Kuatkanlah aku
Ya Allah
UjianMu ini sangat berat buat ku
Aku merasakan dunia aku akan berakhir
Tiada apa jalan yang dapat aku fikirkan
Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini
Adakah ini dinamakan cabaran?
Adakah ada orang lain mengalaminya
Sama seperti aku?
Tak.
Aku rasa yang aku alami ini lagi besar
Lagi teruk
Mengapa mereka disekeliling
Tak susah macam aku?
Atau kerana aku sorang saja
Yang sakit kepala
Pecah kepala
Aku merasakan
Duduk di atas kerusi eletrik
Dan direnjat dengan arus yang kuat
Dalam pada masa sama
Air mengalir dari atas
Menambah alirannya
Dan aku
Tidak boleh berbuat apa-apa
Hanya terikat
Walaupun ikatan yang lemah
Tapi masih tidak boleh kemana-mana
Ya Allah
Aku memohon kepadaMu
Jika ini yang ditulis untukku
Aku hadapinya
Namun berikan aku kekuatan
Untuk menghadapi semua ini
Janganlah sampai
Aku rasa putus asa
Terhadap diri sendiri
Dan kepada Mu Ya Allah
---------
Susahkan?
Susah untuk senang
Kita tengok orang lain,
Nampak senang je
Kita plak rasa susah
Tak tenteram
Rasa macam tak boleh selesai
Rasa macam segala benda buruk akan bertimpa kat kita
1 comments:
kalau kita rasa kita paling susah, sebenarnya ada orang lain yang lagi susah dari kuat. bertahan okeh. hee.. :)
Post a Comment