Small Gathering dengan En Abdullah

December 01, 2012 iPai 6 Comments

Salam

Alhamdulillah dilanjutkan umur dan dipanjangkan nikmat untuk hari ini. Mengambil sedikit masa untuk update mengenai small gathering yang di-hostkan oleh En. Abdullah Hassan.

Kebiasaannya geng-geng syarikat kami sangat segan apabila dijemput ke mana-mana gathering yang dianjurkan oleh komuniti rakyat Malaysia yang bermurah hati. Alasannya, segan hendak berkenalan dan beramah mesra bersama kumpulan besar kerana status yang berbeza. Kebanyakkan rakyat Malaysia di sini datang dengan jawatan besar dan sudah tentu gaji yang besar. Kami berasa sangat segan dan kerdil sekali.


Takdir yang ditentukan Allah tidak dapat diubah, diketemukan kami dengan 2 keluarga yang baik hati ni, keluarga En. Abdullah Hassan dan En Azwadi. Aktiviti kami lebih berkisar dengan makan (Menu: Nasi Ayam, Mee goreng dll). Selesai solat Maghrib kami berkenalan secara bergilir-gilir. Kami berpeluang mendengar cerita En Abdullah, En Azwadi dan isteri mereka dengan pengalaman cabaran kerja pertama mereka. Sesungguhnya mereka juga menghadapi cabaran yang besar semasa kerja pertama mereka. Dan Alhamdulillah rezeki mereka murah yang sampai ke tahap sekarang dapat membantu orang lain dan memberi semangat dan nasihat kepada kami.

Moga rezeki mereka murah serta terus dapat membantu orang lain yang memerlukan. InsyaALLAH aku mahu menjadi sehingga ke tahap mereka, membantu yang lain.

6 comments:

ieza ashaari said...

tp, pangkat n gaji ipai lg tinggi dr kami2 ni kan.. rezeki sume kat tangan Dia. besar kecil bukan ukuran. tp yang penting mcm mana kita gunakan.. :)

Anonymous said...

You are what you think you are...tak perlu nak merendah diri sangat k...Jumaat ni ada gathering ag besar besaran..satu Jubail nak jumpa dak dak KKEM....

IN

Nadia Elena said...

bestnya gathering..boleh try usha2 jadi menantu dia..ehhh? haha! gurau je..

iPai said...

Terima kasih atas nasihat tuh..hee..marilah bersama2 bersyukur

iPai said...

Jeng3

iPai said...

Alamak.. tak mau laa jadi menantu dia.. karang marah bakal bini..hehhe