Sesi interview dengan Solvay

August 06, 2013 iPai 0 Comments

Salam


Disebabkan aku dah nak habis kontrak kat sini, haruslah aku mencari kerja yang lain. (Takkan nak tunggu kerja tu datang bergolek jemput kita kan?). Jadi kesempatan yang lalu, dapatlah aku apply process engineer position dengan Solvay.

Solvay ni merupakan Belgian chemical company dalam manufacture Hydrogen Peroxide. Company ni akan buat joint venture dengan company di sini, Sadara (Company yang besau gila babeng, paling terbesar akan di bini setakat tahun 2013)

Aku jumpa position ni pun secara tak sengaja. Bila dikata tempat bakal bekerja di Jubail, Saudi Arabia, aku terus apply. Dalam kepala dah berangan dapat duduk di negara arab dan berdikari sendiri. Poyo! -_-a

Online assessment
Seingat aku, selepas beberapa minggu aku apply, dah ada orang follow up dengan online assessment. Biasanya company yang dah international macam ni, memang ada test2 macam ni. Ada 3 kategori;  

1.Ujian kira-kira
Dia bagi table/pie chart/ dan segala macam chart dengan soalan-soalan yang korang kena kira. Tak de kira-kira macam matematik tambahan yang kene derive bagai tu. Yang paling penting korang cekap tangkap data untuk dikira. Biasa memang tak sempat abes jawab pon. Tips yang aku pakai, mesti jawab semua (walaupun salah) =P

2. Ujian kefahaman (English)
Diorang bagi petikan/ karangan pendek. Lepas tu dia bagi pilihan jawapan Yes/No/Cannot Say. Simple je. Hahaha. Simple laa sangat. Yang susahnya Cannot say tu untuk info yang tak de dalam petikan. Haish susah sangat nak explen, nanti kalau korang jumpa, korang tau laa. 

3. Psikologi
Yang ni tak yah fikir panjang, jawab sudeh!
 
Phone interview
Lepas tu phone interview. Dengan aku tak perasannya e-mel dia bagitau nak telefon. Nasib juga aku alert baru lepas masak makan malam. Kalau tak, tak berjawab telefon tu haa. Orang yang call pun daripada Solvay branch UK, duk tanya napa laa aku nak sangat kerja yang diorg offer tu. Habis dung dang dung dang, akhir kata tanya, boleh datang UK minggu depan untuk group interview. Pergh, dia ingat pergi UK tu macam Malaysia pergi Singapore ke. Dan menjawablah aku, pasai short notice, tak boleh datang.

Face to Face interview
Haa, jangan ingat peluang aku terkubur sahaja bila tak dapat datang UK. Rupanya depa ni ada nak datang Saudi untuk menguruskan pendaftaran company diorg. Sambil-sambil tu diorg panggil orang yang nak interview. Dengan segala yang dipermudahkan, aku dapat menghadiri ke tempat interview. Yelaa, kereta tumpang orang, pakat dengan driver company. Siap main rahsia-rahsia lagi. Tak kecoh-kecoh, takut ada orang tahu. 

Ada 3 orang yang interview aku. 2 orang Belgium dan sorang orang Tunisia. Sorang Plant Manager, sorang Process Manager, dan sorang lagi Plant Superintendetn. Semuanya jawatan besar-besar ni. Aku pun perkenalkan diri sendiri, cerita experience sikit. Dan lepas tu diorang stat tanya soalan susah-susah kat aku. Susah wa cakap lu;
 
Kenapa tinggalkan Malaysia yang cantik dan datang bekerja di Saudi Arabia yang takde pape ni?

Aku pun dah tak ingat apa yang aku goreng. Kemudian dia tanya sikit pasal kerja aku. Tanya sikit pasal basic chemical engineering (siap bagi satu soalan masa aku first year lagi) dan soalan teka-teki. Dan ada juga dia bagi drawing suruh explain apa yang aku faham dalam drawing tersebut.

Kemudian habis. Secara keseluruhan memang best kalau interview dengan orang belah Europe ni. Diorang tak kondem2. Bila aku tanya, macam mana performance aku, apa yang dia jawab adalah; interview process bukannya nak tengok performance bagus ke tak, tetapi melihat orang yang diinterview tu sesuai dengan kerja yang diorang nak offer. (Dalam hati budget nak dapat laa)
 
Proses tunggu keputusan
Tunggu keputusan adalah benda yang tak best. Korang tunggu punya tunggu dan tak tau apa nak fikir. Macam tak keruan. Sampai tarikh yang dijanjikan, diorg jawab company registration tak settle lagi. Tunggu plak tarikh kedua, baru laa boleh bagi jawapan, itupun still diorg tak settle dengan register. Agakan aku, perkara biasa je tu dengan orang Saudi. Lambat itu normal. Hahaha

Jawapannya;
Tak dapat

Nak lagi best, mula-mula dia kata kalau first choice (orang) diorang kata 'No', baru laa job tu dia offer dekat aku. Nak wat cane kan. Takde rezeki. Start dari situ laa, aku mula bergiat cari kerja di Malaysia.

The end

0 comments: