Dalam 2 minggu ni, ada satu batch (4org) yang habis kontrak 2 tahun.
Sape tak hepi, dah habiskan kontrak 2 tahun dan balik Malaysia jumpa family.
Yang bujang nak bertunang. Yang dah tunang, nak kahwin plak.
Dalam 4 orang yang balik tu, salah sorang ye aku rapat sedikit dari yang lain. Hampir setahun setengah sama2 datang kerje plant yang sama.
Bila flash balik masa first time jumpa, muka ganas. Macam gangster. Aku tak berani tegur. Haha. Takut.
Tapi bila dah kenal, baik sungguh.
Sayu sikit laa bila tengok dia nak balik hari tu. (Haha. Mampos laa kalau budak2 ni baca nanti, mesti kene bahan)
Member lain tengok dia balik pon jadi homesick plak. Haha
Aku? Nasib baik roomate countdown.
Mengikut roomate lagi 200 hari. Kalau ikut hari ni, kurang lagi laa kot.
Tengah kuatkan semangat nak tahan 200 hari lagi. Lepas tu, balik!!!!
Lain tahun aku datang kerja sini lagi. Itu pun dengan keizinanNya
Aku ada sorang kawan ni
Kawan yang rapat pada ketika akhir tahun
Ketika ini dia menghadapi dugaan yang besar dalam kerjaya
Kali terakhir yang aku dapat berhubung dengan dia, dia masih percaya pada rezeki
Harapnya dia benar-benar seperti yang ditonjolkan
....
Harap kau bersabar
Ya Allah kuatkan hati dia
Susahkan nak cakap?
Bila time yang perlu cakap, sepatah pun tak klua
Bila time perlu kurang cakap, terlebih cakap pula.
Tak tentu masa, tak kene tempat
Jadi bila masanya kene tempat, kena masa
Setiap masa adalah tak kene tempat dan tak kena masa
Cakap dengan kata 'tegur'
Ia jadi kene ikut tempat dan ikut masa
Settle
(Aku dapat rasakan aku sudah lain dari dulu dana akan berubah dengan lebih extreme. Terima kasih environment kerana menjadikan aku sekarang)
Alhamdullilah.
Dapat pergi lagi.
Kali ini disertakan dengan ekspidisi ke Jabal Nur.
Yang terletaknya Gua Hira'.
Naik teksi sorang 10 riyal ke Jabal Nur.
Dan pendakian ini mengambil masa 45 minit ke sejam, bergantung kepada kelajuan pendakian.
Harap sesapa yang nak naik, kaki kene kuat. Naik dan turun yang mencabar.
Pergi pagi pun elok. Sejuk sikit.
Banyak kawasan Mekah sedang renovate.
Hotel yang aku duduk dulu pon dah di musnahkan dah.
Akan datang mesti lain lagi
Insha Allah dapat datang lagi.
Gambar 1 - Gambar kat area hotel
Gambar 2 - Gambar Gua Hira'
Gambar 3 - Daripada puncak Jabal Nur berlatar Menara jam Mekah
Sepanjang tempoh itu ada satu peristiwa berlaku yang memeningkan kepala aku.
Aku diberi tugas untuk bekerja dalam 2 projek berbeza dengan plant berbeza.
Plant SD dan Plant IZ.
Aku bukan specialist. Aku diarahkan menyempurnakan 2 projek ini.
Plant SD tak tahu. Plant IZ memaksa. Syarikat K campak aku ke sana ke sini.
Mana ada kerja duduk dua plant bergilir untuk siapkan projek.
Kalau boleh buat pun kualiti takde.
Dah tu, tak paham2 lagi nak paksa orang juga.
Aku malas nak argue kalau aku respond tak nak dengar.
Macam lembu mungkin?
Aku tak marah. Tapi aku minta penilaian logikal.
Aku tau terdesak. Tapi dah banyak kali terdesaknya dan tak amik iktibar.
Kali ini mungkin aku yang kene. Esok lusa orang lain plak.
Please laa. Ubah laa.
No pain, no gain.
Tak invest, macam mana nak maju.
Tambah orang baru. Walaupun takde projek. Training siap2. Senang.
Duit kepuk2 pun tak nak guna.
Tu yang malas nak cakap panjang2.
Dan kesimpulannya macam lembu.
Mooooooo.
Tanggal 17 December 2012, genap setahun aku berada di Sadaf.
Perancangan sebelum ini; Mahukan pengalaman berada di plant lain. Lain plant, luas pengalaman, luas pandangan.
Namun apakan daya, client lebih demanding untuk mahukan aku berada di Sadaf.
Berserah, mungkin itu yang terbaik buat aku.
Dengan bantuan Allah dan ketentuanNya, masih dapat bekerja tanpa masalah yang besar.
Dikurniakan juga 5 orang anak buah yang sangat supportive. Mudah diuruskan dengan orang yang mahu bekerja keras.
Terbaru;
Aku diarahkan untuk mengurus dua projek/plant dalam masa yang sama. Moga Allah beri kekuatan kepada aku.
Poning kepala.
Dah macam jaga dua bini. (Ops, sori dear. Ni just nak guna term je)
Sampai kene cancelkan trip pergi umrah.
Hari ni datang keje plant A. Esok datang keje plant B.
Kalau client plant A tahu, mahu haru biru nanti.
Inilah hidup seorang contractor. Digunakan secara habis habisan.
Fuh fuh. 9 bulan lagi.....