Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Wednesday, July 24, 2013

Puasa KSA

Salam

Rasanya aku tak pernah cerita macam mana keadaannya berpuasa di tanah Saudi ni ye pada tahun lepas. Atau mungkin aku pernah menceritakan hanya dengan sedikit details sahaja. 


Waktu berpuasa
Waktu berpuasa pada bulan puasa di negara yang bukan di garisan khatulistiwa akan bergantung kepada musim iaitu musim sejuk dan musim panas. Dan untuk sekarang, bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Julai dan Ogos adalah berada dalam musim panas. Apabila musim panas, waktu siang adalah lebih panjang daripada waktu malam.


Ini bermakna, kami bersahur pada 2.30 AM dan mula berpuasa apabila masuk waktu fajar 3.30 AM. Waktu berbuka pula aka waktu Maghrib adalah pada pukul 6.35 PM, kira-kira 14 jam berpuasa. 



Cuaca
Musim yang panas amat disinonimkan dengan haus. Cuaca panas dan bahang sedikit sebanyak merencatkan aktiviti-aktiviti kerja di site. 

Aku juga perasan yang pada ketika bulan Ramadhan ini, kelembapan air adalah tinggi berbanding pada bulan lain. Sesetengah orang berpendapat bahawa itu merupakan keberkatan bulan Ramadhan yang istimewa daripada bulan yang lain.


Pada ketika ini, cuaca adalah panas bahang yang mencecah hinga 45 degC dengan tiupan angin yang kering.


Waktu berkeja
Disebabkan bulan berpuasa, pihak kerajaan telah menguatkuasakan waktu kerja bagi orang Islam dipendekkan kepada 6 jam sahaja. Dan kebiasaanya telah disarankan untuk mengambil tempoh daripada 10 AM hingga 4PM.


Ini mungkin bersesuaian kepada kebanyakan orang arab yang tidak tidur hingga masuknya waktu sahur, dan akan mula tidur selepas sahur.


Bazaar
Aku tidak pernah perasan bazaar yang menyerupai bazaar di Malaysia. Namun, kelab rakyat Malaysia di sini bersepakat untuk membuka gerai jualan makanan mirip bazaar di Malaysia. Program ini dirancang terus diadakan sehingga ke 15-20 Ramadhan kerana mengganggap kebanyakan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman.


Harga makanan sudah tentu tidak akan dapat seperti jualan di Malaysia. Contoh 1 set nasi ayam/ nasi tomato akan di jual sebanyak 22 riyal = RM 17.

Kuih muih pula dijual dengan harga 1 riyal (RM0.80) untuk satu unit kuih. Pelik kerana seakan mahal, namun ia berbaloi bagi sesiapa yang merindui kuih-muih di Malaysia.



Solat terawikh
Waktu Isya' masuk lebih awal 8.10 PM. Namun seakan seperti ditetapkan bahawa azan Isya' di kesemua masjid akan mula bersolat pada pukul 8.30 PM. Dan ia seakan-akan menyerupai waktu solat isya' dan terawikh di Malaysia.


Masjid yang aku bersolat mengambil 8 rakaat dengan 3 witir. Bacaan mereka adalah bacaan pendek daripada juzuk Al-Quran di mana setiap waktu solat terawikh mengambil masa dalam 7 minit. 


Pada tahun ini, setiap kali solat sunat witir satu rakaat akan disertakan dengan doa Qunut Nazilah untuk penduduk Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Qunut nazilah ini dibacakan oleh imam masjid yang setiap hari mendoakan bacaan yang berbeza. Tidak dilupa juga dengaran tangisan daripada bacaan imam masjid ketika qunut Nazilah ini.
Giliran memasak di rumah
Di rumah aku, kami sudah lama mengamalkan sistem masak bergilir secara berkumpulan. Setiap kumpulan ada 3 orang dan setiap kumpulan akan bergilir memasak selama seminggu. (Haa sapa nak calon suami, pandai masak, bolehlaa pilih di antara kami).

Agak mencabar masak dalam bulan Ramadhan. Giliran aku pada minggu lepas. Benda yang paling susah adalah nak mengagak rasa dan garam. Ada orang kata boleh je rasa dengan lidah kemudian ludah balik. Tapi aku sendiri tak yakin nak buat. Haha. Karang rasa, terus masuk dalam mulut saje je kan.

Dalam pada masa yang sama kena laa prepare untuk lauk bersahur. Haa kalau nak bangun awal, memang itu bukan aku punya style laa. Apa group aku buat, adalah masak lebih masa berbuka, adjust rasa dan lauk masa lepas terawikh, dan panaskan masa sahur. Senang. 

Dapatlaa merasa kepayahan seorang isteri bangun awal masak pagi-pagi. Nasiblaa dijadikan isteri ni sayang kat lelaki, kalau tak, kebuluq laa jawabnya.


Balik raya
Ini merupakan tahun ke-4 raya aku korbankan kerana duduk di luar Malaysia (termasuk rayah Haji). Dah nasib kan tak dapat balik raya. Sebenarnya, boleh je balik raya tapi; 
1. Kalau dulu pakai visa, proses buat visa baru masa musim raya ni sangat lambat. Jadinya memang company tak kasi balik kecuali visa yang memang dah tak boleh nak renew lagi; 
2. Flight tiket mahai woi. Satu flight ulang alik paling murah dah 3 ribu. Kalau dibuatnya masa raya ni harga naik, memang bukan 3 ribu laa kan.

Jadinya beraya di sini laa jawabnya. Ada sesetengah rakyat Malaysia yang tidak pulang ke Malaysia membuat program sendiri, program kecilan seperti open house, ziarah dan beraya di Madinah atau Mekah atau Riyadh. Dan tidak lupa juga ada rakyat Malaysia yang melawat ke negara jiran seperti UAE (Dubai & Abu Dhabi)
Ziarah Umrah pada bulan Ramadhan
Sudah tentunya bulan ibadah ini, ramai yang merebut peluang menggandakan pahala di Mekah. Dengan gandaan masa (bulan Ramadhan) dan gandaan kawasan (Tanah Haram), berlipat gandalah pahala bagi hamba yang ikhlas mengerjakan ibadat tidak kira sunat ataupun wajib.

Pada tahun ini dijangka agak sesak, kerana kerja-kerja meluaskan Masjidil Haram masih dilaksanakan. Namun begitu, ia tidak mengurangkan bilangan manusia yang datang ke sana. Ada sumber mengatakan pada tiba bulan Ramadhan, bilangannya mungkin melebihi ibadat Haji. InshaALLAH perubahan ini akan dapat menampung peningkatan bilangan para haji tahun-tahun akan datang.

P/S: Baru dapat jawapan pasal offer kerja kat sini. Dengan itu, saya official kene balik dan cari kerja di Malaysia.

0 ngomelan:

close button
ShoutMix chat widget
Twitter Bird Gadget