Bab 4 Memotovasi pasangan masing-masing | Men are from Mars, Women are from Venus
SalamHye korang (Dengan tersipu-sipu malu). Sorry sebab dah lama tak update. Mood memang betul ke laut. Bila dah layan Digimon yang comel tuh, baru ada terasa nak update sikit. Haha. Aku sambung pasal buku tuh ok ? Untuk pengetahuan korang, aku tak habis baca lagi tau. Aku tengah stuck kat bab 5. Bahasa dia sederhana tinggi, dan kadang-kadang sampai aku terlupa isi yang dia nak cuba ketengahkan, pasal dia punya putar belit nak eksplen jauh bebenor.
----------------------------------------------
Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray
Hari ni korang akan tahu pasal;
Lelaki dimotivasi bila dia rasa diperlukan oleh pasangannya
Wanita dimotivasi bila si pasangan mengambil berat tentangnya
Situasi:
- Pernah tak korang merasakan tidak secure (selamat) dan memikirkan benda yang buruk tentang pasangan anda seperti curang dan seumpamanya.
Kesan:
- Bergaduh dan bertekak dengan atas sebab yang kecil.
- Bila stat masalah kecil, mula mengungkit.
- Bila semua perkara kecil diungkit, sampai jadi masalah besar.
- Bila yang pendek akal sikit, mula laa ambil tindakan drastik, mintak cerai bagai.
Punca:
- Bagi pendapat peribadi aku, buruk sangka ni memang berpunca kat diri sendiri, sebab korang patutnya percaya kat pasangan korang. Jadi kalau pasangan korang banyak kawan pun yang berlainan jantina (contohnya), dia akan sentiasa ingat kat korang sahaja.
- Tapi apa-apa pun jika anda tahu pasal kelemahan ini ada pada pasangan anda, anda tak patut buat si dia bertambah parah dan cuba yang terbaik untuk meghindari tertimbulnya pemikiran negatif
- Pertamanya, sila buang buruk sangka terhadap pasangan korang.
- Kedua, korang kena tahu;
Lelaki dimotivasi bila dia rasa diperlukan oleh pasangannya
Wanita dimotivasi bila si pasangan mengambil berat tentangnya
- Jadi, si lelaki selalulah bertanya khabar berita si wanita. Sihat ke tak? Apa jadi hari ni? Apa yang best ari ni? Apa yang tak best ari ni?
Berat badan naik ke tak ?(Ok, yang last tuh aku memang tipu) - Pada masa yang sama, jangan laa rasa begitu rigid untuk membuatkan si wanita sentiasa rasa diambil berat. (Bukan berat badan tau, tapi ambil kisah)
- Jadi, si wanita pula kena ciptakan suasana atau situasi yang boleh si lelaki menjadi hero anda, barulah si dia merasakan diri dia diperlukan. Tak kisah laa benda kecik ke, benda besar ke.
Contoh 1: Tayar kereta pancit, call si lelaki (biasanya husband r), mintak tolong datang selamatkan pwincess/queen dia.
Contoh 2: Tak reti nak pam tayar kereta, dan request si lelaki ajarkan supaya dia pandai =P
Contoh 3: Minta tolong si lelaki buka botol sos yang ketat
- Pada masa yang sama, jangan terlalu nak fikirkan pasal mereka situasi tuh. Benda-benda kecil pun dah cukup menjadi penghargaan kepada si lelaki. (Tak reti nak bagi contoh lain, saya belum kawin lagi. Wakaka)
- Tapi ada ketika, lelaki berasa rimas dengan permintaan ini. Jadi, kena agak-agak juga buat request dan tukarkan kepada kata-kata penghargaan/pujian.
Contoh: Superman, awak sangat hebatlah dalam benda macam ni. Boleh tak saya belajar lagi daripada awak. (Nama Superman digunakan untuk menggantikan nama si dia)
Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray
Bab 3 Cara lelaki dan perempuan mengatasi stress | Men are from Mars, Women are from Venus
Bab 4 Memotovasi pasangan masing-masing | Men are from Mars, Women are from Venus
Bab 5 Bercakap dalam bahasa yang berbeza | Men are from Mars, Women are from Venus
Bab 4 Memotovasi pasangan masing-masing | Men are from Mars, Women are from Venus
Bab 5 Bercakap dalam bahasa yang berbeza | Men are from Mars, Women are from Venus
12 comments:
betul2
buruk sangka nih la penyebab utama bergaduh
:-)
buruk sangka boleh bawa padah dalam hubungan.. bahaya =_=
berdasarkan pengalaman, apa yg disangka buruk2 tu memang betul2 terjadi, mcm mana tu ipai? T___T
kepercayaan dan kesetiaan itu saling memerlukan dalm sesuatu hubungan..
kalau xde kepercayaan tu yg jadi cmburu buta dan jadi gadoh
mempercayai pasangan adalah salah satu kaedah untuk memastikan hubungan kekal lama..tapi andai dikhianati maybe parah gak kesannya..
dilema pasangan2 seluruh dunia ialah nafsu inginkan sesuatu yang baru sentiasa menjadi penyebab tahap kepercayaan semakin merosot..
nak tak nak, pasangan harus akur kepercayaan tidak boleh diangguk secara membabi buta..
kalau tak, nak letak kat mana perasaan cemburu tuh heheh kerna cemburulah menyebabkan kualiti kepercayaan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa..
sori panjang la plak huhu
@Hans
betul sebab tuh, jangan laa buruk sangka
@Freaky
uhuuh .. memang bahaya ..
@[sutera kasih]
erk .. yg itu saya tak pasti laa syaza
@alif haris
yes .. kepercayaan itu penting !!
@Syuxer
tak pe kalau terpanjang .. tapi memang terbaik !!
nice! kena pandai la kontrol insecure feeling tu :)
apa-apapun, kepercayaan memang yang paling penting sekali dalam perhbungan. kalau dah tak percaya, memang asyik gaduh, salahkan itu ini.
haha. lelaki memang selalu nak menjadi hero kepada pasangannya. mestilah nak buktikan yang perempuan tu boleh bergantung harap pada lelaki tu. konon mcm rasa selamat je kan bila ada bersama. erk.
Post a Comment