Adakah semua doa dimakbulkan VS bersyukurlah dengan apa yang ada

September 19, 2011 iPai 23 Comments

Salam


"Don't compare your life with others. You have no idea what your and their journey is all about"


Memang kadang-kadang benda yang kita nak sangat tuh takkan dapat. Jadi janganlah kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain dapat. InsyaALLAH setiap apa-apa yang berlaku ada hikmahnya.


Adakah semua doa dimakbulkan ?

Bukan tidak diterima tetapi belum sampai masa dan ketikanya...

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.. 

Hikmah dengan setiap permintaan itu pula adalah dalam pelbagai bentuk. Jika kita tidak di'buta'kan, kita akan sentiasa nampak nikmat yang dikurniakan kepada setiap waktu, masa dan saat. Tidak mengira ia sebesar zarah, kita sememangnya mendapat macam-macam jenis nikmat. 


Hikmah (1) Menjadikan seseorang lebih bersyukur dan meningkatkan iman
Bila permintaan kita dimakbulkan, kita mesti rasa sangat gembira dan kegembiraan itu kita salurkan kepada kesyukuran di mana asalnya nikmat itu datang. Alangkah indahnya jika kita sentiasa dapat bersyukur dengan setiap nafas yang kita hembus dan tarik ni.


Hikmah (2) Menjadi satu platform untuk menambahkan pahala 
Tidak kira, permintaan kita itu dimakbulkan atau tidak, alangkah beruntungnya kita kalau kita dapat bersabar. Jangan cari sebesar-besar perkara, kadang-kadang perkara kecil pun boleh menjadi platform kita untuk menambahkan pahala kita. Adakah apabila kita sedang marah, kita cuba menenangkan diri kita ? Yang sabar itu dapat menambahkan pahala kita.


Hikmah (3) Menjadikan seseorang itu sesat dan memberikan pengajaran kepada orang lain 
Bila kita tahu cerita pasal Qarun, permintaan dan doanya untuk menjadi kaya dimakbulkan oleh ALLAH, namun nikmat kaya raya yang diperolehi telah menyebabkan dia lalai dengan ibadatnya. Jadi ada kemungkinan permintaan dalam doa kita tidak dimakbulkan itu mungkin akan menjadi seperti Qarun. Minta-mintalah ia dijauhkan daripada kita dan keluarga kita.


Hikmah (4) Doa tidak dimakbulkan akan mendapat pahala 
Aku ada mendengar tazkirah semasa bulan puasa hari tuh; (Jika aku silap, tolong tegur ya)

Segala doa yang kita pinta dengan adab dan tertibnya akan dimakbulkan oleh ALLAH. Bezanya lambat atau cepat sahaja. Ataupun digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Namun jika doa itu tidak dimakbulkan sebelum ajalnya tiba, doa tersebut akan ditukarkan kepada bentuk pahala.

Pada hari akhirat, setiap manusia akan dibentangkan semua permintaan di depannya dan ditanya setiap daripada permintaan itu, adakah ia diperkenankan atau tidak. Dan apabila selesai senarai semua permintaan itu, manusia berkata, alangkah bagusnya kalau semua permintaanku itu tidak dkabulkan. 


Renungan dan peringatan untuk diri aku sendiri
dan kawan-kawan 

Psst; 
Ala segan laa dengan kawan blogger semua rajin singgah sini masa aku takda hujung minggu lepas. 

23 comments:

aku suka entri ni! :)

Unknown said...

insaf tengok penderitaan dorang ni..bersyukur sangat2 hidup kt tanah bertuah ni.

Unknown said...

oh baru tahu kalau tak di makbulkan maknanya akan bertukar jadi pahala? wah. LIKE LIKE.

Unknown said...

btul2..bezanya cepat atau lambat je.. :)

Yumida said...

ya la ipai...entry ipai membuatkn diriku menjadi lbh SEDAR...bila dugaan menimpa kita pasti ada hikmah yg tersembunyi...bila kehidupan org lain lbh baik drpd kita...percaya pd ketentuan-NYA..sabar dlm menunggu nikmat yg diberikn olehNYA

allah itu maha adil...maha pemurah...sentiasa memberi yg terbaik untuk umatNYA

RHI said...

dan kita sebagai umatnya kena terus berdoa kan?

TeAqArH said...

lau semua doa kite dimakbulkan..nnt kite xtaw nk bersyukur pulak..manusia ni payah..x penah cukup...
btw..tahniah menang duit raya dr abg stalker...jelesh..jeles...

kdg, kite xakan dpt sekarang apa yg kite hajati, ..

positifnya entri ni..buat sy merenung seketika hmmm...thanks ipai bg peringatan ni.

buat diri tersedar..bersyukurnya dgn kehidupan yg ada skrg..

najihahfara said...

kadang2 kite dapat ape yg i=kite nak setelah sekian lame

suke ler entry nie . .ingatkan pada diri sendiri nie ^_^

aemynadira said...

i tweet this. thank u sbb share :)
mengingatkan sy utk sntiasa bersyukur & berdoa :)

ct kektus said...

nice2. ;)


eceh, dan2 nak segan kan. haha ;p

Diana @ BKKC said...

semoga kita akan lebih sabar menjalani hidup ini , kadan2 apa yk kita fikir baik utk kita, adalah sebaliknya.. Hanya DIA yang tahu- Senjata orang mukmin adalah doa -

Acik said...

takut ngan ujian Allah! semoga kita termasuk ke dlm golongan yg diredhaiNya. Amin!

Aimifiqa said...

betul tu. papepun bsyukur dgn pemberian Allah. dugaan atau kgembiraan. mungkin ada yang lebih baik utk kita nanti.

Jue said...

aku stiasa ingatkan diri bsyukur dgn pemberian NYA. Hr ni mode kacau sebab ada org tikam blkg wp kita dah berbuat baik. Haih~sabo je la. DIA mendengar. Moga orang tu sedar

ptt besyukur dgn apa yang ada kan..

Acik said...

alamak!
firefox cannot find abcdead.com!
x leh letak iklan free!

Anonymous said...

sentiasa bersyukur dengan apa yang ada itu lebih baik. tapi namanya manusia memang susah untuk berpuas hati. jadi sama sama kita muhasabah diri ye.

kita cukup bertuah dan jauh lebih baik berbanding mereka. kesian

Ezad Skytech said...

aq suka baca entri macam ni..bagi peringatan jugak kat aq dan blogger lain.. :)

hidup kena la sentiasa bersyukur dengan pe yang ada...