Jom Sharing: Kerjaya dalam Oil Industry
Salam
Moga dapat dimanfaatkan kepada yang lain. Harap ada lagi program macam ni.
Jumaat yang lepas diadakan satu program yang dianjurkan oleh KRMJ (Kelab Rakyat Malaysia Jubail) untuk anak muda dalam kerjaya. Secara langsungnya kami yang muda-muda ni la sasaran program ini.
Secara peribadinya, aku sangat lega dapat join sharing ni kerana dapat menjawab persoalan kerjaya yang mengahntui diri dan menyelesaikan dilema kerjaya yang aku rasa. Ia mungkin sangat terkesan di hati kerana speaker yang datang untuk sharing ini sangat menghampiri kepada dilema aku.
Wakil dari kami sebagai MC
Speaker pertama Che Lah. Chemical Eng.
Speaker kedua Haji Ridzuan. Chemical Eng juga
Hj Fadly. Mechanical Eng. RBI engineer
Sesi soal jawab
Apa yang aku lega sangat tu adalah; aku dapat contoh yang dekat dengan aku. Dua speaker pertama adalah chemical engineer. Speaker pertama mempunyai jalan kareer yang berbeza dengan speaker kedua walaupun keduanya graduan chemical engineering. Secara ringkasnya, speaker kedua berkongsi cerita kareer bagi typical chemical engineering (process engineering), dan sharing daripada speaker pertama banyak kepada pembabitan dalam projek yang pelbagai. Namun keduanya berjaya.
Tips yang dikongsikan daripada speaker pertama;
- Rebut peluang yang ada, walaupun peluang itu tidak sama dengan yang diharapkan. Contoh yang speaker pertama lalui, mengambil jawatan Instrument Eng. walaupun tidak ada kaitan dengan chemical engineering.
- Sentiasa berusaha keras dan mendalami segala aspek pengetahuan dalam kerja yang dipraktikan. Dengan erti kata mudah, belajar untuk jadi pakar.
- Kareer yang kita hendakkan tidak semudah pada zaman dahulu, di mana jawatan engineer banyak untuk di isi. Dan kini, kita bersaing untuk mendapat tempat. Maka, memilih bukanlah cara yang selamat untuk zaman kini.
Moga dapat dimanfaatkan kepada yang lain. Harap ada lagi program macam ni.
4 comments:
Post a Comment