Nakal sungguh budak-budak arab ni
Salam
P/S: Mengikut cadangan M dan A, mereka suruh bawa laju dan brek mengejut. Erk. Kalau jadi apa-apa kat diorang ni, habis aku nanti
Baru lepas makan malam. Hari lauk sungguh sedap dimasak oleh M. Mengenyangkan, walaupun sedikit masin. Atau terlebih masin. Ahh, aku tak pakar sangat dalam bidang masak ni. Janji selamat dan mengenyangkan dan aku pun dapat belajar cara membuatnya. Lain kali boleh perbaiki lagi. Aku, M dan A sedang bersiap solat dan menukar baju. Pada malam ini aku ingin ke kedai tukang jahit Al-Sultan untuk mengambil baju jubah yang aku tempah seminggu lepas.
Enjin kereta pick-up Hilux dinyalakan. Walaupun ia merupakan kenderaan left hand drive, namun sudah boleh suaikan diri dengan pemanduan sebelah kiri. Cuma berharap agar tidak menjadi bingung bila memandu kereta di Malaysia apabila pulang nanti.
Pemanduan aku sentiasa berhati-hati. Tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah. Ditambah dengan tiada lesen sah di negara ini, aku seharusnya mengelak menimbulkan masalah. Jika tidak, nahas. Kebiasaannya, jika kemalangan kecil atau besar yang berlaku, tidak kira pak arab yang salah, bangsa asing tetap akan menjadi suspek utama dalam masalah tersebut.
Orang Arab sangat menjaga bangsa mereka, walaupun dikalangan mereka yang membuat salah, mereka cuba membantu agar kesalahannya tidak terlalu berat. Tetapi kalau bangsa asing yang buat, bertimpa-timpa yang mendatang.
Tidak seperti di Malaysia, walaupun ada yang berat sebelah, tetapi peratusan yang akan berlaku adil sangatlah tinggi berbanding keadaan di sini. Ya, di Malaysia, kau Melayu ke atau tak, kalau salah, kau tetap salah.
Sedang aku memandu, tiba-tiba pemanduanku terhenti kerana kereta di hadapanku terhenti. Aku sangkakan perkara yang biasa berlaku bila berada di tengah pekan/bandar. Memang akan ada jam dan sangkut.
Setelah beberapa ketika, kenderaan mula jalan. Aku lega. Aku pun mula memandu kehadapan secara perlahan. Tiba-tiba, kelihatan sekumpulan kanak-kanak anak pak arab berulit gelap lingkungan 7-10 tahun sedang belari mengerumuni kereta yang aku pandu. Mereka belari ke arah belakang kereta dan naik ke belakang.
Tidak aku sangka begitu jadinya. Kanak-kanak ini berada di belakang kereta tanpa mengira bahaya. Atas saranan M dan A, aku terus memandu ke arah yang dituju. Cuma aku lebih berhati-hati. Melalui cermin pandang belakang aku melihat, yang mereka hanya bertinggir di belakang kereta sambil bersorak suka.
Aku makin risau. Mereka masih tidak turun daripada pick-up belakang kereta. Aku mula memandu perlahan, dan aku berharap mereka akan turun daripada kereta. Sangkaan aku meleset apabila salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak itu turun dan berlari mengiringi kenderaan kami dan mula membuka pintu kereta. Aku menjadi tidak tentu hala, hendak fokus ke hadapan dan juga kanak-kanak yang berada di belakang kereta. Dengan pantas, kanak-kanak yang sedang berlari dan membuka pintu itu, meludah ke dalam kereta.
Ludah itu tidak mengenai aku dan sesiapa sahaja yang dalam kereta. Aku dengan pantas menutup pintu kereta dan mengunci pintu. Kanak-kanak itu terus ke arah belakang kereta untuk terus naik ke bahagian belakang setelah cubaan membuka pintu itu telah gagal.
Dalam runsing memikirkan cara menyelesaikan masalah tersebut, kumpulan kanak-kanak itu bersorak dan mula turun dari bahagian belakang. Mereka berlari ke arah depan, dan rupanya mereka menjumpai kereta pick-up baru untuk mereka tunggangi. Aku sempat melihat pemandu yang mungkin berbangsa Filipina mulai bingung dengan kanak-kanak yang naik di bahagian pick-up keretanya.
P/S: Mengikut cadangan M dan A, mereka suruh bawa laju dan brek mengejut. Erk. Kalau jadi apa-apa kat diorang ni, habis aku nanti
11 comments:
nakal lah bdak2 ni..kat malaysia xde rasenyer yang macam ni..
haish...macam2 ragam budak2 kt arab ni ek...good experience share, atleast dh tau kne berjaga2 bukan dgn pak2 je tp dgn anak2 arab sekali...
semoga semuanye selamat!!!
hahahaaa
anak sape la tu ye?
gilerlah!!! tu bukan nakal, tu JAHAT n mmg bermasalah
*kejam tak?
hoih!bahaya2.. nape la mak pak depa ni lepas ank berkeliaran kat jalan raya.. Take care ipai
Salam. Ipai! ^^
It's been a long time kan. :-) Sorry, dah lama tak blogwalking. Sempat update blog sendiri, and terus tinggal blog without even read the comments. Sorry. BTW, best of luck duduk kat sana. I have lots of friends yg dduk sana and they said, org Arab mmg agak bahaya kalau xkena gaya. Take care and all the best! :-)
dahsyat lahh budak2 ni..huhuu
itu bukan nakal.. tapi kurang ajar.. tak belajar adab. membahayakan diri dan menyusahkan orang..
artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal
kesiannya bdk2 tu huhu...
jgn brek mengejut ya ipai..biarkan je bdk2 tu..dorg tak fhm tu huhu..
ok jgk ke drive sblh kiri tuu..msti kekok kan
ee.apesal budak2 tu mcm tu? mmg mcm tu ke? selekeh mcm mintak lempang je. nasib baik tak jadi pape sampai nk bkk pintu kereta semua.
Post a Comment