macam dia.

Dan yang kedua adalah cara dia menyusun isi-isi dia untuk disampaikan kepada orang lain, agar orang lain dapat faham dan ia akan diterima ramai. Dan pada saat aku habis tengok video ini, aku merasakan dia sebagai orang sangat berbakat dalam bidang sebegini, iaitu membuat video dan menyampaikan apa yang dia fahami. (Aku tak pasti kalau dia ada blog atau tak)

:hisaprokok:Weh tak heran laa, aku pun boleh buat juga

Mungkin antara kita, bila tengok video ni, kita jadi tak heran (segelintir sahaja, bukan semua) sebab kita merasakan, semua isi yang diutarakan dalam video itu pernah difikirkan oleh korang (dalam hati kata "common sense laa weh"). Tapi kenapa bila korang taip kat blog atau membuat video ini atau bercakap mengenainya dengan kawan-kawan korang, korang rasa tak semantap apa yang disusun macam dalam video itu. Haa nah, inilah yang dikatakan bakat itu.

Contoh lain; Korang pernah pergi blog Terfaktab tak ? Kalau sesiapa yang belum, boleh laa pergi terjah sekarang dan bacalah pada bahagian tips-tips cinta dia. Dan di saat korang baca, dalam hati korang akan kata "A Ah laa. Betullaa". Haa nah, itu laa dia bakat

Pensyarah Pusat Pengajian aku pernah kata;

"Tuhan mencipta tiap-tiap kita ni (manusia) dengan kebolehan yang berbeza-beza. Dan kebolehan tersebut hanya kita seorang sahaja tahu di dunia ini, lebih daripada pengetahuan orang lain. Tidak kisahlah orang itu sedar atau tidak tentang kebolehan itu"
*Aku tak sure ayat ini ayat Al-Quran atau ayat falsafah.


Kaitan dengan pekerjaan?
Sesetengah orang, belajar dalam engineering (contohnya) semasa di universiti tetapi keluar menjadi tauke besar produk kesihatan, menggunakan bakat public speaking dia ada sebagai sumber pendapatan, contoh Joegrimjow, rakan matrix saya yang sekarang ni dah pakai Mercedes dah. Dan ada juga sangat berbakat dalam penulisan blog tetapi dijadikan sebagai satu aktiviti sampingan di samping mempunyai kerjaya yang tidak berkaitan dengan bakatnya. Contoh senang yang aku nampak, Ben Ashaari, Fatin Liyana.

:hmm:Agak-agak mana sumber pendapatan Fatin Liyana lagi tinggi nanti, gaji doctor atau blog ?

Duit yang Abang Ben dapat dari blog lagi banyak dari gaji dia, betul ek ?


Terserah kepada kita, laluan kerjaya bagaimana yang kita nak pilih. Apa yang korang rancangkan untuk kerjaya masa depan ?

Kaitan dalam menulis blog?
Dan inilah faktor yang paling besar mempengaruhi kualiti blog kita. Bukan nak kata blog yang tak UP tuh, blogger yang tak berbakat. Bakat itu dapat diasah dengan baik. Adi Putra nak power math pun, kena belajar dahulu. Dan mungkin dengan pembacaan yang banyak dan latihan yang pelbagai, kita akan dapat meningkatkan keupayaan dan bakat kita (macam aku, yang sentiasa nak improve dalam penulisan blog). Itulah yang orang kata usaha tangga kejayaan. Satu hari nanti korang dapat jumpa kelebihan/bakat korang dalam menulis blog ini dan ketika saat itu, korang akan dikategorikan sebagai unik dengan cara tersendiri.

Pesanan terakhir...
Pengalaman mematangkan seseorang, dan apabila pengalaman itu dikongsi, pengajarannya memberi panduan kepada semua. Jangan merasakan dunia korang berakhir hanya kerana kegagalan yang korang tempuhi, kerana menurut orang hebat yang sudah berjaya;

Kejayaan besar yang dikecapi untuk mencipta lampu adalah siri 6000 kali kegagalan yang perlu ditempuhi
-Thomas Edison

Sehebat mana kita pun, sumbernya daripada tuhan yang satu. Maka gunakanlah bakat itu sebaiknya. Bak kata Too Phat, Bakat yang dikurnia jangan disalah guna. Setiap manusia hanya boleh berusaha dan tuhan yang menentukannya. Ada sesetengah perkara dapat diusahakan sebaiknya dan kita mendapat kejayaan, dan ada yang tidak.

Tidak semua yang diperhitungkan dapat dihitung, dan tidak semua yang dihitung dapat diperhitungkan
-Albert Einstein

Maksimakan diri kita dengan pelbagai bidang, dan dengan aset itu kita akan dapat bertahan di mana sahaja kita berada dengan hanya berbekalkan iman dan minda yang positif. Sekian


72 comments:

Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam

July 30, 2011 iPai 79 Comments

Salam


Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya;


Dalam dunia ni, hanya jam je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam


Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?


Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?


Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;



Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya. 
 
Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?


Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam (seperti dalam rajah), maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas. 


Mari kita lihat contoh lain;

Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun  sedang berputar mengikut arah lawan jam. 

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. 



Antara contoh lain dalam wayar elektrik;


Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.


 Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.


Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam



Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;



Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.


Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.


Bacaan tambahan :
- Keajaiban arah lawan jam, Panatia Fizik, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
- Mengapa rasa sihat di Mekah, Hanya terbaik Untuk mu

79 comments:

Makan, puasa dan penyakit

July 29, 2011 iPai 91 Comments

Salam

Sumber: anayusof.wordpress.com
 
 
Selamat Hari Jumaat. Walaupun ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan bola sepak Malaysia melawan Singapura, 6-4 namun kita terpaksa akur dengan kekalahan itu. Bagi pendapat persendirian berhad aku, aku rasa kecewa sedikit bila Malaysia tidak dapat beraksi macam kat Singapura bila ramai pasukan Singapura yang mempraktikan ilmu kelas drama atas padang dengan sangat cemerlang (in very sarcastic way!!).
Jadi balik kepada topik kita, dalam seminggu ni aku rasa pelik sangat kerana selera makan aku bertambah-tambah. Lagi nak dekat puasa ni, lagi kuat aku makan. Aku buat training puasa sunat Isnin dan Khamis supaya membantu untuk beberapa hari awal puasa nanti. Tapi yang tak best ye, bila hari yang tak puasa tuh, aku ngap tak hengat dunia. Kalau boleh perut ni nak 5 meal sehari: Sarapan pagi (nasi goreng), makan tengah hari, minum petang dengan makanan (spagetti), makan malam dan makanan 1 jam sebelum tidur (muffin ke, kuih ke).


Aku takde laa kuat makan sangat sebelum ni, tapi perut aku ni ikut musim, kadang-kadang kalau time nak makan banyak, ada juga buang tebiat buka peti ais banyak kali, walaupun kita sendiri dah hafal apa isi dalam tuh. Kalau dapur tuh ada visitor counter dan peti ais tuh kena masuk syiling doposen untuk dibuka, mahunya boleh beli satu peti ais sebiji lagi dengan duit doposen tuh kan.


Apa-apa pun, pemakanan kena jaga. Makanan antara punca penyakit-penyakit yang membunuh di Malaysia ni. Janganlah makan sebarangan. Macam aku sendiri, aku ada mengamalkan prinsip 'NO MAGGIE'. Yaa, aku tahu kesedapan maggie tuh hingga menjilat jari dan kaki, tapi memang kena kurangkanlaa. Takut kalau ada side effect daripada perencah maggie tu. Dan dalam prinsip NO MAGGIE ni, aku hanya makan maggie bila cuti sem sahaja. So takde laa nak kempunan sangat. Biasakan yang janggal, kalau tak susah nak tinggalkan.


Sumber: rickyeka.com
 
Apa-apa pun aku ingin menyampaikan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam seantero dunia, terutama pengunjung blog ini. Moga kita semua merebut peluang untuk beribadat yang dijanjikan pulangan yang berlipat kali ganda. Amin

91 comments:

Cara-cara nak dapatkan Danbo degan harga RM3.60 | Papercraft Danbo

July 28, 2011 iPai 95 Comments

Salam

(Post ini adalah post Cara-cara nak membuat Danbo degan kertas. Akan ditujukkan satu persatu cara untuk membuat Danbo. Terima kasih kepada blogger-blogger yang share post ini bersama rakan-rakan lain)

Haa, korang kenal Danbo tak ? Hee, aku ada jalan-jalan dan perasan, ada juga tak kenal Danbo ni. Takpe-takpe jangan risau k, aku pun dulu tak kenal, dan sekarang aku dah kenal. Tapi kenal-kenal pun terminat laa sikit sampai cari mana laa nak beli Danbo ni.

Kalau sesiapa yang berminat nak beli Danbo, korang boleh search kat forum.lowyat.net. Atau untuk paling latest, aku ada dapat link untuk beli Danbo dengan harga RM160. Klik sini.

Mahal tak harga RM160 ? Korang nak tak dapatkan Danbo ni dengan harga RM3.60 ??!! Ha, meh nak story ni, korang boleh buat Danbo pakai kertas je. Dan ia boleh gerak-gerak macam Danbo sebenar yang mahal gila tuh. Jom cikedout;




1. Download dan Print
  • Ni dia link untuk download papertoy Danbo. Klik kat Model Danbo daripada Yuiiwae. [Penting: Model print Danbo ini mengandungi 2 helai, iaitu A dan B. Sila pastikan anda mendapat keduanya] 
  • Bila korang nak print, korang memerlukan kertas A4 yang lebih tebal daripada A4 Double A (80GSM). Jadi korang pergi cari kedai alat tulis dan korang mintak kertas A4 160GSM. Tebal dan keras. Satu helai kertas biasanya beharga RM0.50, jadi 2 helai = RM 1.00. 
  • Kos printing RM 0.30, so dua helai dah RM 0.60
  • Kalau pakai kertas photo dan print guna LasetJet, kemungkinan besar, korang punya Danbo kalis air.


2. Alatan yang diperlukan
 RM 2.00 + RM 1.00 + RM 0.60 = RM 3.60 !!


3. 5 Langkah melipat model papertoy
 Amik 2 kad top up. Kad lain pon boleh. Janjinya ia lebih keras daripada model kertas.



 Letakkan 1 kad selari dengan garis lipatan.



 Letakkan lagi 1 kad top up disebalik kertas lipatan



 Dan lipat kedalam. Lipatan ini lebih sekata dan kemas.



Kemudian lipat keluar dengan jari-jari panjang korang.




4. Anggota badan Danbo

a. Kepala
 Cari bahagian yang bernombor 01 daripada katalog kertas yang di-printkan Model Danbo daripada Yuiiwae. Potong, lipat, gam.
b. Tangan
 Bahagian no. 16, potong, lipat dan gam.


Bahagian no. 03, Potong dan lipat


 Gamkan 03 dengan 16 seperti dalam rajah di atas.


 Potong, gulung dan gam bahagian bernombor 06 dan 07 untuk membentuk silinder kecil


 Potong, Lipat dan gam bahagian bernombor 09 seperti rajah di atas. Biarkan yang hujung tergantung atas itu tidak bergam.


 Silinder kecil (06 dan 07) yang dibentuk tadi diletakkan dalam 09 (seperti dalam rajah) dan hujungnya di gam. Menjadikan ia sendi lengan Danbo.


Sendi lengan Danbo tadi dislotkan ke lengan (03 dan 16) dan digamkan pada permukaan bulat silider.

c. Kaki

 Potong bahagian bertanda 02, lipat dan gam. Biarkan hujung atas tidak bergam.


 Potong bahagian 17 dan 5 untuk membuat satu silinder besar.


Masukkan silinder besar dan gamkan hujung bahagian kertas 02 itu.



d. Badan dan Engsel tangan


 Potong bahagian 08. Dengan menggunakan pisau, buatkan lubang pada 08, dan dua lubang putih.


Bila dilipat, jadilah ia begini.


 Potong bahagian 18. Dengan menggunakan pisau, toreh mengikut garis X dan lipat keluar. Kelihatan seperti 4 kepak putih, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


 Masukkan bahagian no. 18 itu daripada dalam dan pastikan 4 kepak itu terkeluar daripada dalam


Letakkan gam dengan cermat pada 4 kepak tadi, dan lekatkan ia dengan bulatan berlabel 19. 
Untuk memastikan tiada gam berlebihan, semasa gam kering, putar-putarkan bahagian bulatan ini.
Ulang langkah yang sama untuk bahagian kiri model.

Dan ulang langkah yang sama pada bahagian 10 dan 11 untuk bahagian bulatan besar (bahagian kepala)



e. Tengkuk/Leher 


 Potong bahagian 15 dan 14, untuk membentuk 2 silinder sederhana


 Potong bahagian 13, dan biarkan 2 hujung tidak bergam seperti dalam rajah.


 Masukkan silinder sederhana kedalam bahagian 13 dan gamkan pada hujungnya


Potong, bahagian 12 dan gamkan pada kedua-dua silinder


f. Gabungkan semua

 Gamkan tengkuk


 Gamkan tangan


 Slotkan kaki dan gamkan


Last sekali gamkan kepala !!

Siap !!


Nak tahu apa yang anda boleh buat dengan Danbo ? Boleh klik kat Danbo
Credit/Source: Model Danbo daripada Yuiiwae

95 comments: