Pengomel ngetop ipai-ans.blogspot.com #3

July 13, 2011 iPai 7 Comments

Salam



#11 En Jay

En Jay ni aku kenal sejak aku masuk 1st year di USM. Dia ni merupakan antara designer Adobe Photoshop yang aku jumpa di USM. Dia ni macam slow dan steady, sebab aku nampak design Adobe Photoshop dia ni makin lama makin lawa. Kalau dalam bekerja sangat fokus pada apa yang nak dibuat. Suka dalam bidang perniagaan. Kat USM, dia mewarisi syarikat printing yang ada kat kampus, dan mempebaharui imej syarikat printing tuh. Dia pernah bercerita dalam blog dia, idea-mix ni diilhamkan pada mulanya sebab dia nak share buku conteng dia yang menggambarkan tentang plan yang dibuat. Contoh macam rancangan perniagaan, dia akan buat mind map untuk menjayakan rancangan perniagaan tuh. Sekarang ni dah agak slow dalam blogging sedikit sebab dia dah kerja.



#12 myra arshad

Ni lah dia Myra Arshad. Junior kat kampus kejuruteraan, walaupun tak sama course. Pernah cakap masa buat gathering blogger USM. Hehe. Power juga blog dia ni. Er, aku tak kenal mendalam dia ni. Yang aku tau dia tinggal kat Perlis. Post dia plak banyak yang menyentuh kalbu gitu dan aku merasakan apa yang difikirkan oleh dia lebih mendalam daripada yang korang sangkakan. Lagipun, aku pernah borak sekali je masa gathering tuh. Hehe.




#13 suna husna

 Ini Husna, sama macam Suya #3, dia ni sama kampus belajar tapi tak sama course. Satu kisah dia yang aku ingat, pada waktu itu, aku selalu pergi ke Kampus USM Induk untuk meeting. Dan setiap kali pergi Kampus Induk ni, ada je yang cari aku lepas tuh tinggalkan pesan.
"Weh, hang kenai Husna tak? Nanti bagitahu dia, Firdaus kirim salam"
Adeh kesian Husna ada orang laga-lagakan dengan orang lain. Harapnya pakwe Husna tak jeleslah. Biasala, ramai yang tertawan dengan sopan-santun Husna ni.





#14 ogies

Ini Ogies, atau kami selalu sebut Ogy. Sama macam Wani#2, dia ni sama kelas dengan aku. Kejuruteraan kimia merupakan satu course yang tough dan pack dengan kelas. Ditambah lagi dengan pensyarah yang agak kurang sokong kepada pelajar yang join aktiviti kampus, Ogy boleh dilihat sebagai satu model yang pandai bahagikan masa dia. Haa, kenapa aku cakap macam tuh, dia ni seorang Palapes okeh. Dan dia dan geng-geng dia sangat rajin dalam study. Sekarang ni, Ogy pun buat Master bersama dengan Wani #2.




 #15 d2z

Pertama kali aku kenal dia ni masa court basket ball kat USM. Kami berjumpa setiap petang bermain bersama budak-budak lain yang ada. Dia ni agak senyap dan tak banyak cakap, tapi bila dah kenal, pun sama juga tak banyak cakap. Lepas lama-lama tuh, dia tak turun main basket ball dah. Dia ni antara tauke download untuk budak USM Engineering. Kiranya file movie download dia share kat semua orang. Aku layan cerita How I Met Your Mother daripada yang dia download. Kiranya famous antara pendownload di USM Engineering. Huhu. Hari tuh, dia pergi Korea, dan dia bercadang akan share pengalaman dia pergi Korea nanti. Setakat ni dia baru update 1.


7 comments:

ieza ashaari said...

gelinya tgk gambar 1st tue.. jari2 menaip.. argh !

jom tgk movie free.

ct kektus said...

eeww~

tengok jari ada tangan. macam raksasa je rupanya. hoho :p

Myra Arshad said...

whoa. ke 12 :)) terharu. thanks bro :D

iPai said...

@izfanora
sebab tuh pengomen tegar .. jari dia banyak .. hak3 ..

iPai said...

@siti kektus
bayangkan semua pengomen tegar macam ni ..

pengajaran: jangan jadi pengomen tegar

ok, aku tipu .. hehe

iPai said...

@Myra Arshad (:
hee .. sama2 .. sori kalau tak dapat review dalam2 .. kita kene banyak kenal2 lagi .. hehe

ogies said...

waaah... si ogies tuh mmg rajin.. haha