Nak pergi Iraq tak ?
Salam
P/S:
-Sebenarnya aku rasa cam takut je nak pergi. Macam mana keadaan di sana sebenarnya ye ?
-Patut minggu depan ada trip pergi Umrah. Tapi kouta dah penuh. Belum sampai rezeki lagi ni. Kena tingkatkan azam dan banyak doa, InsyaALLAH, jemputan itu akan sampai kat kita.Er tak pun, dosa berlambak lg, tak minta keampunan. Tak layaknya nak sampai sana.
Haa, saja je nak update kat sini. Semalam aku ditanya oleh orang atasan, tentang kesudian aku dan rakan-rakan lain untuk pergi ke Iraq kerana tender plant di sana. Aku jadi terkedu dan tak terkata.
Ok, mereka tanya hanya nak lihat respon kami dan tender masih dibincangkan. Cumanya aku masih teringat pada masa aku melangkah ke arah pekerjaan. Inilah perasaan yang sama aku rasakan semasa membuat keputusan dulu.
Pada mulanya memang kita akan rasa eksited dan mula berangan nak pergi ke sana ke sini, berangan nak kerja sana-sini. Tapi bila peluang tuh betul-betul berada di depan mata, kita akan rasa teragak nak membuat keputusan.
Apa-apa pun aku tidak berharap, kerana ia masih di peringkat perbincangan. Jika betul ada rezekinya, InsyaALLAH, sampai juga kita ke sana.
Rezeki itu ada di mana-mana, dan ia telah ditentukan untuk kita. Ia hanya menunggu masa untuk kita mengutipnya.
Ganjaran yang aku kecapi kini adalah atas nikmat doa dan kebajikan yang dilakukan pernah kupanjatkan. Moga nikmat ini membuatkanku menjadi insan yang sentiasa besyukur.
P/S:
-Sebenarnya aku rasa cam takut je nak pergi. Macam mana keadaan di sana sebenarnya ye ?
-Patut minggu depan ada trip pergi Umrah. Tapi kouta dah penuh. Belum sampai rezeki lagi ni. Kena tingkatkan azam dan banyak doa, InsyaALLAH, jemputan itu akan sampai kat kita.
4 comments:
seronok pergi Iraq tapi pasti rindu dengan Malaysia. lagipon takut dengan iraq yang masih belom stabil
kena fikir betul2 la sebelum buat keputusan..mana yang terbaik...go on je...:D
teringin jugak nak pergi umrah . moga dipermudahkan segala urusan nak ke sana...dah alang2 naufal ada kat sana, insyaAllah, tak lama lagi dapatlah pergi umrah tu...
lagilah lama tak dengar berita ipai. haih. ;p
Post a Comment