DIY Calculator: Cara bersihkan dividen tak patuh syariah daripada KWSP

June 18, 2017 iPai 0 Comments

Salam


Pada Februari 2016, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan dana patuh syariah, di mana pencarum boleh memilih menukar untuk mencarum kepada dana ini bermula Januari 2017.




Apakah maknanya untuk umat Islam di Malaysia?
Ini bermakna, dividen yang diberikan setiap tahun, mulai 2017 adalah mematuhi pelaburan syariah dan tidak perlu dibersihkan. Dengan erti kata lain 100% pencarum punya (selepas 2.5% telah dikeluarkan untuk zakat = 97.5% pencarum punya)
Untung kepada pekerja-pekerja muda yang mula bekerja pada tahun 2017.



Bagaimana pula bagi pekerja-perkeja yang tak berapa muda?
Dalam tajuk ini, banyak blog telah merencanakan cara-cara untuk membersihkan KWSP yang tidak patuh syariah. Dan kebanyakan rujukan datang daripada Ustaz Zaharuddin. (Saya masih mengguna rujukan yang sama). Contohnya

1. Google search keyword "site:mediahub-m(dot)BlogSpot(dot)com Cara bersihkan duit KWSP mengikut Ustaz Zaharuddin"

2. Google search keyword "site:myrujukan(dot)com Cara bersihkan KWSP yang tak halal"

3. Google search keyword "site:muzir(dot)wordpress(dot)com Kaedah Untuk Menyaring Dana Dari KWSP"




Secara umumnya, ada banyak pandangan-pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin, contohnya;


Jika keluaran pada usia tua nanti adalah 100k.


65% adalah caruman kita setiap bulan semasa kita bekerja = RM65k
35% adalah dating daripada dividen pelaburan oleh KWSP = RM35k


Daripada 35k plak, 70% tidak patuh syariah dan 30% patuh syariah


Maka 30% daripada 35k = RM10.5k
Maka 70% daripada 35k = RM 24.5k


Berdasarkan pengiraan di atas, RM24 500 akan dikeluarkan daripada RM 100k untuk dibuat sedekah kemana-mana tempat yang kita suka.


Yang tinggal RM75 500. Dan mula perkiraan zakat 2.5%.


RM75.5k x 2.5% = RM 1887.50




Berderau tak baca kene keluarkan RM24.5k untuk disedekahkan? Jika kita betul-betul faham dan percaya dengan rezeki Allah, kita akan yakin RM24.5k itu akan membersihkan harta kita.


Tetapi ini adalah untuk pengeluaran pada masa tua nanti. Bagaimana pengiraan selepas KWSP sudah melabur ke pelaburan yang patuh syariah ? Maka jawapannya, hendaklah kita kira berapa banyak dividen yang tidak factor syariah itu dalam KWSP kita supaya dapat kita menguruskannya.


Info yang diperlukan;
- Slip gaji setiap bulan dari mula bekerja
- Slip KWSP setiap tahun (Optional, kalau ada lebih baik)


Izinkan saya membawa satu contoh dan situasi seorang yang bekerja.


Seorang pekerja yang mula bekerja pada Jan 2010.
Gaji permulaan RM2300
Potongan EPF 9% dari perkeja dan 12% sumbangan dari majikan (Sila rujuk % potongan syarikat anda bekerja)
Dalam contoh ini, pekerja ini tidak membuat OT atau mendapat bonus dalam kerjanya


Tahun 2010

D - potongan EPF pekerja, E - sumbangan EPF majikan
F,G - % EPF pekerja dan majikan
H - Jumlah terkumpul EPF ke KWSP
I - Dividen KWSP
J - Dividen KWSP yang tak patuh syariah = 70% column I
M - Jumlah terkumpul


Perhatian;
Sila rujuk Kolumn I, di mana saya mengira dividen EPF.
Saya mendapati, potongan EPF gaji pada bulan Jan 2010 akan masuk ke KWSP dalam Feb 2010. Maka dividen tahunan 2010 hendaklah dikira dari Dec 2009 ke November 2010.


Contoh pengiraan
Purata caruman tahun 2010 ;
(0 + 483 + 966 + 1449 + 1932 + 2415 + 2898 + 3381 + 3864 + 4347 + 4830 + 5313)/12 = 2656.50


Darab dividen tahun 2010, 5.8% .Rujuk laman web KWSP


5.8% x 2656.50 = 154.08




Tak patuh syariah 70%


70% x 154.08 = 107.85


Wang ini harus dikeluarkan untuk bersihkan harta kita dari perkara yang tidak patuh syariah.


Teruskan dengan tahun seterusnya.




Tahun 2011, kenaikan gaji 4%, dividen KWSP 6%

Perhatian pada kolum L, ia adalah pengiraan dividen (tahun 2011) daripada nilai-dividen yang tidak patuh syariah pada tahun lepas. Dividen tahun lepas=107.85


6% x 107.85 = 6.47




Jumlah terkumpul, kolum M


107.85 + 6.47 + 358.35 = 472.68






Tahun 2012, kenaikan gaji 4%, dividen KWSP 6.15%








Tahun 2013, kenaikan gaji 4%, dividen KWSP 6.35%








Tahun 2014, kenaikan gaji 4%, dividen KWSP 6.75%





Tahun 2015, kenaikan gaji 4%, dividen KWSP 6.4%







Tahun 2016, kenaikan gaji 4%, dividen KWSP 5.7%





Maka dari 2010- 2016, dividen tak patuh syariah dah jadi RM 7280.78 terkumpul.


Jadi kita boleh manage dari tahun 2017 sampai ke tahun untuk kita keluarkan. Kita pun bolehla usahakan untuk gunakan dana sendiri untuk keluarkan jumlah terkumpul tu supaya saban tahun dapat dikurangkan. Nanti pada waktu kita keluarkan, semua tu pun duit kita (selepas 2.5% telah dikeluarkan untuk zakat = 97.5% pencarum punya).


Cadangan yang terbaik, minimum tahunan bayar RM450. (Berdasarkan 6% x 7280.78)


Moga bermanfaat kepada semua.




0 comments: