Nuffnang ads

Jiran Terbaik ♥ S U T E R A K A S I H ♥

Wednesday, September 7, 2011

Bab 5 Bercakap dalam bahasa yang berbeza | Men are from Mars, Women are from Venus

Salam

Orait aku rasa tiba masanya untuk sambung tips daripada Men are from Mars, Women are from Venus ni. Lama dah tak sambung. Entah ingat lagi ke idak. Heheh

----------------------------------------------  


Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray

Dalam bab ini, agak susah kalau nak ditukarkan dalam betuk situasi, punca, kesan dan cara mengatasi. Jadi aku terangkan secara terus sahaja ye.

Lelaki dan Wanita menggunakan perkataan yang sama, tetapi masing-masing menggunakan dengan cara yang berbeza. Contohnya, lelaki lebih cenderung untuk mengekspresi info yang ada dan wanita pula lebih cenderung mengekspresi perasaan.

Pertamanya, kedua-dua jantina kena tahu yang penggunaan perkataan bagi setiap jantina ini memang berbeza. Dan untuk lebih mudah, kita lihat contoh yang ada dalam buku ini. (Untuk lebih banyak contoh, sila rujuk dalam buku ini nanti)


Apabila wanita berkata;
"Rumah ini selalu bersepahlaah" 
(Aku pilih yang ini sebab mesti korang pernah dengar mak korang cakap macam ni. Betul tak ? Hehhe)

Yang sebenarnya yang wanita maksudkan adalah;
 "Hari ini saya ingin berehat, tetapi rumah bersepah. Saya tensen dan mahukan rehat"

Tanpa pemahasan seperti atas, lelaki akan faham yang wanita cakap macam ni;
"Rumah ini bersepah kerana awak. Saya je yang kena kemas semuanya. Dan bila dah kemas, sepah balik. Kamu menyusahkan saya" 
(Hmm, aku pun rasa menyusahkan orang lain)


Penerangan: 
Wanita akan mengekspresi perasaan mereka dengan cara metafora (perbandingan yang melampau). Dan bila ia diterjemah dalam bahasa lelaki, lelaki terjemahkan perkataan itu sefakta dengannya. Jadi bila lelaki dengar, ia memberi tekanan kepada lelaki kerana dia merasakan dialah punca segalanya.



Apabila lelaki berkata; 
"Saya ok" 

Yang dimaksudkan oleh lelaki itu adalah;
 "Saya ok dan saya boleh uruskan tekanan ini dengan baik. Saya tak perlukan pertolongan"


Dan wanita selalu salah anggap yang dimaksudkan begini;
 "Saya tidak tertekan kerana saya tidak ambil peduli"
 atau
"Saya tidak berkongsi perasaan tertekan saya dengan awak. Saya tak percayakan awak"

Penerangan: 
Kepada wanita yang baca, percaya dalam dialog last tuh bermkasud, lelaki tak percaya yang wanita boleh membantu menyelesaikan masalah. Jadi sebab itu dia lebih cenderung untuk memendamkan perasaan tertekan itu. Pendeknya, bila lelaki kata ok, maksudnya dia tak perlu soalan-soalan mengenai masalah dia. 



Isu tambahan: Wanita terasa tidak dikasihi bila wanita banyak bercakap dan lelaki tidak banyak bercakap.

Ada juga kes yang wanita tertekan kerana lelaki tak banyak bercakap dengan dia. Ini kerana wanita kena tahu, lelaki yang jenis tak banyak cakap adalah berfikiran bercakap bila perlu. Dalam kepala otak lelaki ni banyak fikir pasal masalah dia, dan memikirkan cara penyelesaiannya. Jadi jarang laa dia bercerita. Selalunya, lelaki akan memberi sudut pandangannya selepas mendengar daripada pihak wanita.

Contoh;
Wanita akan cerita banyak pasal kes orang malas kat tempat kerja/tempat belajar. Dan apabila habis bercerita, si lelaki akan cerita pasal kes orang malas yang dia pernah jumpa dan apa dia buat dengan orang-orang seperti itu.

Jadi ini bermaksud, kalau nakkan lelaki bercerita balik, wanita kena mulakan satu topik dan selalunya lelaki akan ikut topik tuh. Dan kalau dia diam atau tak berkata banyak, kemungkinan dia tiada pengalaman lebih daripada yang dia cakapkan. 


Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray

16 ngomelan:

munira hashim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok..sy akan try carik buku ni seabab kamu selalu ckp pasalnye....da lame kamu menyepi ye iPai..hihi

teha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mcm bestt jee buku nie.. hehe

Freaky said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe ayat tersurat daripada perempuan. nice

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

buku ni memang mengkaji wanita dan lelaki secara saikologi.

memang dalam isu yang dikupasnya.

suke baca. sambung la lagi.

[sutera kasih] said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lelaki simple, perempuan romantik yawwww hehe

biasanya lelaki memang suka cakap benda yg simple, tak suka nak explain secara details..perempuan ni suka nak explain meleret2 sebab dh naluri perempuan mahu difahami hehe..

kalo ipai dh review satu buku, saya nak simpan kt blog :)

Cik Mira said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

buku ni terbaikk! :) tak sia2 baca..

merahitujambu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahaha..memang betul pon...tpi lelaki paham ke??

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@munira hashim
hee, a ah laa munira .. lama menyepi .. mood raya best sangat

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@teha
memang best !!

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Freaky
betul tuh .. tersurat ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Hanie_Dew
baik akan sambung2 lagi .. thanx sebab baca ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@[sutera kasih]
er .. sampai simpan ke ? hm .. malu laa

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Cik Mira
yup .. tengah tak abes baca lagi ni .. banyak lagi ..

iPai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@merahitujambu
opss .. tu yg ramai tak tahu tuh .. hee

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

harus la baca buku buku saikologi macam ni. baru dapat hidup yang berkualiti. oleh karana malas nak beli aku baca je kat blog ko. hehe.

siti kektus said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe. tu yg kadang jadi gaduh tu. ;p

close button
ShoutMix chat widget