Adakah aku membuat keputusan yang SALAH ?

January 09, 2010 iPai 8 Comments

Salam .

Bangun daripada tidur ... selsema kronik semalam telah hilang .. terima kasih kepada Syukri yang bertungku lumus membantu aku dari segala keadaan ...

Penat bermesyuarat di kampus Induk belum hilang lagi .. setiap kali aktiviti sepunya USM, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan akan dijemput ke kampus induk untuk bermesyuarat .. aku kira sebagai satu kelemahan bagi pengasingan 3 kampus ini yang terletak agak jauh .. kelebihan, kampus kejuruteraan lebih tenang dengan kesesakan bandar ..

Majlis Penghuni Desasiswa ... 13 Desasiswa .. 2 kampus di kampus kejuruteraan, 2 di kampus kesihatan dan selebihnya di kampus induk ..

Dah beberapa bulan dah memegang jawatan yang agak besar dalam MPD .. pelbagai usaha dilakukan untuk perubahan-perubahan yang perlu .. pelbagai cara yang difikirkan untuk meningkatkan kebersamaan dan semangat kekitaan .. namun ia bagaikan mencurahkan air ke daun keladi ..

Inilah juga masalah yang dihadapi oleh negara kita iaitu berhadapan dengan mentaliti dan pemikiran yang terlalu besar jurangnya .. dan rasa ye, aku dapat rasakan bagaimana susah hatinya seorang pemimpin dalam memikirkan untuk memajukan rakyat jelata sedangkan rakyat jelatanya sendiri tidak mahu berusaha dan hanya goyang kaki ..

Seketika, aku lemah .. patah semangat .. inilah realiti kehidupan .. bagi anda yang tidak merasainya sekarang, sabarlah, alam pekerjaan menanti anda .. aku di sini, merasakan lebih awal supaya akan datang, aku lebih kuat menghadapinya..

Manusia, kompleks .. pemikiran jurang yang besar tetapi terhad dengan kuasa Tuhan ..

Aku mahu dikembalikan ke masa aku membuat satu keputusan besar itu ... andailah kata aku katakan 'TIDAK, saya tidak mahu jawatan itu', agaknya aku tidak berada dalam keadaan sekarang ..

Adakah aku seorang sahaja yang beriya dalam hal ini dan masing-masing tidak ambil peduli mengenai hal ini .. Kalau begitu, sia-sia saja apa yang aku buat .. Mengahabiskan boreh ajo ..

Hmm .. Terima kasih kepada rakan yang memahami dan menyokong ..

Tetapi, dalam keadaan sekrang ini, aku dapat lihat,matlamat yang aku tetapkan utk MPD, utk ahli MPD, utk organisasi MPD, AKU GAGAL.. AKU TAK PATUT MENJAWAB 'YA' ..

8 comments:

sweetpearl24 said...

hurmm...
bersabarlah wahai kawan ku..
setiap yg berlaku ada hikmahnya..
Tuhan tidak akan menguji jika anda tidak mampu menerimanya...

cayouk!!! (^_^)

iPai said...

thanx ..

mujahid4869 said...

salam..apakaba naufal,lama x dfr kaba...? wah,tahniah ats result yg lps...mantap...alhamdulillah...
em,ujian...kita da biasa dgn kata2 Allah dalam ayat [286, srh al baqarah]: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" hgga akhir ayat...
satu ayat muhasabah pada kita..
ada satu lagi ayat inspirasi untuk pemimpin2 @ hamba2 Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " [al ankabut:2]
ambil lah masa waktu mlm yang ada untuk bersendirian bersama Tuan Empunya Dunia ini...
kawan2 akan ada di sisi, tetapi Allah sentiasa berada di sisi kita...
~ingatan ikhlas dari abangmu~

gajero said...

saya yakin kamu buat keputusan yang betul.

me said...

=) never give up. u can do it! i noe..

iPai said...

thanx !!

All the best Naufal. Thanks in advance for everything u have and will done. Hehe!

ica comel said...

wah sudah lame x blog-walking. anyway, it's quite hard to makes people think the way we think. especially when it comes to an organization of any event. a lot of fish wif lot of colors and mesti la kalo ade event pape, mesti kite tengok 'orang atasan' ni yang bepeluh2 kesana n kemari. then, it come to leadership part. ~ i may not a gud leader but i'm learning~ lot of things kena blajar. in my personal opinion, i like ur work. i can see the comitment. but when there was sumthng pop up, like cakap2 org yng x puas hati ker, there must be sesuatu la kan yang lack. pape pun aku wish ko tabah je la. nothing perfect but i believe u alweyz work anything toward perfection. u'l be prime minister lar satu hari nti. hehe.. keep up the good job!~may Allah bless u~