Kononnya aku nak buat post panjang

February 16, 2012 iPai 9 Comments

Salam

Malam ni agak menghairankan bagi aku kerana baru pagi tadi aku post sesuatu, tetapi bila malam menjelma terasa pula nak menaip dan post kan sesuatu di blog. Hairan. Sungguh hairan. Mungkin aku perlu buat utarakan yang terbuku di hati ini. Jam di laptop menunjukkan pukul 2.51 AM waktu Malaysia, jam di Jubail 9.51 PM. Waktu sudah lewat di Malaysia, tapi masih ada tweet yang bergerak dan mengreply tweet aku. Korang tak mahu tido lagi ke ?

Kenapa dengan malam ni ye? Entahlah, mungkin aku kena luahkan benda yang bermain di fikiran. Selalu bercerita kat buah hati, tapi buah hati dah terbang ke Bali bercuti bersama kawan-kawan sekerja. Moga selamat pergi dan selamat pulang ye. Kasi saya curang cerita kat blog ye malam ni.


Petang tadi, aku berblogwalking. Sudah lama aku tidak berblogwalking ke blog rakan-rakan. Dapat juga baca cerita update terbaru. Dan ada juga yang tidak aktif. Terkenang juga aku pada pertengahan tahun lepas. Kerana pada waktu itulah aku kenal mereka dengan pelbagai cerita mereka. Tatkala itu, aku terasa sangat rapat dengan mereka semua. Walaupun tidak pernah bersua muka, tapi aku rasa sudah berkawan lama dengan mereka. Kini, blog masing-masing dah berubah. Moga korang sehat-sehat belaka ye.

Sambil berblogwalking aku tertarik dengan blog-blog yang dapat menambat hati aku dengan gaya penulisan yang menarik. Dalam pada masa, aku jeles dengan penyusunan isi yang bagus. Aku bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak boleh menaip dan menulis sebaik itu. Kenapa aku tidak boleh mengaplikasikan benda yang sama kepada percakapan aku. Dengan itu, aku dapat memberi impressi yang lebih baik.



Aku bersyukur mempunyai otak yang dapat berfungsi dengan kapasiti yang besar. Dalam aku sedang bekerja, aku boleh berangan dengan barangan material yang aku hendak beli dan pada masa yang sama aku dapat menyusun kewangan semasa aku. Ya, mungki ada kalanya ia seperti orang gila kerana berfikir terlalu banyak dalam satu masa. Nak buat macam mana, kapasiti otak aku besar. Tapi malangnya, aku sukar untuk menyusun kapasiti itu dengan baik,dan ia menjadi tidak teratur dan beterabur.

Pada Sabtu dan Ahad ni aku akan menghadapi satu titik bersejarah dalam hidup aku, iaitu aku akan membuat satu persembahan power point bagi membentangkan kerja oleh team yang diketuai aku sendiri (selepas sebulan bekerja dan diberi kepercayaan untuk menjadi supervisor). Aku betul-betul memerlukan fungsi otakku yang dapat menyusun data dengan baik. Ini perlu supaya aku dapat memberi kefahaman kepada client dan client pula akan berpuas hati dengan kerja kami. Dan yang lebih menarik, client yang hadir itu adalah satu-satunya pakar dalam bidang tersebut di tanah arab ni (pergh, gila hyperbolik. Tapi betul tau, dia pernah dihantar ke US untuk menghadiri kursus mengenai benda ni, dan aku plak hanya guna benda yang aku tahu selama belajar Chemical Engineering 4 tahun di USM)



Kini aku memerlukan persekitaran baru kerana aku mula berasa rimas dengan apa yang ada sekarang. Mungkin kalau bukan persekitaran baru, aku mahukan rehat sementara untuk memperbaharui semangat aku yang hilang sedikit demi sedikit. Kerja di sini masih banyak. Kerja yang aku supervise hampir tamat, cuma menunggu feedback daripada client pada presentation pada hari Ahad ni, dan kerja daripada projek pertama aku masih banyak. Aku jadi muak, aku jadi jelak.

Bila kerja banyak, masa terluang aku pun makin kurang. Aku tak boleh berehat, dan masa aku dicuri untuk dibuat overtime. Untuk kerjaya aku disini, ada certification yang digalakkan oleh company dan certification itu diiktiraf satu dunia. Ia adalah certification API 570 Piping Inspector Ceritification Program, yang berharga 3.5k riyal ~ RM3000. Dengan certification ini dan pengalaman selama 5 tahun, kita boleh menjadi freelance, di mana kerja kita akan hanya pada tempoh tertentu (sebulan kerja, kemudian cuti dan akan kerja semula bila ada permintaan)  dengan gaji 5 angka sebulan.


Aku bercadang 2jam selepas masak dan makan, aku akan gunakan 2 jam untuk membuat persediaan untuk certification itu. Tetapi kalau 2 jam itu diambil untuk kerja overtime, bilakah aku nak study. Untuk certification API 570, ada 5-7 buku yang tebalnya beratus-ratus page. Argh, bila aku nak study??!!!!



Next item, aku dapat jemputan kawin seorang kawan perempuan daripada matrix. Tak sangka dah nak kawin dah dia, dan macam biasa perlu meminta maaf kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan dia. Dan ada juga kawan yang bakal menimang anak. Terasa diri dah jadi dewasa (tapi pemikiran aku masih kebudak-budakkan). Aku pula, masih jauh perjalanan aku untuk itu. Aku mahukan kehidupan stabil baru aku mengahwini buah hati aku. Moga jodoh kami akan tiba nanti.

Argh, aku sudah menaip hampir 30% daripada kapasiti pemikiran aku. Walaupun masih banyak yang bermain di fikiran, tetapi aku sudah penat menaip. Mungkin pembaca pun dah lost track dengan isi-isi di atas. Dan korang boleh baca isi-isi yang berterabur dan tidak berususn seperti di atas. Biarkan sahaja isi-isi di atas tuh dan terima kasih yang sudi membaca. Masalah serius.

10.40 PM waktu Jubail, Saudi Arabia. Mari tidur

9 comments:

Jue said...

aku join pening baca apa yg ko luahkan tp aku phm sbb aku tgolong dlm orang yg mcm ko cuma skrg aku dah lbh teratur idup =)

papaehal, jaga kesihatan. duit bole cari tp badan yg sihat? Selalu juga beringat pada-Nya, semoga sgala yg dirancang direstui tmsk nak kawen ngan buah hati tu! =)

me suya said...

takpe Ipai.. kamu mesti boleh lakukan.. Yang penting jaga kesihatan, jaga solat, jaga kewangan dan teruskan melangkah untuk jadi lebih maju ke hadapan. Bukan untuk orang lain tapi utk kita sendiri juga..

wow, dapat kad jemputan kahwin.. Sama la Ipai.. kawan2 USM pun dah ada yang menjemput ni.Rasa dewasa jua, and insyaallah our turn will come later friend! Take care

Unknown said...

memang panjang post neh...heheheheh

Unknown said...

amboi sejak jadi orang jauh ni kan, ayat makin lama makin puitis. hehee. Ala ala buah hati pergi holiday ya? hehehe. :D

kesian. tu je mampu cakap. heee :D

sesibuk manapun, kena jaga juga kesihatan and apa2 lagi yang utama. kalau sakit, nak buat ape pun tak boleh :D

Unknown said...

susun la masa tu elok2.. dahulukan mana kerja yg penting

senyumSOYA said...

saya pun kanak2 jgak...ada geng ipai...dun worry~ heee

agak panjang lah. mcm2 cerita. apa-apapun semoga anda dan kekasih hati nanti bersatu. btw, sy pon byk knl blogger ptghan tahun lepas. tapi now ni dah suram sikit. masing-masing busy sambung study. time tu kan cuti kan.

rindu masa aktif blogging dulu kan ipai huhu..skrg dh busy gilerrr...sy OJT skrg kt airport huhu