Ekspedisi ke Broga Hill
Salam
Kepada sesiapa yang tak tahu, Broga Hill terletak di Semenyih. Kalau nak tahu macam mana jalan nak pergi sana, cari LEKAS highway, highway Kajang-Seremban tuh, dan exit Semenyih. Lepas tuh, Google je cam ne nak pergi sana. Hehe.
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan
Pada ketika aku nak pergi sana, penat lelah pergi Cameron Highland tak abes lagi. Kiranya daripada Jumaat 2 am tuh, aku drive sampai 12 am esok pagi ye, untuk aktiviti Cameron Highland. Malamnya tidur macam biasa, bangun pagi Sabtu, bangun awal, dan petang tuh gerak pergi Kuala Lumpur untuk ekspedisi Broga Hill ni.
Bersedia untuk panjat
Broga Hill ni merupakan ekspidisi, yang dinamakan X-POPIA. Nama diberikan oleh kumpulan ex-student/ahli KRU USM induk. Kebanyakkan mereka-mereka ni dah berkerja. Yela, sebaya, tapi diorg kursus 3 tahun kan, so diorang kerja dulu laa. Bagus diorang ni, dah abis belajar pun, still banyak gathering and buat aktiviti luar, macam sebelum ni, diorang panjat gunung mana ntah. Trip 3 hari. Huhu. Kiranya, pendek kata hobi berekspedisi dari Universiti sampai bawa ke alam kerja. Dan bagusnya friedship diorang yang sangat-sangat rapat dan tahu perkembangan masing-masing. Kiranya yang datang ni otai-otai pendaki gunung kat Semenanjung Malaysia r. Huhu
Kawasan rehat pertama
Masa sampai KL dalam pukul 11 malam, Cik Sayang MGA datang ambil dan bawa ke tempat yang diorang ni main badminton. Huhu. Sesi main badminton diorang ni dah stat sejak daripada pukul 10 sampai dan tamat pada pukul 1. Selepas tu, masing-masing bergerak ke rumah, dan bersiap. Pada pukul 3 pagi, semua orang berkumpul di depan rumah Cik MGA, dan mula bergerak ke Broga Hill.
Setelah sampai ke puncak kedua Broga Hill
Nak panjat Broga Hill ni kena datang. Sekarang ni ramai sangat yang datang ke tempat ni. Dalam pukul 5 pagi tuh, korang boleh nampak lampu suluh bersusun daripada track bawah sampai ke atas. Jadi, pukul 3 ni antara waktu yang paling sesuai untuk korang mendaki dengan rilex-rilex, boleh banyak stop dan juga tak ramai orang. Masa kitorang sampai kat kaki bukit pon dah ada 3 biji kereta. Haa, tu baru pukul 3, belum lagi pukul 4, pukul 5. Kalau start dalam pukul 3 ni, korang akan sampai ke puncak yang keempat dalam pukul 5 pagi dan korang boleh turun balik ke puncak kedua, dimana tempat tuh sesuai untuk korang lepak, sarapan pagi, solat subuh dan tunggu matahari terbit, macam kitorang buat.Puncak ke-4
Dalam group ni, aku kenal beberapa orang sahaja. Yang lain semua baru first time jumpa. Jadi memang agak kekoklaa. Segan tuh memang ada, nak nak lagi aku ni jenis susah nak start cakap-cakap dulu. So, aku jadi budak senyap sikit laa. Hahaha.. That is so not me. Sampai naik gila jugalaa bila senyap lama sangat.Baru lepas Subuh, dan sedang bersiap makan
Puncak pertama yang penuh dengan orang
Matahari terbit kat sini. Sowi, takde gambar matahari terbit.
Bersiap nak turun
Sambil turun memang sempat tangkap gambar lagi. Haa, tengok aja laa ramai punya orang datang kat sini.
Bila dah turun, semua orang bergerak ke Sungai Gabai pula. Pergh. Nak masuk tempat ni memang jauh terpelosok kat dalam. Jauh benar, tapi memang ramai yang datang mandi. Mana taknya, tengok saja laa air terjun yang superb ni. Huhuhu
Air terjun Sungai Gabai
. Haa, ni la semua orang kecuali En. kameraman, Razis.
Mari baca update daripada Cik Puteri, Brogabai dalam ingatan
7 comments:
broga best!! hihihi,..tapi sya smpy lm kul 7..hihihi..
terlewat sbb x tahu jln...
http://otakkosongblog.blogspot.com/2011/02/misi-mencari-buai-datuk-dr-sheikh.html
wah ye ke ?? uhuh .. best ek ? ramai org tak ?
ramai gak tapi bley larii2 lgi..ramai y nk trun..ktorg bru nk naik..
bukit last y kena pakai tali tu dah takot nk naik..huhuhu
owh ek .. tp nampak gambar yg dekat batu tuh .. dah dekat sangat dengan tali tu kot ..
Last aku p ngn amru n nizam.. tu pn xsmpt nek smpi puncak yg ade bendera.. xmncbar pn broga.. hahaha.. tp mncbar time trun kalo ujan.. mmg agak slippery... hoho...
uhuhu .. mmg licin kot .. lenguh kaki aku .. uhuh
wah.. pgi broga tahun 2010.. tringin nk pgi lagi.. xpuas pgi sekali. tp xde geng.. hikhik
actually tujuan asal nak datang menggegar sempena Segmen Gegar 1000 blog anjuran en Ben
Jom lawat Blog Kaynisa ◠‿◠
Post a Comment