Duit adalah segalanya tetapi jangan menjadi hamba kepada duit

March 28, 2012 iPai 3 Comments

Salam

Kita tak pernah tahu apa yang orang lain lalui. Kita mungkin nampak dia senyum dia happy, tapi dia sudah belajar manage perbelanjaan diri sendiri sejak berumur 16 tahun. Sejak umur 16 tahun itu, menggunakan duit biasiswa anak tentera untuk belanja tahunan. Apabila selesai SPM, bekerja untuk mengumpul duit untuk persediaan ke matrix. Dan di matrix, duit dua ribu yang diperolehi (dulu yang masuk matrix dapat 2k sorang, tak tau laa sekarang ada lagi atau tak), digunakan belanja selama 2 sem dan juga persediaan ke universiti pula. Besyukurnya dia dapat biasiswa JPA, tidaklah dia menyusahkan ibu bapa dia memikirkan mengenai belanja.

Dan aku pula, tiap-tiap minggu dapat RM 10 belanja masa sekolah. Outing je, habiskan dekat CC. Masuk matrix dapat 2k, simpan pada mulanya. Tapi sikit demi sikit, belanja juga. Itupun tiap-tiap bulan ayah kasi RM 30-40 sebulan. Di universiti pula, tiap-tiap sem dapat hampir 4.5k (selepas tolak yuran). Tiap-tiap bulan ayah bagi belanja RM 100. Itu pun sampai ke hari terakhir USM, satu sen pun tak boleh simpan.

Duit ni memang akan jadi masalah kepada kita kalau ia tiada. Maka, kita kenalah rancang sebaiknya dan menabung sebaiknya kerana kita tak tahu, kita mungkin memerlukan ia di saat kesusahan. Namun, janganlah sampai menjadi hamba kepada duit. 

3 comments:

me suya said...

alhamdulillah..suya dari awal2 lagi sedar tentang menjaga simpanan dan jgn jadi hamba duit.. Kih2..Nak citer gak.. :)

Saya kagum dgn didikan my mommy..
dia masukkan duit utk sy melalui potongan gaji sejak saya baby sampai die pencen tahun lepas... rm20 sebulan.. Then duit tu je saya guna utk belajar selama di matrix and U.. dan masih ada lagi baki.so, skrg suya keep menabung... guna gaji sndiri in that account.. Legacy from my mom.. Malah kalau nk cakap.. duit raya dari dulu smpai sekarang..semua masuk situ.. Kita kena tahu uruskan kewangan kitakan Ipai :)

Oppss panjang.. sorry.. Kena buat entry

feezz said...

situasi yg agak sam dgn saya..dah carik duit sendiri sejak sekolah menengah lagi..sekarang masok u nasib bek ada biasiswa..I will not ask parent's money tapi cukuplah kalau saya sorang je leh tggung diri saya sendiri..=)

saving itu penting utk masa depan..tp tu la kdg2 xdpt nk kawal diri drpd berbelanja huhu..haishhh kecewa