Malaysian Festival 2012 @ Beach Camp Ibn Zahr Anjuran KRMJ

January 27, 2012 iPai 9 Comments

Salam

Pergh lama tak update kan ? Macam biasa la, busy hari-hari. Bangun, pergi kerja, balik kerja, memasak, lepas tuh sebelum tidur study untuk amik cert dalam bidang kerja aku sekarang ni. Uhuhuh. Maka hari ni rajinkan diri sedikit nak update blog, sebabnya tadi ada



Malaysian Festival 2012

di
Beach Camp Ibn Zahr

Anjuran
Kelab Rakyat Malaysia Jubail

Walaupun kebiasaannya hari ini adalah hari cuti (macam hari Sabtu di Malaysia), bagi company aku, hari Khamis tetap hari kerja seperti biasa. Nasib baik, bos kasi chance nak pergi melawat Malaysian Festival, walaupun separuh hari kena pergi kerja dulu.

Mengikut cerita otai-otai sini, Malaysian Festival ni dibuat setiap tahun dan dalam festival ini, yang akan turut serta dapat membuka gerai-gerai makanan Malaysia. Terdapat juga pameran-pameran automotive. Mari tengok gambar laa ye;

Member nak bergaya atas motor Harley Davidson. Kalau kat Malaysia mahal kan ?
Haa, dengar cerita, dekat sini harga ye dalam minimum 40k riyal je.
Jadi peminat Harley, marilah meleleh air liur ye.


Time makan nasi lemak.
Excited gila dengan nasi lemak !!
(Jangan pelik ye kami pakai baju tebal, sini tengah musim sejuk) 


Member-membar satu company, yang duduk dan makan. 


Khemah yang disediakan untuk istirehat 


Aktiviti untuk anak-anak. Liga futsal


Ni plak tengah excited dengan nasi impit 


Ada disediakan kawasan permainan indoor 


Pameran Harley Davidson. Banyak woo.



 Bergambar dengan signboard pun boleh !!

Secara amnya, memang ramai rakyat Malaysia yang ada. Aku datang waktu agak lewat petang pun, aku rasa macam ramai. Kalau di siang hari mesti lagi ramai. UHuhuh. Segan nak borak dengan mereka-mereka semua ni, sebab semunya dah otai-otai dan bergaji besar. Kami baru je nak menapak dengan gaji yang kecil. UHuhu.

9 comments:

Al-kisah di check point

January 18, 2012 iPai 10 Comments

Salam



Hari ni nak cerita pasal kisah di check point. Check point ini adalah tempat di mana setiap orang dan kenderaan yang hendak masuk ke kawasan perindustrian yang dikategorikan sebagai trade secret akan disemak dengan sepenuhnya. Jadi untuk aku hari-hari pergi kerja kat kawasan Jubail ni, aku akan lalu 3 check point setiap hari. Senang punya cite, korang bayangkan macam mana nak masuk kem tentera, haa macam tuh laa dia cek untuk kasi masuk.


Haa, cam ni laa lebih kurang check point pertama

Check point pertama adalah check point yang kami masuk ke kawasan perindustrian tersebut. Kebiasaannya memang bersesak dengan kereta r. Kalau depan kita bas, haa, memang lama sikit laa tunggu. Sebab yang tukang cek tuh (askar dan polis) akan masuk dalam bas dan cek sorang-sorang ada ID plant ke tak.

Kemudian pergi check point kedua. Selalunya check point ni adalah check point untuk masuk plant tempat kita kerja. Kalau kita kerja kat syarikat A, masuklaa gate check point syarikat A. Haa, yang ni depend naik kereta atau masuk gate jalan kaki. Kalau aku, hari-hari ada orang hantar naik van, jadi aku berjalan kaki laa ke gate. Lepas je check point kedua ni korang hanya akan boleh masuk bangunan pentadbiran dan sewaktu dengannya la.

Kemudian untuk masuk ke dalam kawasan plant yang ada paip dan equipment-equipment tuh, kena laa masuk check point yang terakhir. Selalunya check point terakhir tuh macam ni;

Kat check point ketiga ni akan ada metal detector. So hari-hari lalu memang akan bunyi sebab setiap orang pakai safety shoes yang dalamnya ada besi. UHuh. Selalunya kat sini, korang akan dicheck supaya jangan membawa handphone, kerana signal handphone boleh menyebabkan plant meletup dan juga handphone ada fungi gambar. Kerana gambar adalah dilarang sama sekali. Kedua adalah lighter, bukan nak kata tak leh merokok sebab rokok boleh dibawa masuk. Yang tak boleh hanyalah lighter. Takut meletup plant nanti.


Inilah check point yang aku kena lalu setiap hari dan setiap kali nak masuk dan hendak keluar. Benda yang aku nak cerita adalah pasal kejadian-kejadian yang aku lalui di check point pertama. Kerana ada yang menakutkan dan ada juga yang kelakar. Meh aku listkan;

Bila sampai je dekat guard tuh, aku angkat ID dan memberi salam. Kemudian ....

1. guard tuh amik ID aku dan baca details yang ada dekat kad tuh. Tiba-tiba senyum.

"Owh you are from Malaysia. Malaysia is good, good. Kaifahal ? (Bahasa arab, bermaksud apa khabar?)"
"Kau pehal ? (Bunyi macam kaifahal gak, kononnya pelat arab. Adalah kurang ajar bagi masyarakat arab apabila mereka tanya khabar dan kita tidak bertanya khabar dia pulak). Alhamdulillah."
"Ok. Ok" Sambil memberi isyarat untuk jalan.


2.  guard tuh amik ID aku.

"Philipino ?"
"No. No. I'm Malaysian." (Muka hensem cam ni kau kata macam Filipina)
"Wah. Malaysia *&%$^**&(*)*^^%)(*(**)($#$%@" (Ok dia cakap arab yang aku tak faham. Tapi gaya dia cakap macam nanti dia nak kawin dan pergi honeymoon kat Malaysia)


3. guard tengok ID aku. Sambil tengok orang-orang dalam van.

"All have ID ?"
"Yes. Yes." (Takkan cakap no plak, karang tak lepas. Kalau ada yang takde, takkan nak ngaku. Ngeh3)
"Khalas2.(bahasa arab, maksud sudah/ok) Go. Go" (Ni time part guard tengah malas)


4. guard tengok ID aku. Sambil tengok orang-orang dalam van.

"Kullu )*&*(&*&(*()(*%$#$@$" (macam tanya "All have ID")
"Kullu kullu" (Sambil angguk, agaknya maksudnya 'Ya' kot)
"$#$%#%$&^%&^%&. Maafi maklum fi arabic " (Kena marah. Jangan main cakap je)
"Maafi maklum fi arabic" (Maksudnya 'Maaf saya tak tahu arabik')


5. guard amik ID aku. (Ni time aku bawa kereta sekali tuh)

"Open your back" (Time supervisor dia ada, bonet pun dia cek)
Lepas dia cek.
"Ok. Khalas, you can go"


6. guard amik ID. Tiba-tiba buat muka gembira jumpa orang hensem. Guard tuh mula pandang muka.
Dia hulur tangan dia, main janggut. Sambil cakap apa ntah dalam bahasa arab. Then senyum-senyum. Lepas tuh baru kasi lepas.

(Ok jangan risau k. Yang ni bukan aku yang kena. Janggut aku masih teruna)


7. guard check sorang-sorang. N tiba-tiba terkejut tengok gambar kat ID aku. Dalam fikiran dia, dia macam cakap 'Hensem mamat ni'. Mula pandang muka aku buat muka nak ngurat. Sambil-sambil tuh cek ID orang lain. Lepas tuh cepat-cepat pandang muka aku balik. Senyum-senyum gatai. Pada masa yang sama, aku tengah seriau, buat muka dek je.


Er, takat ni ini je kot yang aku ingat. Yang lain mungkin ada lagi, tapi tak ingat dah. Uhuhuh


10 comments:

Nakal sungguh budak-budak arab ni

January 07, 2012 iPai 11 Comments

Salam


Baru lepas makan malam. Hari lauk sungguh sedap dimasak oleh M. Mengenyangkan, walaupun sedikit masin. Atau terlebih masin. Ahh, aku tak pakar sangat dalam bidang masak ni. Janji selamat dan mengenyangkan dan aku pun dapat belajar cara membuatnya. Lain kali boleh perbaiki lagi. Aku, M dan A sedang bersiap solat dan menukar baju. Pada malam ini aku ingin ke kedai tukang jahit Al-Sultan untuk mengambil baju jubah yang aku tempah seminggu lepas.



Enjin kereta pick-up Hilux dinyalakan. Walaupun ia merupakan kenderaan left hand drive, namun sudah boleh suaikan diri dengan pemanduan sebelah kiri. Cuma berharap agar tidak menjadi bingung bila memandu kereta di Malaysia apabila pulang nanti. 

Pemanduan aku sentiasa berhati-hati. Tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah. Ditambah dengan tiada lesen sah di negara ini, aku seharusnya mengelak menimbulkan masalah. Jika tidak, nahas. Kebiasaannya, jika kemalangan kecil atau besar yang berlaku, tidak kira pak arab yang salah, bangsa asing tetap akan menjadi suspek utama dalam masalah tersebut. 

Orang Arab sangat menjaga bangsa mereka, walaupun dikalangan mereka yang membuat salah, mereka cuba membantu agar kesalahannya tidak terlalu berat. Tetapi kalau bangsa asing yang buat, bertimpa-timpa yang mendatang.

Tidak seperti di Malaysia, walaupun ada yang berat sebelah, tetapi peratusan yang akan berlaku adil sangatlah tinggi berbanding keadaan di sini. Ya, di Malaysia, kau Melayu ke atau tak, kalau salah, kau tetap salah. 


Sedang aku memandu, tiba-tiba pemanduanku terhenti kerana kereta di hadapanku terhenti. Aku sangkakan perkara yang biasa berlaku bila berada di tengah pekan/bandar. Memang akan ada jam dan sangkut. 

Setelah beberapa ketika, kenderaan mula jalan. Aku lega. Aku pun mula memandu kehadapan secara perlahan. Tiba-tiba, kelihatan sekumpulan kanak-kanak anak pak arab berulit gelap lingkungan 7-10 tahun sedang belari mengerumuni kereta yang aku pandu. Mereka belari ke arah belakang kereta dan naik ke belakang. 


Tidak aku sangka begitu jadinya. Kanak-kanak ini berada di belakang kereta tanpa mengira bahaya. Atas saranan M dan A, aku terus memandu ke arah yang dituju. Cuma aku lebih berhati-hati. Melalui cermin pandang belakang aku melihat, yang mereka hanya bertinggir di belakang kereta sambil bersorak suka. 

Aku makin risau. Mereka masih tidak turun daripada pick-up belakang kereta. Aku mula memandu perlahan, dan aku berharap mereka akan turun daripada kereta. Sangkaan aku meleset apabila salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak itu turun dan berlari mengiringi kenderaan kami dan mula membuka pintu kereta. Aku menjadi tidak tentu hala, hendak fokus ke hadapan dan juga kanak-kanak yang berada di belakang kereta. Dengan pantas, kanak-kanak yang sedang berlari dan membuka pintu itu, meludah ke dalam kereta.


Ludah itu tidak mengenai aku dan sesiapa sahaja yang dalam kereta. Aku dengan pantas menutup pintu kereta dan mengunci pintu. Kanak-kanak itu terus ke arah belakang kereta untuk terus naik ke bahagian belakang setelah cubaan membuka pintu itu telah gagal.

Dalam runsing memikirkan cara menyelesaikan masalah tersebut, kumpulan kanak-kanak itu bersorak dan mula turun dari bahagian belakang. Mereka berlari ke arah depan, dan rupanya mereka menjumpai kereta pick-up baru untuk mereka tunggangi. Aku sempat melihat pemandu yang mungkin berbangsa Filipina mulai bingung dengan kanak-kanak yang naik di bahagian pick-up keretanya. 


P/S: Mengikut cadangan M dan A, mereka suruh bawa laju dan brek mengejut. Erk. Kalau jadi apa-apa kat diorang ni, habis aku nanti

11 comments: