89 hari lagi
Salam
Dah July? Lama sungguh tak update cerita di sini. Dulu masa undergrade beriya betul laa nak kongsi cerita di blog. Kononnya dapat buat panduan untuk rakan-rakan dan adik-adik. Apa boleh buat, bila hangat tahi ayam inilah jadinya. Harapnya cerita yang ada bolehlaa membantu siapa-siapa yang meng-Google. Yang paling hot di sini adalah Peluang pekerjaan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia.
Maka update paling terhangat adalah, 2 minggu lepas aku dapat balik bercuti di Malaysia. Sepatutnya diberi sebulan penuh tetapi dipendekkan kepada 2 minggu sahaja. Sebabnya client (yakni pak arab sorang ni) berkehendakkan aku di situ untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang ada. Gila!
Apa-apa pun Alhamdulillah. Dapat balik sekejap. Dapat merasa makanan Malaysia. Dapat nasi lemak, roti canai, pulut kuning, ikan bakar, tempoyak. Wow! Serius, mak aku memang paling terbaik!
Pada kesempatan 2 minggu di rumah, dapat laa push mak bapak pergi jumpa dengan mak bapak pihak perempuan. Ehem. Pasal kahwin laa. Al-kisahnya telah disampaikan hasrat murni ini sejak tahun lepas lagi. Namun, apakan daya company aku dan client tak melepaskan aku balik dan aku sendiri pun busy bekerja. Pendeknya, tarikh tunang dan tarikh kahwin sudah dipilih! Huhu! Pull stop, tak nak cite lebih =P
Perasaan aku? Er, sampai emotionless. Agaknya sebab nak fikir banyak benda dan yang paling difikirkan adalah 'Adakah aku kerja di Malaysia atau di luar Malaysia?'
Tak lama lagi aku akan tamatkan kontrak di company sekarang. Sesuka mana client (yang sampai tahan aku balik ni) kat aku, dia kena lepaskan aku untuk balik. Dan sudah tentunya aku tidak akan renew contract yang sedia ada kerana company banyak melanggar hak asasi manusia dan hukum alam. Dan kenapa aku tidak lari awal2? Well, diorang ikat dengan saman kat court.
Berbalik kepada soalan tadi; pada kesempatan 2 minggu itu juga aku sempat singgah ke festical K3G, karnival kerjaya untuk mencari peluang pekerjaan. Secara keseluruhannya, sangat teruk untuk aku graduate chemical engineering. Aku fikirkan kerjaya seperti aku tidak lagi dipasarkan di karnival kerjaya dan hanya dapat dicari di laman kerja (Jobstreet) atau syarikat spesifik.
Dalam benak: Takde ke syarikat di Malaysia ni nak terima aku kerja? Ke nak sangat aku duk luar Malaysia? (Bluegh, poyo gila). But seriously that's how I feel. Aku bersemangat hendak kembali di Malaysia, namun peluang masih belum ada. I have work on something (applying the job in my own strategy) but if still no response, I have to angkat kaki.
Di mana silapnya? Adakah aku perlu menerima kerja yang mana ada sahaja? Salahkah aku memilih? Hello, I work my ass up for 4 years, and I deserve to be picky in my career!
Karier di Malaysia tidak stabil. Industri penghasilan banyak tetapi dikendalikan oleh pelaku yang bukan pada bidangnya semata-mata untuk kurangkan kos. Bluegh, then why we produce a big number of engineer for saturated position. Mungkin aku salah, but that's how I feel. Engineer Malaysia hanya famous dalam bidang Sales Engineer. No offense to Sales Engineer, your knowledge is needed for the job and I just referring to our industry in Malaysia.
Eh dah panjang dah. Ok. Dulu nak taip panjang-panjang rasa macam bosan. Maybe I need to set my mind to be talkative (kepoh), poyo and a bit ambitious bila menaip.
Dan 89 hari di atas bukan countdown kahwin, tapi countdown nak habis kontrak! Yuhuuuu
P/S: Summer tahun ni macam teruk sangat je!! Sangat panas!
5 comments:
waaa... mabruk pak arab =P
ehem..ada org nak kawen tak jemput jiran pon..lalalaalla
baru ipai sedar yg negara kita ssh nk dpt kerja? hihi..saya rs nk gve up dh kot..sabo je la
wow..tahniah..semoga smuanya berjln lancar bro
dah lama tak jalan sini, sekali singgah, whoaaaa, nak kawen daaaaa.....tahniaaahhh! XD
Assalamualaikum.
Semoga sedara sihat walafiat.tumpang tanya.apa maksud perkataan "BLUEGH" yg ada dlm entry nie?kompius sekejap.
Post a Comment